Bab 35

Vote and komen tau ;)

"Abang. Esok nak ambil saya pukul berapa?"

Soalan Hana membuatkan Nuh mengigit bibir. Dahi ditepuk perlahan. Lupa akan isterinya yang masih berada di Johor.

"Sayang...abang sebenarnya dah ada dekat Kuantan ni."

Terbeliak mata Hana mendengar perkara itu.

"Kenapa pula balik tak tunggu saya? Sampai hati abang..."

Mata Hana mula berkaca-kaca. Suaranya juga bergetar menahan tangis.

"Sayang, abang bukannya tak nak bagitahu tapi abang betul-betul lupa. Kerja abang dekat sini banyak tertangguh. Abang..."

"Dahlah. Saya tak nak dengar. Saya balik dengan Arin esok. Bye."

Panggilan terus dimatikan. Hana rasa sangat geram dengan tindakan suaminya. Kut ye pun ada kerja dekat Kuantan, bagilah tahu dia dulu. Sudahlah Nuh tidak menghubunginya selama lima hari. Jika Hana tidak menghubunginya, sampai ke sudah Hana hanya menunggu suaminya esok.

Nuh mula berasa kesal. Tahu dirinya salah kerana langsung tidak memberitahu Hana tentang keberadaannya. Lagi parah, sudah seminggu Nuh berada di Kuantan tanpa pengetahuan Hana kerana pengurusan hotel yang masih bermasalah dan memerlukan pantuan rapi.

"Aduh! Macam mana ni? Salah aku juga. Hrm..."

Nuh mendail nombor telefon Noah.

"Hello, abang Yan."

***

Hana membawa diri ke taman universiti. Dia melemparkan pandangannya ke arah tasik bagi menenangkan hati yang tengah panas dan sedih disebabkan perbuatan Nuh.

"Selalu macam tu. Alasan dia sebab banyak kerja. Dia lupa ke yang dia dah ada isteri? Tak bolehlah nak hidup macam orang bujang lagi."

Hana mengeluh kuat. Haihlah! Nak marah lebih-lebih pun suami kesayangan. Ketika itu, telefon Hana berdering dan skrin menunjukkan nombor yang tidak Hana kenali.

"Hello?"

"Hello. Ini Puan Nufa Hana ke?"

Hana mengerutkan dahinya apabila mendengar suara seperti hello kitty di corong telefon itu.

"Ni siapa ya? Macam mana dapat nombor ni?"

"Erm, saya ni delivery man untuk menghantar pesanan puan. Pesanan ini khas daripada orang yang puan sayang."

Hana semakin rimas apabila mendengar suara Hello Kitty yang dibuat-buat itu.

"Jangan main-mainlah. Saya takde masa nak dengar lawak awak ni."

Belum sempat Hana mahu mematikan panggilan telefon itu, Hana melihat abang iparnya sedang berdiri di hadapan.

"Ini pesanan puan."

Noah berkata sebegitu dengan suara Hello Kitty yang dibuat-buat itu. Kemudian, dia menghulurkan satu kotak yang dibalut cantik kepada Hana.

"Abang Yan?"

Noah duduk di sebelah Hana.

"Yalah. Siapa lagi? Sampai hati Hana tak simpan nombor Abang Yan kan?"

Hana hanya tertawa kecil.

"Kenapa Abang Yan tak cakap tu abang? Takdelah kena marah free tadi."

"Abang Yan nak hantar ni je. Ambiklah."

Kotak tadi dihulurkan. Hana hanya mengambil kotak itu.

"Apa ni? Beratnya."

"Nanti buka and tengok sendiri. Hana gaduh dengan Iyan ye?"

"Ouh jadi ni daripada Nuh? Dia yang suruh Abang Yan hantar?"

Noah menganggukkan kepalanya.

"Abang Yan faham Hana marahkan Iyan tapi Hana kena faham Iyan juga. Iyan tu satu-satunya harapan papa untuk ambil alih semua cawangan hotel yang ada. Kadang tu, dia lupa dia dah ada isteri sebab Hana kan dekat sini. Dia pun tak nak kacau Hana study. Erm, Hana nak tahu tak?"

"Apa dia?"

"Iyan tu sangat sayangkan Hana. Sejak dia kenal Hana, tak pernah sekalipun hari dia berlalu tanpa sebut nama Hana. Tiap kali dia call abang Yan masa abang Yan dekat UK, dia mesti sebut pasal Hana. The girls that he like. Tak lama lepas tu, mama dan papa tahu. Lagilah dia tak berhenti cerita pasal Hana setiap kali dia balik rumah atau call abang Yan, mama atau papa. Iyan tu memang kuat bekerja dari dulu lagi. Bila dia kawin, lagilah kuat dia kerja sebab Iyan pernah cakap yang dia nak selesakan hidup Hana, bahagiakan Hana, jaga Hana sepenuh nyawa dia. Cumanya, salah Iyan bila dia terlalu taasub untuk kerja dan lupa untuk khabarkan isteri dia bila dia kena outstation. Jadi, abang Yan minta sangat yang Hana tak marahkan Iyan lama-lama. Tak pernah abang Yan nampak dia sayangkan mana-mana perempuan macam ni selain Hana."

Mendengar penjelasan Noah membuatkan air mata Hana berkaca-kaca. Rasa sebak dan hiba menyerang dirinya. Begitu sayangnya Nuh pada dirinya. Nuh selalu sahaja berjaya memujuk Hana walaupun mereka berjauhan.

"Okay, abang Yan. Hana faham. Hana minta maaf. Hana tahu Hana salah."

Noah tersenyum nipis dengan balasan Hana.

"Hana buat salah pada suami Hana, bukan abang Yan. Jadi, minta maaf pada Iyan. Abang Yan tunggu Hana dekat depan sana untuk balik sekali. Telefonlah Iyan dulu."

Laju Hana menganggukkan kepalanya. Telefon di tangan itu laju sahaja mendail nombor Nuh. Noah beransur dulu untuk memberi ruang kepada adik iparnya itu.

"Assalamualaikum, abang..."

"Waalaikumusalam, sayang. Kenapa menangis ni? Abang Yan ada buat sayang ke?"

Suara Hana yang bergetar itu membuatkan Nuh tahu bahawa isterinya itu sedang menangis. Dia menjadi cuak. Abang Yan ni!

"Tak. Saya nak minta maaf."

"Minta maaf kenapa pula ni, sayang? Awak tak buat salah pun."

"Saya minta maaf sebab tak faham abang, sesuka hati nak marah abang sedangkan abang kerja untuk kesenangan saya. Sorry..."

Nuh hanya tersenyum mendengar permintaan maaf isterinya itu.

"Love bug, i'll forgive you. Sebenarnya, abang tak marahkan sayang pun. Abang yang salah sebab lupa nak bagitahu awak yang abang ada kerja dekat Kuantan. Abang lupa yang semester break sayang dah nak dekat. I'm sorry okay, my sweet love bug?"

Hana tersenyum dengan panggilan itu. Nuh tidak pernah gagal membuatkan dirinya rasa bahagia.

"Okay. Saya maafkan abang. Erm, thanks for this surprise box."

"Your welcome. Tak bukak lagi ke kotak tu?"

"Belum."

"Sayang bukalah."

Hana membuka kotak itu dengan segera. Sebaik sahaja dia membuka kotak itu, Hana terkejut apabila melihat satu kotak baldu panjang bersaiz sederhana itu dikelilingi coklat.

"Kotak baldu apa ni?"

Nuh tersenyum dengan soalan isterinya.

"Open it, love bug."

Hana membuka kotak baldu itu.

"Abang, cantiknya."

"Suka?"

"Suka!"

Gelang emas itu disentuh. Ini pertama kali dia mendapat gelang tangan emas.

"Glad to hear that, love bug. Pakai okay?"

"Sure! Saya akan pakai. Erm, abang..."

"Yes, love bug."

"Rindu..."

Nuh hanya tersenyum mendengar luahan rindu itu. Jujur, dia juga terlalu rindukan isterinya.

"I miss you too, love bug. Nanti sayang sampai Kuantan, abang terus jumpa sayang, okay?"

"Okay. Tak sabar nak jumpa abang esok!"

"Abang pun. Suruh Arin bawa kereta elok-elok tau. Nak bertolak esok bagitahu abang."

"Okay, love."

Nuh membesarkan matanya. Dia tak salah dengar kan?

"Sayang panggil abang apa tadi?"

Hana memejamkan matanya sebelum mengulang kembali panggilan itu.

"Love..."

Sengaja Hana meleretkan nadanya. Nuh pula dah tersenyum sampai ke belakang telinga. Sudah dua kali Hana memanggilnya sebegitu. Pertama kali dia mendengar panggilan itu, Nuh dalam keadaan tidak fokus. Kali ini, Hana mengulang panggilan itu.

"Thank you, sayang. Saya tak sabar nak jumpa awak."

"Okay. Jumpa esok!"

***

Arin memberhentikan keretanya di hadapan rumah Hana.

"Sis, nanti nak balik Johor dengan siapa? Aku ke Encik Nuh?"

"Aku tak tahu lagi. Nanti aku roger kau semula."

"Oh, okay then. Enjoy your holiday."

Arin terus memandu pulang. Melihat Nuh sudah menunggu kepulangan isterinya, Hana laju melangkah masuk dan meletakkan dirinya di dalam dakapan Nuh.

"Abang!"

"Sayang!"

Mereka berpelukan dengan erat. Nuh meleraikan pelukan mereka dan mengucup setiap inci wajah isterinya. Hana hanya tertawa geli. Oh ya! Mereka berada di rumah sewa milik Nuh iaitu bersebelahan rumah orang tua Hana.

"Apa abang ni? Tak malu ke orang tengok?"

"Tak pun. Abang rindukan isteri abang."

"I miss my husband too."

"Jom masuk dulu."

Nuh membawa beg baju Hana masuk ke dalam rumah. Mereka masuk ke dalam. Pintu bilik mereka dibuka.

"Sorry, love bug."

Hana memandang Nuh yang tiba-tiba meminta maaf kepadanya.

"Sebab?"

"Yalah. Master bedroom rumah sewa ni kecil je. Katil pun kecil untuk share dua orang."

Hana hanya tersenyum. Ingatkan apa tadi.

"Abang, dekat rumah pun katil saiz nilah saya share dengan Hasya. Abang lupa ke? Saya okay je."

"But still, abang takut sayang tak selesa."

"It's fine. Saya okay asalkan ada abang dekat sebelah, saya selesa untuk tidur sampai ke subuh esok."

Hana tersenyum sehingga menampakkan sebaris gigi putihnya. Senyuman itu hilang apabila dia sedar bahawa dia sudah terlanjur kata. Adui!

"Sayang cakap apa? Tidur lena sampai subuh esok kalau abang ada dekat sebelah? Kenapa? Selama dekat asrama, tak selesa ke kalau abang takde?"

Hana sudah cuak apabila Nuh sudah mengunci pergerakkannya di dinding. Suara Nuh juga sudah berubah menjadi lebih garau.

"Erm, abang. Saya nak mandi dulu. Nanti nak pergi rumah ibu makan malam."

Nuh hanya tersenyum apabila melihat muka cuak Hana. Tidak mahu menyeksa isterinya lebih lama, Nuh menurunkan sebelah tangannya daripada mengunci pergerakkan Hana.

"Bilik air kat sana. Mandi cepat. Nak solat maghrib sama-sama."

Hana mengambil tuala di dalam bagasinya dan cepat-cepat masuk ke dalam bilik air. Fuh, selamat!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top