Episod 34: Penceroboh

"Bos, dia dah sampai."

"Hurm? Siapa dia?"

"M-mangsa bos. Tapi nampaknya yang datang ni anak perempuan dia seorang sahaja."

"Heh. Dasar pengecut. Baiklah, bawa dia ke ruang tamu saya sekarang juga." Ji Sung tersenyum sinis. Puntung rokok yang berada di tangan kirinya dibakar sekali lagi.

  Pembantunya terkebil-kebil. "B-baik bos!" Dia segera berjalan keluar dari pejabat bosnya itu menuju ke arah Mina yang masih berada di luar pagar rumah agam milik Ji Sung.

  "Tuan suruh saya mempersilakan awak masuk. Silakan masuk cik." Pembantu Ji Sung yang bernama MyungSoo membukakan pagar bagi memberi laluan untuk Mina masuk ke dalam rumah agam tersebut.

   Mulanya Mina agak teragak-agak untuk bergerak. Namun digahkan juga dirinya untuk melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut. MyungSoo menunjukkan Mina arah ke ruang tamu. Setiba sahaja Mina di ruang tamu rumah agam yang luas itu, MyungSoo menyuruh Mina untuk duduk sementara dia memanggil tuannya untuk turun.

  Mina hanya mengangguk faham. Hatinya berdebar sambil matanya melilau melihat sekeliling rumah agam tersebut.

Mewah yang amat. Macam gaya istana pun ada.

Tup...

Tap...

Tup...

Satu tubuh yang tegap berdiri di hadapan Mina. Mukanya kelihatan gembira. Walhal dalam hatinya hanya tuhan yang tahu apa yang dia pendamkan.

"Ah...kamu ni rakan kepada anak lelaki saya kan? Kwon Mina...muka sebiji sama seperti ibu kamu. Kwon Sung In..."

Mina bangun dari duduknya. "Saya tak mahu tengok lakonan Encik Ji Sung lagi. Di mana adik saya?" Soalnya tegas. Dia hanya ingin tahu di mana Hoshi berada sekarang.

  Ji Sung tergelak kecil. " Relaks...dia baik-baik sahaja. Saya tak apa-apakan dia...

..... sebab belum tiba masanya lagi."

Nada suara Ji Sung berubah menjadi dalam dan garau.

   "Please..tolong jangan apa-apakan Hoshi..." Mina merayu. Dia berharap sangat agar rayuannya diterima tapi apakan daya, lelaki tua di hadapan dia sekarang ini memang berhati batu.

   "Beri apa yang saya mahu dulu dan saya akan lepaskan adik lelaki kamu dalam keadaan yang selamat.

   Tapi kalau kamu tak bawa apa yang saya mahukan tu, ucaplah salam terakhir kepada adik lelaki kesayangan kamu tu." Ujar Ji Sung sinis. Dia suka melihat reaksi ketakutan pada wajah Mina.

  Hendak diringkaskan, Ji Sung suka melihat kesakitan orang lain dan bukan pada dirinya.

Baginya, itu satu kepuasan yang tiada pengakhirannya.

Mina mengetap bibirnya. Ya, dia tahu apa yang Ji Sung mahukan.

Bahan bukti pembunuhannya terhadap ayah Mina.

Dah tak ada cara lain lagi.

  Akhirnya Mina terpaksa jua mengeluarkan pita audio yang menyimpan segala bukti tentang pembunuhan Ji Sung terhadap ayahnya.

"Budak yang baik."

"Tuan!" Tiba-tiba sahaja MyungSoo, pembantu peribadi Ji Sung menjerit dari tingkat atas. Mengganggu perbincangan antara mereka berdua.

Ji Sung mendongak sedikit dan merenung tajam ke arah MyungSoo. "Apa?" Soalnya dingin dan sedikit geram. Ada je manusia yang datang mengganggu ketenteraman dia hari ini.

" Ada beberapa penceroboh yang kami dapat tangkap!" Jerit MyungSoo lagi dengan nada yang lebih kuat.

"Mwo!?" Ji Sung terbuntang matanya.

Mina mengetap bibirnya. Mampus.

"Bawa diorang turun sekarang!"

MyungSoo dan dua orang pengawal Ji Sung yang berbadan sasa menarik tiga orang yang digelar 'penceroboh' itu.

Mereka adalah Jungkook, Yuju dan Puan Sung In.

"Jungkook?" Ji Sung seakan tak percaya apabila melihat wajah anak bongsunya itu sebagai salah seorang daripada penceroboh itu.

Jungkook hanya menghadiahkan sebuah renungan yang tajam ke arah ayahnya.

  "Maaf bos. Tapi tadi anak lelaki bos belasah beberapa orang pembantu bos untuk selamatkan dua yeoja ni. Jadi kami terpaksa tangkap dia sekali..." MyungSoo menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

"Tak apa. Biarkan sahaja." Arah Ji Sung tenang. MyungSoo menghela nafas lega. Risau sekiranya angin bos dia bertukar ganas secara tiba-tiba.

Pandangan Ji Sung beralih ke arah Yuju pula.

  "Kamu....bekas anak jiran saya bukan? Ah...ayah kamu... Apa khabar? Pasti perangai bodoh kamu ni ikut sebiji seperti dia kan?" Dia menunjal dahi Yuju beberapa kali. Yuju hanya menahan tunjalan tersebut. Kalau dia bertindak mengikut emosi, pasti lebih teruk lagi Ji Sung kerjakan.

"Appa, jangan buat macam tu pada dia!" Laung Jungkook kuat. Dia memang marah apabila melihat Yuju diperlakukan sebegitu. Lebih-lebih lagi yang menunjal dahi Yuju itu adalah bapa kandungnya sendiri.

Ji Sung berhenti menunjal. Dia memandang Jungkook. "Jadi kamu ada hati dengan yeoja ni? Kamu sama bendul seperti abang kamu. Tak, sama seperti eomma kamu."

"Tak kisahlah appa nak panggil Kook dan Hyung apapun. Jangan apa-apakan Yuju. Itu sahaja yang Kook minta."

"Jangan apa-apakan Yuju? Maksud kamu macam ni?"

Ji Sung menarik rambut Yuju menyebabkan Yuju meraung kesakitan. Dia sengaja menaikkan amarah Jungkook sama seperti dia lakukan kepada Wonwoo di pejabatnya sebentar tadi.

   Jungkook mengetap bibirnya. Tangannya sudah menggenggam sebiji penumbuk. Dia memang mahu sangat belasah appanya itu namun cengkaman yang diberikan oleh pengawal Ji Sung yang sasa itu terlalu kuat. Sampaikan Jungkook tidak boleh meloloskan dirinya daripada genggaman pengawal tersebut.

   Ji Sung tersenyum puas. Dia berhenti menarik rambut Yuju dan beralih pula ke arah Sung In.

"Alamak, tak sangka pula kau ada kat sini. Kwon Sung In. Kau dah belajar cara-cara nak jadi penceroboh pula lepas suami kau mati ya? Kasihannya..." Ji Sung menggeleng perlahan. Kononnya dia bersimpati. Pada hakikatnya tidak.

Sung In hanya mendiamkan diri.

"Sudahlah jadi penceroboh, jadi bisu juga?" Ji Sung menundukkan mukanya memandang Sung In.

"Bukan bisu. Cuma kalau bercakap dengan orang bodoh, sampai bila-bila pun takkan habis perbualannya." Sung In bersuara secara tiba-tiba.

"Apa? Bodoh?"

"Yelah. Bodoh. Cuba kau pandang belakang." Arah Sung In.

Ji Sung perlahan-lahan menoleh ke belakang.

Mina sudah tiada di ruang tamunya.

●●●●●

I've seen the MV already 😂

Minghao . OMG Handsome as always ;-;

Okay author terberangan. Cau lu.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top