Chapter I - First Day School
~AMANI POV~
Aku tengah baring sambil pusing-pusing atas katil bilik aku di rumah aku di Malaysia. Out of the blue, seorang figura lelaki datang ke bilik aku tanpa mengetuk pintu. Lalu, pintu itu terbuka dan terlihatlah wajah lelaki itu. Rupa-rupanya, abang aku sendiri.
"Amani, bangun daripada katil tu. Kalau tak nak bangun, abang cepuk adik." kejut abang aku yang paling annoying.
"Ye, adik bangun. Kenapa abang tiba-tiba suruh adik bangun?"
"Hahahahaha.. Bangun jelah." abang aku gelakkan aku ke? Iee.... Nak kena abang ni.
"Abang gelakkan adik ke? Adik rasa abang ni tak betul. Mental tahu tak?"
"Bangun jelah cepat. Adik tahu tak sekarang ni pukul berapa?" marah abangku.
"Okey, okey, janganlah marah adik. Mana Iman, abang?" soal aku yang terlampau ingin tahu kepada abangku yang annoying.
"Ada dekat bawah. Dah bye. Abang nak keluar jumpa kawan. Assalamualaikum." abangku berkata sambil membuat flying kiss. Ew... Tak sukanya. Baik aku pergi mandi dulu, sebelum aku nak layan perangai abang aku yang entah apa-apa. Ish... Ish... Ish...
"Waalaikumussalam, bye." jawabku pendek.
-skip-
Aku membeli air di Starbucks. Aku berjalan sehingga aku terlanggar sebatang tiang. Tiang? Setahu aku dekat sini mana ada tiang. Aku mendongakkan kepala dan melihat apa yang aku langgar. Hah? Lelaki aku langgar. Ish... Ish... Ish... Bertuah betul aku ni. Tapi, habislah aku. Nanti kena marah dengan dia. Dahlah dia ni nampak garang.
"Hoi, kau buta ke, hah?!" jerkah si dia. Dah kenapa dia ni tiba-tiba marah aku. Oh,baju dia... basah.
"Hmm...no. I'm not blind at all." balasku. Menyampahnya aku tengok dia ni.
"Oh,okay. Tapi, satu benda je aku nak bagitahu kau." katanya bersama dengan senyuman sinis.
"Apa dia? Jangan buang masa aku boleh tak?!" makin geram, makin nakal eh kau. Siap kau!
"Kenapa buat muka macam tu? Ingat cantik? Dahlah kotorkan baju aku, lepas tu tak nak minta maaf." kata si dia.
"Biarlah, muka aku bukan muka kau pun. Aku tak kisah pun. Walaupun aku pakai cermin mata, aku tetap cantik." angkat bakul sendiri nampaknya aku ni.
"Ish, geramnya aku dengan kau. Tapi, satu je aku nak cakap, aku datang rumah kau esok petang." sambungnya. Siapa kau hah? Dahlah aku tak kenal kau, ada hati nak datang rumah orang. Nak kasi ke tak eh? Kasi jelah dia datang rumah.
"Hmm.... Datanglah. Suka hatilah. Malas nak kisah. I really don't care." geramnya aku dengan dia ni. Nak je lenyek kau dengan lesung batu sampai insaf. Cuba aku minta maaf dekat dia.
"Aku nak minta maaf pasal tadi. Aku tak perasan. Aku-"
"Tak pe. Aku sebenarnya nak test kau je. Hehehehe...." dia kenakan aku. Nanti kau! Suka suki dia je nak kenakan orang.
"Dahlah, sibuk je kacau orang. Assalamualaikum, bye!" aku tinggalkan si dia sambil menelefon abangku untuk mengambil aku.
"Waalaikumussalam. Bye,sayang." jawabnya sambil membuat flying kiss. Ew... Geli tahu tak? Dia ni tak tahu malu ke? Habislah maruah aku. Satu lagi, dia ni memang macam ni ke kalau dengan perempuan.
-skip(keesokannya)-
"Amani, bangun... Hari ni, Amani sekolah kan? Nanti mummy suruh abang hantar Amani pergi sekolah?" kejut mummyku.
"Baik mummy, Amani bangun." aku pun bangun dari pembaringan aku tadi. Lalu, aku pergi mandi dan solat.
Ketika tiba di hadapan sekolah.
"Dah abang dah hantarkan adik. Turunlah. Bye adikku sayang. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, abangku yang busuk. Bye." kutukku. Hehehehe... Aku kan jahat...
Aku berjalan hingga ke pagar sekolah. Aku nampak ada seorang budak lelaki menjaga pintu pagar sekolah. Baju dia warna biru, pengawas maybe. Aku nampak samar-samar je muka dia sebab hari ni aku tak pakai cermin mata. Terlupa nak pakai.
"Hah!!! Lambat!!! Tulis nama kau!! Eh, kejap. Aku macam pernah nampak kau." jerit si dia.
Terkejut aku dibuatnya. Boleh jerit macam tu dekat aku. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak, habislah aku. Pengsan aku dekat sini. Baru aku perasan, dia ni lelaki yang aku jumpa semalam. Yesterday, dia kata nak datang. Eh, kalau aku tipu dia, okey tak? Dah berhenti merepek.
"Hah! Apa? Lambat? Mana ada aku lambat. Kau salah tengok kut, tu yang macam pernah nampak." kataku kepada si dia.
"Oh, mungkin kut... Hehehehehe... Disebabkan kau lambat, aku denda kau satu sekolah dengan aku. Macam mana, okey?" ujarnya panjang lebar. Dia handsome, aku tak cantik. Wait a minute, ustazah kata, kita mesti bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Contohnya, rupa paras kita. Tapi, mesti dia dah ada girlfriend kan? Hmm... Mestilahkan...
"Okeylah. Hmm... Boleh aku tanya tak?" soalku sambil mengikuti si dia dari belakang.
Kemudian, aku berlari anak ke arahnya yang semakin menjauh dan berjalan seiring dengannya. Yelah dia nampak je baik sekarang ni, tapi dia nampak garang semalam. Macam singa.
"Boleh. Kenapa? Something wrong?"
"Kau ni garang ke? Tegas ke? Anythinglah." aku mula rasa takut sekarang ni. Habislah aku. Huhuhuhuhu...
"Aku boleh dikatakan dua-dua. Garang and tegas. Ada masa mood aku baik, ada masa mood aku tak berapa baik. So, kenapa?"
"Saja tanya. Nama kau apa? Nak tahu juga." teruja aku nak tahu nama dia. Nampak sangat aku dah tergoda dengan muka dia yang handsome.
"Oh, nama aku, Tengku Ammar Mikael bin Tengku Amir Shafiq. Oh, sorry eh kalau buat kau tak masuk kelas. Aku malaslah nak masuk kelas. Kalau kau nak masuk kelas, masuklah. Aku nak ke bilik pengawas dulu. Bye, sayang. Assalamualaikum." ujarnya panjang lebar lagi. Haih... Apa nak jadilah dengan budak ni. Kerja dia membebel je. Haih... Siapa dekat sini macam dia? Angkat tangan.
"Bye. Waalaikumussalam." aku tergamam dan terkaku. Kenapa dia panggil aku 'sayang'. Ah, muka aku dah mula merah ni. Aku blushing ke ni? Hah, habislah aku. Baik aku masuk ke kelas dulu.
Aku berjalan di koridor sekolah. Semua orang pandang aku. Kenapa pula ni? Ah, malu... Aku mencari kelas 5 Emerald. Aku terlanggar... Erm... Eh, dia lagi. Apa dia buat dekat sini. Bukankah dia sepatutnya kini berada di bilik pengawas? Ke dia tipu aku? Ke dia ubah fikiran untuk masuk ke kelas. Allahu... Baik aku tanya dia.
"Ammar, kenapa kau ada dekat sini? Bukan ke kau dekat bilik pengawas?" soalku tidak berpuas hati.
"Kau, orang pertama panggil aku, Ammar. Oh, by the way, aku memang pergi sana, tapi tak de benda nak buat. So, aku masuklah kelas. Kenapa?" dia ni memang suka sebut perkataan 'kenapa' di akhir ayat ke apa? Tak faham aku.
"Yesterday, you said you wanna come my house today."
"Can I ask something?" dia nak tanya? Kalau dia tanya pasal semalam, habislah aku. Allahu... Sadisnya hidup aku.
"Nak tanya apa?" aku menanya kembali. Dia tanya aku, aku tanya dia balik.
"Bila aku boleh-" soalannya tergendala kerana ada orang memotong percakapannya.
"Bila korang nak masuk?! Hah, yang kau pun satu, Mika, kau tu ketua pengawas, kenapa kau tak masuk kelas? Cikgu Diyana suruh aku cari kau supaya bawa budak baru masuk sekolah tu masuk ke kelas ni." ujar seorang lelaki yang memakai baju berwarna biru. Dia ni pun pengawas juga ke?
"Wei, Asyraf. Cikgu Diyana mana?" soal Mika kepada seorang lelaki. Asyraf? Siapa Asyraf? Kawan dia ke? Aku tertanya-tanya.
"Cikgu keluar. Aku tak tahu. Dia pergi meeting agaknya." jawab si lelaki berpakaian berwarna biru.
"Oh, okay." jawab Mika pendek.
"Hmm... Mika? Asyraf ni kawan kau ke?"
"Ha'ah. Dia kawan aku. Nama dia Asyraf. Baik kita masuk kelas cepat."
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Kemudian, kami masuk ke dalam kelas.
"Kau kenalkan diri kau je." dingin je dia berkata. Arahannya aku turuti jelah. Dia nampak marah je? Kenapa eh?
"Hai. Assalamualaikum. Nama saya Tengku Amani Sofia binti Tengku Daniel Ilham. Saya kacukan Malay-France. Selamat berkenalan semua."
"Ada apa-apa soalan?" tanyanya kepada semua pelajar Kelas 5 Emerald.
"Awak single or taken?" tanya seorang pelajar lelaki.
"Saya sudah berpunya." aku terlihat muka si dia. Nampak masih marah. Dia marahkan aku ke?
-skip-
"Assalamulaikum, ada orang tak?"
"Waalaikumussalam. Eh, Mika. Masuklah. Jangan malu-malu." ujar Puan Ayuni, ibu kepada tiga orang adik-beradik dan isteri kepada Encik Daniel. Mika memasuki rumah itu dengan berhati-hati.
"Aunty, betul ke ni rumah aunty? Besar and cantik." katanya teruja.
"Betullah ni rumah aunty. Kamu buat apa datang sini? Amani kata, ada orang nak datang, katanya lelaki. Kamu ke orang tu?"
"Ha'ah. Sayalah tu. Amani mana, aunty?" Mika menanyakan Puan Ayuni dimananya Amani.
"Dia ada je dekat atas. Kejap lagi, aunty ada tetamu yang lain. Pergilah naik atas. Tingkat dua."
"Baiklah, aunty. Eh, kejap. Amani tak marah ke?" tanya Mika lagi.
"Tak pelah. Aunty kenal anak aunty sendiri tu. Erm... Naik jelah."
Mika menaiki tangga rumah Amani dengan berhati-hati. Ketika tiba di tingkat dua, dia ternampak Amani.
"Amani! Amani! Dekat mana aku nak duduk?" menjerit untuk menarik perhatian aku. Kemudian, menanyakan soalan. Sungguh hebat.
"Kenapa kau ada dekat sini? Dahlah aku tak pakai tudung. Baik aku lari dulu masuk bilik." kataku lalu lari masuk bilik.
~MIKAEL POV~
Satu jam kemudian.
Mana dia ni. Lama aku tunggu. Dia pakai tudung ke dia buat tudung. Dia suruh aku datang, tapi dia tak ingat aku nak datang. Bagi kang baru tahu.
"Hoi, Amani. Kau buat apa lama-lama dalam bilik. Kau tahu tak, aku dekat luar ni tunggu kau berapa lama? Satu jam tahu tak!" aku menengkingnya dari luar.
"Yelah, yelah. Kejaplah. Sikit je lagi." balasnya lembut. Aku suka suara kau yang lembut tu. Selepas itu, dia keluar dari biliknya.
"Kau ni, orang yang tak reti sabar ke apa? Dahlah, jom turun. Aku nak tunggu tetamu datang." katanya panjang tapi pendek. Nak tanya ke tak eh siapa tetamunya? Tanyalah, kalau tak tanya, lagi kau curious, Mika. Kami memulakan langkah kami untuk turun ke ruang tamu rumahnya.
"Siapa tetamu kau? Setahu aku aunty je yang ada tetamu." terkeluar juga soalan yang aku nak tanya dekat dia.
"Tetamu aku, boyfriend aku. Kenapa kau nak kena tahu? Kalau mummy, tetamu dia kawan dia." terangnya tenang.
"Ohh... Siapa nama dia, hah?!" aku tertengking dia.
"Adalah. Nanti dia sampai." kami tiba di ruang tamu.
Tok...Tok...Tok...
"Assalamulaikum, Sofia." seorang lelaki memberi salam kepada... Siapa eh?
"Waalaikumussalam." kami serentak menjawab salam.
"Eh, Adam. Masuklah. Duduk dulu dekat ruang tamu dengan Mikael. Saya nak buat minuman untuk awak dengan dia." lalu si dia yang bernama, Adam duduk sebelah aku.
"Aku dah katakan, panggil aku Mika. Yang kau panggil aku dengan panggilan lain, kenapa?"
~AMANI POV~
"Oh, sorrylah. Kalau aku panggil kau Mika, dia bukan kenal pun. Sekarang ni, baru dia tahu siapa Mika tu." aku memberitahunya begitu. Padan muka kau. Tu lah kau, nak lawan aku jangan haraplah dapat.
"Aku nak ke dapur. Kenal-kenallah dengan dia. Bye." sambungku.
Aku berjalan ke dapur untuk membuat air untuk mereka berdua. Aku merapati mummyku yang sedang memasak hidangan untuk makan tengah hari.
~MIKAEL POV~
Aku menunggu minuman yang akan dihidangkan oleh Amani sambil berbual-bual dengan boyfriend Amani.
"Nama penuh kau apa?" tanyaku kepada si dia. Aku tahu nama pendek dia je. Aku perlu tahu siapa dia. Mana tahu dia ni ada niat jahat ke apa kan?
"Perlu ke kau tahu?" soalan berbalas soalan. Hmm.... Menarik.
"Perlulah. Aku ni cousin dia. Aku perlu tahu." iee.... Geramnya aku dengan dia ni.
"Apa bising-bising ni? Eh, abang Mika. Abang Adam pun ada. Apa khabar, sihat?" ini Iman, adik Amani. Dia kenal keluarga aku dan aku kenal keluarga dia. Tapi, aku jarang kenal kakak si Iman ni. Tu yang aku tak berapa kenal. Eh, eh, lari tajuk pula.
"Khabar baik. Sihat. Alhamdulillah. Iman pula, sihat?" kataku sopan.Sopanlah sangat.
"Iman sihat. Alhamdulillah." kemudian mereka melihat seorang jejaka sedang menuruni tangga.
"Hai, abang. Abang nak pergi mana?" Iman menanya abangnya. Lalu, abangnya mengabaikan soalan yang diajukkan oleh adiknya, Iman.
Selepas itu, kami melihat Amani membawa minuman. Yeay, minuman dah sampai. Lama aku tunggu.
"Minuman dah siap. Jemput minum." kata Amani sambil menatang sebuah dulang dan meletakkannya di atas meja.
"Terima kasih." serentak aku dan mamat poyo sebelah ni mengucapkannya.
"Sama-sama. Abang buat apa tu? Iman pun?"
"Abang nak keluar kejap. Hehehe..." abang dia ni kenapa? Macam mental je. Keluarga dia tak pernah cakap pun yang abang dia ni mental.
"Tak boleh. Mummy kata, duduk rumah. Tak payah keluar. Lagipun mummy kata kejap lagi ada tetamu nak datang." tadi dia ada kata, kawan mummy dia. Kawan mummy? Mummy aku kawan rapat mummy dia.
"Siapa kawan mummy?" tanya abang Amani, Fariz.
"Aunty Syazana dengan Uncle Amir." jawabnya pendek. Kan betul aku cakap, mummy aku. Eh, kejap. Kenapa daddy pun ikut juga eh? Biarlah dulu. Patutlah mummy kata suruh tunggu dulu. Rupanya, mummy nak datang sini.
"Sofia, saya balik dululah. Kejap lagi kawan awak datang." kata mamat poyo tu sambil minum minuman dengan cepat sehingga habis.
"Aku tak berkenalan dengan kau lagilah." aku berkata dengannya begitu. Aku ada plan. Apa kata lepas perjumpaan ibu bapa aku dengan dia selesai, aku nak bawa dia pergi jalan dengan Amani. Aku nak tahu mamat tu jealous ke tak. Hehehe....
Tok... Tok... Tok...
"Assalamualaikum, Ayuni." aku kenal suara ni. Mummyku.
"Waalaikumussalam. Syazana, Amir. Masuklah. Eh, Alya pun ada sekali. Baguslah. Nanti Amani ada kawan. Masuk, masuk." ujar Puan Ayuni.
~AMANI POV~
Hah!!! Alya!!! Kawanku sudah datang. Habislah...
"Alya, jom duduk situ." ujarku sambil menunjuk sofa.
"Okey, jom." katanya pendek.
Kami semua duduk di atas sofa berdekatan dengan Mikael.
"Mika." panggil Puan Syazana.
"Ye, mummy. Kenapa?" tanya si dia.
<TO BE CONTINUED>
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top