Episod 41: Mesej
"Urgh..."
Kelopak mata Ji Sung perlahan-lahan dibuka. Kepalanya benar-benar sakit dek hentakan yang diberikan oleh Wonwoo tadi.
Bayangan pertama yang muncul di hadapannya adalah wajah bekas isterinya, Ji Woo yang sedang berpeluk tubuh. Pandangannya penuh bengis sekali.
"Ji Woo?" Ji Sung ke posisi duduk. Dia juga tidak pasti sama ada dia berada di mana, yang pastinya bilik itu mempunyai sebuah katil single dan juga meja bagi meletakkan barang.
"Puas tidur?" Soal Ji Woo. Tangannya ralit mengambil cawan berisikan air teh lalu diberikan teh tersebut kepada Ji Sung.
"Minumlah."
Ji Sung berasa was-was sama ada mahu mengambil cawan tersebut ataupun tidak. Namun bila difikirkan semula, takkan lah bekas isteri dia mahu dia mati sebab terminum racun pula? Mustahil yang amat!
Ji Sung menghirup teh panas tersebut dengan berhati-hati. Sesudah minum, dia meletakkan cawan tersebut di atas meja yang terdapat di sebelah katil yang dia duduki. Pandangan dia kemudiannya beralih semula ke arah wajah bekas isterinya.
"Mana Wonwoo? Dan sekarang aku kat mana?" Dengan tergesa-gesa Ji Sung menyoal.
"Rileks. Wonwoo ada. Kau sekarang ni kat bilik rawatan pejabat aku."
Ji Sung pelik . Mengapa pula bilik rawatan Ji Woo juga dalam banyak-banyak bilik rawatan di Seoul ni?
"Ah, jangan lah rasa was-was dengan aku. Aku tak ada niat jahat pun nak buat kat kau. Cuma...."
Ji Woo merenung wajah Ji Sung.
Tiba-tiba pintu dibuka luas menyebabkan Ji Sung sedikit terkejut dan matanya membuntang luas. Peluh kini banyak mengalir deras melalui tubuhnya. Dia benar-benar susah mahu percaya apa yang sedang berlaku di hadapan matanya.
"Ji Woo...apa...apa yang kau..." terketar-ketar Ji Sung menyebut setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.
"Ya, Ji Sung. Tempat tinggal kau bukan di rumah agam tu lagi. Tetapi....di PENJARA."
●●●●●●
"Hoshi!" Aku berlari-lari anak menuju ke arah Hoshi sambil membawa beberapa buah yang segar serta berkhasiat.
"Ish, noona ni buat bising pula. Kan dekat hospital ni." Ujar Hoshi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan aksi keanak-anakan aku itu.
Aku hanya tersengih.
Sesudah berlakunya kes tentang ayah Wonwoo itu, kehidupan semua orang kembali seperti biasa. Cuma ada beberapa perkara yang telah berubah.
Hoshi kini perlu ada check-up jantungnya di Hospital sebulan tiga kali. Sememangnya aku mahu marah adik lelaki aku sorang ni tapi aku tahu, ada sebab dia tak beritahu aku tentang penyakitnya. Oleh sebab itu, aku maafkan dia.
Dan dia cuma boleh melakukan aksi-aksi yang mudah sahaja di dalam Karate Pledis memandangkan masalah kesihatan yang ada pada dirinya.
Dan juga tentang angkatan polis yang menangkap Encik Ji Sung dan konco-konconya itu... rupa-rupanya mereka diupah oleh bapa Krystal sendiri. Sempat juga dia kata...
"Sorrylah. Aku bukan nak balas budi baik kau k? Aku cuma buat apa yang aku rasa betul. Jangan pernah ingat yang kita ni berkawan arasseo...!?"
Pelik...
Tak pernah pun teringat nak berkawan dengan dia.
Hahaha.
Jinjja Gomawo...Krystal.
Bercakap pasal Krystal ni membuatkan aku teringatkan Yuju dan Yein. 'Double Y' ni lah yang dah menjadi sahabat karib aku sekarang ni.
Yuju dan Jungkook sekarang ni sedang mengenal hati budi masing-masing. (Ayat jiwang pelangi). Jadi sebab itu aku ship nama mereka menjadi #YuKook. Secocok ke? Haha lu pikirlah sendiri. Tak mau pikir lu bunuh diri.
Kk Gurau.
Yein pula, muka dia dah semakin ceria sejak akhir-akhir ni sebab parents dia dah pulang dari luar negara dan mereka bercadang untuk membawa Yein melancong bagi mengeratkan hubungan mereka sekeluarga.
Aww....so sweet.
Akhir sekali, Wonwoo....
.....
"Noona, kenapa macam stress je ni? Teringat pasal Wonwoo hyung ke?"
What...
Ada kuasa psikik ke adik lelaki aku ni?
"Tak adalah sampai psikik...tapi kan selalunya Noona sedih pasti sangat terfikir pasal Wonwoo hyung kan?"
Damnnnn ingatkan penyakit ' cakap berfikir ' ni dah lama hilang. Masih ada kewujudan dalam diri aku ni lagi rupanya.
Wonwoo kini sedang sibuk dengan urusan dia. Boleh percaya tak yang dia akan menggantikan jawatan bapanya sebagai Ceo syarikat selepas dia mendapat ijazah nanti?
Well.... aku tak peduli sangat pasal semua tu.
Aku cuma sedih...dia tak kotakan janji dia.
"Aku janji, lepas benda ni habis...kita pasti akan berjumpa selalu. Cuma kau perlu tunggu lama sedikit. Boleh kan?"
Ayat janji Wonwoo tu selalu terngiang-ngiang kat otak aku.
Haihh....Tak elok bersifat pentingkan diri kan? Aku tahu urusan alam dewasa sememangnya berat dan aku tak dapat nak menafikan fakta tu.
"Noonaaaa janganlah sedih. Hoshi kan ada ni...?" Hoshi cuba melakukan Aegyo di hadapan aku. Aku tertawa melihat gelagatnya yang bersungguh-sungguh cuba untuk membuat perkara-perkara comel demi mencari senyuman aku yang menghilang.
Tiba-tiba nada telefon aku berdering.
Entah nombor alam mana yang mesej aku ni.
-Datang ke Taman Cheonsa pukul 5 petang ni. Barang penting awak ada pada saya. Kalau awak tak datang, sesuatu yang buruk akan berlaku pada awak.-
Pssh. Takut lah sangat. Malas nak layan.
Wait barang penting aku?
Benda buruk akan berlaku?
Ahhh masalah aku masih tak habis lagi ke!?
Fuh...tenang Mina...tenang...
Sekarang dah pukul 4.15 petang.
45 minit. Aku masih ada masa.
Aku memandang telefon aku semula.
Perlu ke aku telefon Wonwoo dan beritahu dia tentang perkara ni?
Tak...tak...aku tak mahu menyusahkan dia lagi.
5 p.m. at Cheonsa Park
Aku dah sampai...mana si Pemberi Mesej ni?
Aku cuba mesej 'UNKOWN' tersebut...
Hey, saya dah sampai kat Taman Cheonsa. Mana awak?
Awak-Saya. Haha skema . Sejibik macam aku .
Tiba-tiba mesej masuk. Sonic gila dia balas mesej.
Wait. I will come to see you.
:)
Eh eh dia beri emoji senyum pula. Creepy .
Beberapa saat selepas aku menyimpan semula henfon aku di dalam poket seluar jeans aku, tiba-tiba ada satu tangan menepuk kuat bahu aku.
Dan aku menoleh untuk melihat...
.....Mingyu yang sedang tersenyum ke arah aku.
●●●●●
Ha...Mingyu ke yang beri mesej tu kepada Mina? Apa yang dia mahukan daripada Mina agaknya? Nantikan.
{I Promise next chap will not be complicated}
Hahaha got less idea for this chap. Btw ff ini dah nak sampai penghujung sebab saya tak mahu menyusahkan readers lagi dengan chap2 merapu yang saya tulis.
Note: Saya akan update ff ni weekend (Sabtu-Ahad ni) sebab data saya dah nak habis. Sayonara for three days! ヽ(゚▽゚*)
Additional Note: Im not A Yukook Shipper. Since Jungkook is not my bias then I choose him to be with Yuju...sorry for those who didn't like that ship. This is just a fanfic. Please do understand :-)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top