Special Episod (Last)
Finale
"Dah siap ke belum?"
"Belum darling. Wait ya~"
Mina mengeluh sebentar . Amboi Mak Andam yang bernama Baekie ni memang betul-betul teliti dengan gaya mekap dia.
Baekie menyapu blusher pada muka Mina. " You kenalah nampak lawa bila ada majlis yang indah ni. You akan jadi isteri orang you know that right? Hidup U akan berubah 100 peratus. You bukan lagi perempuan yang berstatus single dah lepas majlis ni berakhir." Ceh, sempat lagi dia berkata-kata macam dia tu pula yang tak sabar nak kahwin.
"Okay, buka mata awak. Saya nak pakaikan Eyeliner! Edisi terhad tahu tak ni? Say thanks to me, Uh Huh! " Ujar Baeki lagi dengan nada kegedikan.
Sekali lagi Mina menjerit-jerit kuat di dalam hatinya. Alahai, sabarlah Mina. Hanya untuk hari ini sahaja.
●●●●●
"Wow, lawanya awak, Yuju!" Puji Yein setelah melihat kelibat Yuju yang mengenakan blouse putih panjang berwarna putih dengan Jungkook di sebelahnya memakai tuxedo berwarna hitam.
"Tak adalah Yein. Dress awak lagi cantik sebenarnya." Nafi Yuju lalu dia pula yang memuji dress yang dikenakan pada Yein.
"Eh, kau ke abang kau yang nak kahwin ni?" Soal Mingyu pula, meneliti tuxedo mewah kepunyaan Jungkook. "Cantik gila baju kau. Pastu rambut kau sikat ke tepi nampak hot dowh."
"Pssh. Please Mr Galah. Jangan buat hal kat sini. Im not gay. Aku tahu aku hensem so you shut up." Jungkook memasang muka jijik. Mingyu ? Muka dia jauh lagi dari jijik. Menyampah pun ada.
"Heck. Aku pun ada awek lah agak-agak arr nak gay dengan gigi bunny cam kau pffft. " Balas Mingyu sambil tersembur gelak tawanya.
Maka berlakulah ketegangan antara dua sahabat yang tak habis-habis bergaduh je kerjanya. Ada sahaja yang tak kena entah apalah nak jadi. Dari tadi tak habis-habis keluar ayat "sila meninggal, sila meninggal , selipar tertinggal" sahaja yang mereka sebut.
"Krystal, I tertanya-tanya jugalah."
"Apa dia?" Krystal sedang memakai gincu merahnya sambil dia berdiri di hadapan cermin besar yang ditempatkan khas di taman yang luas itu.
"Kalau Wonwoo dan Mina berkahwin, maksudnya...First Night diorang...ditemani dengan bunga-bunga ros di atas katil...lampu ditutup..OMAIGASH IM SO JELLY."
Sreeet! Gincu Krystal bergerak ke arah yang salah. Tak guna punya Namchin! Ke situ pula yang dia fikir! Byuntae sungguh. Maka dapatlah Kai satu ketukan khas daripada siku tajam Krystal yang berada di sebelahnya. "Auch sorry!"
Nampaknya taman sudah dipenuhi orang ramai. Termasuk juga rakan-rakan dari zaman persekolahan. Eh, guru-guru pun tak lupa juga dijemput!
Taehyung memasuki taman yang dipenuhi ramai jemputan kahwin itu dengan wajah yang tenang. Baju kemeja putih dan tali leher berwarna merah yang dipakainya menyerlahkan lagi ketampanan pada wajahnya. Dari jauh dia dapat melihat kelibat seseorang yang dia kenali.
Dia melambai ke arah Jungkook dari jauh. Jungkook membalas lambaiannya dengan gaya malas.
Taehyung tersenyum. " Ceh, mentang-mentang dah ada awek , aku lambai pun dia balas ala kadar je." Bebel Taehyung sambil tergelak kecil. Tiba-tiba wajahnya yang ceria itu berubah menjadi pucat sedikit.
Di sebelah Yuju, seorang perempuan yang berambut pendek sedang berdiri sambil tersenyum sopan. Comel sahaja wajahnya namun bukan itu yang Taehyung sedang fikirkan
Yeoja..yeoja tulah yang tendang Ehem ehem aku semalam!!
Belum sempat Taehyung hendak membuka langkah, bunyi mic kedengaran. Nampaknya majlis dah nak bermula. Terpaksalah Taehyung melupakan tujuannya hendak membalas dendam terhadap yeoja yang berambut pendek itu buat sementara. Selesai je majlis, Mu tunggu aku datang!
"Ehem. Selamat datang, tuan-tuan dan puan-puan. Hadirin dan hadiran sekalian. Hari ini merupakan hari yang amat bermakna buat dua pasangan yang akan membuka ikatan perkahwinan mereka. Semoga jodoh mereka sampai ke anak cucu. GANBATTTEEEE!!"
SeungCheol yang berpakaian kemeja hitam dengan bow berwarna putih memberikan ucapan pendahuluan dengan penuh bersemangat. Relax, bruh.
Semua orang memberikan tepukan.
"Paderi dan pengantin lelaki sudah bersiap sedia di atas pentas. Tiba masa kita melihat wajah pengantin perempuan , Kwon Mina bersama-sama adik lelakinya, Kwon Soonyoung bagi memimpin kakaknya menuju ke atas pentas pelamin. Dipersilakan."
Hati Wonwoo kini berdebar. Hari inilah hari yang ditunggu-tunggu. Hari yang bakal mengubahkan segalanya.
Pintu utama di taman itu terbuka perlahan. Wajah seorang perempuan dengan veil sedang berpaut lengan pada seorang lelaki. Sudah tentulah, mereka Mina dan Hoshi. Adik-beradik yang takkan pernah terputus hubungan walau apapun malang yang menimpa. Bak kata pepatah, Air yang dicincang takkan putus.
Wajah Mina benar-benar berbeza. Lebih cantik daripada biasa. Wonwoo semakin berdebar apabila pandangan mata Mina berbalas pandang dengan matanya. Dress yang seperti princess itu cukup membuatkan dia seperti puteri yang sebenar dari dunia kayangan.
Lagu nyanyian aromantika berkumandang. Langkah disusun menuju ke pentas. Setiap langkah yang dipilih pastinya takkan pernah berpatah balik.
Setibanya mereka di hadapan pentas pelamin, Mina melepaskan pautan tangannya daripada Hoshi. Hoshi menatap wajah kakaknya sebelum beralih pandangannya ke arah Wonwoo.
"Hyung, jaga noona saya baik-baik. Jangan buat dia menangis kalau tak saya karate muka hyung sampai jadi kotak!" Gurau Hoshi sambil mengacah-acah gaya karatenya ke arah Wonwoo.
Wonwoo tersenyum faham. "Arasseo. Belasah hyung sekuat mana yang kamu suka. Sampai jadi Adudu pun boleh."
Hoshi tersenyum lagi. Dia menoleh ke arah kakaknya.
"Noona....
.....pergilah."
Mina mengetap bibir tanda terharu dan dia terus memeluk adiknya erat.
"Jangan lupakan saya ya Noona?"
"Erm. Janji." Mereka melepaskan pelukan
Mina kemudiannya memusingkan badannya menghadap Wonwoo.
Dan perlahan-lahan tangan halusnya mencapai huluran tangan Wonwoo.
Paderi juga tersenyum lalu membuka buku ikatan perkahwinan yang berada di tangannya. Mina dan Wonwoo kedua-duanya membuka kertas yang telah dicatat lama sebelum perkahwinan mereka.
Bermula dengan Mina,
"Saya, Kwon Mina yaini akan berjanji, sehidup semati saya hanya untuk Jeon Wonwoo yang akan menggalas tanggungjawab menyara kehidupan saya dan keluarga baru kita. Kisah kehidupan sebelum kita kenal, setelah kita kenal dan sehingga ke alam perkahwinan ini tidak akan pernah saya lupakan."
Selesai sahaja membaca catatan isi hatinya, giliran Wonwoo pula untuk membuka catatannya.
"Saya Jeon Wonwoo yang tampan lagikan bergaya persis Zayn Malik, pada hari ini akan mengambil alih tanggungjawab menjaga Kwon Mina dan akan bersedia dengan alam kehidupan baru sebagai seorang yang memegang jawatan suami. Terima kasih kepada diary dan juga taman bunga rahsia ini kerana dapat menemukan kita berdua. Akhir kata, cinta saya ikhlas hanya untuk awak, Kwon Mina."
"Jadi, sudikah anda berdua menjadi suami isteri yang sah?"
Mina tersenyum menampakkan baris giginya.
Wonwoo pula tersenyum senang.
"Saya sudi."
"Okay. Anda berdua sudah sah menjadi suami isteri."
Semua orang memberikan tepukan yang gemuruh. Puan Sung In mengelap titisan air matanya yang kian mengalir begitu juga dengan ibu Wonwoo. Hoshi pula tersenyum sehingga ke lubang telinga (wtf). Kaistal, Yuju, Jungkook, Mingyu dan Yein juga memberikan tepukan dengan penuh bersemangat.
Taehyung hanya tersenyum lega. Dalam keriuhan itu dia sibuk tercari-cari yeoja berambut hitam dan rendah itu tadi.
Mana dia? Desis hati Taehyung.
Sayangnya pasukan karate Seventeen ramai yang tidak dapat menghadiri perkahwinan Wonwoo. Tetapi yang pasti, mereka mendoakan kebahagiaan yang tidak berbelah bahagi buat senior mereka.
Mina tersenyum melihat hadirin yang begitu gembira mengalahkan orang yang berkahwin. Tiba-tiba namanya dipanggil Wonwoo.
"Apa?" Soal Mina.
"Eh buat-buat tanya pulak. Ni mana ni?" Sambil meunjukkan bibirnya, Wonwoo menongkat kening sebelah.
"Oh, nak makan ke? Belum tiba masanya lagilah. Sabar lah du--"
Chup!
Mina status: Pause.
Wonwoo meleraikan ciumannya.
Muka Mina kaku sebentar. Cuba reload tentang apa yang baru berlaku.
"Orang nak lain dia fikir lain. Tak apalah nasib baik dah dapat. Thank you ya, JEON Mina." Wonwoo menjelirkan lidahnya.
"Yah..."
"OKAY SIAPA NAK KEK?!" Jerit Wonwoo dengan nada riang. Semua hadirin mengangkat tangan sambil ada hilai tawa yang menemani mereka.
"Yah Jeon Wonwoo!!!!"
▪<▪THE END▪>▪
Lols ending yang tidak memuaskan bagi anda tetapi memuaskan bagi saya (kuajo)
Btw,
My Crush Stole My Diary
-OFFICIALLY END-
I love you readers.
And also
Ming(HOE)hao
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top