Prolog

Pada 1000 tahun sebelumnya,

Angel Kingdom sebuah kerajaan yang terkenal sebagai puak tersuci manakala Demon Kingdom terkenal kerana pedang buatan sana sangat berkualiti dan berukiran halus.
Mereka saling bantu membantu sehinggalah wakil dari Vampire Kingdom dan Werewolf  Kingdom datang menghadap Angel King dan memberitahunya sesuatu.

Angel King mula berasa berang dan terus mengarahkan Laksamana Madya menyediakan kelengkapan perang.

Dalam diam wakil-wakil itu tersenyum sinis. Mereka balik dengan senang.

Demon Kingdom pula menjadi kecoh apabila mendengar berita bahawa Angel Kingdom mahu menyerang mereka. Demon King menghantar seorang wakil untuk pergi ke kerajaan itu.

Tetapi semasa dalam perjalanan, wakil tersebut telah mati diterkam sesuatu. Demon King sudah mengagak bahawa ini semua rancangan Vampire Kingdom dan Werewolf Kingdom.

Bala tentera Angel Kingdom bergerak menuju ke arah Istana Demon. Jika ada saja yang menghalang, teus dipancungnya. Tidak sangka pula puak yang suci itu boleh menjadi kejam seperti itu.

Demon King dan Demon Queen keluar dari istana dan berhadapan dengan Angel King dan bala tenteranya. Tanpa sempat memberi penjelasan, kepala Demon Queen sudah terpisah daripada badan.

Maka terjadinya sempadan antara dua kerajaan ini.







Mengarut duh prolog ni 😂Takpe la sekali sekala bagi angel jadi jahat. Asyik demon je AHAHHAAHAH

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top