END

Malam yang dingin membuatkan Jungkook mengetatkan lagi pelukannya pada Jimin. Jimin tersenyum memandang Jungkook yang tengah lena. Mereka hanya tinggal berdua kerana neneknya ada hal yang perlu dilakukan di kampung sebelah. Pagi esok baru balik..

Jimin terdengar pintu rumahnya terbuka.Dahi Jimin berkerut pelik.

"Nenek dah balik ke? Cepatnya."gumamnya dengan pelik.

Jimin bangun tetapi terbantut apabila Jungkook memengang lengannya.

"Hyung..waeyo?"
"Hyung nak turun bawah kejap..Nak ikut ke?"soal Jimin

Jungkook mengangguk dan mengikuti langkah Jimin.Jimin melihat di setiap sudut rumah neneknya dan mengecilkan pandangan ke arah sofa yang diduduki oleh 2 orang asing.

"Siapa tu hyung?"soal Jungkook perlahan.
"Hyung pun tak tau.."balas Jimin lantas membuka lampu rumah.

Terbuntang mata Jungkook setelah memandang gerangan tersebut.

"Ayahanda...Bonda..."panggil Jungkook lantas memeluk mereka.

"Anakanda sihat ke?"soal Ratu dengan prihatin.

Jungkook mengangguk sambil tersenyum manis. Manakala Jimin terkaku di tempatnya.Terkejut melihat Raja dan Ratu Bulan datang ke mari. Dalam masa yang sama, Jimin takut kehilangan Jungkook.

"Ni ke lelaki pilihan anakanda?"soal Raja dengan mata yang dikecilkan.

"Ye ayahanda..Kenalkan ni Jimin,kekasih anakanda.. Hyung,,ni keluarga kookie."ujar Jungkook dengan ceria.

Jimin ingin menunduk hormat tetapi dilarang oleh ratu.

"Jangan buat begitu Jimin. Lagipun kita akan jadi keluarga juga nanti."ujar Ratu dengan lembut.

Jimin tersenyum mesra manakala Raja tetapi dengan wajah masamnya.

"Kau yakin ke boleh bahagiakan anak aku?"soal Raja dengan tegas.
"Saya yakin!"balas Jimin dengan semangat.

Raja menahan senyumannya dengan keberanian Jimin.

"Kalau aku nak minta sesuatu..adakah kau akan bagi?"soal Raja lagi.
"Saya akan usaha selagi saya mampu berikan pada tuanku."ujar Jimin

Raja tersenyum sinis.

"Kalau begitu, Aku nak kau lepaskan anak aku dan biarkan dia berkahwin dengan pilihan aku..Sanggup?"soal Raja.

Terkejut Jimin dan Jungkook mendengar soalan Raja.

"Apa ayahanda cakapkan ni? Anakanda tak suka la! Kami saling mencintai!"marah Jungkook.
"Kookie! Jangan bercakap kasar dengan keluarga kookie."tegur Jimin sambil menggeleng kepalanya.

Jungkook menunduk dan mengigit bibirnya menahan tangisan.

"Saya rasa saya tak boleh lepaskan anak tuanku. Saya sangat cintakan Jungkook. Maafkan saya."mohon Jimin.

"Kau tak tahu ke peraturan kerajaan kami? Keturunan Bulan tidak boleh berkahwin dengan manusia tanpa kebenaran keluarga mereka. Jika tidak dia yang akan terseksa selama dia tinggal di bumi."jelas Raja.

Kebenaran yang dikatakan oleh Raja membuat jantung Jimin tertusuk seribu pedang.

"Saya tak kesah dengan peraturan tak guna tu! Kami saling mencintai dan tetap akan bersama selamanya!"tegas Jimin dengan pendiriannya.

Jungkook memeluk kemas Jimin walaupun badannya berasa lemah.

"Hyun-"

Jungkook muntah darah sebelum sempat menghabiskan ucapannya. Terkejut Jimin dibuatnya.

"Oh God..Kookie?!! Jangan begini baby.."mohon Jimin dengan sedih.

"Kan aku dah cakap..dia akan terseksa."ujar Raja sambil berpeluk tubuh. Ratu memandang sedih ke arah mereka berdua.

"Hyu-hyung takkan ting-galkan koo-kookie kan?"soal Jungkook dengan harapan.

Jimin menunduk lemas dan menggeleng lemah.

"Maafkan hyung kookie..hyung tak sanggup tengok kookie menderita. Hyung lepaskan kookie demi keselamatan Kookie."jelas Jimin dengan linangan air mata.

Jungkook menggeleng kepalanya dengan laju.

"Hyung ja-jangan nak ber-bergurau la..Kookie cintakan Hyu-hyung! Jangan tinggalkan k-kookie hyung.."ujar Jungkook dengan sedih.

"Maaf..Hyung cintakan kookie..Ingat tu."ujar Jimin sambil senyum sedih.

Selepas Jimin berkata sebegitu,tepukan kecil dilakukan oleh Raja manakala Ratu tersenyum manis. Jimin dan Jungkook pelik dengan tingkah laku Raja dan Ratu.

Melihat muka blur Jimin dan Jungkook, Raja menyembuhkan badan Jungkook. Serta merta Jungkook tidak merasa sakit lagi.

"Kami hanya menguji kesungguhan dan kebaikan menantu kami saja. Tak sangka anakanda pandai memilih ye.."ujar Raja sambil tersenyum.
"Jadi ayahanda terima Jiminie hyung?"soal Jungkook dengan berbinar.

Raja tersenyum manis dan mengangguk.

"Ayahanda sudah terima sejak Putera Jaebum menjelaskan semalam. Jimin seorang pemuda yang baik hati dan jujur. Ayahanda dapat lihat kejujuran di hati kamu menantuku.."jelas Raja sambil membantu Jimin bangun.

Jimin memeluk Raja a.k.a mertuanya dengan erat. Raja membalas pelukan Jimin. Manakala Ratu dan Jungkook tersenyum gembira melihat mereka.

"Terima kasih tuanku. Terima kasih kerana tidak memisahkan kami."ujar Jimin lantas melepaskan pelukan mereka.

"Menantuku..ayahanda takkan merosakkan kebahagiaan seorang anak. Lagipun kamu seorang yang sangat baik. Mulai sekarang kamu panggil kami seperti anakanda Jungkook memanggil kami."ujar Raja dengan sedikit tegas di akhir ayat.

Mereka ketawa kecil dan Jimin mengangguk mantap.

"Kakanda..mari kita pulang. Kita sudah kacau tidur mereka tahu tak? Mereka tu baru je nak tidur.."gurau Ratu dengan buat buat marah.

"Tak adalah bonda..Tak kacau pun..Hanya kacau sikit je.."balas Jungkook sambil senyum mesra.

"Gatal anakanda sekarang ye.."ujar Ratu dengan mata yang dilebarkan.

Sekali lagi mereka ketawa gembira. Selepas itu, Raja dan Ratu meminta untuk pulang ke Bulan.

"Anakanda,kami pulang dulu.Pastikan buat cucu untuk kami ye.."ujar Ratu sambil mengerdipkan matanya ke arah pasangan itu.

"Tenang saja bonda, Jimin akan pastikan yang bulan depan Kookie akan mengan- Akhh!! Baby,sakit laa..janganlah.."

Jimin menggosok tangannya kerana Jungkook mencubitnya..sakit wooo..

Raja dan Ratu ketawa kecil melihat mereka lalu Raja dan Ratu pulang ke Bulan menaiki kuda terbang diraja. Selepas mereka tiada,Jimin dan Jungkook berpandangan sambil tersenyum.

Chu~

Merah muka Jungkook apabila Jimin mencium bibirnya.

"Saranghae~"ujar Jimin sambil memeluk Jungkook.
"Nado saranghae hyung~"balas Jungkook.


































































































"Hyung..bukan ke Jin hyung dan yang lain nak datang tadi? Kenapa tak sampai lagi?"soal Jungkook pelik apabila mereka duduk di sofa.

"Tu la pasal..Hyung pun pelik. Takkan mereka tersesat. Rumah nenek paling senang nak cari."balas Jimin dengan gelengan.


END









































"Baby~"panggil Jimin

Jungkook memandang ke arah Jimin.

"Yes?"

Jimin mengisyaratkan 'jom naik atas' sambil tersenyum nakal. Merah muka Jungkook apabila tahu tujuan Jimin. Perlahan lahan Jungkook mengangguk sambil tersenyum.

Jimin mengangkat Jungkook ala bridal style dan pergi ke tingkat atas.


*~( ̄▽ ̄)~*

REAL END



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top