37
Yoori melepaskan nafas lega setelah dia selesai mengemop lantai kedai itu. Dia menggeliat kecil sebelum mengambil tempat di salah satu meja.
Dia memerhatikan kedai kek milik Jiwon yang bakal beroperasi lagi seminggu itu. Minat terhadap pastri dan kek membawa Jiwon untuk membuka kedai kek miliknya sendiri.
Dan Yoori, dia memilih untuk bekerja dengan rakannya itu sejak lima tahun lalu. Jiwon memberikan sepenuh kepercayaan padanya untuk menjaga bahagian akaun dan pemasaran kedai.
"Termenung jauh nampak,"
Jiwon yang baru muncul dari dapur itu meletakkan gelas berisi jus oren itu di hadapan Yoori.
"Takde lah. Aku cuma teringat waktu aku mula-mula kerja dengan kau dulu,"
Jiwon tersenyum.
"Beruntung sangat aku sebab kau ada. Tak payah aku susah-susah nak cari orang gantikan pekerja lama aku tu,"
Bagi Jiwon, Yoori adalah hadiah buatnya. Dengan pengalamannya yang bekerja di syarikat yang besar, Yoori banyak memberi nasihat dan cadangan untuk penambahbaikan kedainya. Dan sejak itu kedainya makin maju sehingga dia kini membuka cawangan baru di kota Seoul itu.
"Aku ni yang beruntung sebab jumpa kau. Kalau tak, tak tahulah aku jadi apa sekarang,"
Mereka keduanya ketawa.
"Oh by the way, dah ada dua orang berminat nak kerja. Esok diorang akan datang untuk temuduga," beritahu Jiwon.
"Esok?"
"Ya. Kalau kau tak nak join pun takpe. Aku boleh handle," ujar Jiwon.
"Betul? Sebab aku ingat esok aku nak keluar cari barang aku sikit,"
"Kalau macam tu, apa kata kau keluar dengan aku? Maybe tengahari macam tu aku settle lah dengan diorang,"
Baru sahaja Yoori ingin membalas, loceng di pintu berbunyi tanda ada orang masuk ke kedai.
"Sorry, tapi kedai ni belum-,"
Automatik ayat Yoori mati bila dia melihat gerangan yang baru masuk ke kedai itu.
"Yaa, Hwang Hyunjin!"
Lelaki bernama Hyunjin itu tersenyum lebar sebelum melangkah ke arah mereka.
"Tak cakap pun awak ada dekat Seoul,"
"Saje. Nak buat surprise untuk awak," ujar lelaki itu.
Jiwon sudah menayang riak menyampah mendengar ayat lelaki yang juga merupakan sepupunya itu.
"Ingat sweet ke?"
"Jealous cakap Jiwon," ujar Hyunjin.
"Takde maknanya. Dah lah, aku nak ke belakang. Korang berdua berbual lah. Lama tak jumpa kan?"
Jiwon bangun dan terus menghilang ke bahagian belakang kedai.
"Tak bawa Hamin?"
"Tak. Halmeoni dia ambil dia semalam. Kalau tak, mesti dia nak ikut saya. Dia rindu sangat pada Aunty Yoori dia ni,"
"Saya pun rindu dia,"
Hwang Hamin. Anak kepada Hwang Hyunjin yang sudah kematian isterinya empat tahun lepas. Dua tahun lepas, Hyunjin yang sebelumnya tinggal di Jepun pulang semula ke tanah airnya.
Di saat dia datang melawat ibu saudaranya, iaitu ibu Jiwon, dia bertemu dengan Yoori. Dan mereka mula berkawan. Yoori yang sentiasa merindukan Jihoon itu mula rapat dengan Hamin.
"Oh ya, esok awak free? Saya ingat nak bawa awak keluar makan sekali dengan Hamin,"
"Sebenarnya saya dengan Jiwon memang nak keluar esok. So, kalau awak tak kisah, kita boleh keluar sama-sama," cadang Yoori.
"Sure," balas lelaki itu.
Dan selepas itu, mereka berdua mula berbual.
---
Yoori melangkah keluar dari teksi yang dinaikinya setelah selesai membayar tambang. Plastik berisi kek coklat buatan Jiwon digenggam kemas.
Setelah selesai menyusun segala perabot di kedai tadi, dia memutuskan untuk melawat ibunya. Kebetulan, Puan Bae memberitahu yang Jihoon ada di rumahnya.
Tidak mengambil masa yang lama, Yoori kini sudah berada di hadapan pintu utama. Disebabkan dia terlupa membawa kunci rumah itu, dia terpaksa menunggu pintu dibuka.
"Omma-,"
Dia terkedu kerana bukan Puan Bae yang membuka pintu.
"Ehem," Jaemin berdehem perlahan.
"Omma keluar sekejap. Bawa Ahjumma ke klinik," beritahu Jaemin.
"Oh, kalau macam tu takpe lah. Aku datang esok," dia terus berpaling.
"Jihoon ada kat dalam. Tak nak jumpa dia?"
Soalan dari Jaemin menghentikan langkahnya.
"Takpe. Lain kali boleh jumpa lagi," ujar Yoori.
"Omma,"
Sekali lagi langkahnya terhenti bila mendengar panggilan itu. Dengan tubuh yang sedikit menggeletar, dia berpaling juga.
"Omma," Jihoon berlari ke arahnya.
Terus Yoori melutut untuk menyamai ketinggian mereka. Tangannya mengusap wajah Jihoon.
"Jihoon panggil Aunty apa tadi?"
"Omma. Aunty Yoori ni, Omma Jihoon kan?" Soal kanak-kanak itu.
Yoori mengangkat wajahnya dan memandang Jaemin yang masih berdiri di tempatnya tadi. Lelaki itu sekadar mengangguk sebelum masuk kembali ke rumah.
"Ya sayang. Aunty Yoori, Omma Jihoon. Mianhei sayang sebab tinggalkan anak Omma ni,"
"Gwaenchanha. Appa cakap Omma tinggal Jihoon sebab Omma kena kerja jauh. Sekarang, Omma kan dah balik,"
Air mata Yoori laju mengalir. Terus ditarik tubuh kecil Jihoon ke dalam pelukannya. Tidak henti-henti dia mencium anaknya itu. Akhirnya, setelah lima tahun, dia dan Jihoon bersatu kembali.
Dan tanpa diketahuinya, Jaemin yang berada di sebalik pintu juga sedang menahan rasa sebaknya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top