17

"Yoori!"

Jaemin mengejar langkah Yoori yang berjalan dengan laju di kawasan parkir kereta bangunan pejabat mereka itu.

"Tak payah ikut lah!" Yoori langsung tidak memandang lelaki itu.

Kunci kereta miliknya ditekan sebaik sahaja dia berada beberapa langkah dari tempat dia memarkirkan kereta pagi tadi.

"Yoori!" Jaemin berjaya menahan tangan Yoori yang ingin membuka pintu keretanya itu.

"Lepaslah!" tangannya ditarik kasar.

"Nak cakap apa? Sepuluh saat je," kata Yoori.

"Ala, mana sempat-,"

"10, 9, 8-," Yoori menurunkan satu persatu jarinya sambil dia mula mengira.

Jaemin mengetap bibirnya. Tiba-tiba dia hilang kata sedangkan dari malam semalam dia telah memikirkan apa yang ingin dia sampaikan pada gadis itu.

"4, 3, 2-,"

Jaemin memeluk Yoori erat. Yoori ingin meleraikan pelukan itu kerana dia masih marah pada lelaki itu namun tenaganya tidak kuat untuk menolak tubuh itu.

"Mianhei," kata Jaemin sambil memandang wajah Yoori dari sisi.

"Kita balik, jom?" rambut Yoori dielus lembut.

"Tak nak! Aku nak tidur rumah Yeji lagi malam ni," tubuh Jaemin akhirnya berjaya ditolak.

"Nope. Aku tak izinkan," tegah Jaemin.

"Kenapa pula? Suka hati lah aku nak tidur kat mana pun. Tak payah nak sibuk!"

"Aku ni suami kau tau. Tak baik lawan cakap aku," ujar Jaemin.

"Tch, suami apa tengking isteri sendiri sebab mi segera je," ejek Yoori.

Dia memasuki kereta miliknya lalu pintu segera ditutup.

Jaemin yang melihat itu dengan laju berlari untuk masuk ke kerusi sebelah pemandu.

"Yaa!" Yoori memandang lelaki itu tidak puas hati.

"Jalanlah. Kalau kau nak tidur kat rumah Yeji jugak, aku pun kenalah tidur kat sana sekali," kata Jaemin sambil tersenyum.

"Jangan nak merepek lah Na. Keluar sekarang!" arah Yoori.

Jaemin hanya mengendahkan gadis itu. Dia menurunkan sedikit kerusi yang didudukinya lalu bersandar penuh santai.

"Na Jaemin!"

"Ya, sayang?"

"Keluar!" Yoori menunjuk ke arah luar.

"Kalau kau ikut aku, aku keluar. Kalau tak, aku takkan keluar," balasnya selamba.

Yoori mengetap bibirnya. Dadanya turun naik menahan rasa sakit hatinya terhadap Jaemin saat itu. Dengan perasaan marah yang masih bersisa, dia akhirnya memandu keluar dari kawasan itu.

---

Yeji memandang Jaemin dan Yoori yang berada di hadapannya. Dua manusia itu begitu berselera menikmati makan malam mereka.

"Like seriously, korang buat rumah aku macam rumah korang? Korang berdua memang sesuai jadi suami isteri," dia menggelengkan kepalanya.

"Kan? Aku setuju sangat,"

Yeji menoleh ke sebelah kirinya. Haechan sedang sibuk mengambil kepingan daging untuk disuap ke mulutnya.

"Korang bertiga memang tak tahu malu eh?" soal Yeji.

"Buat apa nak malu? Kau kan kawan kitorang juga," kata Jeno yang berada di kanannya.

"Ni kalau ada Ryujin sekali, mesti lagi meriah. Kan Yoori?" Jaemin menoleh memandang Yoori di sisinya.

"Yeji ah, mianhei. Sebab aku, monyet-monyet ni pun datang menyemak kat rumah kau," ujar Yoori.

Boleh pula si Jaemin mengajak Haechan dan Jeno datang ke rumah Yeji untuk makan malam bersama. Sudahlah dia pun datang tak dijemput, dia bawa sekali kawan-kawan dia.

"Takpe Yoori, aku faham. Lagipun tak payah susah-susah aku nak basuh pinggan malam ni," Yeji tersenyum sambil menepuk belakang Haechan dan Jeno perlahan.

"Kitorang tidur sini sekali boleh?" soal Haechan.

"Yaa!" Jeno dan Yoori menjerit serentak.

"Chill guys, chill. Aku bergurau je," kata Haechan sambil tersengih.

Mereka menggelengkan kepala lalu kembali fokus pada makanan masing-masing.

"Nak lagi?" Jaemin memandang mangkuk nasi Yoori yang hampir kosong itu.

Yoori menggeleng.

"Makanlah lagi. Kesian baby," perut Yoori diusap sedikit.

Jaemin mengambil potongan daging lalu disuap ke mulut isterinya itu. Dan Yoori hanya membiarkan.

"Nak air,"

Jaemin mengambil gelasnya lalu dia membantu isterinya itu minum.

"Ehem!" Haechan berdehem kuat menyebabkan Jaemin yang sedang merenung Yoori itu menoleh.

Tiga orang manusia itu sedang memerhatikan mereka.

"Haish, memang datang makan kat rumah aku ni sebab nak menunjuk korang punya sweet ke?" soal Yeji.

Jaemin hanya tersenyum dan Yoori dia menolak tangan Jaemin dari wajahnya lalu dia mulai menolak Jaemin supaya jauh darinya dan makanannya kembali disuap sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top