Bab 6
Votelah dulu;)
Nuh masuk ke dalam pejabatnya selepas mesyuarat pada petang itu selesai. Kepalanya itu diurut perlahan. Fikirannya melayang kepada adegan tengah hari tadi.
"Aku ada salah cakap ke? Kenapa Hana lari macam tu je? Dan yang paling pelik, dia menangis"
Fikirannya melayang kepada Hana. Nuh tidak tahu apa yang salah dengan percakapannya sehingga wanita itu melarikan diri begitu sahaja. Tambahan pula, wanita itu menangis.
Nuh meraup wajahnya berkali-kali sebelum telefonnya menjerit lagu photograph yang dinyanyikan oleh Ed Sheeran.
Nuh mengangkat panggilan itu.
"Kau nak apa?"
Nuh mulakan perbualan antara dia dan sepupunya itu.
"Wei, garangnya kau ni. Aku nak minta tolong ni."
"Apa?"
"Tolong ambil anak aku pukul 5.30 dekat tadika depan hotel kau tu. Pembantu aku cuti hari ni."
Nuh menghela nafasnya.
"Yelah. Nanti aku ambil dia."
"Thanks."
Panggilan itu dimatikan. Jam di tangan dilihat. Sudah pukul 5.15 petang. Lagi lima belas minit.
Nuh mengemas mejanya dan terus bergerak ke tadika untuk mengambil anak sepupunya itu.
***
Hana menyuruh kanak-kanak tadika dan taska beratur sebelum keluar dari tadika. Pelajar kelas KAFA akan keluar selepas kanak-kanak ini keluar.
Hana keluar terlebih dahulu sebelum pintu dibuka luas dan kanak-kanak ribena ini keluar dari bangunan tadika. Ada yang sudah berlari ke arah ibu masing-masing. Selang beberapa minit, barulah pelajar kelas KAFA keluar. Hana melihat Dhia yang sedang duduk di tepi pintu. Hana mendekati Dhia.
"Mana kakak yang selalu ambil Dhia?"
"Belum sampai."
Hana tidak memaksa. Hana tahu apa yang Dhia rasakan sekarang. Masalah Dhia lebih kurang sama dengan Hazim cuma ibu bapa Dhia masih bersama manakala ibu bapa Hazim tidak.
"Hana. Jom balik."
Arin mendekati Hana yang sedang duduk di sebelah Dhia. Hana mendongak memandang Arin sebelum kembali memandang Dhia.
"Dhia tunggu sini tau."
Dhia tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya.
Belum sempat Hana mahu beredar, namanya dipanggil.
"Hana!"
Kak Wani datang mendekatinya.
"Ya, kak? Ada apa-apa ke?"
"Akak nak minta awak gantikan akak tunggu budak-budak ni boleh? Akak kena balik cepat. Ada kecemasan dekat rumah."
Hana yang melihat muka gelisah Kak Wani tidak sanggup untuk menolak. Hana memandang Arin. Kesian pula Arin harus tunggu dirinya.
"Arin, kalau kau nak balik dulu, aku..."
Kata-katanya dipotong sebelum dia menghabiskan ayatnya.
"Aku tunggu kau. Lagipun kau datang kerja dengan aku. So, aku yang akan hantar kau balik."
"Thanks."
Hana memandang Kak Wani. Wajahnya terpampang gembira selepas mendengar apa yang Arin kata.
"Okay, kak. Saya tunggu budak-budak harini."
Tangan Hana dipegang Wani.
"Terima kasih, Hana! Akak pergi dulu tau."
Kak Wani terus berlalu dengan menunggang motornya.
Hari ini merupakan giliran Kak Wani untuk menunggu pelajar pulang. Tetapi disebabkan dia mempunyai urusan, tidak mengapalah untuk Hana membantunya.
Hana duduk di sebelah Dhia sementara Arin melayan budak-budak kelas KAFA bermain osom. Siapa kalah kena kangkang kaki. Tahu kan permainan tu?
Tak tahu pun buat-buatlah tahu.
Hana melihat Dhia yang masih mendiamkan diri. Kemudian, Hana mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Kita ambil gambar nak? Teacher takde lagi gambar dengan Dhia."
Dhia laju sahaja masuk ke dalam bingkai telefon itu. Mereka mengambil gambar dengan banyak bersama. Macam-macam gaya dibuat. Hehehe!
Ketika itu, seorang jejaka memanggil nama Dhia.
"Dhia!"
Dhia yang sedang mengambi gambar bersama Hana memandang ke arah pemilik suara itu.
"Uncle Iyan!"
Dhia berlari menuju ke dalam dakapan jejaka itu. Hana mengambil beg baju milik Dhia dan berjalan menuju ke arah Dhia.
"Ni beg baju Dhia."
Jejaka tadi berdiri daripada melutut di hadapan Dhia apabila Hana mendekati mereka. Hana terkedu melihat jejaka ini.
"Cik Hana?"
"Encik Nuh?"
Kata mereka serentak lalu suasana diantara mereka sepi. Masing-masing sedang cuba untuk memproses tentang keadaan ini.
"Cik Hana kerja dekat sini ke?"
"Haah. Saya cikgu dekat sini. Dhia ni anak Encik Nuh ke?"
Nuh melihat Dhia yang sedang memegang tangannya.
"Eh tak! Ini anak kepada sepupu saya. Saya datang ambil Dhia sebab bibik cuti harini."
Hana hanya menganggukkan kepala. Beg Dhia dihulurkan dan Nuh menyambutnya.
"Uncle Iyan kenal ke dengan teacher Hana?"
Uncle Iyan? Bukan nama dia Nuh ke?
Ketika itu, fikiranku melayang kepada peristiwa tengah hari tadi.
"Hai, my name is Nuh Ariyan Harriz. You can call me, Nuh."
Oh ya! Nama dia Nuh Ariyan Harriz. Uncle Iyan tu mungkin datang dari Ariyan.
"Kenal. Lepas ni kalau Dhia naughty kat tadika, Uncle Iyan suruh teacher Hana denda Dhia."
"Mana ada! Dhia tak naughty lah, uncle!"
Dhia hentakkan kakinya. Haihlah Dhia ni. Reti merajuk rupanya. Kemudian, tangan Nuh naik mengusap kepala Dhia. Mithali gila! Cair jap.
"Uncle Iyan tahu Dhia tak nakal. Dah, jom! Kita pergi makan asikrim dulu sebelum balik."
Dhia mendongak memandang Nuh. Matanya bersinar dan tampak sangat bahagia. Ini pertama kali Hana melihat Dhia sebahagia ini.
"Yeay! Uncle Iyan baik!"
Nuh tersenyum. Lesung pipit di pipi kanannya itu kelihatan. Ya allah, hati aku berdegup laju sangat ni.
"Terima kasih sebab tunggu Dhia. Saya balik dulu."
"Okay."
Sebelum Nuh memalingkan tubuhnya, Dhia memandang Hana.
"Bye, teacher!"
"Bye, Dhia."
Mereka berdua masuk ke dalam kereta yang berjenama Mercedes Benz AMG S63. Kaya gila Nuh ni.
Apabila kereta itu hilang dari pandangan mata, Arin menyergah Hana.
"Seronok eh kau tenung Encik Nuh tu macam tu?"
Hana memandang Arin.
"Mana adalah. Aku nak pastikan Dhia masuk kereta. Tu je."
"Eleh. Yelah tu. Tapi kan, aku rasa Encik Nuh tu baik orangnya."
Hana mengerutkan dahi apabila Arin mula memuji Nuh sebegitu.
"Mana kau tahu?"
"Yelah. Tadi dia bayarkan makan kau sekali. Kau pula boleh blah macam tu je. Kau okay tak tadi? Encik Nuh cakap kau menangis."
Mata Hana membulat. Dia bayarkan makan aku?! Apakah?!
"Weh aku sumpah lupa nak bayar tadi! Aku layan perasaan sangat tadi."
"Kenapa? Ada apa-apa ke yang jadi kat rumah?"
Hana terlupa bahawa Arin belum tahu tentang kejadian malam semalam.
"Nanti dalam kereta aku cerita eh?"
Arin hanya menganggukkan kepalanya. Yalah. Kalau cerita pasal keluarga aku, pernah ke aku tak menangis?
Mesti Hana akan menangis. Takkanlah dia nak biarkan budak-budak dekat sini tengok dirinya menangis? Malulah dia.
***
Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, Arin berpesan sesuatu kepada Hana.
"Hana, aku harap kau sabar. Sikit je lagi. Lepas kita dapat result SPM nanti, kita apply universiti jauh-jauh. Kita pergi dari sini. Kau janganlah nangis lagi. Okay?"
Hana tersenyum apabila mendengar kata-kata Arin. Manakan tidak tadi Hana menangis seperti orang yang mahu buta. Dia terlalu sakit hati.
"Okay, babe. Kita masuk universiti sama tau. Jangan tinggal aku."
"Ya. Aku janji."
Hana keluar dari kereta Arin namun tidak terus masuk ke dalam rumah. Dia berdiri di luar rumah dan mengeluh kejap. Dirinya takut hatinya akan dilukai untuk kesekian kalinya. Hana tidak sanggup.
Selepas yakin untuk masuk ke dalam rumah, Hana mengatur langkah masuk. Dapat Hana lihat keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu. Hana melihat satu tubuh yang jarang berada di rumah. Hana mendekati dan bersalaman dengannya.
"Bila angah balik?"
Hana bertanya kepada Hadif iaitu angah. Dia berkerja sebagai anggota penyelamat. Angah merupakan seorang tentera laut. Dia jarang berada di rumah kerana tugasnya.
"Baru je sampai. Kau dari mana?"
Hana duduk di atas sofa yang masih kosong.
"Baru balik dari kerja."
"Kau kerja apa? Kenapa tak tolong ibu dekat rumah? Dah boleh jadi isteri orang ke sampai kau sibuk nak kerja ni?"
Bertubi-tubi angah menembak Hana dengan soalan yang menyakitkan hati.
Apa masalah dia ni? Baru balik dah nak cari pasal?
"Hana kerja dekat tadika. Orang tolong jugalah ibu kat rumah. Kalau bukan Hana, siapa lagi nak kemas? Nak harapkan budak ni?"
Hana menuding jarinya ke arah Hasya yang duduk di antara along dan acik.
"Memang sampai kiamat pun dia takkan buat!"
Hana mendengus kasar. Walaupun dia meluahkan rasa yang tidak sampai 0.1 peratus itu, hatinya merasa sedikit lega.
"Eh! Yang kau biadap sangat ni kenapa? Elok ke perangai macam tu? Siapa ajar kau?!"
Angah mula meninggikan suaranya. Yang lain termasuk ibu dan ayah hanya menjadi penonton.
"Betullah apa yang Hana cakap. Kalau bukan Hana, siapa lagi nak buat? Angah? Setiap kali balik bukan ada dekat rumah pun. Sibuk lepak sampai malam dengan kawan-kawan. Rumah ni angah buat macam hotel!"
Pang!
Kepala Hana terteleng mengikut arah tamparan itu. Matanya dipejam. Sakit.
"Kau biadap dengan aku lagi. Kau pergi masuk bilik!"
Hana menjeling angah lalu mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Hana menghempas pintu bilik sebelum menguncinya.
Hana naik ke atas katil dan menangis sepuasnya.
Salah aku ke? Apa yang aku cakap itulah kenyataannya. Angah tidak pernah berada di rumah setiap kali dia pulang. Tindakan angah itu ibu dan ayah diamkan kerana angah selalu memberi mereka berdua wang setiap kali ibu dan ayah meminta kepadanya. Mentang-mentanglah dia berduit, ibu dan ayah tidak pernah kisah apa yang angah lakukan.
Ya allah, sakitnya hati aku! Bantulah aku, ya allah. Kuatkan hati aku.
XXX
Keep reading and dont forget to join my telegram channel for more info! 🎯
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top