Special Episod (Part 1)

Wedding

Selepas setahun akhirnya Mina telah berjaya mendapat segulung ijazah begitu juga dengan sahabat-sahabatnya yang lain.

   Dan setelah 1,100,245,673 kali masuk melamar, akhirnya lamaran Wonwoo diterima oleh Mina setelah berabad lamanya. Okay, actually tiga kali melamar. Jangan kau percaya buta-buta~

   Dan tarikh perkahwinan mereka adalah pada minggu hadapan. Semuanya sibuk membuat persiapan begitu juga dengan...

   "Okay, guys! Mina will marry Wonwoo next week! Kita perlu sediakan majlis kahwin yang cukup fabulous and perfect! I tak mahu ada banyak cacat cela dalam majlis yang hebat ni! Uolls understand?" Krystal menepuk-nepuk buku berkaitan perkahwinan di tangannya itu ke atas meja dengan penuh kegedikan.

   Yein, Mingyu, Yuju dan Jungkook kesemuanya mengeluh dalam diam. Argggh! Kenapalah Krystal ambil alih dalam menguruskan majlis kahwin Mina pula ni? Menyibuk betul lah!

   "Dengar tak ni?!" Aduh, ni puntianak ke kuntilanak ke Matilanak? Suara macam tercekik Mikrofon. Kuat gila!

    "Krys, setahu aku Mina suruh kau uruskan pasal makanan dan catering je. Bukannya suruh kau uruskan majlis kahwin dia." Yein membalas dengan nada malas sambil memeluk kakinya.

  Krystal tersenyum sinis. "This is why I called it a....SURPRISE!!" Kristal terlonjak riang. Alahai Krystal...kau dah lah bertumit tinggi tu...hati-hatilah sikit.

    "Dan kenapa kau panggil kitorang pergi ke taman ni?" Soal Jungkook, malas mahu melayan karenah Krystal.

     "Simple. Korang kena bantu aku lah."

   "HAHH..!?!?"

●●●●

    "Tak guna betul lah si Krystal tu! Ada ke patut, dia suruh kita pula lakukan kerja yang sepatutnya dia yang tanggung?" Yein berjalan sambil menghentak-hentakkan kakinya. Tangannya disilangkan ke dada.

     "Sabar Yein. Dia dah agihkan setiap seorang satu kerja. Lagipun, dia pun kena buat satu tugas. Kan adil?" Yuju cuba menenangkan sahabatnya yang sedang meluap-luap melepaskan amarahnya itu.

     Yein terdiam sebentar. "Memanglah adil, tapi..."

     "Sudahlah Yein. Kita kan kawan Mina. Dah jadi tanggungjawab kita memberi pertolongan kepada dia kan?"

      Sekali lagi Yein terdiam.

      Dan kemudiannya dia tersenyum lemah. "Betul juga.."

●●●●

   "Weh Jungkook. Ribbon tu apa?" Mingyu menepuk bahu Jungkook sambil bertanyakan soalan.

"Entah lah. Ayam rasanya." Jawab Jungkook nak tak nak.

   Mingyu menggaru-garukan kepalanya. "Ayam? Ada ke jual ayam kat kedai aksesori ni?"

   "Kau tengok muka aku ni macam Harry Style ke? Aku dah lah tak pandai English. 3/100 you know?" Jungkook semakin rimas. Lagi-lagi bila melibatkan matapelajaran Inggeris ni..Erghhh. Menyampah!

   "3% je? Ish ish...bodohnya..." tergeleng-geleng Mingyu mendengar luahan Jungkook yang begitu pasrah sekali.

  "Tau pun. Tapi aku kuat sukan macam Yuju. Oh adakah ini yang dinamakan takdir cinta?" Jungkook sudah mula membuat drama tidak berbayar ditepi kedai aksesori itu.

    "Eeew. Kepala badut kau lah takdir cinta. Cer tengok aku dengan Yein. Sawitttt sangat taw!"

   "Yuju."

   "Yein."

   "YUJU!"

   "YEIN!!"

     "Krystal!!"

   Serentak Jungkook dan Mingyu menoleh ke kiri. Terpapar muka Kai yang begitu mesra sekali menyapa wajah mereka.

   "Hei." Sapa Kai mesra.

     "Heii......orang Hita-" pantas mulut Mingyu ditekup oleh Jungkook.  "Hei Kai! Kau buat apa kat sini?"

   Kai tersenyum. "Cuma berjalan-jalan seketika. Tapi mood berjalan tu hilang bila terdengar ada dua orang sahabat ni bergaduh jerit nama teman wanita diorang andd...aku pun cubalah join. Tak ada hadiah ke untuk aku?"

   Jungkook dan Mingyu tersengih kambing. "Eheh..."

    "So, kenapa korang datang ke sini?" Giliran Kai pula bertanya.

   Mingyu dan Jungkook memandang sesama sendiri.

"Actually..."

"Hmm?

Hei...hei apa korang buat ni?!

......TIDAAAAAAKKKK!!!"

-Bersambung-

SURPRISE READERS. SPECIAL EPISOD (ENTAHLAH SAMPAI PART BERAPA) 4 YOU. Kali ni Krystal and the gang akan mengambil alih cerita dan maafkan author sekiranya terlalu banyak lawak bendul yang author TERsampaikan tanpa sengaja. Uhuks.

(Bila buat part Krystal teringatkan Boo Seungkwan pula. If U know what I mean ;)

Message: ISAC 2016 MEMANG MELETOPP.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top