Special Episod (Part 2)

Merajuk


"Okay, kekemasan dan tema semuanya dah hampir selesai. Sekarang..."

"TIDAAAAAAKKKK! " Buku nota kecil yang berada pada gengaman tangan Krystal terlepas apabila dia terdengar jeritan suara yang dia kenali.

"Kai?" Krystal menoleh ke kiri. Tiada siapa-siapa yang berada di situ kecuali orang-orang biasa yang lalu-lalang di situ.

Sekejap..

Dia terlihat bayang seseorang yang sedang berlari-lari di dalam kedai Aksesori . Bayang tersebut sibuk terpekik terlolong meminta tolong. Dengan rasa yang benar-benar ingin tahu, Krystal terus menerjah masuk ke dalam kedai Aksesori itu.

"Alah Kaiiiiii...! Janganlah lariewwww!!" Jungkook menjerit memanggil Kai dengan nada manja.

"Yelah! Tolong lah kitorang! Pliewwwss! Pliewwwss! Kai kau hensem arr hari ni!" Suara Mingyu pula bergema di segenap ruang kedai aksesori itu.

"KORANG MINTA TOLONG DENGAN CARA YANG SALAH!!!" Kai membalas sambil terlari-lari di dalam kedai itu. Maklumlah kena kejar dengan dua namja yang macam orang gila (Jungkook dan Mingyu ler tu)

Krystal sudah ternganga melihat Namchinnya yang dibuli sebegitu rupa. Mana tidaknya, ada pula Jungkook dan si Galah tu pergi hias Kai dengan ribbon yang pelbagai corak. Itu tak mengapa lagi, tapi KENAPA Kai...

.... pakai BRAzil?!

Pengurus kedai aksesori itupun sudah tergeleng-geleng. Pasrah sangat lah tu.

"SEMUA BERHENTI!!"

Langkah ketiga-tiga namja yang berkejaran itu terhenti. Mereka serentak melihat ke arah pintu masuk kedai tersebut. Krystal sudah tercongok berdiri di hadapan pintu masuk kedai tersebut sambil berpeluk tubuh.

"Krys Baby..." suara perlahan Kai memanggil nama teman wanitanya.

"BABI?" Sampuk Mingyu dengan pandangan kosongnya. Tiba-tiba je seru babi...gila dah agaknya orang minyak ni.

"Baby lah!! Apasal korang sarungkan Namchin aku dengan ribbon-ribbon dan juga.....bra....ni?! Bagitau aku cepat!" Krystal sudah mula meninggikan suaranya. Tumitnya sudah terhentak-hentak memijak lantai. Menunggu jawapan daripada dua orang namja yang sudah memandang antara satu sama lain.

"Ehem." Jungkook berdehem. "Untuk pengetahuan Cik Puan Krystal, kami cuma menggunakan teman lelaki CIK PUAN ni sebagai contoh sahaja. Cik Puan juga yang kata kalau boleh cari Ribbon yang menonjol tidak kira sama ada dalam cuaca gelap ataupun cerah." Ujarnya penuh dengan tatabahasa yang lengkap. Kalau tersilap cakap, kang ada yang kena cepuk dengan tumit setinggi 3 cm tu nanti kang!

"Jadi?" Soal Krystal, masih tidak faham point yang Jungkook cuba sampaikan.

"Jadi, sebab teman lelaki Cik Puan ni berkulit....urm....agak gelap, kami try kan dengan ribbon-ribbon yang pelbagai corak supaya warnanya sepadan." Ujar Jungkook, kini jujur.

Krystal mengetap bibirnya. "Grr memang tak boleh jalan lah kalau korang dua orang namja bergabung! Sama-sama pabo! Aish jinjja, macam mana girlfriend korang boleh tahan hidup dengan korang ha?!"

"Itulah yang dinamakan cinta..." Mingyu memandang ke langit. Jiwang lah konon.

"ERGGHHHHH."

●●●●●

"Jadi sebab tulah Kook nak ikut beli kek dengan saya ya?" Soal Yuju sambil berjalan-jalan di lorong-lorong kedai yang terdapat di bandar Seoul itu.

"Mak Cik Krystal tu baran sangat. Pot pet pot pet jelah kerjanya. Tu yang dia agihkan perempuan dan lelaki beli bahan sama-sama." Jungkook memuncungkan mulutnya.

"Erm...salah Kook juga. Siapa suruh kata boyfriend
dia tu berkulit gelap?" Soal Yuju semula, cuba menyusulkan sebab-sebab Krystal berbuat demikian.

"Dah tu kalau cakap kulit boyfriend dia tu putih dia kata kita perli pulak. Bila kita bagitau fakta dia marah. Dah tu takkan nak cakap boyfriend dia tu berkulit panda? Mak aih lain macam." Balas Jungkook sambil menyilangkan tangannya.

Yuju hanya tergelak kecil. "Saya tahu kenapa Krystal tak mahu awak dan Mingyu beli bahan sama-sama."

"Kenapa?" Jungkook berasa ingin tahu.

Perlahan-lahan Yuju membuka jarinya lalu mencuit laju hidung Jungkook yang mancung itu. "Awak ni childish sangat!" Lalu tertawa.

"Mana ada childish." Jungkook menggosok-gosok hidungnya yang baru sahaja dicuit sebentar tadi. Hrm, boleh tahan keras jari si Yuju ni. Nasib hidung tak retak. Kalau tak alamatnya jadi Adudu lah si Jungkook sebab tak ada hidung nanti.

Tapi, kalau dah sayang sangat dengan kekasih hati, nak patahkan tangan pun boleh! Kuasa cinta memang kuat sampai sanggup patah-patah sana-sini.

Asalkan jangan patah hati sudahlah.

"Yuju." Jungkook memanggil nama teman wanitanya.

"Ya saya?" Yuju menoleh semula ke arah Jungkook.

"Kook sukakan Yuju."

Yuju tersenyum. "Saya tau."

●●●●●

"EHHHHH? Alas meja? Hmphhhh. Bosannyaaa!"

"Mingyu, kan saya dah cakap, kalau rasa bosan tak perlu lah susahkan diri nak ikut beli alas meja ni." Yein menoleh ke belakang. Melihat Mingyu yang masih berdiri tegak di belakangnya.

"Eh, mana boleh. Kalau ada orang jahat datang nak culik awak macam mana? Mestilah saya kena ikut! Bahaya tau tak?" Mingyu kembali bersemangat. Ingat tujuan kau Mingyu..ingat!

Yein mengeluh kecil. "Okay, janji dengan saya satu perkara."

"Apa dia?"

Yein memandang ke arah wajah Mingyu. "Janji jangan mengeluh arasseo? Saya faham awak namja dan awak tak suka bershopping bagai ni. Tapi ini untuk kebaikan kawan baik awak juga. Ikhlaskan hati kalau nak bantu orang." Ceramah 20 saat disampaikan kepada Mingyu. Ha, ambik kau.


"Yelahh....tapi...Yein, saya nak tanya."

"Nak tanya apa?"

"Awak pun Ikhlas tak?"

"Ikhlas apa?"

"Ikhlas tak awak cintakan saya?"

●●●●●

"Baby..."

"Babyyyy"

"Krystal......!"

Aduh, dari tadi si Krystal ni asyik mendiamkan diri. Merajuk ke?

"Krys, jangan lah merajuk..." Kai cuba memujuk teman wanitanya yang sudah terkunci mulut. Sudah tidak mahu bercakap apa-apa. Sumpah jadi bisu kang baru tau!

"Krystal! BOOMMCAK!"

"Krystal! Nah, beg edisi terhad!"

"Krystal! Comel tak patung ni?"

TIADA

SEBARANG

JAWAPAN

LANGSUNG.

Kai dipalau mati-matian. Haih...

Bukannya dia mengeluh sebab menyampah. Dia mengeluh sebab penat. Penat hendak cuba ceriakan Krystal tetapi akhirnya rancangan dia tidak berjaya juga.

Semua orang memandang Krystal sebagai seorang yang kaya, berduit dan terlebih diva.

Tetapi Kai tidak. Dia tahu, Krystal juga mempunyai sifat yang baik dan sifat itu yang orang lain tak boleh nampak.

Kai sukakan Krystal sebabkan sifat keperihatinannya. Kalau Krystal hendak membantu seseorang, dia akan bantu juga walaupun dengan cara yang dingin. (ITS TRUE OK)

Sifat Krystal juga sudah berubah. Dahulunya dialah yang paling berlagak sekali dalam berfesyen. Kalau datang ke sekolah, ada sahaja aksesori yang berlebihan. Sakit mata sahaja apabila memandangnya!

Tetapi sekarang, hanya pakaian simple dikenakan. Duit juga tak dibawa terlalu banyak. Perubahan ketara tu menyebabkan Kai sayangkan Krystal lebih lagi berbanding dahulu.

Kai juga mendiamkam diri. Hanya melihat Krystal membelek-belek pakaian dari jauh di dalam kedai pakaian. Kakinya terkuis-kuis pada lantai batu di tepi kedai pakaian itu.

Salah aku juga, malukan Krystal depan orang ramai..desis hati Kai, sedih.

Hah sejuk pulak kat luar ni....Kai bersandar pada dinding.

SUP!!

Entah kenapa tiba-tiba sahaja Kai terasa nyaman. Cepat-cepat dia menoleh.

"Lain kali bawa scarf kalau nak keluar. Kan sejuk." Ujar Krystal sambil melilitkan skarf yang baru dibelinya di kedai pakaian sebentar tadi pada leher Kai.

"Done. Rasa sejuk lagi tak?" Krystal tersenyum puas lalu melemparkan pandangannya ke arah Kai yang terkaku melihatnya.

"Kenapa?" Soal Krystal pelik apabila melihat wajah Kai yang seperti pause sebentar.

"Krys..." Kai merenung wajah Krystal sayu.

Krystal berpeluk tubuh sambil memandang wajah Kai. "Apa? Hish Kai, kenapa tiba-tiba berubah jadi pelik ni?"

Kai benar-benar terharu. Dia terus sahaja mendakap tubuh Krystal.

"Kai?"

"Krys..Krys tak marah kan? Pasal tadi?"

Krystal yang terkejut dek dipeluk secara tiba-tiba itu terus membalas pelukan Kai perlahan-lahan. "Marah lah juga. Tapi tak guna kalau marah lama-lama. Waste of time. "

"Tapi Krys tak jawab pun bila Kai panggil tadi. Merajuk ke?" Soal Kai ingin tahu.

Krystal melepaskan pelukannya. "Oh, Kai panggil ke tadi? Maaf, pakai earfon jap. Memang lah tak dengar." Balas Krystal acuh tak acuh.

Ceh, dengar lagu ke? Buat penat je panggil tadi!

Tapi, tak mengapalah. Asalkan tak sakitkan hati si kekasih, semuanya akan pasti berjalan lancar.

"Kai, kita perlukan seorang lagi untuk bantu kita. Tapi...kita kena cari siapa?"

Kai terdiam. Dia berfikir sebentar. Tiba-tiba akal fikirannya terfikirkan seseorang yang sesuai bagi membantu mereka mencari bahan-bahan kelengkapan perkahwinan minggu depan.

"Kita boleh cari seseorang. Dia rapat dengan Wonwoo."

Krystal mengangkat keningnya sebelah. "Nuguya?"

Kai tersenyum .

"Kim Taehyung. Sepupu dia."

●●●●●●

Romance tak jadi. Bleh. (ಠ _ಠ)



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top