Episod 44: Curious

Curious

Mascot tersebut hanya diam membisu.

Dan pada masa yang sama, bas pun tiba.

Aku menoleh semula ke arah Rilakkuma tersebut lalu menunduk hormat.

"Saya pergi dulu ya?"

Belum sempat lagi aku nak mengangkat kaki hendak masuk ke dalam bas tersebut, Rilakkuma itu dah terlebih dahulu memintas aku dan naik terus ke dalam bas itu.

What...?

Seriously? De-dengan mascot tu?

Rilakkuma tersebut melambai ke arah aku. Kesemua penumpang di dalam bas tersebut memandang aku dengan pelbagai rupa. Ada rupa pelik, ada rupa nak gelak..

Aku menampar diri aku perlahan dan meneguk air liur aku. Oh kay...ini memang mencabar.

Aku berjalan menuju ke tempat duduk yang paling belakang di mana mascot itu duduk lalu aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Merah muka aku menahan malu.

Sepuluh minit berada di dalam bas, akhirnya kenderaan besar yang kami naiki ini tiba di destinasi utama. Rilakkuma tersebut bangun dan terus berjalan laju menuju ke pintu keluar bas.

Dan aku, dengan penuh rasa musykil terus mengekori Rilakkuma tersebut secara senyap-senyap. Kaki aku terjengket-jengket mengikut Rilakkuma tersebut dan apabila dia masuk ke dalam...

....tandas lelaki.

Langkah aku terhenti. Cis! Aku dah tak boleh ikut mascot tu dah. Baiklah, aku akan tunggu.

Dua puluh minit kemudian..yes aku kira masanya.

Rilakkuma tersebut pun keluar. Aku macam tak boleh percaya kepala maskot yang besar gedabak tu boleh fit masuk bas dan tandas. This is so weird. Kenapa dia tak buka mascot tu? Dia takut ada orang cam ke?

Well sekarang aku akan jadi jahat.

Aku perlahan-lahan mengekorinya dari belakang dan...

SUUP! Aku buka sarung kepala Mascot tersebut.

.....

Wha...

"APA...Apa kau buat ni!!!?" Jungkook menjerit ke arah aku sambil mengusap-usap rambutnya laju. Wajahnya sangat gelabah.

Aku ternganga. "Jungkook? Apasal kau sarung...Rilakkuma ni pada badan kau?"

Jungkook terdiam seakan-akan mencari jawapan.

"Err...aku kerja. Hah! Aku kerja part time sebenarnya." Jawabnya. Aku dapat melihat peluh mengalir keluar dari kepalanya. Aku membuat mulut 'O'.

"Tapi kenapa kau tak buka je sarung mascot ni tadi?" Soalku lagi. Kini lebih banyak peluh keluar pada mukanya.

"Aku...err..Bos aku tak kasi bukak sarung mascot ni sampai masa berkerja habis. Eh, dahlah! Aku nak sambung buat kerja. Aku pergi dulu." Jungkook menyarungkan semula kepala mascot dan berlalu pergi dari situ.

Entah kenapa firasat aku menyatakan yang Jungkook sebenarnya berbohong.

Meh. Firasat tak selalunya betul.

Kalaulah aku tahu yang Mascot tu sebenarnya Jungkook, takdelah aku stop dekat hentian pertama and follow dia. Habis duit aku terbang melayang ke langit macam tu je. Fuh, nasib baiklah kau adik Wonwoo, Jungkook. Kalau tak dah lama aku sebat kau guna rotan kayu balak.

Aku terus menahan teksi yang berdekatan. And bertapa bertuahnya aku, Teksi itu terus meninggalkan aku yang tercengang di tepi jalan ni. OH Greaaatt.

"Urgghhh..." aku tercangkung. Mata aku melihat ke bawah dan satu keluhan berat aku lepaskan. Teksi tu palau aku... Cis!

Aku membuka henfon aku dan mata aku terbeliak. Bateri 3% sahaja yang tinggal?! Ini sungguh tidak adil bagiku!

Aku dah fed up. Kalau nak telefon pun aku takut terkena radiasi. Alamatnya kenalah tunggu teksi seterusnya sampai.

"Old McDonald Had Farm. E-A-E-OOOOO~" nyanyian merdu bak badak terus aku dendangkan khas untuk jalan tar yang berada di hadapan aku sekarang ini.

"Mina~~!!" Satu suara milik perempuan memanggil aku dari belakang. Aku bangun dan menoleh.

"Eh, Yuju."

Yuju tersenyum.

"Awak tunggu teksi kat sini sampai bila-bila pun teksi takkan jemput awak. Macam pendatang asing je kalau orang pandang sebab awak dah tercangkung macam ni. Tak manis." Ujar Yuju setibanya dia di hadapan aku.

'Pendatang asing' eh. Pedas sungguh ayatnya. Rasanya ni semua salah lagu Old Mcdonald tu.....Okay fine sebenarnya semua salah aku.

"Saya penat sangat lah. Sorry." Ujar aku dengan malasnya. Hikhok.

"Its okay. Erm..Mina. Jom kita pergi shopping sama-sama...nak?" Soal Yuju tiba-tiba. Aku pelik melihat gelagat Yuju yang seperti benar-benar mahu aku mengikutnya bershopping.

Aku menggaru-garu leher belakangku yang tidak gatal. "Err..boleh. Tapi selepas kita shopping, saya kena cepat-cepat balik ke rumah sebab eomma saya perlukan bayam untuk masak sup-" belum sempat aku nak letak titik di penghujung ayat aku, Yuju dah tarik tangan aku terlebih dahulu.

Bertapa kuatnya pegangan tangan si Choi Yuju ini. Hampir patah tangan aku dibuatnya.

"Jemputlah naik kereta appa saya! Jangan risau Mina, hari ini saya akan belanja awak shopping!" Yuju begitu bersemangat apabila dia memberitahu aku bahawa dia akan membelanja aku shopping.

Aku ternganga sedikit. "Eh?? Kenapa nak belanja? Tak perlulah. Saya boleh beli sendiri..."

Yuju menggeleng. "Saya tetap nak belanja awak. Please...?" Yuju membuat muka kasihannya. Aduh kalau benda-benda comel ni memang aku susah nak tolak.

Akibatnya, aku terpaksa mengalah. "Hmm..okay..."

Yuju bersorak keriangan. "Tenkiu!!"

●●●●●

PUFF! Aku terus terdampar ke atas katil aku. Hari yang benar-benar penat bagi aku.

Tiba-tiba henfon aku yang sedang dicas berdering.

WHY katil aku dengan tempat cas henfon terasa bagaikan terlalu jauh apabila aku sudah selamat landing di atas katil aku ni?

Aku terus merangkak malas menuju ke soket yang terletak di penjuru bilik aku.

Aku melihat skrin telefon aku.

Fr-From Wonwoo?!

Cepat-cepat aku membuka mesej yang diberi olehnya.

Mina.

Aku sangkakan tiada lagi rahsia antara kita..

Tapi kenapa aku rasa macam kau tak tepati janji tu?

Aku meneliti mesej tersebut. Janji? Aku ikut janji tu okay! Semua benda aku beritahu dia!

Kecuali...perasaan aku terhadap dia...err...aku tak beritahulah...

Kejap, entah-entah dia dah perasan yang aku sukakan dia!

Dan...dan dia merajuk sebab benda tu? Sebab aku tak beritahu yang aku sukakan dia?

Aku dah kata aku tak berani nak luahkan perasaan aku pada dia. Aku tahu dia akan rijek aku secara mati katak!

Ting! Mesej masuk lagi.

Esok, jumpa aku di depan sekolah.

Aku mahu tunjukkan kau sesuatu.

Dan aku harap kau datang.

Depan sekolah esok?

Bukan ke sekolah ada jamuan besar-besaran sempena kemenangan bola sepak hari tu?

Aku curious. Curious dengan sikap Wonwoo semenjak dua menjak ni.

Dan juga banyak perkara pelik berlaku hari ini.

Aku tak perlu bayar untuk sayur bayam yang aku beli.

Jungkook pakai mascot Rilakkuma dan bantu selamatkan aku dari namja gatal tak bertempat tu.

Yuju pula beria-ria belanja aku shopping hari ni.

Semuanya bermula apabila Mingyu mula meminta nombor telefon Yein daripada aku.

Apa kaitan semua ni dengan Wonwoo?

●●●

#AbaikanTypoSedunia

Please Vote and Leave A Comment! Gomawo! ^^

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top