Episod 33: Rahsia Terungkai

"Ini..." Wonwoo meneliti buku tersebut.

Dan entah mengapa, tiba-tiba dirinya terasa hendak membaca diary kepunyaan yeoja yang dia sudah mulai jatuh cinta terhadapnya itu.

●●●●●

Jungkook sedang berseorangan di tasik kecil kepunyaan bapanya.   Leka termenung ke arah ikan emas yang dibelanya sejak kecil. Dinamakan ikan itu sebagai Leo, entah kenapa. Mungkin kerana namanya itu sedap didengar.

   "Leo, betul ke apa aku buat ni?" Jungkook berbual bersama Leo walaupun dia tahu Leo tidak mungkin akan menjawab persoalannya.

  "Aku cuma nak buktikan pada hyung yang aku ni kuat. Aku tak suka tengok bila dia dekat dengan Yuju. Walhal hyung tahu aku sukakan Yuju sejak dari dulu lagi." Jungkook meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Leo hanya menjadi pendengar setianya di dalam tasik kecil tersebut.

  "Aku iri hati dengan hyung. Sebabkan aku, Mina dalam bahaya. Aku pengecut. Aku yang beritahu eomma dan appa tentang ibu Mina. Dan tengoklah sekarang, kucar-kacir semuanya." Ujarnya lagi. Kesal.

   "Apa patut aku buat, Leo?"

      ....

     "Betul juga, kau takkan faham apa yang aku kata..." Jungkook tersenyum hambar. Dia mengerti bahawa Leo hanyalah seekor ikan emas yang tidak boleh bercakap.

    "Jungkook." Satu suara menyapa Jungkook dari arah belakang.

   Jungkook menoleh dan matanya membuntang.

   "Yu-Yuju?"

●●●●●

Diary 1

Hai diary. Nama saya Kwon Mina. Saya dalam darjah tiga di sekolah. Gembira sangat hati saya bila appa belikan diary ni untuk saya. Appa kata saya boleh luahkan apa yang  terbuku dalam hati saya.

Thank you appa. Saranghae...

Wonwoo tergelak kecil membaca ayat Mina. Memang seperti budak kecil. Desis hati Wonwoo. Dia ke mukasurat seterusnya.

Diary 2

Diary, saya menangis lagi hari ni. Krystal tak habis-habis panggil saya miskin. Dia kata orang yang darjatnya tinggi berhak membuli orang yang berdarjat rendah.

Saya tak setuju dengan apa yang dia kata.

Semua orang berhak mendapat kebahagiaan.

Wonwoo terpegun. Mina walaupun ketika itu dia baru berumur sembilan tahun, dia tahu pandangan apa yang benar dan apa yang salah.

Diary 3

Diary, tadi saya ternampak ada seorang budak lelaki ni masa saya hendak ke sekolah...dia panjat pokok semata-mata mahu selamatkan anak kucing yang tersangkut kat dahan pokok tu.

Baik betul hati dia kan?

Diary 4

Masuk hari ni dah lima kali saya nampak budak lelaki tu. Dan setiap kali itulah ada sahaja aktiviti yang dia akan buat.

Dia bantu orang tua melintas jalan.

Dia tolong carikan ibu bapa budak yang sesat.

Dan macam-macam lagi.

Tak tahu kenapa kan...

...saya mula sukakan dia.

Saya rasa dia ni pelajar di sekolah rendah bersebelahan dengan sekolah saya.

Jadi dia dah ada orang yang dia suka. Bertuah budak lelaki tu.. desis hati Wonwoo. Sedikit cemburu.

Terasa bersalah pula nak selak .

  Walau apapun, Wonwoo gagahkan juga jarinya untuk menyelak mukasurat seterusnya. Ini kerana perasaan musykil lebih menguasai diri.

Diary 5

Jadi budak lelaki tu merupakan anak pemilik syarikat yang terkenal kat Korea ni.

Patutlah sekelip mata sahaja dia boleh femes kat mana-mana sahaja. Ya, Termasuk sekolah saya.

Air muka Wonwoo berubah serta merta.

Anak pemilik syarikat ya..

Diary 6

Diary tahu tak, saya ada terjumpa satu taman ni. Cantik...yalah selalu kalau saya menyanyi kat rumah ada je kene kecam dengan jiran sebelah. Geram betul hati saya.

Tapi kat taman rahsia ni, saya nak nyanyi sekuat mana pun takkan ada orang marah. Jadi dengan secara rasminya, ini tempat yang saya akan selalu pergi selepas balik sekolah.

Ttyl ♡

Hati Wonwoo berdebar.  Anak pemilik syarikat dan taman.... kenapa seperti semuanya ada hubungan dengan dirinya? Taman yang dia terlihat gadis kecil itu...

Mustahil tu Mina.

Dan mukasurat seterusnya, pasti akan merungkaikan segala teka-teki yang berada di fikiran Wonwoo ketika itu.

Diary 7

Saya sukakan lagu yang mendiang nenek saya buatkan untuk saya. Diary, awak nak baca liriknya  Baiklah...

Putus asa bukan satu pilihan,
Namun ia hanyalah alasan.

Tiada apa yang boleh halang kita daripada memilih kejayaan.

Berubah,
Tunjukkan kekuatan sebenar.

Alunan merdu suara nenek.

Inilah cara saya mengubati rindu saya pada nenek.

Saya akan nyanyi lagu yang diciptanya khas untuk saya.

Wonwoo ternganga. Buku diary tersebut perlahan-lahan terlepas dari tangannya.

  Lirik tu...sama dengan lirik yang dinyanyikan budak perempuan tu...

  Wonwoo memandang semula ke arah diary yang terbuka luas. Di mukasurat tersebut, diary 8 ditulis dengan penuh corak dan warna-warni.

Diary 8

Saya dah tak selalu nampak kelibat budak lelaki tu.

Dia ke mana?

Sunyi...

Mungkin dia dah pindah ke tempat lain.

Saya sukakan senyuman dia.

Mungkin mulai sekarang, saya hanya mampu membayangkan senyuman itu hanya di minda sahaja...

Kalaulah...kalaulah dia baca diary ni...

Saya nak beritahu dia...

Saya sukakan dia.

Saya sukakan awak Jeon Wonwoo.

Saya tahu awak takkan pernah kenal saya.

Cuma saya berharap sangat,

Yang saya boleh bertemu dengan awak sekali lagi.

Memang tak perlu diteka lagi, Minalah yeoja yang Wonwoo asyik rindukan itu.

   "Tapi kenapa Mina tak pernah beritahu aku?" Soal Wonwoo seorang diri. Dia menutup diary itu semula.

   "Hah...." Wonwoo merenung ke atas siling biliknya.

Dia tersenyum. Apa agaknya yang difikirkannya?

Cklek

Pintu bilik yang terkunci tiba-tiba terbuka. Wonwoo menoleh lalu berdiri dan ke arah pintu biliknya yang telah dibuka itu.

  Wonwoo agak terkejut kerana wajah yang terpapar di hadapan pintu biliknya itu adalah adik kembarnya,  Jeon Jungkook.

   "Kook?" Wonwoo memandang Jungkook seakan tak percaya.

   "Apa? Tak pernah tengok adik kembar sendiri?" Soal Jungkook dingin.

   Wonwoo tersenyum lega. "Kamu masih marahkan Hyung ke?"

   "Nak marah apa?"

   "Ani...pasal hyung bohong tu. Hyung tak berapa nak faham.."

   Suasana sunyi seketika.

   "Tch. Nantilah Kook beritahu. Sekarang ni, nyawa teman wanita hyung lebih penting. Pergilah." Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah lain.

   "Teman wanita?" Soal Wonwoo pelik.

    Kook mengeluh. Ada kebangang juga hyung dia seorang ni.  " Kwon Mina lah. Dia ada kat tingkat bawah...seorang diri. Baik hyung pergi cepat." Arahnya sambil menyilangkan tangan.

   Mendengarkan yang Mina sedang berada di bawah, Wonwoo dengan segera terus mengorak langkah hendak menuju ke tingkat bawah.

Dia menoleh sebentar. "Jungkook, Thanks!"

  "Apa-apa jelah."

   "AND Good Luck For Yuju!!" Wonwoo terus berlari menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah meninggalkan Jungkook keseorangan.

   "Apa-...what the...

....YAH!" Muka Jungkook berubah merah. Cis, chicken tandoori punya abang!

●●●●●●

Saya seorang je ke yang pelik bila tengok Jungkook dengan 'Cold' Attitude dia? 😂

Btw, waiting for Seventeen mv to came out..

   

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top