Bertemunya Mereka

I'm Back!! XD Yeah..Ani tahu yang Ani ada banyak lagi story yang nak dibereskan tapi sebenarnya story My Future ni dah lama Ani fikir cuma terlupa nak diupdate..T^T Thanks Putri sudah tanya! ><  Saya memang betul2 terlupa!! T^T Baiklah! Ani nak cakap yang watak dalam ni sikit saja..yang paling banyak keluar ialah main character iaitu Thorn dan Solar.

Chapter dalam buku ni sikit saja. Lebih kurang 3 ke 5 chapter? Paling banyak Ani akan buat samapai 10 chapter tapi belum tentu sebab jadual harian Ani makin sibuk sejak kebelakangan ni..T^T So sorry my readers. Ani hanya sempat jawab notification dan chat PM dari korang saja. Itupun mungkin sepatah dua kata?

Baiklah! Tanpa basa basi lagi, mari kita mulakan!!! ><

p/s: NO YAOI!! Kalau terasa diri tu fujoshi anggap sajalah Thorn tu lelaki senang cerita ok? Babak yang muncul waktu Thorn betulkan tudung ke pakai kain solat tu anggap saja sedang betulkan seluar atau apa2! Ok? Now let's continue..

===========================================

M.T. bermaksud Mak Thorn.

A.S. bermaksud Ayah Solar.

T.A. bermaksud Tok Aba.

===========================================

Thorn POV

Sejak ayah meninggal beberapa bulan lepas, aku dikejutkan dengan berita yang aku tak pasti nak gembira atau tidak tapi...Mak nak kahwin?

FLASH BACK..

???: Thorn, mari sini kejap.

Thorn: Huh? Ya mak?

M.T: Duduk kejap. Mak ada benda nak bagitau..

Aku sedikit ragu2 nak dengar apa yang bakal dikeluarkan dari mulut ibuku. Entah kenapa rasa macam tak sedap hati. Tapi apa kisah? Depan aku sekarang ialah ibu aku. Bukan jin ke apa..selepas membetulkan sedikit hijab ku yang senget, aku memandang tepat wajah ibuku yang kini beriaksi serius.

M.T: Mak...akan kahwin semula.

DEG!

Rasa macam degupan jantungku seolah terhenti seketika! Apa yang aku dengar tadi? Kahwin? Apa yang-? Mak mesti tengah bergurau kan?

Thorn: Apa mak? K-kahwin? Aahahahahha!! Menjadi lah lawak mak ni!! Janganlah nak bergurau sampai macam tu sekali! ^^'

M.T.: Tak sayang! Thorn...mak tak bergurau,nak. Mak serius! Sudah sampai masanya mak ingin bersama orang yang tersayang. Mak sunyi..

Ayat terakhir mak membuatkan aku sedikit serba salah. Betul juga kata mak. Sejak ayah pergi, aku selalu sibuk dalam hal sekolah terutama aktiviti kokurikulum yang selalu digiatkan di luar kawasan sekolah. Aku selaku ketua pasukan hendaklah ikut serta bagi mengurus segala aktiviti di sana. Nak mengharapkan kawan2 aku agak susah nak percaya..

Thorn: Mak...dah fikir masak2 ke ni?

Soal ku ingin mendapatkan kepastian.

M.T.: Ya, Thorn. Mak sudah pasti. Lelaki inilah yang selama ini berjaya membuka pintu hati mak untuk terima semula lelaki lain semenjak ayah kamu meninggal. Dia selalu ada saat mak memerlukannya.

Wajah aku sedikit bingung. Maksud mak setiap kali mak susah nak buat kerja, dia akan tolong? Macam tu? (Dah mula dah...perangai bendul minah ni...=_=||)

Melihat wajah mak yang semenjak ayah meninggal selalu muram dan tidak bermaya kini berseri seolah terpancar cahaya baru, aku tidak sanggup mahu melukakan hati mak. Lagipun mak masih muda. Mana tahu aku akan dapat adik? InsyaAllah..adalah rezeki! ^^

Thorn: Ng...baiklah mak. Thorn setuju. ^^ Tapi mak jangan sedih lagi ye? Thorn tak sanggup tengok wajah mak sedih2 macam dulu.

Ucapku tulus dengan lembut. Wajah mak yang tadi risau kini seolah sinar Annur hadir memancar di wajahnya. Dia seolah gembira tidak terkata. Mungkin gembira sebab bakal dapat teman pengganti baru? ^^ (BUKANLAH! Mak kau gembira sebab kau setuju! Itu tu tak terfikir ke?! ><||)

M.T.: (memeluk Thorn erat) Terima kasih Thorn. Kamulah satu2nya anak mak yang solehah. Mak bangga dapat melahirkan kamu ke dunia ni...(menangis)

Thorn: Sama2 mak..terimakasih juga sebab sudah berusaha melahirkan Thorn danmendidik Thorn hingga berjaya. InsyaAllah Thorn akan menjadi anak yang solehah dan akan selalu mendengar kata2 mak! ^^

Mak meleraikan pelukannya. Dia menatap wajahku dengan mata yang masih berkaca kaca. Aku menghapuskan air mata di pipi mak dengan lembut. Wajah mak lebih cantik waktu sekarang. Seperti wanita syurga yang betudung litup bewarna merah yang dihiasi wajah putih yang gebu. Dan sudah tentu kecantikkan mak diturunkan kepada aku. Wajah mak dan aku tidak tumpah darahnya. Sungguh mirip! Cuma aku sedikit chubby sebab selalu makan makanan fast food. ^^'

M.T.: Terima kasih lagi, sayang. Mak tak tahu nak kata apa dah..Haih..baik kamu masuk tidur. Esok kena bersiap awal!

Thorn: Eh? Kenapa pula?

M.T: Kita akan pulang ke kampung jumpa atok kamu.

Thorn: Kenapa? Bukan ke raya dah lepas ke?

M.T: Bukan sebab raya lah, sayang. Bakal 'ayah' kamu akan masuk meminang di sana besok! ^^

Thorn: HAH?! BESOK?!

Alangkah terkejut tahap gabang aku dibuatnya!! Cepatnya! Jadi kiranya mak cuma tunggu restu aku jelah?! Atok confirm dah setuju ni! Kiranya semua kelengkapan perkahwinan dah siap?! Amboi, mentang2lah aku selalu busy macam perdana menteri sempat lagi ek?

Haish...nak buat macam mana lagi? Aku dah setuju. Tinggalnya kena tunggu majlis itu sajalah. Baik aku masuk tidur. Esok nak bangun awal. Selepas bersalaman dengan mak aku terus masuk bilik dan tidur.

Thorn POV END

Normal POV

================================================

ESOKNYA...

Wajah mentari yang tembus dari selit2 langsir hijau milik bilik Thorn mula menyerikan lagi suasana bilik tersebut. Suasana bilik yang sungguh damai dengan warna ceria hijau daun di sekeliling dinding. Selain itu, di bahagian bawah dinding termasuk lantai dicat dan dihiasai dengan karpet hijau rumput seolah sedang berada di padang rumput yang luas.

Di atas katil hijau yang dihiasi dengan beberapa bantal gebu dan anak patung comel melingkung seluruh kepala Thorn yang kini empunya badan sedang nyenyak tidur dibuai mimpi.

Sedang seronok dibuai mimpi, empunya bilik langsung tidak perasan bahawa pintunya kini terbuka dan terlihat susuk tubuh seorang jejaka yang sangat asing dari rumah tersebut. Pakaiannya yang hanya dikenakan dengan baju t shirt biasa yang mempunyai jalur oren dikenakan pula dengan seluar slek yang berwarna oren.

Jejaka tersebut mendekatkan dirinya pada katil Thorn dimana gadis yang sedang nyenyak tidur itu masih tidak perasan kejadiran jejaka itu. 

Thorn tidak perasan bahwa waktu itu dia masih tidak bertudung dan rambut ikalnya terbebas lurus di atas bantal empuk yang sedang direhatkan oleh kepalanya. 

Pemuda itu mendekatkan wajahnya yang berkacamata oren bersinar ke wajah gadis polos tersebut. Tangan kanannya mengalihkan lembut rambut Thorn yang sedari tadi ada di wajahnya. Lelaki tersebut mengusap lembut wajah chubby Thorn yang putih gebu.

Thorn sedikit mengeran kerana dia merasakan ada satu sentuhan hinggap di wajahnya.

???: Oi, bangun.

Mata Thorn kini terbuka sedikit namun ditakup semula kerana sinaran yang masuk melalui tingkapnya. Penglihatannya sedikit samar2 membuatkan Thorn heran melihat wajah seseorang yang begitu dekat jaraknya. Penglihatan samar2 tersebut kembali pulih selepas Thorn menggosokkan matanya sedikit.

Thorn: HUH?!!!! WOI! AP-APA KAU BUAT DALAM BILIK AKU HAH?!!!

Walaupun penglihatannya masih sedikit samar namun Thorn pasti yang sedang duduk mencangkung di depannya ini bukan ibunya. Malah lebih mengejutkan seorang lelaki yang kelihatan seumuran dengannya! Paling teruk kepalanya tidak ditutup dan memperlihatkan aurat rambutnya kepada seorang yang entah tak tahu mana datangnya dan bukan muhrimnya!

???: Eleh! Nak jerit buat ape? Orang ketuk pintu tak dengar! Dasar pekak! Bangun cepat! Kita dah lewat! (bangun)

Thorn: K-Kau!! Si-siapa kau, HAH?! Macam..macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku ni?! (menutup kepalanya dengan bantal)

???: Pakai pintulah. Takkan masuk tingkap kot? Kalau aku tau tingkap kau terbuka dah lama aku masuk dari arah situ. Oh ya, tak payah lah nak tutup rambut kau pakai bantal tu. Nanti aku keliru mana satu muka kau sebab sama2 tembam!! Wahaahaha!! XD (katawa)

Thorn: Ish!! Keluarlah! Dah lah masuk tak bagi salam! (melemparkan bantal)

Nasib jejaka itu baik kerana sebaik sahaja bantal yang dilempar oleh Thorn ingin mengena, bantal tersebut terkena pula pada pintu yang ditutup rapat oleh lelaki tersebut. Thorn mendengus kesal kerana tabiat tidur matinya masih belum pulih! Namun apakan daya? Nasi sudah menjadi bubur, auratnya yang ingin ditunjukkan kepada keluarga malah bakal suaminya telah dilihat oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

==================================================

TIBA DI KAMPUNG...

Thorn POV

Sebaik sahaja tiba di kampung, aku terus berlari mendapatkan atokku yang sudah siap menunggu dengan baju kemasnya untuk majlis pertunangan mak nanti. Aku juga sempat melihat lihat kawasan rumah atok yang kini turut dihadiri dengan saudara mara mak.

Aku bersalaman dengan atok dengan wajah yang tidak leka tersenyum melihat keadaan atok masih sihat walaupun sudah separuh abad.

Thorn: Assalamualaikum Tok Aba.. ^^ (bersalaman dengan Tok Aba)

T.A.: Waalaikumussalam. Mana mak kamu?

Thorn: Oh? Ada dalam kereta. Kejap lagi keluarlah tu..^^

Tap!

M.T: Assalamualaikum abah! (keluar dari kereta)

T.A: Waalaikumussalam. Mana pihak lelaki punya? Lambat sampai lagi ke?

M.T.: Ha'a. Mungkin sedang mempersiapkan hantaran lagi kot..^^(bersalaman dengan Tok Aba)

T.A: Hmm...betul juga tu. Lagipun kampung ni jauh dari bandar kamu. Memang patutlah..

Aku tidak menghiraukan perbualan antara atok dan mak dan terus bersalaman dengan makcik dan pakcik di rumah Tok Aba. Suatu ketika salah seorang adik mak bertanya. Iaitu Mak Su

Mak Su: Eeeehh...dah besar dah kamu ni. Nih Thorn, Mak Su nak tanya. Siapa lelaki tu?

Aku mengalihkan pandanganku ke arah jari telunjuk Mak Su yang kini sedang dituju ke arah kereta yang aku naik tadi. Terlihatlah susuk tubuh yang aku sangat kenal dan paling aku benci sekali! Keluar dengan gaya ala2 artis Korea sambil memakai semula kacamata nya yang bewarnya oren sambil membetulkan bajunya. Makcik2 di sekeliling mula berbisik antara satu sama lain. Lelaki itu juga tak kurang menampilkan senyum 0 sen tu kepada makcik2 tersebut. Ceh! Perasan swag! Menyampah aku! Sesuailah tu..Solar The Swag And Crocodile!

Aku baru tahu namanya sejak terdengar perbualan antara mak dan lelaki tersebut. Mak seolah oleh kenal rapat dengan lelaki tersebut kerana perbualan mereka sangat rancak. Aku hanya mengalihkan pandanganku keluar tingkap kereta di sepanjang perjalanan. Sekilas aku memandang lelaki itu yang sedang duduk di tempat pemandu sambil ketawa terkekeh. Ada juga aku perasan dia sekejap2 curi tengok aku. Well...do I care? Aku hanya menganggap dia sedang melihat cermin tersebut hanya untuk tengok kereta di belakang. (Memang sah kau begitu bendul Thorn..=-=')

Aku tidak menghiraukan persoalan Mak Su tadi dan terus masuk ke dalam rumah untuk menolong apa yang patut.

Sesampainya pihak lelaki di rumah, majlis meminang kini berlangsung. Mak kini sudah digelar tunang orang. Dan yang membuatkan aku terkejut ialah tunangnya merupakan bos syarikat yang terkenal! Tampan pula tu! Paling mengejutkan..! Si Swag itu ANAK DIA!!!!!!!

Thorn POV END

To Be Continue~

=================================================

Hey! Macam mana dengan story ni? Ok tak? Maaflah tapi Ani kena buat mereka bersatu terus sebab takut masa tidak mengizinkan dan tak sempat nak sambung. Dalam story ni ayat2 romance adalah juga tapi sikit2 saja. Sebab Ani tak pandai dalam bab2 bercinta ni..^^'

Harap korang suka ya? Silakan vote! ><7

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top