Episod 35: Cuai
"Hah....hah..." Mina membengkokkan kedua-dua lututnya. Maklumlah baru lepas berlari marathon dalam rumah agam yang besar tu.
"Macam mana diorang boleh tertangkap?" Soal Mina seorang diri. Walhal sejak awal-awal lagi eommanya sudah beritahu dia yang eomma dan Yuju akan bersembunyi di tempat yang selamat.
Namun, lain pula jadinya. Mission failed?
Tapi Mina terasa pelik. Bagaimana pula Jungkook, namja yang dia jumpa ketika dia berkerja di Seven Eleven pun boleh ada sekali?
Ahh abaikan pasal benda tu dulu! Nasib baik Encik Ji Sung tak perasan aku cabut tadi. Mina menghela nafas lega.
"PERGI CARI BUDAK MINA TU CEPAT!" Kedengarannya suara Ji Sung begitu marah sekali. Mina tersentak apabila namanya dilaung begitu kuat sehingga bergema satu rumah agam dibuatnya.
Shit.
Mina terus mencari tempat untuk bersembunyi. Tiba-tiba matanya ternampak satu bilik yang pintunya terbuka luas. Dalamnya pula gelap gelita. Mina merancang untuk bersembunyi di situ dahulu.
Tap tap tap Mina berlari menuju ke arah pintu tersebut sehinggalah badannya tiba-tiba ditarik kuat oleh seseorang.
"GAAAAAAAAAHHH!" Mina yang terlalu gelabah terus sahaja menumbuk namja tersebut sambil matanya terus tertutup rapat.
"Ooooow..." orang tersebut mengerang kesakitan. Tangannya masih berpaut pada lengan Mina.
.....
".....Wonwoo?" Mina melihat Wonwoo dengan reaksi yang terkejut.
Wonwoo masih menekup mukanya dan tak memberi sebarang reaksi. Mina risau, manalah tau penumbuk dia tu ada besi melekat ke habislah hancur muka Si anak teruna tu. Dah tak hensem seperti selalu nanti.
"Wonwoo? S-sorry aku tak tahu yang kau tarik aku tadi." Mina menurunkan sedikit kepalanya bagi melihat wajah Wonwoo. Malangnya Wonwoo masih menutup mukanya seakan-akan dia sedang menahan sakit.
"Come on Wonwoo berilah respon.." Mina merayu. Ahh bagus Mina apa jelah yang kau baru buat...!
"Wonwoo, please maafkan aku. Aku tak sengaja tertumbuk muka hensem kau yang macam Zayn Javaad Malik tu. N-nanti aku ganti balik muka kau. Pandanglah aku..." pinta Mina dengan nada semakin risau.
"Mina..." Wonwoo bersuara.
"Wonwoo?"
....
"Yah Wonwo-"
PAK!!
"Wha...."
Mina terlopong.
"Sa...
...S-sakitlah!!!" Mina meletakkan tapak tangannya ke dahinya. Dia memandang Wonwoo seakan tak percaya.
"Tu balasan. Kau fikir kau tumbuk aku tu tadi tak sakit ke ha?" Balas Wonwoo. Baru berpuas hati selepas menjentik dahi Mina tadi.
Mina benar-benar tak percaya. "Heol, Aku dah minta maaf kan tadi? Aish jinjja jangan jadi kebudak-budakan sangatlah Jeon Wonwoo!" Balas Mina, tidak mahu mengalah.
"Aish jinjja jangan jadi kebudak-budakan sangatlah Jeon Wonwoo! Yah yang sedang jadi kebudak-budakan tu sekarang ni kau ara? Satu lagi, tak perlu menjerit. Kau tahu tak kau sedang diburu sekarang ni? Nak kena tangkap ke?" Soal Wonwoo serius.
"Mwo-.....
....aish arasseo. Mianhaeyo." Mina mencebik. Betul juga kata Wonwoo. Dia dahlah sedang diburu, boleh pula menjerit macam Puntianak kat situ. Memang minta kena tangkap cepat lah jawabnya.
"Jangan risau. Salah aku juga sebab tarik kau masuk dalam stor ni tiba-tiba. Kau nak lari ke mana tadi?"
Mina menjeling Wonwoo sekilas pandang. "Pintu tu. Yang terbuka luas dan gelap tu." Balasnya perlahan.
"Kau nak nyorok dalam bilik tu? Yah, micheosseo?"
"Aish aku tak gila lah. Aku gelabah faham tak? G.E.L.A.B.A.H. Lagipun, apa masalah bilik gelap tu? Ada Syaitan ke? Kau ada seru Jin ke? Atau kau-" mulut Mina ditekup tiba-tiba.
"STOP. Kau ni buat aku pening." Keluh Wonwoo. Dia perlahan-lahan menurunkan tangannya.
Wonwoo bersandar di dinding dalam stor tersebut. Kalau korang berada di situasi Mina sekarang ni, pasti korang akan rasa bertapa HOT nya mamat yang sedang duduk di hadapan korang sekarang ni. Mohon tahan nafsu ya~
"Jangan tenung lama sangat. Aku tahu aku kacak macam yang kau cakap, Zayn Javaad Malik lah sangat." Ujar Wonwoo sinis selepas mendapati yang Mina begitu asyik merenungnya sejak dari tadi. Walaupun di dalam stor tu gelap, tapi Wonwoo boleh perasan renungan yang diberikan oleh Mina.
Bagaimana? Hmm...itu biarlah rahsia.
Mina cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain.
"Kacak? Pssh. Jangan jadi perasan boleh tak? Tak boleh? " Dalih Mina. Nasib baik stor gelap, harapnya Wonwoo tak perasan akan muka merahnya yang sebiji tomato tu.
"Hahaha...arasseo. Aku straight to the point."
Aura di situ tiba-tiba bertukar menjadi serius.
" Kau.... sedang cari Hoshi kan?" Soal Wonwoo, masih bersandar di dinding yang rata itu.
Mendegarkan nama adiknya disebut, Mina cepat-cepat memandang Wonwoo semula.
"Dia ada. Kat bawah tanah. Dia tak sedarkan diri dan sedang berada di dalam penjara."
"Mwo!? .....Oww..." Mina menggosok kepalanya. Dah tau yang stor tu kecil kau pergi bangun buat apa? Padan muka.
Wonwoo mengeluh.
"Kau ni cuai betul lah. Sini." Wonwoo menarik lengan Mina membuatkan Mina terduduk betul-betul di hadapannya. Wonwoo menekan kepala Mina supaya Mina tunduk.
"Wonwoo-"
"Ssh. Mana yang terhantuk? Sini?" Wonwoo mengusap-usap kepala Mina dengan berhati-hati.
Mina terdiam. Dia terasa hangat apabila tapak tangan Wonwoo mengusap kepalanya perlahan.
Mina tersedar ke alam realiti. Cepat-cepat dia enjauhkan diri daripada Wonwoo.
"A-apa kau buat? Aku boleh usap kepala aku sendiri. See? Aku masih ada dua tangan. Ha tengok." Mina menggosok-gosok kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya dan gayanya seperti seekor (?) badut sedang buat show.
"......"
"Pffft....hahahhahahaha. Yah, sejak bila kau ambil upah jadi clown kat sini? " Wonwoo tergelak.
Mina memandang Wonwoo pelik. "Aku? Clown? "
"Yah. Tu dah lebih." Mina mengerling tajam ke arah Wonwoo yang masih tergelak.
Hakikatnya, dia gembira melihat Wonwoo tersenyum.
Tidak, dia gembira melihat dia tertawa.
Ya tuhan...aku bersyukur betul yang dia ni crush aku. Desis hati Mina.
"Hahahahaha. Okay-okay kita dah jauh melalut ni." Wonwoo berhenti gelak dan membuka pintu stor di sebelahnya perlahan-lahan.
"Bagus. Tak ada pengawal." Wonwoo menoleh ke kiri dan ke kanan. Dey, buduh nya pengawal tak perasan ada stor kecil kat dalam rumah agam ni.
Wonwoo menghulurkan tapak tangannya ke arah Mina.
"U-untuk apa?" Mina memandang tapak tangan Wonwoo pelik. Nak minta duit raya ke?
"Aish. Pabo."
Wonwoo menarik tangan Mina.
"Kita akan cari adik kau sama-sama.
Percayakan aku, adik kau pasti akan selamat."
●●●●●●●
Sorry for late update.
Btw I loves that Clown Face ( ͡° ͜ʖ ͡°) 🗿
And sorry saya tak tahu nak letak tajuk apa actually.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top