BAB 19


Menikmati makan malam bersama-sama pelbagai jenis makanan Puan Intan memasak Puan Marissa hanya membantu didapur.Kali pertama berkumpul makan malam bersama seperti dalam mimpi saja Ayesha perasan raut wajah En Iffat yang sangat gembira bukan itu saja abang-abangnya pun sama.En Iffat bersuara dan bertanya pada Ayesha yang sedang makan.

" Adik..daddy tanya ini."

" Apa daddy."

" Nanti dapat keputusan adik nak sambung belajar kat mana.Boleh daddy tolong."

" Tak tahu lagi daddy adik tak fikir lagi nak sambung belajar mana."

" Ouh..okey kalau adik dah habis fikir ke apa ke bagitahu kat daddy."

" Okey daddy." Ayesha hanya mengangguk saja tidak berfikir lagi nak sambung belajar dimana.

" Adik..Abang Angah tanya boleh." En Azri Arif bersuara.

" Ya..Abang Angah ada apa."

" Abang Angah cuma bagi pendapat saja kalau adik tak suka takapa lah."

" Apa pendapat Abang Angah."

" Apa kata adik sambung belajar kat Turkey boleh Abang Angah dan Abang Achik tengok-tengokkan adik kat sana takada lah mama,mummy risaukan adik."

" Angah..kenapa tak bincang dulu dengan Long." En Faaeq menegur adik lelakinya.

" Angah cuma bagi pendapat saja Long, Apa keputusan adik Angah tak kisah." En Azri Arif beri cadangan pada Ayesha.

" Betul juga Abang Angah itu lagipun adik tak tahu lagi nak sambung belajar kat mana." Ayesha menjawab.

" Tidak kisah adik sambung belajar dimana-mana yang penting adik boleh." En Safwan beri kata-kata semangat pada Ayesha.

Masing-masing mendiamkan diri dan menikmati makan malam ada betul juga Ayesha sepatutnya perlu buat sesuatu untuk masa depan.Ayesha meneruskan makan tanpa soal apa-apa sehingga selesai makan malam Ayesha membantu Puan Intan dan Puan Marissa didapur dan mengemas diruang meja makan Ayesha perasaan abang-abangnya seperti sedang berbincang sesuatu dengan En Iffat dan En Safwan diluar rumah Ayesha tak masuk campur mungkin ada urusan lebih penting agaknya.

" Angah papa nak tanya boleh pasal adik." En Safwan bertanya tentang hal tadi.

" Pasal apa papa ke pasal tadi papa jangan salah faham Angah cuma bagi pendapat."

" Papa bukan apa papa cuma tanya saja tak menyusahkan ke Angah dan Achik.Papa risau saja Angah tahu kan."

" Tahu papa."

" Along ada cadangan apa-apa ke."

" Along tak kisah pun apa keputusan adik Along ikut saja.Daddy ada apa apa tak."

" Daddy tak kisah pun mana adik nak sambung belajar tapi daddy risaukan adik bila duduk sorang diri siapa nak tengok dia."

" Kalau daddy tak kisah biar adik sambung belajar dekat Turkey sekurangnya ada orang boleh tengok."

" Betul kata Angah itu Iffat takada lah kita risaukan boleh kita tahu apa yang adik lakukan seharian." En Safwan setuju cadangan anak lelakinya tapi perasaan risau tetap ada didalam hati.

" Apa-apa pun untuk keputusan Ayesha dulu baru boleh bincang semula." Berat hati nak lepaskan Ayesha pergi jauh tapi apakah daya.

" Jom minum dulu dari tadi sembang apa macam serius muka masing-masing." Puan Intan letak dulang atas meja serta tuang dalam cawan.Puan Marissa turut bantu Puan Intan didapur sempat juga Puan Marissa buat pencuci mulut.

" Mama mana adik tak join ke." En Faaeq bertanya pada Puan Intan.

" Tak pun lepas kemas terus naik atas katanya nak berehat." Puan Intan balas semula.

Bersembang tanpa sedar sudah larut malam pelbagai topik mereka sembangkan sudah lama tidak seperti ini selalunya masing-masing sibuk dengan kerja inilah peluang berkumpul bersama.En Safwan mengajak En Iffat dan sekeluarga penginapan dirumahnya kerana sudah lewat malam tidak elok memandu tengah malam sebegini En Iffat dan Puan Marissa mengangguk.

" Mummy,Daddy tidurlah bilik Along Along tidur kat ruang tamu."

" Nak tidur sekali dengan Along boleh!!" Serentak En Azri dan En Irfan menjawab.

" Kenapa pula dah ini." En Faaeq mengangkat kening ke arah adiknya. Sejak bila jadi kembar ini.

" Nak bermanja dengan Along lah takkan tak boleh Along!!" En Arif dan En Irfan muka manja dan paut lengan keduanya En Faaeq.

" Dah besar pun mengada-gada, mestilah boleh nak bermanja kan.Dah jom masuk ada bawa baju tak ini." En Faaeq menggeleng dan bangun pusing ke arah adiknya dan bertanya.

" Ada!! Along kitaorang dah bawa awal-awal lagi." Terus mengangguk kepala bila abangnya tanya.

" Okey jom masuk dah lewat ini tak elok duduk kat luar lama-lama nanti sakit pula." En Faaeq melangkah masuk ke dalam rumah.

" Okey Along!!" En Arif dan En Irfan berlari anak-anak masuk ke rumah.

Puan Intan naik ke atas dan mengentuk pintu bilik Ayesha berharap Ayesha tidak tidur lagi.

" Adik..adik." Puan Intan mengentuk pintu dan panggil nama anaknya.

" Ya mama." Ayesha buka pintu melihat Puan Intan sudah berdiri depannya.

" Adik buat apa menganggu ke."

" Baca novel saja kenapa mama."

" Malam ini mummy dan daddy tidur kat sini itu saja mama nak bagitahu."

" Okey mama,Along tidur kat mana."

" Along tidur kat ruang tamu dengan Angah dan Achik."

" Okey mama,Good night mama."

" Okey good night." Puan Intan mengundur dan turun ke bawah.

" Tak tidur lagi sekarang ini dah pukul berapa." Puan Intan turun melihat anak-anaknya yang masih belum tidur lagi.

" Sekejap lagi kami tidur,mama kenapa tak tidur lagi."

" Nak tidurlah ini." Puan Intan terus ke dapur menbasahkan tekak.

" Good night mama!!"

Ayesha menutup buku novel tidak pernah tak habis baca buku novel ini tapi sekarang Ayesha takada mood nak baca novel seterusnya.Ayesha bangun pergi ke arah katil Ayesha tarik selimut dan cuba buang perasaan pada Cikgu Hisyam mulai hari ini tiada nama Cikgu Hisyam dalam hatinya.Akhirnya Ayesha sudah masuk ke dalam dunia mimpi suasana yang sunyi sepi yang menemani cahaya lampu tidur.

SEBULAN KEMUDIAN..

Sejak kebelakang ini Hisyam terasa tidak sedap badan bukan itu saja setiap kali melakukan kerja Hisyam ternampak Ayesha tergedik-gedik ke arahnya sudah berapa Hisyam menghalang tetap sama Ayesha akan mengusik Hisyam.Tidak tahan Hisyam menjerit sekuat-kuatnya hati menghalang Ayesha datang ke arahnya.

" Pergi!!! Jangan kacau aku lagi,Kau tak faham ke ha'ah." Hisyam meninggikan pada pelajarnya.

" Ha'ah Cik..gu.." Pelajar perempuan ketakutan kali pertama melihat Cikgu Hisyam mengamuk.

" Kau tak faham!! ke." Hisyam tidak dapat mengawal kemarahannya.

" Syam apa masalah kau ini nak meninggikan suara ini pelajar kau Nurul.Kau ini kenapa ha'ah,Nurul awak pergi masuk ke kelas dulu." Mazlan menegur tingkah laku rakannya tidak pernah menjadi seperti ini.

" Syam aku tanya ini asal kau diam kenapa kau nak marah pelajar kau,dia itu tak bersalah pun dia datang ke sini untuk bertanya yang nak marah sangat ini kenapa." Mazlan bertanya lagi pada Hisyam yang mendiamkan diri.

" Dah takada mulut ke nak jawab soalan aku ini ke kau ingat pelajar lama kau itu!! sampai kau nak menjerit satu bilik guru ini dengar suara kau ini jawablah!!!" Mazlan sengaja sebut depan Hisyam tanpa bersuara.

" Syam kau jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan pelajar lama kau maklumlah dia kan selalu kacau kat sekolah kan.Syam asal diam ini betulkan aku cakap ini." Mazlan paksa Hisyam buka mulut.Mazlan tak peduli dengan cikgu yang lain pandang ke arah mereka.

" Tak pun!!! takda mengena pun dengan dia itu buat apa aku nak jatuh cinta dengan dia umur aku dengan umur dia jauh beza macam abang dan adik tak sesuai dengan aku pun!!" Hisyam benggang dengan kata-kata Mazlan.

" Kau jangan cakap besar nanti aku takut pula kau yang akan jatuh cinta dekat dia aku takut kau makan diri sendiri."

" Aku? makan diri sendiri takada makna!! aku yakin aku takkan jatuh cinta pada pelajar lama aku pelik aku dengar nanti ada tajuk ' Cikguku Suamiku' kelakar pun ada juga dahlah!! aku malas nak fikirkan." Hisyam terus langkah setelah jam loceng sudah berbunyi.

Tengoklah siapa makan diri sendiri!!



Ayesha menyusun buku novel yang baru beli berapa minggu lepas bersama En Azri dan En Irfan Ayesha memang suka membaca buku novel sama ada romantik atau sedih antara itu kesukaan Ayesha membaca bukan itu saja En Azri belanja Ayesha berapa buku tentang perniagaan sebagai rujukkan En Azri tahu Ayesha akan masuk bidang perniagaan macam abang-abang yang lain.Ayesha tak banyak tanya apa yang abangnya beli Ayesha terima hati terbuka.

" Adik petang ini jangan lupa."

" Petang? ada apa mama."

" Lupalah itu petang ini kan keluar dengan mama dan mummy."

" Ouh..ingat-ingat okey mama pukul nak gerak."

" Pukul tiga petang."

Ayesha mengangguk.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top