50 (Final)
"Jihoon, jangan berlari sayang! Nanti jatuh!"
Yoori memandang Jihoon yang begitu teruja bila sampai di pantai itu.
"Biarlah dia. Lama sangat tak ke pantai," ujar Jaemin.
"Dah besar dah Jihoon. Tak lama lagi dah nak jadi abang dah dia," ujar Yoori sambil mengusap perutnya yang makin membesar itu.
Masa berlalu dengan pantas. Kini usia perkahwinan mereka sudah masuk setahun. Dan Yoori juga sudah hamil anak kedua mereka.
"Itulah. Rasa macam baru je saya tengok dia menangis sebab lapar tengah-tengah malam," ujar Jaemin.
Yoori terdiam mendengar itu. Betapa sedihnya dia kerana tidak pernah merasai semua itu.
"Sayang. Ah mianhei, saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak," Jaemin mula sedar keterlanjuran bicaranya.
Yoori menggeleng perlahan.
"It's okay. Baby ni kan ada? Saya akan jaga dia macam mana awak jaga Jihoon dulu. Tak sabar nak tunggu dia lahir," Yoori tersenyum.
"Ya sayang. Kita akan jaga baby ni dan baby yang akan datang sama-sama,"
"Ish, mengada," bahu Jaemin dicubit manja.
Mereka berdua berjalan lagi dengan tangan yang bertaut erat. Sambil itu, Jihoon di hadapan tetap dalam pemantauan mereka.
"Yoori?"
Mereka berdua menoleh ke sisi bila nama Yoori disebut.
"Hyunjin?"
Hyunjin tersenyum dan menghampiri mereka.
"Hai," Jaemin ikut menegur.
"Bercuti?" soal Hyunjin.
"Ya. Bawa Jihoon pergi tengok tempat Omma dia merantau dulu," balas Jaemin.
"Awak? Bercuti juga?" soal Yoori.
"Lebih kurang. Saya datang melawat Aunty Heo. Kebetulan Jiwon bagitahu Omma dia baru keluar hospital,"
Yoori dan Jaemin sekadar mengangguk mendengar cerita Hyunjin.
"Awak sorang? Mana Hamin?" soal Yoori lagi.
"Hamin? Dia ada dengan-"
"Appa!"
Seperti tahu namanya disebut, Hamin muncul dengan bola di tangannya.
"Aunty Yoori!" jeritnya teruja.
Yoori memeluk tubuh kecil itu sekejap. Rindu pada anak kecil yang pernah menjadi tempat dia melepaskan rindu buat Jihoon dahulu.
"Appa, Omma tanya bila nak balik? Adik baby dalam perut Omma dah lapar," ujar Hamin sambil menarik hujung baju bapanya.
"Omma?" Jaemin dan Yoori bersuara serentak.
"Sayang!"
Saat itu juga seseorang muncul. Dan mereka semua memandang ke arahnya. Seperti Yoori dan Jaemin, si dia juga nampak terkejut.
"Nakyung?"
---
Jaemin membetulkan selimut di tubuh Jihoon. Kemudian dia ke katil sebelah di mana Yoori berada.
"Tak puas lagi tenung kad jemputan tu?" soal Jaemin.
Yoori ketawa perlahan. Kad jemputan majlis resepsi perkahwinan milik Nakyung dan Hyunjin itu disimpan kembali ke dalam sampulnya.
"Takde lah. Saya cuma tak sangka yang Hyunjin dah kahwin dengan Nakyung," ujar Yoori.
Pertemuan mengejut tadi membongkar semuanya. Sebulan selepas mereka berkahwin, Nakyung dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke cawangan lain. Sejak itu mereka jarang bertemu.
Dan rupanya, sepanjang pemergiannya, dia bertemu lagi dengan Hyunjin yang dikenali pada majlis hari jadi Yeji dahulu. Mereka makin rapat dan dalam masa dua bulan berkenalan, Hyunjin melamar Nakyung dan mereka berkahwin.
Mereka cuma mengadakan majlis kecil yang dihadiri keluarga sahaja dan akan melakukan resepsi selepas Nakyung melahirkan anak mereka nanti.
"Itulah, tak sangka pula diorang berjodoh,"
"Mungkin ada hikmah Jihoon dengan Hamin bergaduh dekat birthday party Yeji dulu. Kalau bukan sebab tu, Nakyung takkan pujuk Hamin dan Hamin jadi selesa dengan dia sampai sekarang,"
Yoori mengangguk tanda dia setuju dengan kata-kata Jaemin.
"Dan tak sangka, jodoh kita pun panjang," ujar Jaemin.
"Awak tahu, saya risau gila waktu baca mesej Hyunjin tu. Saya takut yang awak akan terima dia," Jaemin memegang tangan Yoori.
"Saya tak pernah terfikir pun nak terima dia. Sebab fokus saya waktu tu cuma pada Jihoon. Saya nak tebus kesalahan saya,"
"Jihoon je? Saya?" soal Jaemin.
"Saya ingatkan awak benci saya waktu tu. Ya lah, lepas apa yang saya dah buat. Mustahil awak boleh terima saya lagi," jujur Yoori.
Jaemin mengusap sisi kepala Yoori.
"Saya pernah cuba benci awak sayang waktu saya struggle besarkan Jihoon tu. Apa yang awak cakap asyik terngiang dalam kepala saya. Sampai saya janji dengan diri sendiri, yang saya akan abaikan awak andai awak balik suatu hari nanti. Tapi tu lah, baru dengar awak balik je saya rasa berdebar. Padahal saya belum jumpa awak pun waktu tu,"
"Ya ke? Habis tu kenapa mengelak waktu kita jumpa dekat rumah Omma tu?" soal Yoori.
"Awak nak tengok saya menangis depan awak sebab saya tak percaya yang awak ada depan mata saya?"
"Awak menangis?"
Jaemin mengangguk perlahan.
"Saya sedih dan gembira dalam masa yang sama. Gembira sebab akhirnya saya dapat tengok awak dan sedih sebab saya nampak awak keluar dari rumah Omma waktu tu," Yoori diusap.
Yoori mengambil tangan Jaemin itu lalu dikucupnya.
"Sekarang awak tak perlu sedih lagi sebab saya depan mata awak dan milik awak sepenuhnya,"
Jaemin tersenyum mendengar itu. Terus ditarik wajah Yoori dan dikucup dahi si isteri.
"Saya sayang awak Na Jaemin," ungkap Yoori.
Jaemin meleraikan kucupan itu. Tangannya mengusap wajah si isteri dengan penuh kasih.
"Saya pun sayangkan awak Bae Yoori,"
Yoori tersenyum lagi.
"Janji dengan saya, yang awak akan jadi kebahagiaan saya dan anak-anak sampai bila-bila?"
Yoori mengangguk.
"Awak dengan anak-anak kita akan selamanya jadi kebahagiaan saya. There's always a special spot for you in my heart,"
Jaemin tersenyum lebar mendengar itu.
"Me too. My heart will always be for you,"
~The End~
Thank you for reading🫶🏻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top