Chapter V - He's Coming Again?!

Aku di dalam bilik sedang baring. Aman damai seketika sebelum abang dan adik terjah masuk ke dalam bilik aku.

"Amani, ni abang. Buka pintu sebelum abang yang masuk sendiri." kata Tengku Fariz Zahiq iaitu abang aku. Aku menghampiri pintu bilikku lalu membukanya. Abang aku bersama dengan adik aku. Adalah tu nak kacau.

"Nak apa, abang?" tanyaku. Sibuk je diaorang ni. Buang masa jelah diaorang ni." Cepatlah, abang, Iman." sambungku.

"Tak nak bagi abang dengan adik masuk bilik ke? Tak pelah. Abang cakap dekat sini jelah." ujar Tengku Fariz Zahiq.

"Apa dia, abang? Lambatlah dia ni." kataku. Aku dah muak dengan perangai abang aku yang suka cakap lambat-lambat.

"Dekat depan pintu tu ada...MIKA." jerit abangku. Merdu suara dia bila dia jerit. Taklah tipu je. Suara jerit dia tak merdu pun.

"Hah!!! Apa? Dia datang sini? Buat apa?" seriously dia datang... Tapi, kenapa? Kejap lagi, kita tanya dia, kenapa dia datang sini.

Aku terus mengambil tudung sarungku lalu disarungkan ke kepala. Kemudian, aku menuruni anak tangga sambil berlari. Tak kisah kalau aku jatuh pun. Yang penting, Mika sekarang ni. Dia ni lebih kurang macam crush aku tapi tak lama lagi aku kahwin dengan dia. Aku tiba di hadapan pintu rumah.

"Assalamualaikum, Amani. Boleh aku masuk? Tadi, abang kau cakap, dia panggil kau. Aku tunggu jelah." katanya. Siapa dekat belakang dia tu?

"Waalaikumussalam, Mika. Siapa belakang kau tu?" aku menjawab salamnya dan menyoalnya tentang seorang figura lelaki di belakangnya. Siapa dia? Kawan dia ke? Tapi, aku rasa aku pernah nampak dia.

"Takkan kau dah lupa pasal abang aku. Ni abang akulah. Nak aku kenalkan lagi ke?" soalnya. Hehehe... Lupa.

"Sorrylah. Aku lupa. Kau dengan abang kau boleh masuk. Duduk dekat sofa tu. Aku nak pergi tanya abang aku kejap." kataku lalu berlari ke arah abangku. Selepas itu, aku menanya abangku.

"Nak apa, Amani?" tanya Fariz, malas. Aku pun menanya abangku tanpa menjawab persoalannya tadi.

"Kenapa abang Aniq datang juga, abang?" tanyaku perlahan, mampu membuat Tengku Fariz Zahiq mendengar.

"Abang yang suruh dia datang tapi abang tak tahu pula dia nak bawa adik dia tu." jawab abangku. Aku kembali ke ruang tamu dan duduk di sebelah Mika. Aku menyapanya.

"Hai, Mika. Kenapa kau datang?" aku memulakan perbualan. Aku menunggu jawabnya. Lambatnya jawab. Bukan tengah kutuk dia eh.

"Abang aku suruh ikut sekali. Tak tahu kenapa." jawabnya.

Aku dan Mika mendengar jeritan dari atas. Suara yang aku kenal, abang aku, TENGKU FARIZ ZAHIQ. "Aniq!!! Naik atas cepat!!!" jerit Fariz dari biliknya.

"Sabarlah, Riz. Aku nak naiklah ni!!!" kata Aniq sambil menjerit. Mummyku yang berada di dapur mendengar jeritan mereka berdua lalu ke ruang tamu.

"Kamu berdua ni menjerit je tahu! Mummy yang dekat dapur ni dengar tahu tak?!" marah Puan Ayuni.

"Sorry, mummy." kata Tengku Fariz Zahiq sedikit kuat dari bilik. Aniq menaiki anak tangga dengan laju dan memasuk bilik Fariz. Aku dan Mika hanya melihat kejadian itu. Aku meneruskan perbualan sebentar tadi terganggu oleh kerana abang Fariz dan abang Aniq.

"Kau tengok Aphmau tak?" soalku. Aku suka tengok youtuber tu. Semua video dia lawak. Aku tengok Phoenix Drop High (PDH) S1 & S2, Phoenix Drop High : Graduation Days, Falcon Claw University (FCU), MyStreet S1, S2 (MS : LLP), S3 (MS : LL), S4 (MS : ES / TES), S5 (MS : S), Aphmau's Year, S6 (MS : WAF) & Her Wish, Phoenix Drop Days (PDD) dan banyak lagi. Bukan youtuber ni je aku tengok, ramai lagi.

"Tak. Kenapa?" jawabnya, pendek.

-skip(keesokannya)-

Aku, Alya dan Mika berjalan ke arah dewan. Mika menyuruh Alya pergi bersama kawan-kawan aku. Alya meninggalkan aku dan Mika sendirian. Dia tersenyum manis kepadaku. Nampaknya dia gembira sebab dapat bersendirian dengan aku dekat tengah jalan.

"Kau nak apa, Mika?" soalku, pendek. Mesti ke setiap pagi kena jumpa? Sejak daripada datang rumah aku hari tu, terus nak jumpa aku setiap pagi sebelum masuk kelas. Padahal dalam kelas boleh jumpa. Lantak dialah.

"Aku nak cakap sikit." ujarnya. Jangan risau. Kalau dia cakap sikit, ia bermakna... "Hello!!!" katanya sambil memetik jari dan melambaikan tangannya di hadapanku. Aku tersedar dari lamunanku.

"Hah!!! Apa dia?" soalku sedikit terkejut dengan perbuatannya. "Pasal baju kahwin hari tu, aku dah pilihkan. Warna favourite kau." ujarnya.

Warna favourite aku? Warna favourite aku!!! AHHHH!!! Sorry, kalau terlampau excited. Hehehe... Mesti dia ingat aku ni gila. Lantak dialah.

", Amani. Êtes-vous fou ou quoi? (Hey, Amani. Are you crazy or what?)" ujarnya sedikit kuat daripada tadi. Mampu membuatkanku terkejut. Dia bercakap dalam Bahasa French?

"Parlez-vous français plus tôt(Do you speak French earlier?)" soalku dalam Bahasa French dengan lancar. Aku rasa, aku dengar dia cakap Bahasa French.

"Rien... Hehehe... (Nothing... Hehehe... )" tipunya. Aku tahulah kau menipu, Mika. Tak nak mengaku pula. Haih... Anak siapalah ni?

"Qué estás haciendo?( What are you doing?)" soalku dalam Bahasa Spanish. Aku tahu banyak bahasa sebab tu aku bercakap dalam Bahasa Spanish. Aku harap dia tak faham. Hehehe...

"What are you talking about, babe?" soalnya. Tapi masalahnya aku cair apabila panggil aku, babe. Dah, dah, kalau asyik macam ni, bila nak pergi dewan. Aku rasa dah lama kitaorang dekat sini. Baik aku tanya dia bila nak pergi dewan ataupun masuk ke kelas.

"Oi, Mika!!!! Bila kita nak pergi dewan?!" soalku sedikit garang supaya dia sedar. Aku nampak Amanda, Syazana, Aira, Aifa, Farhani, Camelia dan Alya dekat dewan. I think, they are waiting for us.

"Panggil aku elok-elok sikit eh. Cukup baik aku panggil kau 'babe' tau." katanya selembut-lembutnya dan sebaik-baiknya. (Author: Apa aku merepek ni? Mika: Entahlah, author. Biarkan jelah.) Dia sebut lagi perkataan tu. Aku cair ni. Bukan maksud aku, aku cair macam ais tu. Bukan yang tu eh?

<TO BE CONTINUED>

Pendek sikit chapter kali ni. Sorry sangat-sangat, author tak boleh tulis panjang-panjang. Lagipun esok hari jadi author tau. Author saja je bagitahu mana tahu ada orang nak wish author.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top