Special Episod (Part 3)
Cerah
"Haih..bosannyaaaa." Aku melepaskan keluhan berat lalu badanku jatuh lemah ke atas katil bujang milik aku.
Aku memandang ke luar tingkap sambil badan aku tertiarap di atas katil. Cerah sungguh cuaca hari ni erk? Kalau masa depan aku cerah macam ni kan bagus.
"Wonwoo dah nak kahwin.." ucap aku perlahan sambil di fikiran aku terbayang-bayang wajah Wonwoo ketika kecil.
Aku ingat lagi, masa kami kecil...aku ni jenis tak mudah terima kekalahan. Apa je yang Wonwoo dapat, aku mesti WAJIB dapat.
Tapi itu yang menyebabkan aku bencikan diri aku yang dahulu. Aku suka dengki si Wonwoo tu sampaikan bapak dia pun aku nak hasut. Fakta yang menerangkan aku dan dia merupakan sepupu langsung tidak menyenangkan hati aku. Lagi benci adalah.
Tapi persoalannya...apa yang membuatkan aku benci sangat pada dia? Kenapa aku iri hati sangat dengan sepupu kandung sendiri?
Ah...hampir aku terlupa. Dia ada kelebihan dalam permainan berlawan.
Karate? Taekwondo? Satu-satunya kelebihan dia ada yang aku tak ada.
Bukan itu sahaja, bakal pengantin dia...apa nama dia? Mona, Bama? Oh Mina.
Muka dia..muka dia hampir sama dengan bekas teman wanita aku. Okay tak adalah sama sangat tapi ketinggian mereka dan rambut lurus berwarna hitam mereka lebih kurang sama. Tengokkan wajah dia membuatkan aku teringat kembali peristiwa teman wanita aku meminta kata putus aku untuk kami berpisah.
Apa kelemahan aku? Nak kata aku playboy, aku jarang-jarang lepak dengan yeoja-yeoja lain. Muka aku kalau nak diikutkan boleh tahan kacak lah juga. Tapi still, urgh.
Rupa-rupanya dia dah tak sukakan aku. Aku terdengar gosip mosip Jemah Jemuh kata dia dah sukakan Wonwoo. Perempuan spesies macam ni pun ada ke? Kapel ngan orang lain tapi sukakan orang lain. Watde Poop? Perempuan memang sukar nak dipercayai. Asyik-asyik namja juga dipersalahkan.
Okay kenapa aku emotion tiba-tiba ni. Wakey wakey Taehyung! Sekarang kau dan Wonwoo dah berbaik. Kau sepatutnya gembira dengan khabar perkahwinan ni! Bukan makin cemburu!
TOK TOK TOK
TOK TOK TOK
PANG PANG PAN-
"WOI!!" Aku cepat-cepat membuka tingkap bilik aku.
" Wat the hell KAI? Kenapa kau nak ketuk tingkap aku juga?! Pikir rumah aku ni letak kat atas hutan ke?" Aku menyoal Kai dengan nada yang bengang. Eii orang minyak sorang ni...perlu ke kau panjat rumah aku sampai ke bilik aku?
"Rilek brader. Seribu kali ketuk pintu rumah kau seribu kali juga kau bajet pekak. Ha, aku nak minta tolong kau ni . Tentang perkahwinan Wonwoo-"
"Wonwoo? Asal nak minta tolong aku? Pikir aku ni apa? Slave kau?" Cepat-cepat aku menyampuk percakapannya dengan mengutarakan soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut aku.
Macam mana aku boleh kenal si Kai ni? Let just say kitorang pernah satu sekolah tadika. Dan tengok-tengok dia sama sekolah menengah dengan Wonwoo. Banyak pula kebetulan berlaku dalam hidup aku ni.
Dan 'kebetulan' itu juga turut melibatkan Wonwoo.
Damn it.
"Eh Taehi betul. Jangan menyampuk boleh tak? Aku cepuk dengan kuali mak aku kang. Kau ni sepupu sendiri pun tak nak bantu ke? Jangan gedik sangatlah. Kau bukannya pondan kan?"
Ish dia ni dah terikut-ikut gaya percakapan awek dia si Krystal tu. Tapi betul juga. Aku yang ada pertalian darah dengan Wonwoo ni lah yang sepatutnya menghulurkan bantuan kepada dia. Ergh...
"Fine. Apa yang aku perlu buat?"
Wajah Kai berubah ceria.
"Ha, kau perlu...."
●●●●●
"Berapa lama lagi ni, Mina?" Wonwoo bersandar di dinding kedai pakaian di situ. Nampaknya Mina dah terjebak dalam krisis terbesar!
Nak pakaian yang berbulu dan boleh kekalkan kepanasan badan atau pakaian yang cantik dipadankan dengan kain yang penuh dengan corak bunga-bungaan yang menarik perhatian?
Bagi Wonwoo, kedua-duanya sama sahaja. Buat apa bersusah-payah memerah otak nak pilih pakaian yang mana satu? Hailah perempuan...
"Palli Wonwoo. Dua-dua pakaian ni cantik tapi...urh...susahnya nak buat pilihan!" Mina masih keliru. Kiri kanan dia toleh untuk melihat dua jenis pakaian yang mahu dibelinya.
"Mina, 20 minit dah berlalu wahai intan payung. Bukan ke membazir masa itu satu dosa yang sangat besar?" Wonwoo mengetuk jam tangannya. Pukul 4.30 petang tapi dia dan Mina masih tak berganjak dari lorong butik-butik pakaian di situ sejak pukul 3.00 tadi.
Mina mengeluh perlahan. "Lupakan jelah. Masa lebih penting kan? Dah jom pergi." Mina akhirnya mengalah. Belum sempat dia hendak melangkah keluar dari butik pakaian itu, Wonwoo laju sekali menahan tangannya.
"Sayang je kalau dah penat-penat bazir masa lepas tu tak jadi pilih pakaian. Okay Wonu sarankan Mina beli jaket berbulu tu. Lebih cantik dan harganya jauh lebih murah." Wonwoo menawarkan pakaian yang sesuai untuk Mina.
Mina berfikir seketika.
Hmm.
"Okay, cik. Bagi saya jaket berbulu tu satu ya?"
Jurujual di situ mengangguk faham lalu cepat-cepat mengambil jaket berbulu itu dan diletakkannya jaket itu ke kaunter wang.
Wonwoo tersenyum puas. "Good girl."
Mina menjeling Wonwoo sambil tangannya sibuk membayar wang kepada juruwang di dalam butik itu.
"Amacam dengan Krystal? Dia dah cukupkan ke barang-barang keperluan perkahwinan kita nanti?" Soal Wonwoo ketika mereka berdua sedang berjalan-jalan di lorong butik-butik di situ.
Mina sekadar menjongket bahu.
"Tapi saya percaya Krystal boleh jalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Pada mulanya dia yang merayu bagai nak rak. Sekarang, inilah peluang dia." Ujar Mina sambil menjilat Aiskrim berperisa Vanilla yang berada di tangannya. Selesai sahaja membeli pakaian tadi, mereka terus singgah ke kedai Baskin Robbin untuk membeli aiskrim buat alas perut. Aiskrim pun jadilah~
"Ermm. Mina, your SOON-TO-BE husband ni nak cakap sikit lah."
Mina menoleh. " Nak cakap apa?"
Tiba-tiba kepala Mina ditepuk-tepuk. Mina memasang muka kosong.
"Awak ni pendek rupa-rupanya. Paras dada Wonu haa." Wonwoo berdiri tegak di sebelah Mina bagi mengukur jarak antara ketinggian mereka. Perbezaan ketara gila yang amat.
Muka Mina naik merah. " YAH! JANGAN PERLI SAYA LAH! TAULAH SAYA PENDEK!"
"154 cm right?" Soal Wonwoo lalu terus melarikan diri.
"JEON WONWOOOOO!!!!"
●●●●●
"...."
"...."
"Apa lagi!? Cepatlah minta maaf!" Aku menuding jari aku ke arah yeoja yang berada di hadapan aku. Dia sedang menyilangkan tangannya.
"Hei, apa pula saya kena minta maaf?! Awak yang langgar saya . Awak lah yang sepatutnya minta maaf!" Yeoja itu tak mahu mengalah.
Sedang aku sibuk tolong berikan sarung kerusi dan meja di butik perkahwinan ni tiba-tiba YEOJA berambut pendek ni langgar aku. HEY, KALAU KAU COMEL TAK APALAH JUGA!
"Oh, aku pula? Hei, pendek. Aku ada wang yang banyak. Kau? Ada apa je? Setakat muka yang perasan comel rasanya baik tak payah beli barang-barang mahal kat sini! Sudahlah tak mengaku langgar orang. Eii aku kasi buku lima aku kang!" Aku menunjukkan buku lima aku.
TANG!
OFFFF-
Bawah kekuda aku terasa sakit.
Yeoja tu..tendang kuat kat...
..BAHAGIAN SENSITIF AKU!
"ADUH! ADUH DUH! YAH, JANGAN LARI!!"
Tak guna punya Yeoja!!!! Omma pedih, pedih!!
I Promise I will update ASAP this ff and end it quickly.
Im Sorry for your wait 🙇
So let just say Taehyung tu agak 'berlagak'
Dan 'buta wajah' orangnya 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top