Episod 29: Pabo

"Mina kau....

....cemburu?"

Soal Wonwoo secara tiba-tiba yang membuatkan jantung Mina terus berdegup laju.

Mina menggeleng. Perlahan. Ketara sangat ke yang jawapannya ya?

"Jadi kenapa kau mention yang aku ada yeochin tanpa periksa dulu? Memang nampak sangat gaya kau ni macam cem-"

"Okay! Ya aku cemburu. Kau dah tak layan aku sangat macam dulu. Sedangkan yeoja yang paut pada lengan kau kat sekolah tadi kau...

.....layankan je." Akui Mina jujur dan nada sedikit sedih.

Wonwoo hanya berdiam diri memandang yeoja di hadapannya itu. Dia mengeluh seketika. Lantas jarinya dituding ke kiri.

"Kita pergi ke Starbucks tu dulu. Jangan risau aku payung. Kajja." Wonwoo berjalan ke arah kedai yang bercorak hijau yang dinamakan sebagai Starbucks.

Mereka duduk di bahagian luar kedai. Angin sepoi-sepoi bahasa yang sejuk meniup perlahan muka mulus milik Mina .

"Kau nak makan apa?"

"Eh hah? Ah..M-Macchiato dengan Oreo Cheese Cake.."

Wonwoo mengangguk faham. " Aku orderkan. " lantas dia bangun dan menuju ke arah kaunter di dalam kedai Starbucks itu.

Selepas siap meng'order menu di kaunter, Wonwoo kembali duduk di kerusi berhadapan dengan Mina.

Suasana berubah sedikit janggal kerana masing-masing hanya mendiamkan diri.

Wonwoo menghela nafas panjang.

"Pasti kau dah tau pasal 'tu' kan?"

"Huh?"

"Tentang appa aku..."

"Oh..." baru Mina tersedar tentang perkara itu. Perkara yang menyebabkan dia dan Wonwoo tak boleh bersahabat lagi. Bercinta apakan lagi.

"Dan pasal yeoja tu...dia cuma...you know...fangirls yang tiba-tiba menyelit kat aku...waktu tu aku tengah stress dan tak sedar yeoja tu ada kat lengan aku. Lepas aku tersedar aku segera tolak yeoja tu ketepi dan toleh nak cari kau tapi kau dah hilang."

Kini Mina faham. Kesal juga dirinya sebab bersikap pentingkan diri.

"Kau datang ke sini dengan siapa? Dan...pakaian kau tu..." Wonwoo melihat Mina dari atas hingga bawah. Fuhh mana lah tidaknya si byuntae Henry tu datang mengorat, dah lah baju menampakkan perut yang berkulit putih tu. Mana-mana namja je boleh cair tengok!

"S-sorry. Yein dan Yuju yang nak aku pakai macam ni. Tadi aku sesat dan diorang pun hilang entah ke mana tadi. Henpon aku kredit dan bateri dah tak ada..."

"Tak apa. Nasib aku ada kalau tidak aku tak tahulah apa nasib kau nanti."

....

Dan sekali lagi, cengkerik mulai berkampung dan bergembira di situ.

"Aku sebenarnya...baru bergaduh dengan adik aku." Ujar Wonwoo secara tiba-tiba sambil matanya merenung ke arah jalan raya yang sesak dengan kenderaan pelbagai jenis.

Mina memandang Wonwoo.

"Dia kata aku ni pembohong. Aku tak tahu kenapa. Tapi bila lihat ke dalam anak matanya aku tahu dia memang pegang dendam yang kuat pada aku." Wonwoo mengalihkan pandangannya semula ke arah Mina.

"Dia bencikan aku. Sama seperti appa aku. Tak, semua orang termasuk-"

Mata Wonwoo terbuntang apabila tangan halus Mina secara tiba-tiba menekup mulutnya. Lantas Mina perlahan-lahan melepaskan tangannya.

"Jangan sambung ayat tu...

...please.." pinta Mina dengan pandangan yang sayu. Wonwoo pula hanya terdiam. Dan tepat pada masanya makanan yang diorder sampai.

Selepas pelayan itu beredar, Wonwoo dan Mina masing-masing sibuk menjamah makanan yang dipesan namun dalam fikiran masing-masing hanya tuhan yang tahu apa yang mereka fikirkan.

"Terima kasih sebab kau masih sanggup bersahabat dengan aku walaupun keluarga aku ada latar belakang yang tak baik. Tapi aku rasa, baik kita tamatkan je persahabatan kita di sini."

Mina hampir tercekik Oreo Cheese Cake yang dimakannya itu. Kepalanya dinaikkan bagi mendapatkan rupa Wonwoo yang lebih jelas. "M..mwo?"

"Aku tahu ini semua tiba-tiba. Tapi kalau kau bersahabat dengan aku, nyawa kau pasti dalam bahaya. Aku buat semua ni sebab aku sayan-" ayat Wonwoo terhenti di situ.

Wonwoo menggeleng. "Mungkin ini perjumpaan terakhir kita. Aku mungkin akan berpindah ke sekolah lain dan berhenti berkerja di Karate tu."

"Walau apapun, seronok berjumpa dengan kau Mina." Wonwoo tersenyum lemah ke arah Mina yang hanya terdiam sejak dari tadi.

"Nampaknya Yein dan Yuju dah sampai. Diorang pasti tengah cari kau." Ujar Wonwoo lagi sambil matanya melihat ke arah dua kelibat yang sedang bermundar-mandir di hadapan kedai StarBucks.

Wonwoo bangun dari tempat duduknya. "Aku...minta diri dulu."

Tanpa ucapan selamat tinggal, Wonwoo terus berlalu pergi meninggalkan Mina keseorangan. Dan ketika itu Yein dan Yuju pun tiba dengan muka yang risau terpapar di muka masing-masing.

"Mina sorry sorry sorry sorry sangat-sangat! Kami tak tahu pula yang awak sesat...Mina?" Yuju menundukkan mukanya untuk memandang Mina.

Yein pula berkerut dahi. "Mina...? Kenapa awak menangis?"

Memang benar, air mata Mina telah banyak mengalir deras di mukanya.

Mina mengetap kuat bibirnya.

"Pabo..." Mina mengesat air matanya dengan harapan air matanya tidak lagi mengalir namun...

...ianya seperti sia-sia.

●●●●●

Heyol, im sorry for a very boring chap .

Aigoo Wonu yahh cepatlah sembuh ;-;


Pesanan penting!

Esok...

...sekolah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top