28

Yoori duduk di bangku yang tersedia di taman permainan itu. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Semuanya sudah berakhir. Dia dan Na Jaemin sudah berpisah secara rasminya di mahkamah tadi.

Sedih? Sudah tentu. Namun dia lah punca semua itu terjadi. Dialah yang menginginkan semua itu. Wajah Jaemin tadi nampak tenang sahaja. Lelaki itu langsung tidak memandangnya di luar dewan mahkamah tadi. Jaemin tergesa-gesa pulang selepas tamat sahaja perbicaraan mereka.

Dia langsung tidak sempat menegur atau memanggil nama lelaki itu.

Buk!!

Yoori tersentak bila kakinya terkena bola. Dia memandang bola bewarna biru yang berada di kakinya itu.

"Mianhei," seorang kanak-kanak muncul sambil tersengih di hadapannya.

"Bola adik?" soal Yoori.

Kanak-kanak lelaki itu mengangguk. Yoori tersenyum dan menghulurkan bola itu padanya.

"Junkyu!"

"Omma!" kanak-kanak tadi berlari ke arah orang yang memanggilnya itu.

Yoori ikut memandang.

"Eunbin?"

"Bae Yoori?"

Yoori ketawa lalu mengangguk. Ibu kepada kanak-kanak tadi berjalan ke arahnya. Dia bangun lalu memeluk tubuh itu.

"Yaa, lama betul tak jumpa? Lima tahun dah," ujar Eunbin teruja.

"Sihat?" soal Eunbin.

Yoori mengangguk.

"Junkyu ah, pergi main dengan Appa kat sana. Omma nak berbual dengan kawan Omma dulu," kepala Junkyu diusap dan kanak-kanak itu terus berlari pergi bersama bolanya.

"Anak kau?"

Eunbin mengangguk sambil tersenyum.

"Dah besar dah dia," ujar Yoori.

"Ya lah, aku mengandungkan dia waktu kita sekolah lagi," kata Eunbin sambil tersenyum nipis.

Yoori terkedu.

"Mianhei, Eunbin yah. Aku terus jauhkan diri dari kau lepas aku dapat tahu kau dengan Sunwoo-,"

"Yaa, gwaenchanha. Benda dah lepas. Lagipun waktu tu memang kitorang yang salah. Terlalu ikutkan sangat perasaan," kata Eunbin.

Yoori tersenyum nipis. Dia mula teringat kenangannya bersama Eunbin dulu.

Dia dan Eunbin merupakan rakan sekelas dan mereka boleh dikatakan rapat kerana berada di dalam kelab yang sama. Beberapa bulan sebelum sekolah tamat, kelas mereka digemparkan dengan berita mengenai Eunbin dan Sunwoo yang dikatakan tertangkap di sebuah hotel di bandar. Rakan-rakan mereka mula menjauhi Eunbin dan Sunwoo termasuklah Yoori sendiri. Dan Eunbin akhirnya berhenti sekolah bila dirinya hamil. Sejak itu, mereka tidak berjumpa lagi.

"Anak kau comel," puji Yoori.

Eunbin tersenyum.

"Nasib baik aku tak gugurkan dia dulu,"

"Kau pernah terfikir macam tu?" soal Yoori.

"Mestilah pernah. Aku muda lagi kan waktu tu. Nasib baik Sunwoo pujuk aku dan aku pun berjaya lahirkan dia. Susah untuk aku terima yang aku kena jadi ibu pada waktu muda. Tapi, bila tengok Junkyu waktu tu, hati aku rasa tenang sangat. Aku mula sayangkan dia and yeah aku berjaya besarkan dia sekarang,"

Hati Yoori bagai disiat-siat saat itu. Dia mula teringat ayat yang pernah diucapkan kepada Jaemin mengenai anak mereka dahulu.

"Kau happy?"

Eunbin ketawa lalu mengangguk.

"Mestilah. Aku ada Sunwoo, ada Junkyu. Diorang yang bagi semangat pada aku. Aku sayang sangat dekat Junkyu sampai Sunwoo cakap aku tak pedulikan dia lagi. Padahal dia pun sama, kalau boleh nak simpan Junkyu tu dalam poket bawa pergi kerja," cerita Eunbin sambil ketawa.

"Yoori. Kenapa ni?" Eunbin memadang Yoori cemas bila melihat mata Yoori yang sudah berair.

"Aniya, aku cuma tersentuh bila dengar cerita kau. Beruntung Junkyu dapat Omma Appa yang sayangkan dia sangat," kata Yoori.

"Binatang pun tahu sayangkan anak Yoori. Kita ni manusia, kenalah pandai hargai anak kita. Ada pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi still tak dapat anak. Jadi, bila dapat peluang untuk jadi seorang ibu ni, kenalah hargai,"

Sekali lagi bagaikan ada pedang tajam yang menusuk ke hati Yoori. Semua yang keluar dari mulut Eunbin seolah ditujukan buat dirinya.

"Dah lewat lah Yoori. Aku nak ke rumah Omma aku sebenarnya," Eunbin meminta diri.

"Okay. Jumpa lain kali,"

Dan mereka mula bertukar nombor telefon. Sebaik sahaja Eunbin pergi, Yoori menerima panggilan dari ibunya.

"Hello, Omma,"

"Yoori, kat mana tu?" soal Puan Bae.

"Kat luar. Kenapa Omma? Kenapa suara Omma macam tu?" soal Yoori risau.

"Yoori, balik rumah sekarang. Cepat, sebelum Yoori menyesal,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top