Bab 7
Votelah duluuuu ;)
Pada pagi esoknya, Hana tidak bertemu dengan sesiapa pun. Hana juga tidak bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Dia masih marah. Ibu dan ayah hanya melihat dia ditampar dan dimarahi oleh angah tanpa menghalang perbuatan angah. Sakit hati!
Mujur saja hari ini Arin sampai awal di rumahnya. Jika tidak, dia perlu hadap orang yang selalu menyakitkan hatinya.
Sebaik sahaja Hana masuk ke dalam kereta, Arin menarik wajah Hana memandangnya.
"Weh, Hana! Bibir kau kenapa lebam ni?"
Ya. Bibirnya berdarah akibat angah menampar dirinya semalam. Tangan askar kut yang tampar tu. Sekarang, kesan lembam ada di bibir Hana.
"Aku kena tampar dengan angah semalam."
Membulat mata Arin apabila mendengar kenyataan Hana.
"Angah kau dah balik? Asal dia tampar kau? Meh sini aku nak tumbuk dia!"
Arin sudah menyinsing lengannya dan membuka pintu pemandu untuk keluar dari kereta namun sempat Hana menghalangnya.
"Weh! Janganlah. Aku nak pergi kerjalah. Jom."
"Kepala hotak kau nak pergi kerja dalam keadaan muka kau macam ni! Aku tak bagi izin! Dah sekarang ni, aku nak kita pergi klinik, ambil MC."
"Weh! Kalau ambil MC, aku kena duduk rumah. Aku tak naklah!"
Arin mulakan pemanduannya menuju ke klinik. Ey minah ni! Degil betul!
"Kau jangan risau. Aku akan ambil kau hari-hari macam biasa. Lepastu aku tinggal kau dekat mall. Kau lepaklah sana."
Hana memandang Arin. Apa dia cakap?
"Kau serius ke?"
"Yelah. Lebam tu akan surut dalam masa seminggu tau. So, seminggulah kau akan lepak."
Hana tersenyum lebar mendengar rancangan Arin. Hana tidak sabar mahu menghabiskan masanya di pusat beli-belah. Bukan untuk membeli-belah tetapi sekadar mencuci mata untuk menghilangkan stress.
Selepas Hana mendapatkan cuti sakit di klinik, Hana meminta Arin untuk singgah di tadika sebentar. Dia perlu menghantar surat cuti sakit ini kepada Puan Asma. Disebabkan Hana tidak mahu salah faham timbul, dia memakai topeng muka.
"Assalamualaikum, puan."
"Waalaikumusalam. Ha kenapa ni?"
Hana menghulurkan surat cuti sakitnya itu.
"Saya tak berapa sihat. Jadi, itu surat cuti sakit saya."
"Hrm, okaylah kalau macam tu. Rest well, ya."
"Terima kasih, puan."
Hana keluar dari pejabat. Dapat dia lihat kanak-kanak sedang makan. Ketika Hana mahu keluar dari bangunan tadika, Dhia memeluknya dari belakang. Hana melutut supaya ketinggiannya dan Dhia sama.
"Kenapa teacher Hana tak masuk kelas harini? Kenapa teacher pakai mask? Teacher sakit ke?"
Tangan kecil itu dengan pantas menurunkan topeng muka Hana ke bawah dan Dhia dapat lihat bibirnya yang lebam itu.
"Teacher! Kenapa bibir teacher? Teacher jatuh ke?"
Dengan pantas Hana menaikan semula topeng muka itu.
"Haah, Dhia. Teacher jatuh semalam. Ni teacher nak balik rehat. Dhia belajar rajin-rajin tau."
"Teacher cepat sihat tau. Nanti Dhia rindu teacher."
Hana mengusap kepalanya.
"Okay, Dhia. Teacher akan cepat sihat untuk Dhia."
Hana keluar dari bangunan tadika dan menuju ke kedai Arin. Hana melihat Arin sedang menyapu lantai kedai itu sendirian.
"Arin! Kau tak payahlah hantar aku. Aku boleh jalan kaki je. Lagipun dekat sangat."
Arin berhenti daripada menyapu dan memandang Hana.
"Kau jangan mengada. Aku hantar kau. Kau tu dah lah tak sihat."
"Okay."
Tidak mampu dibantah arahan cik Arin ini. Susah nanti.
***
Arin menurunkan Hana di hadapan pusat beli-belah. Belum sempat Hana mahu keluar dari kereta, Arin menghalang. Hana memandangnya dengan mengerutkan dahi.
"Asal?"
Satu kad debit dihulurkan kepada Hana.
"Kau ambil kad aku ni buat belanja."
Hana terpempan. Arin sememangnya tahu bahawa keluarga Hana mempunyai masalah kewangan dan Arin pula merupakan anak yang sangat berada. Namun, Hana tidak mahu nampak seperti dia menggunakan kesenangannya untuk kepentingan dirinya sendiri.
"Arin, ni melebih sangatlah. Aku ada duit lagi. Kau tak payahlah bagi aku kad bank kau ni."
Tangan Hana diambil dan Arin meletakkan kad itu dalam genggaman Hana.
"Aku nak kau guna kad ni. Duit yang kau ada tu cukup untuk tampung kau makan hari-hari kat tempat kerja je. Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau tak pernah pun minta duit kat ayah kau sebab kau takut. Duit makan kau selama ni pun kau guna duit yang kau kumpul dekat asrama dulu kan?"
Lidah Hana seperti terbelit. Tidak mampu untuk dia membalas kata-kata Arin. Semua yang Arin kata itu adalah benar. Hana tidak mampu untuk menafikan segalanya.
"Thanks, Arin. Aku tak tahu nak cakap apa."
"Kau tak perlu berterima kasih. Apa yang aku buat ni tak cukup jika dibandingkan dengan apa yang kau dah buat pada aku."
Hana tersenyum nipis sebelum pamit keluar dan mengatur langkah masuk ke dalam pusat beli-belah itu. Hana mulakan aktiviti window shopping itu. Setiap kedai disinggahnya. Hana juga membeli beberapa helai baju yang murah sahaja harganya. Dia tidak mahu berbelanja lebih kerana dia menggunakan kad Arin.
Sebaik sahaja selesai membeli-belah, Hana mengatur langkah ke kedai Baskin Robin. Teringin makan aiskrim.
Sedang Hana berjalan menuju ke kedai itu, dia terlanggar seseorang. Mujur sahaja orang itu sempat menarik lengannya supaya tidak menyembah bumi.
"Cik okay?"
Hana mengangkat wajah dan memandang pemilik suara itu. Matanya membulat kerana terkejut dengan gerangan di hadapannya sekarang.
"Aiman?"
Lelaki di hadapan Hana memandangnya dengan hairan. Oh lupa! Topeng muka yang dipakai menyebabkan Siman tidak mengenalinya.
"Aku Hana. Lupa ke? Kita sama-sama dalam kelas potensi sejarah dulu. Ingat tak?"
Aiman mendiamkan diri kejap untuk mengingati kenangan sekolahnya itu.
"Oh, Hana! Mestilah aku ingat. Gila ke lupa? Ni kenapa kau pakai mask ni?"
"Aku tak sihat sangatlah. Kau sihat? Lepas dah habis sekolah, kau hilang macam tu je."
Aiman mengukir senyuman.
"Aku ada je. Cuma tulah aku ambil masa nak make over myself untuk lebih yakin."
Selepas itu, Hana tersedar bahawa penampilan Aiman sudah berubah. Dulu dia adalah budak nerd yang pemalu dengan kaca matanya yang besar. Sekarang, Aiman sudah tidak memakai kaca matanya lagi dan lebih segak berbanding zaman sekolah.
"Faham. Eh nak join aku makan aiskrim? Ke kau busy?"
Aiman melihat jam tangannya sebelum memandang Hana kembali.
"Tak pun. Jom!
Hana dan Aiman mengambil tempat di Baskin Robin. Hana meletakkan dua beg kertas aku di bawah.
"Banyak shopping. Dah kerja eh?"
Aiman memulakan bicaranya.
"Haah. Aku dah kerja. Tapi hari ini aku ambil cuti. Tu yang aku ada dekat sini buat fresh badan. Bosanlah asyik duduk dalam bilik."
"Kau kerja apa?"
"Cikgu tadika dekat depan hotel tu."
Aiman membulatkan matanya. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaj dia dengar.
"Wait! Kau cakap kau kerja dekat tadika? Like seriously?"
Hana mengerutkan dahinya. Dah kenapa mamat ni?
"Kenapa? Pelik sangat ke?"
"Yelah pelik. Selama ni anak-anak cikgu datang sekolah kau ignore je. Tak nampak langsung kau suka budak-budak. Kenapa tiba-tiba kerja tadika?"
"Takkanlah aku nak tunjuk yang aku ni pandai jaga budak? Aku ni kalau layan budak, memang tak ingat dunia lain dah tau."
Aiman tertawa kecil begitu juga Hana.
Hana dan Aiman berborak macam-macam perkara kerana sudah lama tidak bersua muka. Sempat juga Aiman bertanyakan tentang lebam di bibirnya itu namun jawapannya sama. Terjatuh. Hana menghabiskan masanya bersama Aiman sehingga tengah hari sebelum Arin menjemputnya untuk pulang.
XXX
Thanks for reading!
Dont forget to join my telegram channel!🎯
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top