Chapter II - Breaking Up

"Mummy nak kamu dengan Amani berkahwin." secara tiba-tiba, aku terbatuk selepas mendengarnya.

Tiba-tiba, Mika memberi aku minuman pula. Apa kena dengan Mr.Headprefect ni. Geram je aku. Tak pe, tak pe. Aku menerima minuman yang diberi oleh Mika.

"Amani, okey ke tak ni?" tanya Puan Syazana. Mummy dia nampak baik. Terima jelah. Kesian nanti parents kitaorang.

"Amani okey. Pasal kahwin tu, Amani setuju je."

Abang Fariz dengan Iman terbeliak mata. Mesti diorang pelik ni. Dah faham dah dengan diaorang ni.

"Seriously, adik. Adik terima je. Abang pelik ni. Adik ada boyfriend kan? Minta putus dengan dia."

"Adik serious ni, abang. Nampak muka adik ni main-main ke? Tak kan. So, adik serious." kataku kepada abangku yang entah apa-apa.

Mika memanggil adikku, Iman.

"Iman. Abang Mika nak tanya sikit ni."

"Apa dia, abang Mika?" dia menarik nafas lalu dilepaskan.

"Kakak awak tu memang boleh terima orang terus ke?" dia menanya. Aku terdengar sedikit je perbualan antara mamat poyo dengan adik aku. Apa-apa jelah diaorang ni.

"Kakak tak macam ni pun sebelum ni, tapi ni tiba-tiba terima terus. Entahlah, kenapa. Abang nak bawa kakak pergi jalan eh? Kan?" aku mendengar lagi perbualan diaorang.

'Oi, adik. Kakak kau terima ada sebab. Sebabnya ialah kakak dah sukakan dia. Dia pula bukan tahu pun yang kakak kau ni dah sukakan dia.' aku berkata-kata di dalam hati sahaja.

~MIKAEL POV~

Macam mana dia tahu yang aku nak bawa kakak dia keluar. Nak minta izin parents dia dululah. Mestilah parents dia bagi sebab aku kan dah nak jadi diaorang punya keluarga.

"Uncle, aunty. Boleh saya bawa Amani keluar pergi jalan-jalan?" tanyaku kepada Encik Daniel dan Puan Ayuni.

"Boleh je. Amani, pergi bersiap dulu. Bawa Alya sekali. Mika, kamu tunggu luar, boleh?" kata Puan Ayuni. Tunggu luar? Entah-entah, dia lambat bersiap. Alya? Yang tadi tu kan? Tak silap aku, dia naik atas. Maybe tingkat dua. Tak apalah. Tunggu jelah diaorang berdua ni.

Beberapa minit kemudian...

"Hah! Siap pun korang berdua. Lama tau aku tunggu." berdrama je lebih aku ni. Biarlah diaorang. Siapa suruh lambat.

"Eleh, baru beberapa minit. Belum beberapa jam." dia lawan kata dengan aku. Dia terima aku. Kira okeylah tu daripada tak terima langsung. Aku nak dia putus sekarang.

"Oui, c'est vrai. Ce n'est que quelques minutes. (Yes, that's right. It is only a couple minutes.)" Alya berkata-kata dalam bahasa French. Apa dia cakap ni? Aku tak fahamlah.

"Dahlah. Jom masuk kereta. Aku nak bawa korang pergi pasaraya hari tu a.k.a hari pertemuan kitaorang." aku berkata sambil membukakan pintu kereta untuk Amani dan bukannya untuk si kambing biri-biri iaitu Alya.

"Hé, monsieur. Pourquoi ne pas ouvrir la portière de la voiture pour moi? (Hey, mister. Why don't you open the car door for me?)" dia berkata lagi sebegitu. Aku rasa dia suruh aku bukakan pintu untuk dia.

Tengok mimik muka dia pun aku dah tahu, dia tak puas hati dengan aku sebab aku bukakan pintu untuk Amani dan tidak membukanya untuk dia. Kemudian, aku membukakan pintu untuknya. Haih... kawan siapa lah ni? Lalu, aku memandu kereta. (Author: Apa yang aku merepek ni?)

Tiba di pasaraya...

"Sini biar aku bukakan pintu tu untuk kau. Kau tak payah susah-susah buka sendiri." sekali lagi aku membuka pintu keretaku untuknya. Aku tahu ada orang tak puas hati dengan aku. Kawan Amani lah siapa lagi? Kambing biri-biri tu.

"Pourquoi tu tiens tellement à mon ami? Tu es déjà tombé amoureux d'elle? (Why you so caring to my friend? Are you already fall in love with her?)" dia cakap lagi macam ni. Aduh, tak fahamlah apa dia cakap.

Kenapa aku caring sangat eh hari ni? Ke kau dah sukakan dia? Eh, tak mungkinlah aku sukakan dia. Aku dah ada girlfriend cuma mummy dengan daddy tak tahu. (Author: Bagus sangatlah tu, tak bagitahu parents. Ish... Ish... Ish... tak patut. Jangan contohi dia.)

"Kau mengelamun ke, Tengku Ammar Mikael?" soalan si dia membuatkanku tersedar semula. Aku termenung ke? Mungkinlah.

"Mana adalah, Cik Tengku Amani Sofia!" aku menafikan perkara tersebut. Padahal benda yang betul.

"Bila nak masuk dalam mall?" tanya kambing biri-biri. Maksud author, Alya. (Author: Apa kena dengan author ni. Mesti si Mikael ni bagi author ubat mental.)

"Boleh pun cakap melayu. Ingatkan tak pandai." sindirku.

"Biarlah. Mulut aku, bukannya kau, Mika." aku dah start gaduh dengan si kambing biri-biri ni.

"Dah, dahlah tu. Janganlah bergaduh." kami berjalan menghampiri pintu masuk pasaraya tersebut. Biarlah, kambing biri-biri tu. Kisah apa aku. Okay, stop it, Mika. You look like an idiot. Kami memasuki pintu masuk tersebut.

"First, kita nak pergi mana?" soal Amani. Aku tak fikir lagi nak pergi mana. Kita pergi... Hrm... Pergi mana eh?

"Second girlfriend kau tanya tu, jawablah." kata Alya. Sejak bila, Amani tu second girlfriend aku.

"Dia bukan second girlfriend aku lah. Kau dah kenapa, kambing biri-biri?" aduh, gaduh lagi aku. Ya Allah, kenapalah dengan dia ni.

"Kita pergi jalan-jalan dulu. Lepas tu, kita pergi mana-mana jelah." aku sendiri pun tak tahu nak pergi mana. Aku abaikan je si kambing biri-biri tu.

"Mika, boleh tak kitaorang pergi berdua?" baik pula dia ni. Mika, kau kena jaga anak orang ni. Hilang, habislah aku.

"No!!! You can not go with Amani berdua!" aku melarang Alya daripada pergi berdua. Kalau pergi tandas, tak pe juga berdua.

Kami meneruskan perjalanan kami yang tergendala sebentar tadi. Aku, Amani dan Alya berjalan-jalan di sekitar pasaraya tersebut sehingga terjumpa seseorang yang aku paling cintai. Girlfriend aku keluar dengan lelaki lain.

Aku berjalan ke arahnya sambil menarik Amani dan diikuti juga oleh Alya. Aku melihat sebentar muka Alya. Mesti dia terkejut. Biarkan dia tu.

"You buat apa dekat sini?" soal girlfriendku, Farisya ketakutan.

"Aku jalan-jalan dengan kawan aku. Kenapa?! Dahlah keluar dengan lelaki lain! Apa?! Ingat aku tak nampak! Kau ingat aku ni, buta! Oh, satu lagi aku nak putus dengan kau! Dahlah, jom Amani, Alya." aku tertekan sangat ni.

~AMANI POV~

Macam ni ke kalau dia tengah marah. Nak cakap something pun dah rasa takut. Nak try tanyalah.

"Est-ce ainsi que votre futur mari sera en colère? (Is this how your future husband when he's angry?)" soal kawanku, Alya. Aku faham apa dia cakap. Tak macam Mika tu.

"Je ne sais pas, Alya. (I don't know, Alya.)" kataku dalam bahasa yang sama seperti kawanku.

"Why don't you try to ask your future hushand?"

"Okay, aku cuba eh?"

"Go ahead. Just ask him, okay. Don't worry, I know him. He will never be mad with you. The truth is, Mika is my cousin." cousin Alya? I cannot believe it. Patutlah, tadi dia punya gaduh lain macam.

Haish... Tadi, macam Mika tak kenal je. Atau dia berlakon je tadi. Pasal dia nanti dulu, sekarang aku nak tanya dia.

"Erm... Mika."

"Mmm... Nak apa?" nadanya berubah kalau dengan aku. Pelik. Dia ni memang macam ni ke apa?

"Kan aku dah kata. Dia tak akan marah kau." Alya mencelah perbualan antara aku dengan Mika.

"Alya, boleh tak kau jangan sibuk?" Ya Allah... Diaorang gaduh lagi.

"Hmm... Yelah. Cousin yang aku sayang." iee... gelinya, aku dengan diaorang ni.

"Kau nak tanya apa tadi? Pasal tadi ke?" macam mana dia tahu. Pandai dia teka. Diaorang ni cousin paling cute yang pernah aku lihat.

"Ha'ah. Kau masih marah ke pasal girlfriend kau?" rasa awkwardlah pula bercakap dengan dia ni.

"Correction, ex-girlfriend aku. Aku memang masih marah pasal dia sebab dia keluar dengan lelaki lain. Kau mesti pelikkan kalau aku bercakap kau dengan nada lain. Kalau aku suka someone tu, aku be nice." siapa someone yang dia maksudkan? Aku ke? Jangan perasan boleh tak?

"Someone is falling in love with my friend." ish... dia. Bertuah betullah Alya ni.

"Mana adalah. Perasanlah kau ni, Alya." dia... ketawa. Dia nampak happy dengan aku dan Alya. Aku rasalah... kut. Aku berasa lapar sekarang ni. Sekarang pukul berapa? Aku melihat jam di tanganku. Patutlah aku lapar semacam.

"Mika, Alya. Aku laparlah." aku membuat muka comel. Aku always comel. Angkat bakul sendiri nampak.

Kami menuju ke sebuah restoran. Dan aku ternampak Adam, boyfriend aku dengan perempuan lain.

"Amani, is that your boyfriend?" dia menunjuk ke arah seorang figura lelaki dan seorang figura perempuan. Dan lelaki yang bersama dengan perempuan itu ialah boyfriend aku. Aku dan Alya melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Mika. Adam... Sampai hati awak curang dengan saya.

"Ha'ah. Tu boyfriend aku." kemudian aku mula menangis di dada bidang si dia. Dia tak marah. Alya mampu melihat sahaja. Lalu, kami bertiga berjalan mendekati mereka berdua di sebuah restoran.

"Adam, sampai hati awak curang dengan saya. Apa salah saya?" kenapa dia buat aku macam ni?

"Macam nilah, Sofia. I'm wanna break up with you." dia nak break up dengan aku.

"You wanna break up with me?"

"Yes, baby. You heard me, right?" aku lari daripada Adam sambil menangis. Alya mengikuti aku dari belakang. Boyfriend aku yang tak guna. Curang dengan aku. Nasib baik aku ada Mikael, ketua pengawas paling entah apa-apa dan dia juga bakal suami aku. But why...?

"Tengok apa kau dah buat, Adam?! Kau buat girlfriend kau menangis. Kesian dia."

"Kalau kau kesian sangat dekat dia, pergilah kahwin dengan dia. Dia tu apalah sangat. Dia tu bukan cantik sangat, biasa-biasa je. Lainlah dengan dia ni." Adam menunjuk ke arah seorang figura perempuan disebelahnya.

"Kau ni boyfriend paling jahat pernah aku tahu. Untuk pengetahuan kau, aku tak lama lagi nak kahwin dengan dia." dengan cepat Mika menumbuk Adam.

"Aduh!!! Tapi baguslah kau nak kahwin dengan dia. Senanglah kau nak kahwin dengan dia tanpa aku kacau. Kan?" lalu dia ketawa. Mental agaknya? Ataupun, dia ni PVM. (pesakit vampire mental)

'Baik aku pergi cari diaorang, nanti hilang pula diaorang.' kata Mika di dalam hati.

Lalu, Mika menjauhkan diri daripada Adam si PVM. Dia mencari merata-rata tempat. Akhirnya, jumpa juga.

"Jumpa pun korang. Mana korang pergi?!" dia menyoal dengan nada garang.

"Pergi.... Erm...." aku terdiam. Aku langsung tak tahu mana aku dengan Alya pergi. Aku main lari je, mana aku nak.

"I'm sorry sebab tengking kau. Aku tahu kau sedih lagi, kan? Sini aku tolong gembirakan kau. Nak tak?" aku rasa terubat sedikit dengan kata-katanya. Boleh tahan baik. Ke dia tengah menguji aku? Whatever.

"Of course, I want. Siapalah yang tak nak." aku tersenyum.

"Aku je yang tak nak. Dia belanja bukannya ikhlas."

"Apa-apa jelah. Dah jom. Kau nak aku belikan apa? Aku boleh belikan apa je yang aku nak sebab nanti kau jadi isteri aku juga." bising je kerja dia.

Tak apalah, mengalah jelah dengan dia ni. Memang betul apa yang encik ketua pengawas ni cakap. Aku teringin nak makan ais krimlah. Hmm... Sedapnya kalau makan.

"Aku nak ais krim. Boleh tak?"

"Boleh je. Kau yang nak, tadikan aku dah cakap. Tapi, aku tahu kau suka ais krim perisa apa. Kau suka ais krim perisa vanilla dengan chocolate. Am I right?" mana dia tahu tu. Geramnya aku dengan dia ni. Tapi, tak pelah sebab dia nak gembirakan aku.

"Ha'ah, betullah tu. Mana tahu?" aku menyoal si dia. Macam manalah dia tahu aku suka perisa tu.

"Alya bagitahu." Alya ni memang nak kena.

<TO BE CONTINUED>

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top