34
"Esok nak pergi rumah Halmeoni ke rumah Mama Miyeon?" soal Jaemin sambil membetulkan selimut pada tubuh anaknya.
"Rumah Mama Miyeon," balas Jihoon.
Jaemin tersenyum dan mengusap kepala Jihoon. Dia tahu Jihoon lebih gemar ke sana kerana dia boleh bermain dengan Hyunmi.
"Tidurlah sayang. Appa ada kerja sikit," dahi Jihoon diciumnya.
"Appa," Jaemin yang baru ingin bangun dari pinggir katil anaknya itu berhenti.
"Ya sayang, ada apa?" soal Jaemin.
"Omma,"
Jaemin terkedu.
"Jihoon jumpa Omma tadi," kata Jihoon.
"Jihoon cakap apa ni? Omma kan-,"
"Jihoon tak tipu. Jihoon jumpa Omma Jihoon. Muka dia sama dengan yang dalam gambar dekat bilik Appa tu," kata Jihoon lagi.
"Jihoon jumpa dia dekat mana?" soal Jaemin sambil mengawal suaranya.
"Dekat kedai ais krim. Jihoon nampak dia pakai topi, sambil pandang Jihoon dengan Hyunmi makan. Mama Miyeon pergi jumpa dia. Lepas tu, dia ikut kami balik rumah Mama Miyeon. Dia kata dia kawan Mama Miyeon. Tapi Jihoon tahu, dia tipu. Dia Omma Jihoon. Sebab dia layan Jihoon sama macam Appa. Dia suapkan air pada Jihoon, tengok Jihoon makan, lap mulut Jihoon. Semua yang Appa buat, semua Omma buat pada Jihoon juga," panjang lebar anak berusia lima tahun itu bercerita.
"Omma cantik tak?" soal Jaemin.
Jihoon mengangguk.
"Cantik! Sama macam dalam gambar. Cuma rambut Omma sekarang dah pendek," kata Jihoon teruja.
"Omma memang cantik sayang,"
"Jihoon nak jumpa Omma lagi nanti boleh kan?" soal Jihoon.
Jaemin tersenyum sebelum mengangkat tubuh Jihoon duduk di atas ribanya.
"Jihoon happy bila jumpa Omma?"
"Mestilah! Walaupun Jihoon panggil dia Aunty, tapi Jihoon tetap happy!"
"Baguslah kalau macam tu. Sekarang ni, Jihoon tidur dulu. Mana tahu esok Omma Jihoon datang jumpa Jihoon lagi,"
"Okay!" Jihoon turun dari ribaan Jaemin dan kembali berbaring di atas katilnya.
"Good night Appa,"
"Good night sayang," dia mencium Jihoon lalu terus bangun dan melangkah keluar dari bilik tidur anaknya itu.
Sampai sahaja di biliknya, dia ke katil. Laci meja di sisi katil dibuka dan satu bingkai gambar dikeluarkan.
Gambar Yoori yang diambil lima tahun lepas. Gadis itu sedang tersenyum ceria di dalam gambar. Tangannya mengusap gambar itu perlahan.
"Kenapa sekarang Yoori?"
---
Lima tahun lepas
Jaemin terjaga bila mendengar tangisan Jihoon. Segera dia bangkit lalu turun untuk ke katil bayi milik Jihoon.
"Sayang," tubuh kecil itu diangkat dan didukungnya.
"Kenapa ni sayang? Lapar?" tangannya tidak berhenti menepuk badan anaknya itu.
"Shhh, sekejap. Appa buatkan susu,"
Dengan sebelah tangan, dia bersusah payah membancuh susu buat anaknya. Baru sahaja ingin ditutup botol susu itu, botol tersebut jatuh ke lantai.
"Haish," Jaemin merungut.
Tangisan Jihoon juga makin menjadi-jadi saat itu.
"Aigoo sayang Appa. Sekejap, Appa bancuhkan susu lain. Sayang duduk dulu sekejap,"
Dia meletakkan Jihoon yang masih menangis itu ke katilnya semula. Dengan kadar yang cepat, dia mencapai botol susu tadi dan dibancuh susu yang lain.
"Appa datang sayang," dia kembali mengambil Jihoon.
Sambil duduk di pinggir katil, dia memangku Jihoon dan menyuakan botol susu ke mulut anaknya. Namun bayi itu enggan membuka mulutnya.
"Kenapa ni sayang?" Soalnya cemas.
Dia mencuba lagi namun Jihoon tetap tidak membuka mulutnya. Dia hanya menangis.
"Na, kenapa ni?"
Puan Bae muncul di sebalik pintu.
"Omma,"
Terus Puan Bae mendapatkan dua beranak itu.
"Jihoon, dia tak berhenti menangis dari tadi. Na bagi susu pun tak nak,"adu Jaemin.
Puan Bae mengambil Jihoon dari pegangan Jaemin. Dia membaringkan Jihoon di katil sambil memeriksa bayi itu.
"Jihoon bukan menangis sebab lapar ni Na. Perut dia kembung ni. Dia tak selesa," kata Puan Bae sambil mengangkat Jihoon kembali.
"Habis tu kena buat apa ni Omma?" Soal Jaemin cemas.
"Kalau sapu minyak mungkin dia akan okay,"
"Okay. Sekejap Na-,"
"Na, takpe. Biar Omma buat," Puan Bae menahan Jaemin yang ingin bangun itu.
"Tapi Omma-,"
"Omma tahu kamu penat Na. Jaehyun beritahu yang kamu sampai tertidur dekat meja. Takpe, malam ni biar Jihoon tidur dengan Omma. Omma jaga dia," tubuh Jihoon ditepuk perlahan.
Jaemin tidak menghalang. Sememangnya dia penat dengan kerja yang menimbun di pejabat. Mereka masih belum mendapat pengganti Yoori lagi menyebabkan kerja makin banyak.
"Gomawo Omma. Mianhei, Na susahkan Omma,"
Puan Bae tersenyum dan mengusap kepala Jaemin.
"Tak susah pun Na. Jihoon kan cucu Omma. Na tak payah fikir apa-apa lagi. Pergi tidur, biar Omma uruskan Jihoon,"
Usai menghabiskan ayatnya, Puan Bae keluar. Jaemin kemudian kembali berbaring di katilnya. Dia mengeluh lagi.
"Kau kena kuat Na Jaemin. Kau kena buktikan yang kau mampu besarkan Jihoon dengan sempurna,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top