Bab 3

Votelah duluuuu;)

Hana keluar dari bangunan tadika itu dan melihat kanak-kanak yang masih ramai. Jam ditangan dilihat. Tepat lima setengah petang. Tidak hairanlah jika masih ramai yang belum pulang.

Hana duduk di hadapan tadika menemani kanak-kanak yang masih belum pulang. Walaupun hari ini hari pertama dia berkerja, Hana menawarkan diri untuk duduk bersama kanak-kanak. Yang lain sudah pulang dulu. Ketika Hana sedang menunggu untuk ibu bapa mengambil anak-anak mereka, Hana perasan akan Dhia yang duduk di hadapan pintu tadika. Hana dapat lihat kanak-kanak sudah semakin surut sehinggalah hanya Dhia yang masih menunggu. Ketika itu, Hana mendekatinya.

"Dhia selalu ke balik sorang?

Dhia diam dan tidak menjawab pertanyaan Hana.

"Dhia memang tak nak bercakap dengan teacher eh? Muka teacher macam monster ke?"

Sebaik sahaja Hana selesai berbicara, Hana dapat lihat lesung pipit terukir di pipi gebu milik Dhia. Dia senyum.

"Kenapa teacher nak cakap dengan Dhia? Kenapa teacher baik dengan Dhia?"

Hana mengusap kepala si kecil itu yang berbalut dengan tudung sarung berwarna putih itu.

"Dhia kan anak murid teacher. Mestilah teacher nak berbaik dengan Dhia."

Hana rasa Dhia sudah boleh menerima dirinya.

"Terima kasih, teacher."

Hanya itu yang Dhia ucap. Hana dapat rasakan bahawa anak muridnya yang satu ini mempunyai masalah. Namun, masalah apa yang dia fikirkan di saat umurnya masih kecil begini? Umur enam tahun seharusnya dia bebas bermain tanpa masalah. Tetapi, Dhia seperti kanak-kanak yang bermasalah.

"Dhia!"

Ketika itu, ada seorang wanita menegur mereka. Dhia bangun dari tempat duduknya dan membawa begnya menuju ke arah wanita itu. Hana mengambil peluang ini untuk mengenali wanita itu.

"Assalamualaikum, puan ni ibu Dhia ya?"

Wanita itu memandang Hana.

"Waalaikumusalam. Eh, taklah. Saya ni bibik saja. Puan busy. Sebab tu saya yang ambil Dhia. Awak ni cikgu baru Dhia ke?"

"Ya, saya. Saya cikgu baru Dhia."

"Oh, okaylah kalau macam tu. Terima kasihlah sebab tunggu Dhia, teacher..."

Kata-katanya terhenti dan ibu jarinya dihalakan kepada Hana.

"Teacher Hana."

"Okay. Teacher Hana. Terima kasih."

"Sama-sama."

Hana memandang Dhia.

"Bye Dhia. Assalamualaikum."

"Bye, teacher. Waalaikumusalam."

Mereka berlalu masuk ke dalam kereta. Selepas memastikan Dhia masuk ke dalam kereta, Hana mengatur langkah menuju ke kedai Arin. Dapat Hana lihat Arin berdiri di kaunter makanan. Dia duduk di meja berdekatan.

"Hana! Kau nak makan?"

"Boleh juga. Ada apa lagi?"

"Nasi minyak je. Nak?"

Hana berjalan mendekati Arin. Pinggan nasi itu Arin berikan kepada Hana. Lauk ayam masak merah diambil dan diletakkan di dalam pinggan. Selepas siap mengambil makanan, Arin membancuh air untuk Hana.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kedai makan milik Arin. Pemilik kedai makan ini merupakan jiran Arin. Kerana itulah Arin bekerja di sini. Arin mula berkerja di kedai makan ini sebaik sahaja tamat SPM.

Memandangkan kedai makan agak lengang, Arin duduk menemani Hana makan.

"Okay first day? Ada apa-apa masalah ke?"

Hana berhenti daripada meneguk air untuk menjawab persoalan Arin.

"Alhamdulillah semua okay. Cuma tadi ada sorang budak ni menarik perhatian aku."

"Fuyyo! Siapa nama budak tu? Lelaki ke perempuan?"

"She's a girl. Nama dia Dhia. Aku rasa macam dia tu ada masalah tau. Mata dia tu menunjukkan dia perlukan bantuan."

Arin bersandar pada kerusi. Dia memandang Hana.

"Then? Kau tak tanya dia kenapa?"

"Aku taklah tanya terus yang dia ada masalah sebab dia pun susah nak buka mulut. Aku tak nak paksa dia. Aku nak dia yang buka mulut sendiri."

"Gempak an kau ni. Boleh tahu perasaan orang. Kalau aku, selagi orang tu tak cakap apa-apa, sampai ke sudahlah aku tak tahu."

Hana tersenyum kelat mendengar kenyataan Arin. Hana memikirkan nasibnya. Untuk apa dia mampu faham perasaan orang lain sedangkan keluarganya sendiri tidak pernah kisah tentang perasaannya? Hana mengeluh kejap.

Ya allah, aku yakin ini yang terbaik untukku. Kau permudahkanlah urusan aku ini.

***

Hana terus masuk ke dalam bilik selepas bersalaman dengan ibu. Hana pulang ke rumah ketika waktu maghrib hampir tiba kerana menunggu Arin tamat kerjanya. Baru sahaja hendak baring untuk berehat, bala muncul.

Pintu bilik Hana dibuka dengan kasar.

"Sedap eh kau baring dalam bilik. Kau pergi tolong ibu dekat dapur tu. Kau pikir kau anak raja ke?"

Pintu bilik ditutup kuat. Hana mendengus kasar. Apahal si along gila ni? Tak habis-habis nak kacau aku. Aku baru balik kerja kut. Bagilah peluang aku rehat kejap. Ibu pun tak suruh aku tolong sebab tahu aku baru balik kerja. Ish!

Hana mengambil bantal lalu menekup mukanya.

"Arghhh!"

Hana menjerit sekuat hati aku. Ya allah, tak boleh ke satu hari saja hari aku berlalu dengan tenang? Satu hari saja.

Hana tidak ambil peduli dengan apa yang along cakap. Hana hanya duduk di dalam bilik dan membersihkan diri. Badan dah melekit sangat dah ni.

Baru sahaja selesai membersihkan diri dan siap memakai baju, pintu biliknya diketuk.

Ketuk ke? Aku rasa macam nak roboh dah pintu tu.

Hana berjalan ke muka pintu dan membuka pintu itu.

"Ibu panggil kau suruh goreng ayam."

"Asal kau tak tolong buatkan? Aku baru balik kut. Bagilah aku rehat kejap."

Hasya memandang Hana dengan muka minta penampar.

"Ibu suruh kau, bukan suruh aku. Kau pergilah buat."

Hasya berlalu pergi ke ruang tamu. Penumbuk digenggam. Ni kalau bukan adik, dah lama aku bagi sebiji atas muka. Kenapalah biadap sangat perangai adik aku ni? Mujur ada satu je adik, kalau dua, tiga? Memang mampus aku.

Selesai mengeringkan rambut, Hana pergi ke dapur. Sedang Hana menggoreng ayam itu, ibu masuk ke dalam dapur. Sudip yang berada di tangannya itu dirampas.

"Ibu. Kenapa ni?"

Ibu memandang Hana dengan satu jelingan yang menakutkan.

"Semua ni salah kaulah. Kalau kau tak lambat masak, ayah kau takde punya nak marah-marah aku. Dia marah aku puncanya sebab kau masak lambat."

Ternyata, ayahnya sudah pulang dari kerja. Encik Malik melihat bahawa tiada makanan terhidang di atas meja lalu Encik Malik memarahi Puan Halimah kerana tidak menyediakan makan malam lagi.

Puan Halimah menolak Hana menyebabkan dia terdorong ke belakang.

"Kau keluar. Aku tak nak kau tolong aku."

Hana terkaku seketika sebelum mengatur langkah ke dalam bilik. Hana duduk di birai katil. Dia memegang dadanya. Sakit rasanya. Perasaannya seperti dirobek-robek. Kenapa aku juga yang disalahkan? Kenapa?

Air mata Hana mengalir. Dia sedih. Sedih yang amat sangat. Hana tidak faham kenapa semua orang melayannya seperti dia ini berdosa dalam setiap perbuatan yang dia lakukan. Hana tidak menangis lama. Dia cuba untuk membuatkan dirinya lupa akan perkara tadi. Jadi, Hana mengambil earphone dan sambungkan pada telefonnya. Senarai lagu kegemarannya dimainkan. Hana mula mengemas bilik sambil mendengar lagu dengan volume yang paling kuat.

Selepas Hana mengemas bilik, dia duduk di hadapan kipas sambil melihat aplikasi twitter bagi merehatkan badan. Tidak sempat peluhnya mahu kering, bala lain muncul.

Pintu bilik dibuka kasar sekali lagi. Hana menanggalkan sebelah earphonenya. Hana melihat tubuh yang berada di hadapan pintu. Hana dapat rasa dengan wajah yang sebegitu, dia perlu sediakan hati untuk mendengar perkara yang paling buruk.

Satu.

Dua.

Tiga.

"Ibu kau dekat dapur tengah masak dekat dapur, kau boleh main phone dalam bilik. Berapa kali aku nak kena tegur? Kau pergi masuk dapur tolong mak kau sebelum aku bercakap guna tangan."

Encik Malik pergi dari bilik Hana. Apa yang Hana rasa ketika ini adalah dia ingin mati. Sesak diri ini jika sering diperlakukan sebegini. Selalu sahaja dirinya yang dipersalahkan.

Air mata yang belum sempat jatuh diseka dengan segera. Aku takkan benarkan air mataku jatuh di hadapan keluargaku. Aku sudah penat diperlakukan begini. Sekarang adalah masa aku harus keraskan hati aku. Aku perlu jaga perasaan aku.

***

Pada malam itu, Hana masuk ke dalam bilik awal daripada biasa. Dia menyendiri di dalam bilik. Tidak mahu hatiku disakiti lagi. Walaupun Hana sedar tindakannya ini masih akan mengundang mulut puaka di dalam rumah ini, sekurang-kurangnya dia mampu melupakan kesedihan itu walaupun untuk sementara.

Hana pergi ke kerja seperti biasa keesokkannya. Hana masih cuba bersikap normal dan tidak menunjukkan perasaan sebenarnya yang sudah hancur ini.

Sebaik sahaja tiba di tadika, Hana terus naik duduk di mejanya sebentar. Hana cuba mengambil masa untuk bertenang sebelum bertemu dengan kanak-kanak taska. Selepas sudah tenang, Hana turun ke bawah bagi menyambut kanak-kanak tadika.

Ketika sedang melayan kanak-kanak yang bermain di ruang permainan, Hana terdengar satu jeritan yang kuat di pintu hadapan. Hana berjalan ke arah suara itu dan dapat dia lihat seorang budak yang mungkin usianya lima tahun meraung kerana tidak mahu ditinggalkan oleh ibunya. Biasalah budak-budak baru bangun tidur waktu pagi. Ibu kanak-kanak itu meninggalkan anaknya itu selepas kanak-kanak lelaki itu melepaskan genggaman tangannya.

Kak Am mendekati budak itu.

"Hazim, jom masuk. Mama dah pergi work kan."

Kak Am cuba memujuk kanak-kanak lelaki yang bernama Hazim itu. Semakin Kak Am memujuk, semakin kuat tangisannya. Hrm, aku kena buat jugalah cara ni kan?

Hana mendekati Kak Am.

"Biar je dia kat sini kak. Tinggal je dia sorang. Biar dia. Menangis sangat kan?"

Hazim terdiam. Hana dan Kak Am berlalu masuk ke dalam melihat kanak-kanak yang lain. Walaupun Hana tidak berada di hadapan Hazim, matanya tetap tertumpu pada kanak-kanak lelaki itu. Dapat Hana lihat bahawa Hazim mula resah kerana dia tidak dapat perhatian yang dia harapkan.

Jam besar di dalam tadika itu berbunyi menandakan sudah pukul lapan pagi dan semua kanak-kanak perlu masuk ke dalam kelas. Hana melihat kanak-kanak taska. Nampaknya, mereka semua masih mengantuk.

Hana membentangkan dua tilam di tengah-tengah ruang kelas itu.

"Siapa nak sleep, boleh sleep dulu. Nanti teacher kejut untuk makan."

Mereka berenam dengan relanya berbaring di atas tilam dan menutup mata. Badan mereka diselimutkan dengan selimut yang disediakan. Wajah-wajah suci dan polos itu dilihat. Lenanya. Senang betul mereka berlayar ke alam mimpi.

Selepas itu, Hana menutup lampu dan mengatur langkah keluar dari kelas itu. Dapat dia lihat Hazim masih berada di hadapan sendirian. Hana mula mendekatinya.

"Hazim tak nak masuk kelas ke?"

Hana bertanya kepada Hazim yang masih duduk di kerusi hadapan.

"Kenapa teacher tak pujuk Hazim? Teacher biar Hazim sorang je."

Hana tidak sangka usianya yang baru sahaja lima tahun ini sudah petah berkata begitu. Hana hanya tersenyum.

"Sebab teacher tahu Hazim nak perhatian saja. Betul?"

Hana memandang tepat ke dalam mata Hazim. Matanya juga seakan-akan mahu memberitahu bahawa dia sedang bersedih. Pandangan mata Hazim sama seperti Dhia.

Hazim menganggukkan kepalanya.

"Boleh teacher tahu kenapa Hazim nakkan perhatian macam tu?"

"Mummy selalu work. Daddy pun jarang balik rumah."

Dua kenyataan itu sudah cukup membuatkan Hana tahu kenapa Hazim bersikap begini. Sepatutnya, di usianya yang baru sahaja lima tahun ini, perhatian itu adalah milik dia. Namun, kenapa dia perlu mencari cara untuk mendapatkan perhatian itu?

Hana memandang Hazim yang masih menekur lantai.

"Okay teacher faham. Tapi Hazim tak boleh macam ni. Menangis dan menyusahkan Teacher Am. Hazim kan good boy. So, lepas ni kalau datang school Hazim kena jadi budak baik dan tak menangis lagi. Ada apa-apa masalah, Hazim boleh datang cerita pada teacher. Boleh?"

Tanpa diduga, Hazim memeluk Hana. Rambut kanak-kanak itu dibelai.

"Terima kasih, Teacher Hana."

"Sama-sama. Dah. Jom masuk kelas! Kawan-kawan Hazim tunggu tu."

Hana membawa Hazim masuk ke dalam kelasnya. Kak Am agak terkejut kerana Hazim dibawa masuk ke kelas oleh Hana. Mungkin kerana sikap Hazim tadi, Kak Am fikir bahawa Hazim tidak akan masuk ke kelas. Hana keluar selepas memastikan Hazim duduk di tempatnya dan pergi ke kanak-kanak taska yang masih lena dalam mimpi.

Mimpi. Tidak akan pernah mengecewakan kita jika mimpi indah itu datang.

Hana mengeluh lagi. Ya allah!

Kadang itu, Hana terfikir. Andai diberi peluang, akan aku putarkan masa. Masa di mana fantasiku lebih indah berbanding realitiku.

XXX

Jangan lupa vote, share and comment!!!😚
Keep reading💫

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top