19

Jaemin melangkah keluar dari biliknya. Suasana pejabat masih lagi sunyi kerana kebanyakan staff masih belum pulang dari makan tengahari. Dia tidak keluar makan kerana kebetulan dia sarapan agak lewat tadi.

Yoori pula keluar makan bersama Ryujin yang kebetulan ada pengambaran di kawasan berdekatan. Dia malas mahu menyertai mereka kerana dia tahu pasti nanti dia akan diabaikan oleh dua gadis itu.

Kakinya melangkah ke pantri untuk membancuh kopi. Belum sempat dia masuk, telinga seakan dapat mendengar suara seperti seseorang sedang menangis. Terus dia masuk untuk melihat apa yang terjadi.

"Nakyung?"

Nakyung yang sedang berdiri membelakangi pintu masuk itu segera menoleh. Wajahnya basah dengan air mata.

"Kenapa ni?" soal Jaemin risau sambil menghampiri gadis itu.

Nakyung tidak membalas sebaliknya dia terus memeluk tubuh Jaemin. Jaemin terkaku dengan perbuatan gadis itu. Dia ingin menolak namun bila esakan Nakyung masih tidak berhenti dia membatalkan niatnya. Dia tahu Nakyung pasti bertindak begitu kerana dia perlukan seseorang untuk menenangkan dia. Seperti dia yang selalu memeluk Yoori setiap kali isterinya itu menangis.

Sementara itu di lobi, Yoori sedang berjalan ke arah lif untuk naik ke pejabatnya. Di tangannya ada beg kertas berisi sushi yang sempat dibeli buat Jaemin memandangkan lelaki itu tidak keluar makan.

Sampai sahaja di pejabat mereka, dia terus meluru ke bilik lelaki itu dan ianya kosong.

"Kata tak keluar," dia mencebikkan bibirnya sambil berjalan keluar kembali.

Baru sahaja dia ingin masuk ke biliknya, dia perasan pintu pantri tidak bertutup. Terus dia menukar arah untuk ke sana kerana mungkin Jaemin ada di sana. Namun lain pula yang dilihatnya melalui cermin kaca pantri itu.

Jaemin sedang memeluk Nakyung di sana. Dia tahu itu Nakyung kerana dia perasan itulah pakaian yang dikenakan Nakyung kerana mereka terserempak di tandas pagi tadi.

Yoori terus berpatah balik ke biliknya. Beg kertas berisi sushi tadi terus dibuang ke dalam tong sampah.

---

"Kenapa diam je ni?" soal Jaemin sambil menjeling Yoori di kerusi sebelah.

"Takde apa. Penat," balas Yoori.

Kepalanya dipalingkan dan dia memandang ke luar tingkap. Gara-gara kejadian di pantri tadi, seharian dia tidak dapat fokus dengan kerjanya.

"Sayang,"

Tangannya tiba-tiba dipegang Jaemin. Dia menoleh ke sisi.

"Kenapa? Tak suka kena panggil macam tu?" soal Jaemin.

"Tak cakap pun," bibirnya dicebikkan.

Jaemin yang fokus dengan pemanduannya itu menarik tangan Yoori yang masih di dalam gengamannya itu ke bibir. Tangan itu dikucupnya.

Yoori tersenyum namun dia cuba menutupnya kerana risau Jaemin perasan. Entahlah, walaupun hubungan mereka semakin membaik, masih ada lagi ego dalam dirinya. Perasaannya terhadap Jaemin belum berubah sepenuhnya. Tambahan lagi dengan apa yang dilihatnya tengahari tadi.

Dia suka dilayan seperti itu oleh Jaemin. Namun bila dia bersendirian atau melihat sesuatu yang boleh mengingatkannya pada Jaehyun, hatinya jadi lemah. Dia akan kembali memikirkan lelaki itu.

Jaehyun pula memang mengelak darinya sejak kejadian tempoh hari. Yoori sememangnya sedih akan hal itu namun dia sendiri masih belum mahu memohon maaf pada lelaki itu.

Tanpa sedar sebuah keluhan terlepas dari bibirnya. Dan Jaemin automatik mengerling padanya.

"Kenapa?" soal suaminya itu.

Yoori menggeleng. Ceritakan pada Jaemin yang dia fikirkan Jaehyun adalah perkara terakhir yang mungkin dia akan lakukan. Cukuplah hatinya merasa serba salah mendengar luahan hati Jaemin beberapa hari lepas.

"Na, kenapa?" Yoori memandang lelaki itu pelik bila kereta mereka berhenti di tepi jalan.

"Aku yang patut tanya soalan tu. Kau kenapa? Ada masalah?" soal Jaemin.

Yoori menggeleng lagi.

"Boleh percaya ke?" soal lelaki itu.

"Betul," tangan Jaemin dicapai dan digenggam erat.

Jaemin mula tersenyum lebar. Tali pinggang keledarnya ditanggalkan dan dia merapatkan wajahnya ke arah Yoori.

"Yaa, apa ni?" Yoori menyoal bila lelaki itu menghampirinya.

Lelaki itu hanya ketawa dan langsung tidak mengendahkan tangan Yoori yang cuba menolaknya itu.

"Na, kita kat tepi jalanlah," ujar Yoori sambil cuba menolak Jaemin.

"Biarlah, bukan wife orang, wife aku," Jaemin ketawa dengan keadaan hidungnya dan Yoori yang sudah berlaga itu.

Yoori akhirnya ikut tertawa lalu tangannya mula memeluk leher suaminya itu. Bibir mereka hampir bersentuhan dan telefon bimbit milik Jaemin berbunyi.

"Haish!" Jaemin mengeluh manakala Yoori hanya ketawa.

"Lee Haechan kacau betul lah!" Jaemin merungut dan menolak panggilan itu.

Yoori ketawa perlahan.

"Kenapa tak jawab?"

"Tak penting pun. Dia nak ajak lepak lah tu. Baru lepas kena reject dengan crush,"

"Jawablah. Kesian dia,"

Jaemin menggeleng.

"Nanti kat rumah aku call dia semula. Sekarang ni kita sambung semula apa yang tergendala tadi,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top