Episod 30: Love Hurts

"Mina bagitau kami, kenapa awak menangis?"

Semuanya bagai terlalu cepat.

Sampai hati kau Wonwoo.

Sreakk... kerusi ditarik.

"Mian...Yuju, Yein. Saya nak pulang dulu." Pintaku selepas puas menghabiskan air mata yang telah hampir kehabisan stok.

"Eh...nak pulang dah? Awak nak pulang dengan siapa? Biarlah kami teman..." ujar Yuju dengan riak wajah yang sedikit terkejut.

"Its okay. Saya dah biasa pulang seorang diri. Thanks untuk hari ni." Aku memberi senyuman tawar sebelum beredar dari situ.

●●●●●

Puff! Badanku dihempaskan ke atas katil dengan posisi meniarap.

Aku syok sendiri selama ni.

Aku tahu.

Aku terus memandang ke arah cermin yang tergantung di dinding bilik aku. Betul-betul di hadapan katil aku.

Dahulunya pakaian yang menutupi seluruh badan kini telah menampakkan kulit mulusku.

Dahulunya kaca mata segenggam tangan kini boleh diganti hanya dengan penggunaan Contact Lenses.

Perubahan penampilan aku sangat ketara.

Kecuali sikap aku yang pengecut dan kuat menangis ni.

"Erghh bencinyaa!" Aku menutup muka aku dengan bantal tidurku yang lembut dan gebu.

Tiba-tiba kelopak mata aku mulai layu dan akhirnya membuatkan aku terlena.

●●●●●●

Tok
Tok!

"Noona? Noona ada kat dalam?"

Tok
Tok
Tok!

"Noona...palli ireona...dah senja dah ni. Noona tak mandi lagi kan?"

"Hermmm....."

"Noona, dah pukul 7 petang noona."

"Herm...

...Wait what?" Aku terus terbangun dari alam mimpi aku. Oh damn it! Aku tertidur !

Aku bangun dalam keadaan mamai sampaikan readers pun tak boleh beza antara orang gila dengan orang waras bila tengok rambut aku yang serabai bercampur aduk dengan muka Zombie .

Aku memulas tombol pintu dan tersembul lah wajah adik lelaki kesayangan aku yang mengenakan T-Shirt Jersey dan seluar sport kesayangannya. Mungkin Hoshi baru pulang daripada latihan bolanya.

"Hai...cantik nya muka noona Hoshi ni. Hoshi nak snap sikit lah muka noona ni letak kat Ig. Manalah tau ada rezeki Chanyeol Exo komen ke kat gambar noona yang terlebih jelita ni." Ujar Hoshi sambil tergelak sakan.

"Hish kamu ni. Dah pandai perli noona eh? Kasi terung kang." Ugutku namun dengan nada gurauan. Hoshi terus terhenti gelaknya dan matanya membuntang.

"Arasseo arasseo. Hoshi tak buat. Okay lah memandangkan noona dah bangun, Hoshi masuk bilik dulu. Hoshi pun belum mandi ni. Noona mandi bersih-bersih tau! Sebab Hoshi nampak banyak lalat bersarang kat rambut noona tu." Dia pun berlari anak menuju ke kamarnya.

"Yah! Eii budak ni dah nakal eh." Aku menggeleng sambil tersenyum simpul. Aigoo...siapalah yang ajar dia ni jadi macam ni.

Aku terdengar bunyi kelentang-kelentung datang dari arah dapur.

Eomma pasti tengah siapkan makan malam tekaku. Aku pun segera mengambil tuala biruku dan masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil satu mandian segar setelah sehari suntuk membuta di atas katil bujang milikku.

●●●●●●

Sesudah makan malam, aku terasa nak bersiar-siar kat bandar Seoul.

"Eomma! Mina nak keluar ambil angin sekejap."

"Okay. Baik-baik ya sayang."

Setelah eomma membenarkan aku untuk keluar, aku terus berjalan menuruni anak tangga yang terdapat di kondo terletaknya rumah aku.

Memang ternyata Bandar Seoul ni indah sangat bila dilihat pada waktu malam.

Dan tempat ini sesuai bagi setiap pasangan bercinta yang sedang berbahagia berjalan sambil jari jemari digenggam dan disatukan bersama.

Aku berjalan keseorangan di Banpo Bridge. Jambatan yang paling cantik bagi aku yang terdapat di Korea ni.

(Author jakun main letak2 gambar)

Kalau lah aku beritahu Wonwoo yang yeoja dia sukakan dahulu tu adalah diri aku, apa agaknya reaksi dia ya?

"Hah..." aku mendongak ke langit. Sejuk bukan kepalang lagi kat sini. Tak cukuplah aku pakai jaket selapis. Padan muka aku.

"Hey. Seorang je ke?" Sapa satu suara garau ke arah aku.

Aku pun menoleh.

Eii kejap...

macam kenal je...

"Hello. Tak cam aku? Aku Mingyu. Sahabat SeKarate Wonwoo."

"Ah...." Baru aku perasan.

"Wae? Cuma fikir Wonwoo je sampaikan kawan dia yang lain pun malas nak ambil tahu?" Soal Mingyu dengan nada memerli.

"Mana ada." Nafiku.

"Haha, Padanlah Wonwoo suka dekat kau. Comel molek betul orangnya bila tak BerSpek." Ujarnya lagi.

Pipi aku mula panas menahan malu.

Dia tak maksudkan apa yang baru sahaja dia kata...kan?

"Mingyu, aku ada beberapa soalan nak tanya kau..."

Mingyu memandangku pelik. "Hah?"

●●●●●

"Minuman cik dah sampai.."

"Ah kamsahamnida.." ucapku sopan. Segera aku menyambut huluran teh panas di tangannya.

"I see...maksudnya kau dah tahu pasal keluarga dia lah ni?" Soal Mingyu sambil menghirup teh o suam di dalam gelasnya.

"Jadi betul lah...yang Wonwoo nak keluar dari kelab Karate Pledis tu?" Soalku teragak-agak.

"Ada betul ada tak betulnya." Mingyu menjawab dengan nada selamba.

"Serius lah." Tegas aku. Orang tengah mood tegang ni boleh pula dia jawab ala badut kat sini.

"Okay..okay. Aku tak tahu."

"I smell lies." Aku merenung tajam ke arahnya.

"Hey. Tadi kata suruh serius. Dan buat apa pula aku nak tipu kau pula cik kak?" Mingyu mengeluh.

Hati aku terasa hampa mendegarkan ayat Mingyu itu.



"Tapi...aku tahu kau memang orang penting bagi Wonwoo."

Aku mendongakkan kepala sedikit. "Apa maksud kau?"

"Macam...satu dorm kitorang tahu pasal diary kau. Jangan risau, kitorang tak baca dan tak sentuh langsung diary kau tu sebab Wonwoo selalu jaga rapi diary kau tu macam tu diary dia."

Terkejut aku mendengar luahan Mingyu tentang diary aku itu.

"Dan percayalah, ini kali pertama kami lihat Wonwoo menjaga barang selain barang kepunyaan dia sendiri. Dan kalau benda yang jarang-jarang sekali ni berlaku, memang kami yakin kau ni orang penting bagi dia." Mingyu tersenyum ke arah aku.

"Orang penting? Mingyu, dia nak putuskan persahabatan dengan aku. Apa yang pentingnya?" Soalku semula kali ini dengan nada sedikit lantang.

Mingyu tersenyum sinis sambil melihat ramai orang yang lalu lalang di hadapan kedai makan yang kami singgah.

"Tu kau kena cari jawapannya sendiri."

●●●●●

Aku berada di dalam teksi untuk bergerak pulang ke rumah.

"Tu kau kena cari jawapannya sendiri."

'Erghh nak cari jawapannya macam mana pula!' Kusut aku memikirkan apa yang harus aku lakukan tentang Wonwoo yang semakin meliar-liar di dalam fikiran aku.

Tiba-tiba telefon ip kepunyaan aku berdering. Di skrin telefon terpapar nama Eomma.

"Yebuseyo...eomma?"

"Mina...palli pulang! Hoshi...Hoshi..."

Tup! Talian terputus.

Dan aku tahu ketika itu aku mulai berpeluh satu badan.

Satu masalah, masalah lain pula datang!

●●●●●

Eyy. Wonwoo dah sihat~ \(▽ ̄\( ̄▽ ̄)/ ̄▽)/

Dan...harapnya anda faham dengan ayat kling2 yang terdapat dalam chap ni ;-;

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top