Chapter IX - You Speak French?

Aku menutup telefonku. Lalu, aku dan Aniq masih berfikir bagaimana hendak menghentikan Adam dan Farisya. Sehinggalah Aniq mendapat idea untuk menghentikan diaorang berdua. Tunggulah, korang. Tak lama lagi korang akan dihentikan oleh aku dan Aniq.

"Riz, aku rasa kan, kita patut buat..." kata Aniq. Aku mendengar sedikit sahaja. Yang lain aku tak dengar. Aku tak tahulah nak buat apa. Aku tak de idea nak hentikan diaorang.

Aku berfikir sahaja. Aku melihat ke arah satu tempat sahaja. Tanda aku termenung.

"Riz, kau dengar tak?!" panggil Aniq. Aku tersentak.

"Hah?! Apa dia, Niq? Kau cakap apa tadi?" tanyaku, tidak mendengar apa yang disampaikan oleh Aniq tadi.

"Aku bagitahu rancangan aku. Tapi, kau tak dengar. Termenung. Teringatkan siapalah tu? Girlfriend ke? Hehehe..." katanya.

"Banyaklah kau. Aku tak de rancangan lah." kataku.

"Aku memang banyak pun dekat dunia. Aniq tu ada, Aniq ni ada. Kalau aku bagitahu berapa banyak Aniq, maybe 10 tahun akan datang baru habis." kata Aniq, loyar buruk.

"Bukan tulah maksud aku. Ish... Kau ni." kataku sambil menggelengkan kepala.

"Whatever. Nanti kita fikirkan lagi. Kita ada banyak lagi masa. Nanti dah ada idea, kita bincang lagi. Okey?" katanya. Aku setuju apa yang dia cakap ni.

"Okey." balasku, pendek.

~FARISYA POV~

Seronok juga keluar dengan diaorang ni. Aku menggerakkan kakiku lalu menendang kaki Amani. Biar padan muka dia.

"Aduh, sakitlah!" adunya, kesakitan.

"Vanilla! What happened?" soal Mika kepada Amani.

Kenapa dia tanya? Aku menendang kaki Mika pula.

"Ow! Sakitlah!" adu Mika pula dan memandang ke arahku, tajam. Aku rasa seronok pula tendang kaki diaorang.

"What?! I didn't do anything. Don't you dare accuse me. You don't have any information about what happened." tipuku. Biar diaorang percaya. Adam tahu pasal ni.

"Yeah, she did nothing. Don't accuse her. That's illegal." kata Adam mempertahankan aku.

"Banyaklah kau illegal." kata Mika, marah.

"I like it when you're mad, Mika." kataku.

"Whatever." kata Mika, mahu mengabaikanku.

"Aku tak akan percaya apa yang cakap kau lah, Farisya!" kata Amani, tengking.

Aku mengendahkan kata-kata Amani. Ada aku kisah? Takkan. So, senyap.

~AMANI POV~

Eh, dia ni. Sedap dia je tendang orang tadi. Ingat aku tak tahu. Dia yang tendang aku dengan Mika, lepas tu tak nak mengaku. Dah lah tak faham bahasa. Dia nak aku cakap Cina ke apa.

Okey, aku rasa majoriti nak aku cakap Cina. Majoriti nak aku cakap French. Okeylah.

"Ne peux-tu pas arrêter de déranger la vie des autres? (Can't you stop disturbing other people's life?)" kataku dalam bahasa French. Dia kan tak faham bahasa Melayu, kita cakap bahasa French.

"Kau cakap apa ni? Aku tak fahamlah." kata Farisya.

"Oh, tu ne comprends pas le français. Je pensais que vous comprenez le français. (Oh, you don't understand French. I thought you understand French.)" kataku sambil tersenyum sinis. Aku kena cari cara untuk buat Mika bercakap dalam bahasa French. Aku menendang kakinya sedikit. Dia memahami apa yang aku tengah buat lalu bercakap dalam bahasa French.

"Oh, comme elle est triste, elle ne comprend pas le français. (Oh, how sad she is, she doesn't understand French.)" kata Mika. Aku menganggukkan kepala.

"Ouais, tu as raison, elle ne comprend pas le français. (Yeah, you're right, she doesn't understand French.)" kataku. Adam dan Farisya tidak mengerti apa yang aku dan Mika bicarakan.

"Dahlah, aku malas nak layan korang berdua. Bye. Jom, Adam." kata Farisya lalu menarik tangan Adam. Mereka yang malas untuk mendengar aku dan Mika berbicara dalam bahasa French terus keluar dari restoran tersebut. Kami berjaya membuat mereka berasa annoying dengan aku dan Mika.

"Yeay, berjaya. Huh, padan muka. Tulah siapa suruh kacau life orang, kan dah kena." kataku, gembira.

"Dah alang-alang dekat restoran, apa kata order makan." kata Mika, mencadang.

"Boleh juga." balasku, pendek.

-skip(keesokan harinya)-

~Oh! Mr. Sandman, please don't come around~

~I don't wanna sleep 'til I'm six feet underground~

Aku mendengar alarm telefonku berbunyi lalu mematikannya. Aku bangun lalu pergi mandi dan memakai uniform sekolah. Kemudian, solat Subuh berjemaah. Selepas itu, aku, Iman dan Fariz makan sarapan pagi dan pergi sekolah.

Aku memerhatikan Mika yang berada di pintu pagar. Dia menjaga pintu pagar awal sangat. Baru pukul 6.55 pagi. Iman, adikku disebelahku memerhatikan aku, pelik.

"Kakak, tengok apa?" tanya Iman.

"Rien. (Nothing.)" balasku. Lalu, aku berjalan memasuki pintu pagar tersebut bersama-sama adikku.

"Allons-y. (Let's go.)" sambungku.

"Très bien, allons-y. (Alright, let's go.)" balasnya, malas.

"Que fais-tu ici? Entrez et asseyez-vous dans le hall. Je n'écrirai jamais votre nom dans le livre. Je n'écrirai jamais non plus le nom de votre sœur. (What are you doing here? Enter and sit in the hall. I will never write your name in the book. I will never write your sister's name either.)" Mika berkata, panjang.

"Fine, fine. Let's go, sister." kataku pula.

Kami berjalan ke arah dewan lalu duduk mengikut tingkatan. Adikku ke arah form 2 manakala aku ke arah form 5. Aku disapa oleh kawan-kawan sekelasku.

"Macam mana? Okey?" tanya Amanda. Aku menyengitkan kepalaku tanda tidak faham.

"What do you mean?" tanyaku, masih tidak faham.

"Alah, semalamlah. Takkan kau tak faham?" kata Farhani pula.

"Oh, semalam. Boleh lah." kataku, tidak yakin.

"Amanda, macam mana kau boleh tahu?" tanyaku, keliru.

"Diaorang yang bagitahu." katanya.

Aku meganggukkan kepala. Aku melihat ke arah Farisya dan rakan-rakannya. Dia memandang ke arahku lalu tersenyum sinis seperti dia merancang sesuatu yang akan menimpaku tidak lama lagi.

Aku mengalihkan pandanganku ke rakan-rakanku, mengabaikan Farisya dan rakan-rakannya. Aku rasa something will happen in the future. Amani, abaikan je Farisya tu. Tak payah fikir pasal dia tu.

Selepas beberapa minit kemudian, kami dibenarkan memasuki kelas masing-masing. Aku dan rakan-rakanku kecuali Alya memasuki kelas 5 Emerald. Alya memasuki kelasnya iaitu 5 Diamond manakala Farisya dan Adam memasuki 5 Amethyst. Rakan-rakannya pula iaitu Afeeya dan Marsya memasuki kelas 5 Sapphire.

-skip(rehat)-

Amanda dan Farhani menungguku di mejaku. Kawan-kawanku yang lain sudah pergi kantin terlebih dahulu. Aku mengemas mejaku lalu berjalan keluar dari kelas bersama Amanda dan Farhani. Kemudian, kami terserempak dengan Geng Hancur Harapan iaitu Farisya, Afeeya dan Marsya.

Kenapa sekarang terserempak dengan diaorang? Aku nak makan. Lapar ni! 我爱你,食物。(I love you,food.Why am I have to deal with these idiots?

"你好吗?(How are you?)" tanyaku. Aku tahu diaorang tak faham. Ramai orang faham kut ni maksudnya apa. Amanda dan Farhani gelak sahaja.

"Huh?" mereka bertiga tidak mengerti. Ya Allah, benda ni senang nak faham kut. Asal diaorang tak faham? Mak ayah tak pernah bagitahu ke?

Lalu, aku, Amanda dan Farhani berjalan melepasi mereka yang menghancurkan harapan orang. Dah nama pun Hancur Harapan, nak buat macam mana.

"Lepas ni, aku tak kacau korang!" jerit Farisya. Aku tersenyum sahaja. Aku tahu kau ada muslihat lain. Kau sengaja cakap macam tu supaya aku percaya. Aku tak akan percaya kau, Farisya. Kami meneruskan perjalanan kami membiarkan mereka bertiga di sana berdiri tegak, tidak bergerak. Apa masalah diaorang? Tak nak makan ke? Kalau tak, aku nak makanan diaorang.

Amanda dan Farhani berjalan mendahului aku lalu duduk di meja di mana ada kawan-kawanku yang lain. Aku berjalan sehingga aku terlanggar Zarif, kawan Mika yang ke-1000. Eh, tak delah gurau je. Kawan Mika yang ke-5.

Ya Allah, kenapalah kau ada dekat sini? Tepilah. Aku nak makan ni. Lapar!

'Aku tengah lapar ni. Kenapalah banyak dugaan waktu nak makan ni?' kataku di dalam hati.

"Eh, Amani. Sorrylah terlanggar kau. Aku tak nampak kau sebab kau pendek sangat and aku tak nampak kau sebab diaorang semua tengok aku sebab aku handsome." kata Zarif, perasan. Perasannya, dia. Kenapa lelaki selalunya perasan dia tu handsome? Aku selalu tertanya-tanya. Siapa boleh jawab?

"Tak pe, tak pe. Kalau boleh Mika yang langgar pun tak apa." kataku, memperlahankan ayat terakhir supaya tidak didengari oleh Zarif dan marah sedikit kerana dipanggil pendek oleh Zarif.  Zarif yang melihatku pelik kerana aku bercakap seperti aku bercakap seorang diri. Lalu, dia menanyaku. Oh my God!

"Kenapa aku tengok kau macam kau bercakap seorang diri? Kau ada cakap sesuatu ke?" tanya Zarif. Aku yang malas mahu membalas persoalannya menghampiri rakan-rakanku yang sedang makan brunch mereka. Lalu, duduk disebelah Syazana.

Beberapa minit kemudian, adikku, Iman duduk disebelahku. Aku memandangnya pelik. Kenapa dia tak duduk dengan kawan-kawan dia?

"Kau kenapa tak duduk dengan kawan-kawan kau?" tanyaku. Dia tidak membalas.

<TO BE CONTINUED>

Sorry lama tak update. Author budak asrama.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top