Bab 13

"Ha, Mira, kau belum cerita kat aku lagikan? Kenapa kau tiba-tiba ubah fikiran ni? Apa yang kau tiba-tiba terfikir masa dalam teksi tu? Tiba-tiba terus end call time tu macam tu je," tanya Isha, sahabat baik merangkap rakan kongsi bisnes kecil-kecilan Namira. 

"Kau call aku pagi-pagi semata-mata sebab ni je eh?" kompelin Namira.

"Yalah. Sebab apa lagi? Kau dah buat aku risau, kenalah tanggungjawab,"bebel Isha pula.

"Okeylah, aku yang bersalah. Sorry eh... Yelah, aku cerita," Namira mengaku salah juga.

"Aku dah tahu semua kisah family Edry. Waktu tu aku tiba-tiba terfikir sesuatu. Lepas aku dah dapat penjelasan and faham semuanya, aku ambil keputusan untuk cuba faham situasi Edry."

"Kenapa dengan family dia? Situasi apa?" Semakin tertanya-tanya pula Isha dibuatnya.

Namira mula bercerita tentang apa yang diceritakan Kak Syuhada dan apa yang berlaku antara dia dan Edry.

"Lah, tak sangka ya. Daripada apa yang kau pernah cerita kat aku selama ni, Edry tu seorang yang bright, positif... Tak sangka pula yang orang macam tu sebenarnya tersakiti." Rasa simpati turut terdetik di hati Isha setelah mendengar kisah sedih Edry.

"Tulah, kadang-kadang kita tak boleh baca what is inside a person just by judging the personality kan?"

"Hm, betullah tu." Isha bersetuju.

"So sekarang apa kau orang nak buat? Bagi tahu family Edry pasal kau orang?" Isha ingin tahu pula perancangan Namira seterusnya.

"Hm... Sebenarnya aku tak rasa kita orang boleh buat macam tu sekarang. Mungkin belum masanya," keluh Namira.

"Habis tu apa kau nak buat sekarang?"

"Aku cakap kat Edry, mungkin dia tak boleh mengaku sekarang, tapi aku akan buat dia mengaku kat family dia pasal kita orang. Aku challenge dia yang dia takkan boleh buat aku terima abang dia. So kalau dia fail yang tu, aku akan buat sampai mengaku kat family dia sendiri," tutur Namira yakin.

"Wow, sound convincing... So apa plan kau?" soal Isha lagi.

"Plan?" Soalan Isha dibalas dengan pertanyaan semula.

"Ya, plan? Plan untuk buat Edry sendiri mengaku tu? Mesti kau dah ada plan baik kan sebelum seyakin tu cakap macam tu kat Edry?"

"Hmm, Hehe..." Namira hanya sengih selepas berfikir.

"What? Kau tak ada plan pun sebenarnya? Jadi kau gebang jelah ni kat Edry?" Melalui sengihan itu, Isha sudah dapat jawapannya.

"Hehe..." Namira hanya mampu sengih sekali lagi.

Isha menepuk dahi sendiri.

"Mira... Mira... aku pun tak tahulah nak cakap apa. Aku cuma mampu cakap all the best jelah eh." Kehabisan kata-kata Isha dibuatnya dek perangai 'main langgar saja' kawannya seorang ini.

"It's okay Isha. Tu pun dah cukup untuk bagi aku semangat. Orang kata kalau benda dengan niat baik Allah mesti akan tolong kan? Aku cuma kesiankan Edry. Aku nak tolong dia baiki hubungan dia dengan family dia. Walaupun aku belum tahu detail 100%, tapi aku percaya aku akan dapat tolong..." Namira berharap dirinya akan berjaya kerana mempunyai niat yang baik.

"Kau nak tolong? Kau tu pun baru je kenal family dia Mira... Huh, tak apalah, sebagai kawan aku tak naklah patahkan semangat kau kan..." Isha hanya mampu beri kata-kata positif. Sebagai kawan baik Namira, dia cukup kenal perangai keras hati Namira. Kalau dia sudah buat keputusan, maka itulah keputusannya.

"Yes... macam tulah Isha BFF aku yang paling baik..." bodek Namira.

"Tapi cuma aku harap kau tetap teguhlah dengan pendirian kau tu. Jangan kau tercair dengan abang Edry pula nanti." Walaupun kata ingin menyokong, tetap saja Isha meluahkan apa di fikirannya.

"Isy kau ni! Jangan lah doa macam tu pula!"

"Bukan doa. Aku cuma cakap kalau. Okeylah okeylah aku takkan cakap macam tu lagi dah. Zip. Aku cuma akan support dari belakang je okey?"

"That's good enough." Kata-kata terakhir Isha membuat Namira kembali senyum.

*

"Mira, Mira dah pergi jumpa Hadrey Mikhail dengan Puan Sri Dalila kan?" tanya Maksu Salina secara tiba-tiba.

Namira yang sedang minum air hampir-hampir saja tersedak dibuatnya.

"A'ah, Mira ada pergi. Siapa bagi tahu maksu?"

"Jadi macam mana? Mira berkenan tak dengan Hadrey Mikhail? Maksu baru tengok gambar dia. Elok orangnya. Segak. Handsome. Cukup segala pakejlah. Puan Sri pun macam baik je orangnya. Dialah yang bagi tahu maksu Namira dah datang. Kenapa Mira tak ajak maksu sekali?" Maksu Salina teruja sendiri.

"Mira tak ajak maksu sebab Mira nak tengok sendiri dulu dia orang tu macam mana."

"Jadi macam mana? Apa pendapat Mira?"

Baru maksunya nak bertanya pendapat Namira kali ini? Sebelum ini tak pernah pula. Tapi jika Namira beri pendapat, Maksu Salina akan terimakah?

"Mira tak..."

Pang!

Tiba-tiba ada satu bunyi hentakan yang sangat kuat terdengar dari arah aras bawah di mana restoran mereka berada. Jam baru pukul 7 pagi. Restoran masih belum dibuka. Staf mereka juga tidak akan datang seawal itu kerana restoran baru akan dibuka pada jam 10 pagi.

Namira dan Maksu Salina bergegas turun untuk mengetahui apa yang terjadi.

Apabila sampai di aras bawah, terkejut bukan kepalang mereka berdua apabila mendapati kerusi meja sudah tunggang-langgang. Pinggan-mangkuk banyak yang pecah. Pintu pengatup kedai sudah terbuka. Tiga orang lelaki yang memegang kayu masih lagi memusnahkan barang-barang di restoran mereka.

Mereka berdua tergamam ketakutan di sudut tangga. Menyedari kehadiran Namira dan Maksu Salina di situ, salah seorang daripada tiga orang samseng menghampiri mereka.

"Kau tahu kan? Inilah akibatnya kalau pandai berhutang tapi tak pandai bayar!" sinis lelaki itu.

"Nanti kita orang akan bayarlah!" jerit Maksu Salina walaupun masih dalam ketakutan.

Lelaki itu terpandang Namira lalu tersenyum.

"Kalau kau tak mampu bayar dengan duit, bayar dengan perempuan cantik ni pun Ah Long mesti terima punya." Suara lelaki itu berubah lembut. Tangannya dihulur ingin membelai wajah Namira.

Tak sempat tangan itu mencapai pipi Namira, tangannya dihalang oleh tangan maskulin seseorang.

"Jangan berani sentuh dia!"

Namira yang tadinya sudah menutup mata pasrah dalam ketakutan membuka semula matanya.

"Mikhail?" Terkejut Namira melihat keberadaan Hadrey Mikhail di situ. Namun jauh di sudut hatinya berasa sungguh lega dan bersyukur.

Kayu di tangan samseng itu dihayun ke arah Hadrey Mikhail. Tapi Hadrey Mikhail pantas mengelak.

"Aku dah telefon polis dan dia orang dah menghala ke sini!" gertak Hadrey Mikhail.

Terdengar bunyi siren menghampiri kawasan restoran.

"Kali ni kau orang lepas! Tapi tengoklah nanti!" Lelaki samseng tadi menggugut pula sebelum beredar bersama dua lagi rakannya.

Setelah mereka beredar, terlihat sebuah ambulans melalui jalan raya depan. Tak sangka samseng pun boleh keliru bunyi siren polis dengan ambulans. Hadrey Mikhail sebenarnya belum sempat menghubungi polis. Dia baru saja sampai. Melihat Namira dalam bahaya, dia terus saja ke depan.

Hadrey Mikhail segera mendapatkan Namira dan Maksu Salina yang sudah terduduk di tangga.

"Awak okey?" tanya Hadrey Mikhail risau.

"Saya okey," jawab Namira perlahan.

"Syukurlah kalau tak ada apa-apa." Hadrey Mikhail melihat pula keadaan Maksu Salina setelah memastikan Namira baik-baik saja.

Hadrey Mikhail duduk di samping Namira dan Maksu Salina yang masih terduduk di tangga.

Jeda.

"Auntie, Namira, jom ikut saya. Duduk rumah saya dulu untuk sementara ni. Bahaya stay sini. Takut dia orang datang balik." Hadrey Mikhail tiba-tiba bersuara setelah diam sejenak.

Maksu Salina dan Namira berpandangan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top