Bab 7
Keesokan harinya, cruise berhenti lagi di sebuah pulau persinggahan. Seperti yang dijanjikan, Edry membawa Namira ke suatu tempat.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Namira.
"Tunggulah, sikit lagi ni nak sampai." Edry senyum. Saja nak bagi berdebar sikit.
Kaki Namira terus melangkah mengikuti langkah Edry sehinggalah dia berhenti di depan sebuah rumah yang sederhana besar, namun tidak terlalu besar.
Namira membaca tulisan pada papan tandanya lalu memandang Edry. "Rumah Anak Yatim Setia Kasih?"
"A'ah, rumah anak yatim." Setelah mengeyakan, Edry terus saja berjalan masuk.
"Edry? Hei, lama tak datang sini. Sekali datang sini berdua dah? Wah..." Seorang wanita usia lingkungan pertengahan 40-an menegur Edry sekali dengan pakej usikan nakal.
"Isy, akak ni... Ni kawan saya jelah. Mira, kenalkan, ni Kak Syuhada, pengurus rumah anak yatim ni. Kak Syuhada, ni Mira." Edry memperkenalkan mereka berdua.
"Hai Mira." Kak Syuhada menghulur tangan ramah.
"Hai Kak Syuhada." Namira menyambut dengan senyuman ramah juga.
"Panggil akak, Kak Syu je. Sama macam Edry."
"Mesti Kak Syu dengan Edry dah lama kenal ya?" Namira bertanya.
"Lama... Sejak Edry umur 14 lagi. Berapa tahun dah ya tu? Lupa dah akak. Sekarang Edry umur berapa dah? Akak pun tak ingat."
"Dua puluh lapan dah kak," jawab Edry disertai tawa.
"Ha, kira lebih 10 tahun jugalah kan," ujar Kak Syuhada.
"Eh, sembang-sembang kat luar pula. Jomlah masuk," pelawa Kak Syuhada.
Namira dan Edry masuk ke dalam bersama-sama Kak Syuhada.
Sebaik saja Edry melangkah masuk, beberapa orang kanak-kanak terus berlari mendapatkannya.
"Abang Edi..."
"Abang Edghi..."
"Abang Hadi..."
Bergili-gilir mereka mendapatkan Edry dan memeluknya. Macam-macam nama panggilan keluar daripada mulut masing-masing. Ada yang pelat 'r', ada yang pelat segala huruf pun. Nampak susah benar nama Edry bagi lidah-lidah comel mereka. Sampai Edry pun boleh jadi Hadi.
Edry kelihatan sangat mesra dengan kanak-kanak di situ. Namira hanya memerhati dengan senyuman.
Setelah semua kanak-kanak selesai menyapa Edry, seorang budak perempuan berumur lingkungan sembilan ke sepuluh tahun yang menaiki kerusi roda menghampiri Edry.
"Itu Zahara. Dia sakit. Leukimia. Sejak kecik lagi dia dah sakit. Setiap kali datang sini, dialah antara yang paling dapat perhatian Edry. Zahara pun sayangkan Edry." Kak Syuhada menjawab terlebih dahulu sebelum ditanya.
Namira masih pegun memerhati kemesraan Edry dengan semua kanak-kanak di situ.
Kemudian, Namira pula diperkenalkan dengan kanak-kanak di situ. Namira juga sukakan kanak-kanak, oleh itu, tidak sukar baginya untuk menyesuaikan diri.
Edry sedang melayan budak-budak yang mengajaknya bermain agak jauh dari Namira. Kesempatan itu diambil Namira untuk mengorek rahsia daripada Kak Syuhada.
"Kak Syu, Edry selalu buat donation kat sini ke?" Namira memulakan sesi mengorek rahsia Edry Stone.
"A'ah. Walaupun Edry tak pernah cerita pasal latar belakang keluarga dia sangat, tapi semua orang tahu dia anak orang kaya. Ayah dia Tan Sri. Dengarnya pemilik syarikat besar kat KL sana," ulas Kak Syuhada menjawab soalan Namira.
"Oh, ayah dia kat Malaysia ke? Orang Melayu?" tanya Namira lagi. Sepertinya masih banyak yang ingin digali melalui Kak Syuhada.
"Ha, a'ah la Melayu. Kenapa? Muka Edry tu ada nampak macam mix ke?" Kak Syuhada pula terhibur dengan pertanyaan Namira.
"Tulah kak. Sebab tulah saya susah nak percaya Edry Stone tu nama sebenar dia."
"Haha... Edry cakap tu nama sebenar dia ke?" Kak Syuhada mengebil mata seraya ketawa kecil.
"Hmm... bukan ya kak? Saya dah agak dah." Namira mencebik bibir.
"Siapa nama sebenar dia kak?" Namira menghampiri Kak Syuhada untuk bertanya dengan nada separa berbisik.
"Tu kena tanya Edry sendiri. Akak takut dia saja tak nak bagi tahu ke apa." Kak Syuhada mengangkat tangan surrender tapi masih lagi terhibur sendiri.
Misteri sungguh ya seorang Edry Stone ini. Semakin membuak-buak rasa ingin tahu Namira tentang jejaka buaya darat dua personaliti itu. Sebelum ini nampak menjengkelkan betul, sekarang boleh nampak baik pula. Bagaimana bisa, seorang manusia berubah 360 darjah secara mendadak? Yang mana satukah karakter sebenar Edry Stone? Marilah kita cari tahu bersama 'Detektif' Namira Lyana.
Tak sedar sudah tengah hari saja. Sejak pukul 10 pagi mereka berada di sana. Tak terasa masa berjalan begitu pantas apabila menghadap keceriaan kanak-kanak.
Allahu Akbar Allahu Akbar...
Allahu Akbar Allahu Akbar...
Kedengaran suara laungan azan dari jarak dekat. Suara itu dilantunkan melalui pembesar suara tapi jelas ia datang dari dalam rumah itu juga.
Asyhadu Alla Ilaha Illallah...
Asyhadu Alla Ilaha Illallah...
Namira terpesona dengan kemerduan suara Muazzin itu.
"Kak, merdunya suara azan tadi tu. Siapa yang azan?" Langsung saja Namira bertanya. Tertarik.
"Edrylah, siapa lagi." Namira tercengang. Sekelilingnya diperhati sekali. Yalah, Edry sudah tiada di situ. Tiba-tiba saja dia menghilang.
"Apa dia? Edry?" Banyak betul kejutan yang Namira terima daripada Edry sejak kelmarin.
"Macam tak percaya kan? Memang Edry tu nampak macam sosial, yalah dia hidup membesar kat negara orang putih sana tu. Mungkin ramai yang nampak kekurangan dia, tapi dia seseorang yang selalu berusaha nak jadi lebih baik. Dia tak kesah pun orang nak judge dia. Akak selalu percaya, kalau Edry jumpa orang-orang baik, dia akan jadi lebih baik," tutur Kak Syuhada penuh berharap dan rasa peduli terhadap Edry yang sudah dianggapnya seperti adik sendiri.
Kata-kata Kak Syuhada ternyata memberi kesan kepada Namira. Rasa ingin tahunya terhadap Edry semakin membuak. Entah kenapa dia rasa ingin sekali cuba membaca isi hati Edry yang sebenarnya.
*
Mereka berjalan pulang menuju cruise semula setelah hampir lima jam singgah di Rumah Anak Yatim Setia Kasih. Banyak perkara baru tentang Edry yang Namira 'pelajari' lagi hari ini.
"Edry, hari ni saya rasa macam kenal seorang Edry yang berbeza daripada sebelum ni." Namira memulakan bicara memecah kesunyian.
"Uh?" Edry sedikit tersentak.
"Haha... So, are telling me you have fallen for me?" gurau Edry lalu tertawa.
"Maybe..." Namira langsung menjawab jujur sebelum menunduk sedikit.
Tawa Edry terhenti. Namira dipandang tanpa berkelip. Niat pertanyaannya barusan sekadar untuk bergurau. Tak sangka pula Namira menjawab sebegitu.
"Janganlah tengok saya macam tu. You will make me burst out, dying of embrassment," kata Namira sambil menunduk malu. Dia juga tak sangka dia sendiri akan meluahkan perasaan sebegitu terang-terangan kepada Edry. Entah apa yang merasukinya saat itu, dia juga tidak pasti.
"Okay, okay, I'm sorry..." Edry meminta maaf sambil ketawa kecil.
Edry hanya mampu ketawa. Tak tahu bagaimana untuk merespons, padahal biasanya bukan main pandai mengayat. Tiba-tiba kali ini otaknya jammed pula. Namira juga ikut ketawa. Suasana berubah sedikit kekok apabila kedua-dua mereka kehabisan kata-kata. Mereka hanya berjalan tanpa berkata apa-apa.
*
Tak sedar, sudah seminggu lamanya perjalanan kapal cruise ini, akhirnya ia bakal menemui pengakhiran. Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Benarkah kata-kata itu?
"Edry will always be Edry. I know you will absolutely get her, buddy! Here, your Mustang, as promised." Kunci kereta Mustang diletakkan Imran di atas meja lepak mereka yang terletak berhampiran deck.
Edry mengukir segaris senyum. Kunci Mustang di atas meja diambilnya lalu diletakkan di atas tapak tangan Imran semula.
"Here your Mustang Im. Take it back. I don't want it," tutur Edry masih dengan senyuman.
"But why? This is not Edry that we know?" Imran dan Daim jelas tercengang.
"Tak tahulah, this time I just don't feel like taking it," luah Edry jujur.
"Don't tell me you fall for her for real, man?" Daim menyergah dengan soalan cepumasnya kemudian ketawa.
"What if that's the case?" balas Edry dengan soalan semula. Tapi soalan itu sebenarnya nampak seperti ditujukan untuk dirinya sendiri. Benarkah Edry sudah jatuh hati pada Namira?
"Wow..." Mendengarkan jawapan Edry, Daim dan Imran automatik berhenti ketawa. Imran membeliakkan matanya tidak percaya. Begitu juga Daim. Macam mimpi saja apa yang baru melepasi koklea telinga. Rasa ingin saja menampar diri sendiri untuk lihat sama ada ini mimpi atau bukan. Atau mungkin mereka perlu tampar Edry saja supaya mamat ini tersedar daripada rasukan jin.
"Err..." Imran membuat isyarat mata pada Daim dan Edry.
"Kenapa?" tanya Edry kemudian berpaling melihat apa yang ditunjukkan Imran.
"Okeylah bro, kita orang cau dulu okey. Apa-apa roger." Imran dan Daim sempat memberi senyuman nakal pada Edry sebelum beredar.
"Haha okey." Edry tersengih mengeyakan.
"So, you rejected Mustang? Can I know why?" tanya Namira dengan sedikit sengihan di sudut bibir. Atau mungkin juga sedang blushing.
"Actually I also don't know why... If I said I don't want you to be part of a bet, is it believable?" Edry menggaru kepala yang tidak gatal. Masih tersengih.
"Hm, let me think first." Namira ketawa kemudian kembali diam. Masih lagi blushing tapi tak mahu Edry perasan.
"Jadi, hari ni last kita kat cruise ni. How do you feel about leaving?" Edry mengubah topik perbualan.
"I feel like... why so soon? I just about to feel the fun," jawab Namira sambil menjeling Edry. Masih saja mereka berdua tersengih umpama kerang busuk. Seperti ada maknanya ayat Namira tadi.
"Kita still boleh jumpa lepas ni kan?" soal Namira pula.
"Of course," jawab Edry pantas dan yakin.
"Macam mana?" Saja Namira ingin mendengar apa pula jawapan Edry kali ini.
"We can contact each other right?" usul Edry.
"Tapi saya dah tak ada handphone," balas Namira tersengih lagi. Teringat kebodohan dirinya tempoh hari. Nasib baik hanya telefon bimbitnya yang terjatuh, kalau dia sekali jatuh waktu itu, tak jumpalah jalan ke syurga di alam sana nanti. Mujur Allah kirimkan Knight In The Shining Armor depan mata ini sebagai penyelamat.
"It's okay. This is modern day of 21st century, I can look for you easily for sure." Sekali Edry menjawab yakin.
"Okay then. I will trust you in that." Namira memilih untuk mempercayai kata-kata Edry.
"Hmm, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Namira pula.
"Sure. What is it?"
"Siapa nama sebenar awak? You will tell me right?" Ternyata Namira masih tak berputus asa untuk membuktikan Edry Stone bukanlah nama sebenar Edry.
"Jadi awak masih tak percaya Edry Stone tu nama sebenar saya?" Edry malah ketawa.
"Of course. Saya tahu awak tinggal lama kat negara orang putih sana, but you don't look mix at all." Namira langsung saja jujur.
"Auch, that's hurt." Edry memegang dada, buat-buat sakit tapi sambil tertawa.
"Sorry if that's hurt. I'm just being honest you know... Haha," balas Namira.
"Okeylah, acceptable. Hadrey. Hadrey Faizul. That's my real name." Akhirnya, Edry Stone, si playboy misteri membongkarkan nama sebenarnya juga. Boleh masuk Guiness Book of Record tak ni?
"So Edry english name untuk Hadrey? Good one." Namira berseloroh nakal.
"And mine is Namira Lyana."
"Pretty name," puji Edry.
"Thank you," respons Namira sambil mengawal senyum. Berapa kali sudah Edry buat dia blushing hari ini. Tapi tak boleh tunjuk sangat blushing, kena kawal sikit. Malu.
Klik.
Bunyi kamera itu menghentikan perbualan mereka. Namira dan Edry terus memandang ke depan, mendapatkan gerangan si pengambil gambar.
"Hei Camera Boy, buat apa tu ambil gambar kita orang curi-curi?" Edry membesarkan mata acah-acah marah. Tapi masih saja tersenyum.
"Mana ada saya ambil gambar curi. Saya cuma nak cukupkan koleksi je. Sekarang dah cukup dah," ujar budak itu selamba.
"Koleksi? Koleksi apa?" Namira pula bertanya.
"Koleksi pemandangan cantik," jawab si Camera Boy polos.
"Kita orang ni pemandangan cantik ke?" soal Edry pula.
"Umm." Si Camera Boy mengangguk comel. Namira dan Edry spontan ketawa. Pandai ya budak kecil pun.
Kini tibalah masanya mereka membawa haluan masing-masing. Pertemuan tak diingini ini akhirnya membawa kepada sesuatu yang diharapkan berkekalan dan membahagiakan.
"Bye Edry." Namira mengucap kata selamat tinggal kepada lelaki yang diharap dapat ditemuinya lagi selepas ini.
"Bye Mira. Hope we meet again soon." Kata-kata perpisahan daripada Edry itu sesuatu yang terakam jelas dalam minda dan hati Namira Lyana.
'Hope to see you again soon too, My Mr. Right,' tutur hati Namira yang sedang berbunga-bunga.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top