40
Suasana di kedai kek Jiwon agak meriah hari itu sempena pembukaan hari pertama. Ramai kenalan dan juga ahli keluarganya yang datang pada hari itu.
"Yoori!"
Yoori yang sedang meletakkan potongan kek ke dalam kotak mengangkat wajahnya memandang Jiwon.
"Jom, aku nak kenalkan kau dengan seorang lagi sepupu aku," ujar Jiwon.
"Sepupu kau?"
Jiwon mengangguk.
"Kan aku pernah cerita aku dengan Hyunjin ada seorang lagi sepupu yang sebaya," Jiwon menarik tangan Yoori untuk ke bahagian hadapan kedai.
Dilihatnya Hyunjin sedang berbual dengan seseorang yang sedang berdiri membelakangi mereka. Dan Jiwon menariknya ke sana.
"Yeji ah, kenalkan. Ni Yoori, kawan yang aku cerita tu,"
Yoori terkedu saat gadis itu memandangnya. Begitu juga dengan Yeji. Keduanya terdiam memandang satu sama lain.
"Yoori, kau okay?" soal Jiwon pelik.
"Aku okay," balas Yoori pendek.
"It's been a while Bae Yoori," ujar Yeji.
"Korang kenal?" soal Hyunjin.
"Kitorang satu sekolah dulu," balas Yeji.
"What a small world," komen Jiwon.
"Jiwon ah, aku rasa aku patut tolong kat belakang. Lain kali lah kita berbual,"
Yoori kemudian terus pergi dari situ tanpa menunggu balasan dari Jiwon. Dia menyibukkan dirinya di dapur dengan membantu pekerja lain.
"Yaa, Bae Yoori!"
Kerjanya yang sedang menyusun buah di atas kek itu terganggu.
"Kita patut bercakap," ujar Yeji sambil berjalan ke arahnya.
Tangannya kemudian ditarik ke pejabat Jiwon yang berada di bahagian belakang kedai. Pintu ditutup Yeji dan tangannya dilepaskan.
Tubuhnya tiba-tiba dipeluk gadis itu. Dan dia dapat mendengar esakan Yeji.
"Yaa, kau kenapa?" soal Yoori cemas.
"Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Kau biar betul?" bahunya ditampar Yeji berkali-kali.
"Yeji ah," Yoori meleraikan pelukan.
"Kau tahu, kau kawan paling teruk aku pernah ada. Lepas kau sakitkan hati aku dengan kata-kata kau, kau langsung tak minta maaf. Lepas tu kau menghilang macam tu je. And sekarang, lepas kau jumpa aku, kau boleh mengelak dari aku? Kau memang kejam!"
"Aku takut kau bencikan aku lepas apa yang aku pernah cakap dulu," ujar Yoori jujur.
"Ya, memang aku marah. Tapi aku tak boleh tipu diri aku yang aku rindukan kau. Lepas kau pergi, aku dengan Ryujin rasa menyesal sebab kitorang tak pernah cuba untuk faham kau. Kitorang patutnya nasihatkan kau dan tolong kau. Bukannya biarkan je kau macam tu,"
Yoori mulai berasa sebak.
"Aku rindu kau!" dia memeluk Yeji.
"Aku pun,"
"Mianhei Yeji ah,"
"Nado mianhei,"
Dan dua sahabat itu mulai menangis di bahu masing-masing dalam pelukan erat itu.
---
"Yaa!" Ryujin terus memeluk erat tubuh Yoori.
Petang itu, Yeji menelefonnya dan meminta dia datang ke rumahnya. Dan perkara pertama yang dilihatnya bila pintu dibuka adalah wajah Yoori.
"Kau jangan berani menghilang lagi lepas ni. Atau aku dengan Yeji akan betul-betul bencikan kau," Ryujin memberi amaran.
Yoori mengangguk.
"Dah masuk cepat, makan!"
Yeji membawa kotak pizza ke sofa ruang tamu. Ryujin dan Yoori kemudian mengambil tempat di sebelah Yeji.
Ketiga sahabat itu mula berbual sambil menikmati makanan yang disediakan Yeji.
"Yaa, kau tahu kan Ryujin dengan Haechan dah kahwin?" soal Yeji.
Yoori ketawa perlahan.
"Yaa, kawan kita ni pelakon terkenal. Mestilah aku tahu,"
Ryujin tersenyum malu.
"Siapa yang confess dulu? Kau ke Haechan?" soal Yoori ingin tahu.
"Takde siapa yang confess. Aku keluar dengan dia waktu dia baru lepas putus cinta untuk kali yang keberapa entah. Kitorang berbual macam-macam sampailah masuk topik kahwin. Tiba-tiba Haechan ajak aku kahwin. Aku terima je lah and yeah, it wasn't a bad idea. Aku happy gila dengan dia sekarang,"
"Kalau kau nak tahu, kitorang terkejut gila bila diorang berdua tiba-tiba bagitahu nak kahwin. Ya lah, tak tahu bila masa diorang bercinta tahu-tahu nak kahwin," cerita Yeji pula.
"Jeno sampai merajuklah sebab dia ingat kitorang berahsia dari dia,"
Yoori tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba dia jadi rindu pada semua kawan-kawannya.
"Kalau lah aku tak buat hal dulu. Mesti seronok kan ada sekali dengan korang waktu tu,"
Yeji dan Ryujin mulai serba salah.
"Yaa, gwaenchanha. Kita boleh celebrate bila Yeji nak announce relationship dia pula nanti," ujar Ryujin.
"So, kau dah ada boyfriend belum Yeji?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top