Episod 4: Tiga Bulan?
LUPAKAN EXAM! WHO CARES! XD
"Sya-syarat?"
Wonwoo mengangguk. "Follow syarat aku dan kau akan dapat balik diary kesayangan kau ni."
Syarat!? Ni buat aku naik angin.
"Hello Mr Jeon Wonwoo! Awak ambil diary saya, tapi kenapa saya pula yang kena ikut syarat awak? Adil ke macam ni?" Aku bercekak pinggang. Eh eh macam mak pula.
"Heh. Keadilan tidak semestinya berpihak kepada awak cik adik manis. Saya jumpa diary awak di bus stop tadi, tak bersyukur ke saya selaku jejaka tampan dan BAIK tolong simpan dan jagakan diary ni sebaik mungkin? Atau awak lebih suka diary awak ni dibaca orang dan seterusnya tersebar satu Seoul?"
.....
Betul juga.
Aku mengeluh perlahan. "Huh...fine. Apa syaratnya?" Aku memandang dia sambil berpeluk tubuh. Seriously crush aku yang dulu memang ada banyak PERUBAHAN.
Dan maksud perubahan tu tentunya dia semakin hensem dan hot. Ok aku dah melalut jauh. Back to the topic.
"Syaratnya...aku mahu kau...
...jadi kuli aku."
Terbuntang mata aku dengar. "Wait wait wait, apa?"
"Aku mahu kau jadi kuli aku selama tiga bulan." Wonwoo memberi full detail tentang syarat yang perlu aku penuhi.
"Kuli? Apa tugas kuli tu?" Soal aku lagi seakan tidak percaya.
"Macam pembantu aku lah. Bila aku suruh kau cuci baju, kau kenelah cuci. Bila aku panggil kau, kau kenalah datang kat aku. Banyak lagi .. nanti kau tahulah." Wonwoo smirk ke arah aku.
Aku mengetap bibir aku. Aku hanya mendiamkan diri sambil berfikir apa yang perlu aku buat.
Perlahan-lahan aku mendongak memandangnya. "Ti-tiga bulan je kan?"
Wonwoo mengangguk. "Deal?"
Tanpa mampu berbuat apa-apa, terpaksalah aku bersetuju. "Deal."
Wonwoo tersenyum sinis lagi.
"Bwo?" Soalku kerana pelik melihat senyuman yang diberinya.
"Cantik spek."
Muka aku berubah merah mendengar pujian yang keluar daripada mulut Wonwoo.
"Di-Diamlah."
●●●●
Kringggggg~
Ah...waktu rehat! Ada masa untuk aku ke library.
Satu-satunya syurga bagi aku di sekolah yang digelar HELL.
Peace yo.
Sesampai sahaja aku di hadapan pintu perpustakaan, aku segera masuk ke dalam. Mak Cik Koo, pustakawan di situ menyapa baik diriku.
"Anyeong Mina-sshi. Cari buku lagi?" Soalnya dengan senyuman manis. Walaupun umurnya sudah mencecah 50, namun apabila aku memandang mukanya seakan-akan mukanya itu memberikan ketenangan dalam diri aku. Dah tentunya aku menganggap dirinya seperti ibu kandung aku.
Aku menunduk 90° . "Anyeong Ahjumma. Ya, saya nak pinjam buku lagi. Lagipun saya rindu nak hidu bau perpustakaan ni." Aku tersenyum memandangnya.
"Hah...pergilah duduk kat sana. Ambil banyak mana buku yang kamu nak. Makcik nak kemas rak sana sekejap." Mak Cik Koo berlalu pergi menuju ke rak belakang untuk menyusun buku.
Aku segera duduk di meja yang terletak di penjuru perpustakaan. Tempat paling jarang orang duduk dan tempat paling tenang nak baca buku.
Tapi...
...Aku tak tenang sekarang.
"Mina. Mina. Mina. Mina. Mina. Mina. Min-"
"Jeon Wonwoo stop it. Ok aku tahu aku kuli kau tapi tak perlu lah menyusahkan a-"
"Kwon Mina aku lapar." Potong Wonwoo laju.
"Pergilah kantin. Tu pun susah ke?" Jawab aku selamba.
"Aku tak tahu kantin kat mana. Tunjukkan jalan~" Wonwoo duduk di hadapan aku sambil buat muka...buat muka manja dia. Damn! Melting!
"Macam mana pula kau boleh tak tau jalan ke kantin?" Soal aku sambil berkerut dahi.
"Aku pelajar baru. Tadi pun aku sesat nak cari kantin and then aku ternampak kau keluar dari kelas kau, jadi aku ikutlah kau. Tak sangka pula kau pergi ke perpustakaan. Jadi aku arahkan kau tunjukkan arah menuju ke kantin s.e.k.a.r.a.n.g" Wonwoo memandang aku dengan serius.
"Tanyalah orang lain. Kenapa aku pula?" Aku tetap berdegil. Dah lah namja ni kacau aku nak baca buku, ganggu ketenteraman aku pula tu!
"Aku ada tanya. Tapi masalahnya setiap kali aku nak tanya budak lelaki kelas aku, ada je yeoja yang menyelit. Dah lah tak jawab pertanyaan aku, tiba-tiba ajak aku tidur sama-sama pula." Cerita Wonwoo panjang lebar lalu mengeluh.
Ti...tidur sama-sama!? Entah kenapa panas hati aku dengar ayat Wonwoo tu. Fuh...sabar Mina sabar...jangan lupa yang Wonwoo memang femes orangnya...
"Tidur pun tidurlah. Asalkan yeoja tu bagitahu aku kantin kat mana." Wonwoo bangun dari duduknya. Wait what the...
"Yah.. Jeon Wonwoo!" Aku menjerit memanggil namanya dalam bisikan. Maklumlah di perpustakaan kan?
Wonwoo pantas menoleh. "Apa? Nak aku tidur sama-sama ngan kau juga ke?"
Alahai byuntae nya -,-
"Bukan lah pabo! Kau ni mudah sangat kena tipu! Hish, fine aku temankan kau ke kantin." Aku menyusun buku-buku lalu membawanya ke kaunter perpustakaan. Aku mengambil satu kertas kosong yang telah tersedia di atas kaunter tersebut dan menulis sesuatu.
Ahjumma...saya letak buku atas kaunter dulu ya? -Mina
Selesai menulis, aku meletakkan kertas tersebut ke dalam kotak simpanan Makcik Koo. Aku menoleh ke arah Wonwoo yang masih tercegat di belakang aku. "Palli wa. Kau nak sangat ke kantin tadi."
Aku berjalan menuju ke kantin diikuti Wonwoo. "Dah sampai. Kau hafal tak jalan-jalan ke kantin?" Soal aku.
Wonwoo mengangguk dan tersenyum. "Tak berapa hafal tapi lama-lama maybe aku paham. Thanks, Mina."
Aku mengangguk dan segera menoleh ke belakang untuk berjalan menuju semula ke perpustakaan. Ok sebenarnya aku nak cover muka aku yang tengah Blushing.
Namun tangan aku ditahan Wonwoo. "Jom lah makan sama-sama dengan aku." Wonwoo menarik tangan aku kuat menuju ke kaunter makanan.
"Weh tak perlulah..." aku berasa tak sedap hati. Pastinya aku dapat rasakan banyak mata sedang memandang aku sekarang ini.
Budak nerd bersama budak hensem sekolah? Tentunya tidak sehaluan!
Tidak mengendahkan rayuan aku, Wonwoo meng'order dua steak dan dua Milo Ais Tabur (lols takde air lain ke?)
"Alah jangan risau. Lagipun seorang pembantu perlu sentiasa melekat bersama majikannya." Kata Wonwoo selamba sambil menghulurkan dulang makanan kepada aku.
"Bukan Wonwoo-" belum sempat aku menghabiskan ayat, Wonwoo berlari-lari anak menuju ke arah meja yang masih kosong. Dia melambai-lambaikan tangannya ke arah aku macam aku ni member dia pula.
Aku mengeluh. Kenapalah dia ni susah sangat nak dengar cakap? Aku segera berjalan ke arah Wonwoo lalu duduk berhadapan dengannya. Dan Of Course, aku dapat rasakan renungan maut dari ramai manusia.
●●●●●●
Sementara itu...
"Weh..tu Jeon Wonwoo kan? Budak hensem yang baru pindah masuk sini kan?" Soal Luna kepada Victoria dan Krystal di meja makan VIP yang dikhaskan hanya untuk mereka bertiga.
"Haah lah. Tapi..kenapa dia dengan si Mina, nerd yang hodoh tu? Aku lagi cantik kot..." Victoria memuncungkan mulutnya. Matanya memandang Krystal yang hanya mendiamkan diri sejak tadi.
"Krys...are you okay?" Victoria memandang Krystal pelik.
Krystal yang sedang memegang tin minuman kosong menggenggam kuat tin tersebut sehingga kemik. Victoria dan Luna saling berpandangan.
Kau sengaja cabar aku ya Kwon Mina...tunggu kau. Jangan harap...Kau akan miliki Jeon Wonwoo...
KAU TUNGGU. Krystal tersenyum jahat memikirkan rancangannya.
○○○○○
First, author nak minta maaf sebab terguna Krystal, Luna dan Vic jadi watak jahat. Sorry sangat-sangat kepada peminat mereka... :'(
Saya akan update beberapa part lagi sebelum saya betul-betul hiatus :)
Jangan lupa untuk:
Vote✔
Comment✔
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top