Bab 5

Votelah dulu ;)

Hana menunggu Arin di hadapan rumah. Hari ini, Hana siap terlebih awal kerana malas mahu menghangatkan hati gara-gara peristiwa semalam. Hatinya masih sakit apabila alongnya itu bertindak melebihkan adiknya seperti Hasya satu-satunya adik dia.

Ketika itu, Hana sangat sakit perut. Sangat! Puan Halimah menyuruh Hana untuk menggosok bajunya untuk dipakai pada pagi ini. Jadi, kerana tidak mahu ibunya bising kerana Hana lambat gosok bajunya, Hana meminta tolong Hasya.

"Hasya, kau tolong gosok baju ibu kejap."

"Kenapa kau tak gosok sendiri?"

Bukan Hasya yang menjawab namun Hariz. Ish! Sejak bila dia ada dekat sini?

"Sakit perut lah."

"Eleh kau! Alasan! Padahal kau tak nak gosok baju ibu kan sebab tu kau bagi macam-macam alasan. Dasar pemalas. Anak dara jenis apalah kau ni? Kalau macam nilah perangai kau, tiada siapa pun nak kawin dengan kau. Ke kau nak kawin dengan anak orang kaya? Senang hidup ada bibik apa semua? Eh, kejap. Entah-entah, anak orang miskin tu pun tak nak memperisterikan orang macam kau ni! Sebab kau tu pemalas!"

Hana memandang along selepas dia sedap melemparkan segala fitnah kepada dirinya. Ey lelaki ni! Mujur abang aku! Kalau tak, dah lama aku terajang dia.

Hana berlalu masuk ke dalam bilik. Hana menangis kejap kerana terlalu sakit hati dengan kata-kata alongnya. Apa jenis abang tu?

"Ey bodoh! Habis tu selama ni siapa yang kemas rumah? Siapa yang kemas bilik dia? Siapa yang cuci jemur angkat lipat baju? Hantu ke? Bunian? Ey, tak guna!"

Kemudian, kata-kata Hariz yang tadi terngiang-ngiang di telinga Hana.

"Anak dara jenis apalah kau ni? Kalau macam nilah perangai kau, tiada siapa pun nak kawin dengan kau. Ke kau nak kawin dengn anak orang kaya? Senang hidup ada bibik apa semua? Eh, kejap. Entah-entah, anak orang miskin tu pun tak nak memperisterikan orang macam kau ni! Sebab kau tu pemalas!"

Hana menekup mukaya sebelum menjerit sepuas hati. Tak guna punya abang! Antara semua abang-abang Hana, Hariz dan Hadif yang paling banyak tak puas hati dengan dirinya. Aku tak pernah cari gaduh dengan merea. Jadi kenapa mereka perlu kacau hidup aku?

Orang miskin pun tak nak dekat aku? Hey! Ini Nufa Hana. Aku akan belajar sungguh-sungguh dan jadi kaya dengan usaha aku. Sebagai markah bonus, aku akan cari anak orang kaya untuk jadi suami aku. Lepas tu, aku takkan jejakkan kaki aku kat rumah lagi. Aku tekad!

Tekad untuk keluar dari rumah ini.

Tekar untuk keluar daripada neraka yang dicipta oleh keluarga sendiri.

Tekad untuk membina dan menjayakan fantasinya yang lebih indah dari realiti sekarang.

Hana sangat tekad.

***

Selesai sapu ubat sapu pada badan Mikayla, pintu dikuak. Hana melihat wajah Kak Am terjegul di sebalik pintu itu.

"Boleh akak masuk?"

"Masuklah kak."

Hana meriba Mikayla sementara kanak-kanak taska yang lain sedang bermain. Sekarang waktu makan tengah hari budak tadika. Sebentar lagi mereka semua yang transit di sini akan tidur. Kak Am duduk di hadapan Hana yang sedang menyisir rambut Mikayla. Hana memandangnya.

"Ada apa kak? Kat luar siapa yang jaga?"

"Ada Kak Wani. Ni akak nak cakap sikit."

Hana menelan liurnya. Alamak! Kenapa ni? Aku ada buat salah ke? Kecut dah perut aku ni.

"Sebenarnya, akak nak ucap terima kasih pada Hana."

Hana mengerutkan dahinya.

"Terima kasih? Untuk apa, kak?"

"Sebab awak, Hazim jadi lebih baik. Sejak dari minggu lepas awak duduk bercakap dengan dia tu, Hazim makin baik. Watak dia berubah. Bukan macam tahun lepas. Kalau dulu, dia asyik mengamuk saja bila dalam kelas. Sekarang dia rajin belajar dan tunjukkan semua perkara yang dia mampu buat. Menulis, mewarna. Terima kasih."

Hana tersenyum dengan kenyataan Kak Am. Hana tidak bangga, riak jauh sekali. Malah, Hana bersyukur kerana Hazim menunjukkan perubahan yang positif.

"Takde apa punlah, kak. Saya buat tugas saya je. Selebihnya Hazim sendiri yang nak berubah. Walaupun umur dia baru lima tahun, saya nampak yang dia agak matang berbanding rakan-rakannya yang lain."

"Terima kasih, Hana. Oh ya! Sekarang ni masa rehat awak kan? Pergilah makan. Budak-budak ni akak jaga."

Kak Am mengambil Mikayla dari riba Hana. Muka Mikayla berubah menjadi sedih secara tiba-tiba. Tangnnya didepakan ke arah Hana.

"Kenapa ni? Mikayla duduk sini dengan teacher Am, teacher Hana nak makan kejap. Boleh eh? Nanti nak tidur teacher dodoikan Mikayla."

Mikayla tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkan kepala.

Dia faham ke?

Selepas itu, Hana mengambil beg duitnya dan menuju ke kedai Arin. Hrm, keadaan kedai hari ini agak penuh. Hana menegur Arin yang berada di kaunter air.

"Weh. Asal hari ni ramai semacam?"

"Ouh! Ni semua budak-budak perhotelan dari universiti. Ada kursus katanya dekat hotel depan tu."

"Ouh."

Hanya itu yang keluar dari mulut Hana. Sekarang ni, dia nak duduk dekat mana?

"Hana, meja kau yang kosong, ada dua seat tu. Aku reserve tadi. Kau duduklah sana. Nanti aku bawa makanan dengan air kau."

Hana melihat ke arah meja yang Arin tunjukkan itu.

"Thanks babe!"

Hana duduk di meja makan itu. Apa yang dia dapat lihat, semua tempat duduk sudah penuh. Yang kosong hanyalah tempat di hadapannya ini. Sementara menunggu makanan sampai, meja yang Hana duduk diketuk. Hana yang sedang melihat skrin telefon itu mengangkat muka.

"Can i seat here? Yang lain semua penuh."

Hana tidak mendengar apa yang jejaka di hadapannya ini tanyakan sebaliknya Hana terpaku melihat matanya yang bersinar itu.

Ya allah. Cantiknya mata dia! Warna hazel. Ni pertama kali aku tengok orang melayu ada mata warna hazel.

"Miss? Can i?"

Lamunan Hana mati apabila suara serak-serak basah itu kembali bersuara. Hana cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

Gila lah kau, Hana! Boleh kau tenung anak teruna orang macam tu? Tak malu ke?

"Boleh saya duduk sini?"

Ini sudah kali ketiga dia bertanya. Hana tidak sanggup untuk menghalaunya pergi dalam keadaan kedai tengah penuh.

"Sure."

Kerusi di hadapan itu ditarik dan jejaka itu duduk di hadapannya. Hana cuba untuk tidak memandangnya lagi. Jadi, dia hanya melihat skrin telefonnya di atas meja.

Ketika itu, pesanan Hana tiba.

"Erm, bang. Saya nak order sama macam cik ni."

Hana yang sedang meneguk air tersedak. Dah kenapa pula dia nak menu sama dengan aku? Gaya macam orang kaya, takkan nak makan nasi kerabu dengan teh o ais limau je?

Dah itu memang menu terkenal di kedai ini. Nama pun Restoran Ani Nasi Kerabu. Apalah kau ni, Hana!

Hana yang masih termenung itu terganggu apabila jejaka di hadapannya ini menegur.

"Awak tak nak makan ke? Nanti sejuk nasi tu, tak sedap nak makan."

Hana hanya mengguriskan senyuman sebelum berjalan menuju ke sinki dan membasuh tangan. Doa dibaca dan Hana mula menjamu selera. Memang sopan habis cara Hana makan sebab tidak mahu jejaka mata hazel di hadapannya ini melihat perangai tidak semengah dia.

Keitika itu, pesanan jejaka itu sampai.

"Thank you."

Hana tidak menghiraukannya dan terus sahaja makan dengan perlahan kalah kura-kura.

"Hai, my name is Nuh Ariyan Hariz. You can call me, Nuh. And what is your name, beautiful?"

Tercekik Hana yang sedang mengunyah daging salai apabila jejaka mata hazel ini berkata sebegitu.

He called me beautiful?! OH MY JANTUNG! Dia sedar tak yang dia buat jantung aku sakit?

"Miss? Saya nak tahu nama awak."

Hana mengangkat wajahnya. Tidak sopanlah pula kan jika dia menjawab persoalan jejaka ini kerana dia terlebih dahulu mengenalkan nama. Bagitahu sajalah. Bukannya berjumpa pun selepas ini.

"Nufa Hana. You can call me Hana."

Nuh mengukirkan satu senyuman ikhlas. Ya allah! Dia ada lesung pipit di sebelah kanan. Gigi dia pun putih bersinar seperti iklan Colgate optic white.

"Cantik nama awak. Macam tuannya. Awak tahu tak apa maksud Nufa Hana?"

Mestilah aku tahu! Nama aku kut!

Belum sempat Hana mahu menjawab, Nuh laju menyambung bicaranya.

"Nufa maksudya yang sempurna tinggi dan kecantikkannya. Hana pula kebahagiaan. Nufa Hana. Kebahagiaan yang sempurna. Indah maksud nama tu. Sama indah dengan tuan punya badan. Mesti keluarga awak sayangkan awak kan?"

Keluarga.

Satu perkataan tu cukup membuatkan Hana rasa tidak mahu meneruskan kehidupan. Sejak belasan tahun lalu, pernah ke dia rasa kasih sayang keluarga yang sebenar? Enam orang dalam rumah itu melayannya seperti dia tidak mempunyai perasaan sama sekali. Hari-hari dirinya dimarah dan dihina. Keluarga macam apa itu?

Ketika itu, kata-kata Arin bermain di fikirannya.

"Orang lain mungkin tak nampak yang kau ni seorang puteri yang berharga. Tapi, kau kena percaya dan kau kena sabar sebab akan ada orang yang mampu sayang kau lebih dari nyawanya sendiri. And i call it as your prince charming."

Rasa mengarut? Tapi tidak bagi Hana.

Apa yang Arin cakap tu adalah benar. Hana yakin bahawa Allah akan hadirkan dia seseorang yang mampu berikannya kasih sayang yang tidak pernah dia rasa sepanjang lapan belas tahun hidup.

Air matanya yang sedari tadi bergenang akhirnya gugur juga. Perit rasanya jika memikirkan perihal keluarganya. Oleh itu, Hana hanya menundukkan kepalanya.

Nuh yang perasan Hana hanya mendiamkan diri sedari tadi mula menegur.

"Cik Hana? Awak okay?"

Tsk..tsk...

Esakkan Hana kedengaran juga. Hana tidak mampu bertahan lagi. Risaunya, jika makin lama dia berlam di sini, semakin laju tangisannya.

"Maaf, encik Nuh. Saya pergi dulu."

Hana terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan masuk ke dalam tandas tadika. Hana menekup mulutnya untuk menahan esakkan. Kata-kata Nuh sebentar tadi bermain di fikirannya.

"Nufa Hana. Kebahagiaan yang sempurna. Indah maksud nama tu. Sama indah dengan tuan punya badan. Mesti keluarga awak sayangkan awak kan?"

Kebahagiaan yang sempurna.

Andai sahaja itulah realiti kehidupannya, pasti dia tidak akan berfantasi. Hana hanya mahukan realitinya bahagia seperti fantasi yang dia bayangkan. Namun, realiti apa yang dia punya?

Realiti yang penuh dengan kesakitan.
Realiti yang penuh dengan kedukaan.
Realiti yang penuh dengan air mata keperitan.

Ya allah. Kau kuatkanlah hatiku. Kau bantulah aku supaya aku mampu keluar daripada realitiku yang terlalu menyakitkan ini. Aku sakit, ya allah. Perit rasa ini untuk aku tanggung lebih lama. Kau bantulah aku supaya aku mampu keluar dari rasa ini.

XXX

Keep reading!🎯

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top