Kenapa Kau Pergi?

Lupa nak cakap, FLASH BACK END

==============================================

Simbol "" adalah digunakan untuk seseorang watak sedang bercakap dalam hatinya.

Simbol '' adalah digunakan untuk seseorang watak sedang berbisik. Atau digunakan untuk memaksudkan sesuatu perkara..(Ani pun tak tahu apa yang Ani tulis ni..=_=||)

Simbol * adalah untuk sebuah emoji marah.

==============================================

Beberapa Hari Selepas Majlis Perkahwinan...Di rumah baru Thorn iaitu ayah tirinya..

M.T: Sayang, mak dan papa kamu akan pergi honeymoon tidak lama lagi. Lebih kurang 3 bulan?

Thorn: WHAT?! 3 BULAN!!

Solar: Woi! Diamlah! (baling bantal)

Thorn: Adui! Sakitlah...=_=*

Solar: Tahu takpe...(sambung tengok televisi)

Thorn: K-kenapa begitu lama mak? Habis tu macam mana dengan bekalan? Bil semua?

M.T: Alah...kamu ni...mak pergi 3 bulan je. Pasal duit kamu janganlah risau. Nah.

Thorn mengambil sekeping kad yang tertulis kad Bank Simpanan yang diberikan oleh ibunya tadi. Alisnya sedikit cemberut melihat sekeping kad yang tebal sedikit dari kad mainan biasa yang dipegangnya.

Thorn: Apa ni mak?

M.T: Alahai..kesian kamu ni Thorn..waktu kecil dulu mak dan arwah ayah terlalu sibuk sehingga kamu tak kenal perkara yang budak tadika kenal..^^' Maafkan mak ya, nak?

Solar: Hmph! Orang dari zaman batu!

Thorn tidak menghiraukan kata2 Solar, malah terus menatap kad tersebut dengan wajah polos.

M.T: Kalau kamu nak tahu, inilah kad yang kamu boleh keluarkan duit. Cara2 nya kamu boleh tanya abang tiri kamu tu. ^^

A.S: Hah, Solar. Time papa dan mama takde nanti jangan pula kau apa2 kan adik kau tu! (meletakkan beg bagasi di muka pintu)

Solar: Apelah papa ni! Minah tu bukannya adik kandung Solar pun! Adik 'tiri' semata mata. Tak inginlah Solar buat bende pelik2 dekat orang yang lurus bendul macam tu!

A.S: SOLAR!! BIADAB YA KAMU SEKARANG?! (marah)

M.T: Takpelah, bang... bukan salah dia. Nanti boleh lah dia jaga Thorn.

A.S: Hmm...baiklah. Nah Solar! (membalingkan kunci)

Solar yang sedari tadi sedang asyik menonton televisi berjaya menangkap kunci yang dibaling oleh ayahnya tanpa melihat arah datangnya kunci tersebut. Ibu tiri dan adik tirinya sedikit tergamam melihat kebolehan yang Solar ada.

M.T: Baiklah, mak pergi dulu ya, Thorn? Assalamualaikum.

Thorn: (bersalaman) Waalaikumussalam. Bawa balik buah tangan juga ya? XD

M.T: InsyaAllah..^^

TAP!

Bunyi tutupan pintu kereta dan enjin yang berlalu pergi sahaja yang si gadis remaja tersebut dengar. Dia melihat bayangan pacuan 4 roda milik ayah tirinya berlalu pergi sehingga tiada jejak. Thorn kembali masuk dalam rumah dengan keadaan sedikit gugup.

Ya, Thorn gugup kerana dia masih belum biasa dengan keadaan rumah barunya itu. Paling malang, dia  harus bersama dengan seorang jejaka seumurnya (baru tahu) yang langsung tiada permulaan baik tiba2 menjadi abang tirinya. Tak sempat nak kenal lebih rapat. Sedar2 saja, sudah ada keluarga baru?

Thorn: "Hmmm..apa kata aku-"

Solar: Weh! Aku lapar! Cepat buatkan aku makanan!!

Thorn yang tadi sudah naik setengah anak tangga dalam rumah mewah tersebut terhenti sebaik sahaja mendengar laungan abang tirinya dari bawah. Thorn hanya memansang wajah -tak-guna-kau!- sebaik sahaja langkahnya terhenti.

Tanpa banyak cakap, Thorn turun semula dari niatnya ingin sendirian di dalam bilik. Alang2 dia bosan, mungkin boleh memasak sedikit. Sambil itu boleh kenal(?) rapat2 dengan dapur.

Thorn masuk ke dalam dapur yang sekali lagi membuatkan dia terkejut dengan kemewahan dapur tersebut. Keluasannya seperti luas ruang tamu! Meja besar berbentuk segi empat tersergam indah dengan warna coklat hitam dan dihiasi dengan pasu bunga yang terdapat pelbagai jenis bunga yang mekar.

Kali ni sudah masuk kali ke3 dia terkejut dengan keindahan dapur tersebut.

Solar: EHEM! (dari ruang tamu)

Thorn tersedar dari lamunannya lalu terus berlari anak menuju ke peti ais yang tak terkira lebih tinggi darinya! Dia cuba membuka pintu tersebut namun gagal kerana ada pin yang harus diletakkan baru boleh buka. ^^'

Thorn: 'Aiseh...aku dah lupa nak mintak nombor pin! ><' Macam mana sekarang ni? Nak minta tolong Solar? Mesti dia mempersendakan aku nanti...=_=||' (bisik sorang2)

Solar: Ape yang kau tengah bisikkan tu?!

Thorn: OPOCOT!! (terkejut)

Solar: Mana makanannya?

Thorn: Err...errmmm...a-ano...kore...(tunjukkan nombor pin)

Solar: Huh? Haih...(sigh lalu berjalan ke arah nombor pin tersebut)

Tit!Tit!Tit!Tit! Klang!

Thorn: Woaaaahhh~!! o0o|| (excited)

Solar yang melihat wajah polos Thorn yang entah kenapa boleh excited. Sedangkan hanya pintu peti ais terbuka sahaja. Apa yang hebat sangat? Solar sedikit terkekeh kecil sehingga membuatkan Thorn memandangnya pelik sambil menyengetkan sedikit kepalanya.

Solar: (usap kepala Thorn yang bertudung) Kau ni memang comel...geram pula aku...(smirk)

Thorn hanya memandang wajah Solar dengan pandangan tidak faham? (memang sah kau ni bendul! ><||) Dia hanya merelakan sahaja jejaka yang bergelar 'abang tiri' itu mengusap kepalanya yang masih berhijab dengan lembut. Persoalan sedikit terkeluar dari benak fikirannya tentang 'senyuman' senget yang dipaparkan oleh Solar. "Apsal lain macam saja dia sengih ni? 0-0?"

Solar tersedar bahwa dia hampir melangkah setapak (korang tahu kan apa maksudnya? ^^) ke dalam jiwa yang tertulis AKU INGIN MEMILIKI KAU dalam kepalanya. Dia pantas melepaskan usapannya dan berlalu pergi meninggalkan Thorn yang masih kaku berdiri.

Solar: "Apa yang aku buat ni?! Mana boleh aku jatuh cinta pada adik sendiri! Walaupun itu tidak mustahil kerana kami tiada pertalian darah, tapi aku harus menghormati hubungan papa dengan mama yang baru!! Sedar Solar! Sedar!! Dia tu cuma gadis lembap yang polos!!" (blush)

Tidak Lama Kemudian...

Thorn: Sol, makanan dah siap! (muncul dari belakang)

Solar sedikit terserentak dengan tindakan Thorn yang tiba2 terjah dia dari arah belakang. Peristiwa tadi masih lagi bermain di dalam fikirannya. Melihat wajah polos Thorn yang sedang senyum manis membuatkan Solar meneguk air liurnya menahan muka merah.

Solar: Hmph! Siap pun! Entah buat a-apa dalam tu! Aku ingatkan d-dah mampus!

Thorn: Eh? Apsal pula? 0-0

HENING...

Solar: Sudahlah! (langgar bahu Thorn)

Thorn: Adui~! ><'

Solar: (terhenti) K-kau okay ke?! (cemas)

Thorn: Eh? Err...ya..aku ok? Kenapa dengan kau ni? Pelik je?

Solar: Takde pape lah!! (blush)

Solar pun memusingkan badan membelakangi Thorn lalu berlalu pergi dan diikuti dengan Thorn yang masih lagi memasang wajah tak puas hati pada Solar.

Thorn: "Dah kenapa dengan mamat ni?"

Waktu Makan~

Thorn POV

Solar duduk di bahagian menghadap wajah aku yang boleh difahamkan duduk bertentangan denganku. Aku menatap wajahnya sedikit risau dengan masakan yang aku sendiri tidak berani nak makan.

Solar seolah olah sedang menahan sesuatu perasaan yang aku sendiri tidak dapat baca. Perangai dia selalu berubah ubah! Kadang2 aku tidak faham dengan tingkah lakunya terutama sekali sewaktu mak dan papa menikah. Dia menjadi lebih dingin dari pertama kali berjumpa. Malah, kadang2 termenung seorang diri dan selalu tergaru garu rambutnya yang aku tidak pastu tengah gatal atau tengah rimas sebab panjang?

Ok, yang itu tolak ke tepi terlebih dahulu. Sekarang aku tengah takut dengan masakan aku! Ni first time aku masak untuk orang lain selain mak dan diri sendiri! Lebih teruk untuk lelaki yang...entahlah! Cerewet?

Thorn: M-macam mana dengan masakan aku...tu?

Solar: ...

Tiada jawapan? Apsal dengan dia ni? Sedap sampai tidak terkata ke? Atau tak..sedap?! Janganlah tak sedap! Aku nervous ni!! ><'

PAP!

Thorn: Hey! (tepuk tangan)

Solar: (terkejut) A-APA DIA?!

Thorn: Aku tanya..sedap ke tidak? ^^

Solar: ...ni? Makanan ni? Phui! Tak sedap langsung! Apa makanan kau masak ni?! (marah)

DEG...

Solar: K-kalau dah tahu tak pandai masak...tak p-payahlah nak masak! Makan kat luar terus!

Apa? Ini yang aku dapat? Dia mencaci masakan yang aku masak untuk dia? Dasar cerewet! Tak bersyukur langsung! Sepatutnya aku tak masak untuk kau! Biar mati kelaparan! Tak guna punya Mamat Swag! Aaarrghh!! SUDAH!

KRANG!

Solar: (terkejut)

Thorn: Dasar manusia tamak! Cerewet! Tak bersyukur langsung! Kalau aku tahu macam ni baik aku tak restu perkahwinan mak aku ngan bapak kau!

Solar: Owh? Jadi kau nak salahkan ayah aku lah? Weh, mak kau tu yang tergilakan ayah aku, eh? So, tak payah nak perasan kau tu hebat sangatlah! DASAR MANUSIA MISKIN! (bangun dari tempat duduknya)

DEG!

WHAT?! Dia panggil aku dan mak manusia miskin?! Ini dah melampau mamat ni! Ok fine..kau nak lawan. Aku sahut cabaran kau!

Thorn: Ok fine! Kau ingat kau bagus sangat ye? Fine...kau tinggallah dalam rumah ni sorang diri! Buatlah macam kau tu KING! Aku tak nak kisah!

Aku terus berlalu pergi dengan membawa amarah yang kuat. Langsung tidak menoleh ke belakang. Orang macam dia memang layak ditinggalkan. Kalau aku tahu perangai dia macam itu..kenapa aku masih lagi nak layan kerenah dia? Ya Allah..ujian apakah ini?

Thorn POV END

Normal POV

Thorn berlalu pergi meninggalkan Solar yang sedari tadi berdiri tanpa berkata apa2. Solar hanya diam menatap makanan yang dimasak oleh Thorn.

Solar: Masakan kau...sedap sangat...

Itulah ungkapan yang keluar dari mulut Solar dan dia terus kembali duduk dan sambung sesi makannya. Tidak ingin membazir. Sayang nak buang masakan orang yang dia sayangi secara diam. Kini baru Solar tahu, dia sebenarnya mula jatuh hati pada adik tirinya sendiri. Namun sebab ego, dia meluahkannya dengan nada kekerasan dan kesombongan.

====================

DI BILIK THORN

Tap! Klik!

Bunyi tutupan pintu yang kuat dan tombol yang dikunci mula menyapa dalam bilik tanpa apa2 yang dihiasi lagi. Si gadis bertudung litup putih hijau sedang berdiri sambil menyandarkan diri pada pintu tersebut..

Thorn: Isk..hikss...(menangis)

Suara esakan menangis mula memenuhi ruangan bilik tanpa seri tersebut. Thorn yang tadi berdiri kini sedang duduk sambil memeluk lututnya dan melepaskan tangisan yang ia tahan sejak dia melangkah meninggalkan Solar tadi.

Thorn: Fine..hiks..ak-aku akan lakukan..apa yang aku..hikss..kata..(mengelap air matanya)

Gadis bertudung putih hijau tersebut mula bangkit dan menuju ke arah almarinya dan terus membukanya. Dia mencapai beg bagasi dan beberapa beg pikul. Diisikannya dengan kelengkapan harian termasuk baju, tudung, dan sebagainya. Apa yang sedang dilakukannya?

Thorn: Aku..akan tinggal di..asrama sekolah...

Thorn kelihatan sudah tekad. Dia tak mahu menarik balik kata2 nya tadi. Dia mahu membuatkan lelaki perasan swag tersebut menyesal!

TIDAK LAMA KEMUDIAN..

Thorn: Haih..siap pun. Baiklah, perkara terakhir yang haru aku lakukan ialah...

Thorn mendapatkan telefon pintar yang berhampiran dengannya dan digesekkan skrin telefon tersebut. Menekan contact call dan terus mengetik pada papan skrin telefon tersebut.

A.I.S

Titt!

Dut..dutt dutt..dutt dutt..

???: Helo? Assalamualaikum?

Thorn: Waalaikumussalam. Ais, ni aku Thorn.

Ais: Hah? Kenapa ni?

Thorn: B-boleh tak kau datang ambil aku dan dapatkan borang kemasukan asrama sekolah?

Ais: Eik? Kenapa pula? Bukan ke mak kau dah kahwin? Apa tak best ke rumah baru kau tu?

Thorn: Itu nantilah aku ceritakan. Yang penting, kau datang ambil aku.

Ais: Ah, ok! Aku datang dengan Gempa dan Blaze. Assalamualaikum.

Thorn: Baiklah. Waalaikumussalam.

Tutt~

Thorn: Settle! Heh, siaplah kau King Swag. Aku akan buat kau terseksa cukup2!!

=========================

Yosh! Sini Ani nak cakap yang korang sila nikmati pembacaan korang sambil mendengar lagu ni ya? ^^ Enjoy~

=========================

Thorn membawa turun segala beg yang dipikul, disandang dan diangkat dari tingkat atas ke tingkat bawah. Dia melangkah berhati hati sambil turun dari tangga.

Solar yang ada di ruang tamu sambil menonton televisi terlihat susuk tubuh dikenalinya yang tadi hanya berpakaian casual, kini sudah lengkap dengan tudung dan baju kurung hijau muda pada baju dan hijau tua pada kain.

Solar sedikit kaget melihat segala jenis beg sedang dipikul oleh Thorn. Dia mula tertanya tanya apa yang sedang dilakukan oleh gadis itu?

Solar: Kau tengah buat apa tu?

Thorn tidak menjawab, kini gadis itu sudah berada di muka pintu dan ingin melangkah keluar namun langkah nya terhenti saat Solar cepat2 menarik tangan gadis tersebut.

Solar: Aku tanya kau ni..kau nak pergi mana?

Thorn: (tepis) Yang kau nak sibuk apsal?!

Solar: Sebab aku abang kau!

Tipu, itu yang Solar mampu ungkapkan untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya. Dia masih belum bersedia.

PIN! PIN!

Dua susuk tubuh itu mula berpaling ke arah bunyi tersebut dan terlihat 1 buah kereta pacuan 4 roda sedang berhenti di hadapan halaman rumah kereka. Tanpa berkata apa2 Thorn terus melangkah ingin keluar dari rumah tersebut. Namun sekali lagi, tindakannya terhenti.

====================

Baiklah! Di sini korang boleh stopkan musiknya! ^^

====================

Ais: Thorn! Kau ok? Eh? Bukan ke...? Solar? Mamat Swag? Apa yang? Jadi, inilah abang-

Gempa: -tiri kau tu?

Thron: Hmph! Nanti aku ceritakan. Jom pergi!

====================

Open the music please~ ><

====================

Solar: Kau nak pergi mana?

Blaze: Thorn tak cerita ke? Dia nak masuk asrama.

DEG..

Hati Solar seakan terasa sakit yang tiba2 sebaik sahaja mendengar ucapan dari mulut Blaze yang baru sahaja keluar dari tempat pemandu.

Gempa: Meh aku tolong. (angkat beg)

Solar: Tunggu! Siapa bagi kau keizinan hah?!

Thorn: Suka hati akulah! Kau tak layak nak mengarahkan aku! Kau tu..cuma 'tiri' aku saja!

Kata2 Thorn itu berjaya membuat Solar diam 1000 bahasa. Kata2 yang kini terngiang ngiang di telinga Solar.

Tanpa mempedulikan Solar, Thorn kini sudah di tombol kereta milik kereta Blaze.

Solar: T-Thorn! (cuba mengejar)

Aktiviti Solar tehenti sebaik sahaja dihalangi oleh Blaze.

Blaze: Please..don't make me to use violence.

Solar terkedu. Dia kini terpaku dan hanya memandang pacuan 4 roda milik Blaze hilang dari pandangan. Kini dia sendirian. Entah kapan Thorn akan kembali dan memaafkan dirinya.

Solar: Kenapa kau pergi Thorn? Aku masih perlukan kau..

To Be Continue~

=================================

Ada saki baki musiknya tak? ^^ Maaflah kalau tidak feeling ya? Ani kejar masa ni. Busy sesangat. Sampai nak menaip kena tunggu pukul 1 pagi baru ada free time. Dah lah esok sekolah. ^^' Baiklah, jangan kecewakan Ani. ^^ Vote dan Comment ya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top