Episod 36: Menyerah

.

Author P.O.V

"Urgh..." Hoshi membuka matanya perlahan-lahan selepas sekian lama tidak menyedarkan diri dari tadi. Badannya terasa sakit.

Aku kat mana ni? Mata dia melilau melihat sekeliling. Gelap dan sunyi...

"Penjara?" Hoshi berdiri dan perlahan-lahan tangannya menyentuh palang besi yang bertindak sebagai pagar untuk menghalang dirinya daripada melarikan diri.

BANG! Satu bekas yang besar terjatuh ke atas lantai dan menyebabkan banyak cecair tumpah.

"Bodoh! Yang kau pergi langgar balang toksik tu apasal!? Mampus lah kalau bos tahu nanti!"

"Sorry! "

"Weh dahlah jom lari! Biarkan je budak dalam penjara tu! Nanti dia mati jugak! Dah dah blah!"

Tap tap tap tap..

Hoshi berasa tidak sedap hati selepas terdengar beberapa perbualan daripada konco-konco Encik Ji Sung.

Toksik?

"ULP..." Bau di dalam penjara itu tiba-tiba bertukar menjadi bau yang sangat busuk. Pasti datangnya bau itu daripada toksik yang disebutkan oleh konco-konco itu tadi.

"Urgh..." Hoshi menekup mulutnya. Sudahlah ada penyakit sesak nafas seperti mendiang bapanya, kini ada bau toksik beracun pula datang menyerang dirinya yang masih separuh sedar itu.

"Noona...tolong..." badan Hoshi lemah. Nyata penangan bau toksik itu mampu melemahkan sistem pergerakan di dalam badannya. Suaranya pula menghilang.

Kelopak matanya pula semakin berat. Akalnya seperti hilang arah.

Takkan masa aku dah sampai dulu.....

.....aku masih belum sempat nak gembirakan noona...

Air mata mengalir deras di pipi Hoshi. Dia sayangkan kakaknya, dia ingin membalas jasa kakaknya sebelum dia pergi...

...tetapi nampaknya mungkin hajatnya itu tak akan sempat tercapai.

Inilah balasan buat aku. Kalaulah aku beritahu noona awal-awal yang aku ada penyakit....

Hoshi tidak mampu meneruskan ayat yang terperangkap di mindanya. Biarlah dia mati terus supaya tidak menjadi penambah beban buat kakaknya.

Pandangan Hoshi berubah menjadi kabur. Badannya rebah di atas bumi yang dirinya pernah berpijak.

Sudah sampai masa untuk dia pergi dari dunia yang nyata.

SREAKKKKK....! Bunyi pagar dibuka laju. Hoshi terlihat bayangan seorang perempuan dan lelaki sedang berlari menuju ke arahnya. Namun Hoshi tidak bisa melihat dengan jelas kerana matanya kini kuyup dan hampir tertutup.

Noona...noona ke tu...?

"Bertahan Hoshi. Kami akan keluarkan kamu dari penjara ni!" Suara perempuan itu cemas dan tidak seperti suara milik Mina.

Walaupun Hoshi tahu bahawa itu bukan kakaknya, tetapi dia sudah terlalu penat hendak bertahan. Apakan lagi hendak bertanya siapakah gerangan yeoja tersebut.

Perlahan-lahan mata Hoshi tertutup rapat.


●●●●●

Mina P.O.V

....

"Wonwoo, aku risaukan Hoshi..." aku bermain-main dengan jariku sambil berkerut dahi. Mata aku memandang tepat ke arah Wonwoo.

"Jangan risau. Aku yakin yang adik kau pasti akan selamat." Wonwoo memberi kata-kata semangat kepada aku agar aku tidak terlalu gelabah.

"Tapi...macam mana kau boleh yakin yang dia akan selamat? Aku tak faham..." soalku sambil tidak henti-henti menggentel tanganku.


Wonwoo menoleh melihatku. "Sebab-"

BAAANG!!

!!

Aku dan Wonwoo menyorok di sebalik tirai merah yang besar.

Itu..itu bunyi pistol kan....?

A-apa...

"Tch. Diorang dah mula bermain pistol." Aku terdengar gumamam geram daripada Wonwoo yang sibuk memerhati si penembak itu.

Lantas aku menarik tangannya membuatkan badan dan mukanya segera berpaling ke arah aku.

"Wonwoo, apa patut kita buat? Diorang ada pistol!" Kini aku benar-benar kecut perut. Aku tak boleh kalau bab-bab pistol segala ni...aku...aku tak suka!

Wonwoo terdiam sambil merenung lantai. Dalam dua minit mendiamkan diri, dia memandang aku semula.

"Tak ada cara lain. Mina, dengar betul-betul apa yang aku nak cakap ni." Wonwoo memandang Mina serius.

Mina meneguk air liurnya lalu mengangguk laju.


●●●●●●

Author P.O.V

Para pembantu Ji Sung mula menembak setiap penjuru di dalam rumah agam tersebut. Ini di atas arahan tuannya sendiri agar mereka dapat menangkap Mina dengan segera.

Ji Sung pula sedang berada di pejabatnya, memerhati setiap aktiviti yang dilakukan oleh para pekerjanya. Jungkook, Yuju serta Puan Sung In yang diikat bersama itu hanya meronta-ronta minta dilepaskan.

"Ji Sung, apa yang kau nak buat kat anak perempuan aku? Kau takkan dapat jumpa dia lah! Kau sepatutnya tahu yang kau ni dah banyak berdosa!" Puan Sung In menjerit berang.

"Ahhh kau diam pompuan! Aku akan buat apa dengan anak kau? Aku pastilah bunuh dia ! Apa lagi ?! Biarlah aku berdosa, asalkan aku ada duit, semua masalah akan hilang!" Balas Ji Sung dengan penuh rasa bongkak.

"Appa-"

"Kamu diam Jungkook! Dasar anak tak kenang untung!" Potong Ji Sung apabila Jungkook mula memanggil namanya.

Yuju pula kelihatan tak bermaya. Sudah puas rambutnya ditarik begitu kuat tadi. Mukanya muram dan masam mencuka. Tiada tanda kegembiraan di mukanya.

Jungkook terus terdiam saat kata-katanya dipotong oleh ayahnya. Dia melihat Yuju yang begitu murung untuk pertama kalinya.

Dahulu, Yuju lah yang paling ceria sekali saat bersama dengannya. Kini, kerana ayah Jungkook sendiri, wajah ceria Yuju terus hilang. Jungkook sangat kesal. Sedangkan sejak dari dahulu lagi dia telah berjanji pada dirinya untuk sentiasa membuatkan Yuju sentiasa tersenyum.

Aku gagal. Desis hati Jungkook. Pilu.

"Ahh tak guna! Mana si budak pompuan tu?!" Laung Ji Sung kuat. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia mahu sangat untuk mendera dan mencederakan Mina sepuas hatinya.

Ya, Ji Sung boleh dikatakan sebagai seorang yang separuh gila. Physcho.

Kreakk....

"Maaflah Pak Cik. Pak Cik cari saya ke?" Satu suara menyapa Ji Sung dengan nada yang tenang.

Serta-merta Ji Sung menoleh ke arah pintu masuk di pejabatnya. Begitu juga Jungkook, Yuju dan juga Puan Sung In.

"Mina?" Puan Sung In berkerut muka. "Mina kenapa kamu tak lari?" Soalnya mulai risau.

Mina tidak mengendahkan soalan ibunya itu. Fokusnya hanya pada Ji Sung seorang sahaja. Lantas kakinya berjalan menuju ke arah Ji Sung setapak demi setapak.

"Kamu nampak tenang. Apa yang kamu rancangkan?" Soal Ji Sung dengan nada ingin tahu.


"Saya tak rancang apa-apa. Saya berserah diri. Saya mengalah. Saya sanggup didera oleh Pak Cik. Dengan syarat Pak Cik lepaskan mereka bertiga dan juga adik saya. Saya akan beri bahan bukti tu selepas Pak Cik buat apa yang saya suruh."

Mina mengeluarkan sesuatu daripada poket bajunya. Dia menunjukkan sebuat pita audio yang merupakan bahan bukti pembunuhan Ji Sung terhadap ayahnya.

Ji Sung terus tersenyum menyeringai. "Baiklah, saya akan lepaskan mereka."

Jungkook memandang Mina seakan tak percaya. Begitu juga Yuju dan Puan Sung In.

"Mina, apa yang awak buat ni?" Soal Yuju risau. Ikatan ditangannya pula telah dibuka oleh dua orang pekerja Ji Sung. Jungkook dan Puan Sung In juga telah dibuka ikatan tali oada tangan mereka.

Mina menoleh ke arah Yuju dan tersenyum.

"Jangan risau, saya yang bertanggungjawab untuk semua masalah ni. Saya yang patut menerima padahnya. Awak, Jungkook dan eomma patut lari dahulu."

Mengapa...

Mengapa tiba-tiba sahaja Mina menyerah diri?

Apa yang dia rancangkan?

●●●●●

Na-na Navillera~

Homework banyak~

Chap kurang memuaskan~

Mianhae~ ;-;


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top