4

.
.
.

Yoongi menekan pedal minyak kereta. Hatinya membara mengingat kembali zaman semasa dia kecil.

Kerana terlalu melayani perasaan keretanya hampir melanggar lampu isyarat dan seorang gadis yang sedang melintas.

ZREKKKKKK

yoongi sempat bertentang mata dengan gadis itu sebelum gadis itu rebah kerana terkejut.

~~~~~~~

[ SEOUL NATIONAL UNIVERSITY HOSPITAL , SEOUL]

.
.
.

Min Yoongi memandang wajah gadis yang hampir dilanggarnya tadi.

" Haihh tak pasal - pasal aku kene jaga orang, kau la ni Yoongi bodoh sangat nasib baik tak langgar tadi "

Selepas Yoongi membebel, gadis itu tersedar.

" Hah bangun pon kau, senang sikit keje aku, kau ok tak? "

Gadis itu tidak menjawab, hanya memandang wajah Yoongi saje dengan muka cemberut.

" Asal kau taknak jawab?? Bisu dah? "

Gadis itu menjeling Yoongi. Dia turun daripada katil untuk beredar dari situ tetapi dihalang oleh Yoongi.

" Eh kau nak gi mana? Aku cakap dgn kau baik - baik ni, asal kau tak bercakap ada emas ke dalam mulut tu? "

Mata gadis itu berkaca, dengan pantas dia keluar daripada wad itu meninggalkan Yoongi yang terpinga pinga

" Aku salah cakap ke? "

~~~~~~~~

Hyera melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan lemah.
Sepanjang pejalanan dia ke rumahnya, dia asyik menangis.

Hyera mencapai frame dia dgn makciknya.

' Immo, mana suara Hyera? Kenapa Hyera tak boleh bercakap, Immo?? Hyera teringin nak berkomunikasi dengan orang lain ' kata Hyera dalam hati.

Hyera memeluk frame itu dengan tangisan halus.

' kenapa aku hidup?? '

~~~~~~~~

Yoongi meneliti kad pengenalan milik Choi Hyera. Semasa Yoongi hendak pulang tadi, nurse memberitahu perempuan yang bernama Choi Hyera terlupa mengambil kad pengenalannya.

"Encik Min , Cik Choi tadi terlupa ambil kad pengenalannya, boleh tak Encik tolong bagi kat dia balik?? "

Yoongi mengambil kad pengenalan itu.

" Kenapa korang tak boleh pegangkan?? "

" ouhh sebab Cik Choi jarang datang hospital ni kadang - kadang je, takut dia tak datang dah hospital ni cari kad pengenalan dia "

Yoongi mengangkat kening sebelahnya. Hekeleh cakap jela malas pegang.

" Ouh btw dia pernah datang sini?? Dia sakit apa?? "

" Ouh dia bisu, datang sini buat check up dengan doktor pakar "

End flashback!

Yoongi bermain main dengan kad pengenalan milik Choi Hyera itu.

" Patutla taknak cakap, memang betul dia bisu, haihh Min Yoongi apa kau ni cakap biar berpada pada sikit boleh tak, no wonder muka dia nak nangis tadi "

Yoongi menyimpan kad pengenalan itu dan pulang semula kerumahnya.




JAP NAK GUNA GADIS KE PEREMPUAN??? KELIRU PULAK AKU


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top