Episod 28: Yeochin?
"Besarnya mall ni." Melopong mulut Mina memandang bangunan yang tegak berdiri di hadapannya. Sungguh, dia tidak pernah masuk ke dalam bangunan sebegitu.
"Besar kan? Sebab ada banyak kedai dalam ni . Awak boleh pergi ke mana-mana kedai yang awak rasa awak berkenan." Celah Yein.
Pakaian Yein nampak cantik dengan mengenakan kain soft panjang dan sleevless white top . Rambutnya yang diikat tocang longgar tepi menyerlahkan lagi keayuan jiwa perempuannya. ( dafuq ayat)
Manakala Yuju pula mengenakan T-Shirt yang bercorak bunga dan memakai short jeans. Biar nampak simple tetapi elegan.
"Jomlah masuk! Saya dah bayarkan tambang teksi tu. Lets go!" Dengan lagak yang kurang matang, Yuju berlari-lari anak masuk ke dalam mall tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.
Yein pula hanya menanggung malu. "Yuju...Yuju.." berkali-kali Yein mengeluh. Mina pula hanya tergelak sakan.
"Tak sangka pula Mall hari ini ramai orang. Mina, jangan jauh daripada kami tau?" Yein memandang Mina yang sedang berdiri tegak belakangnya.
"Ah arasseo Yein." Patuh Mina.
Mereka terus mengatur langkah bersama menuju ke destinasi utama mereka iaitu ke butik pakaian.
Dalam perjalanan mereka ke butik itu, ada seseorang terlanggar Mina kuat sehingga beg sandangnya terjatuh. Mina terus mencapai beg sandangnya itu dan apabila dia menoleh...
....kelibat Yein dan Yuju hilang. Begitu sahaja.
"J-jangan main-main..kat tempat macam ni..." saat itu Mina terasa seperti jasadnya terkeluar terus dari tubuhnya. Berada di antara Mall yang terbesar di Korea itu cukup membuatkannya gerun pada situasi yang dia sedang berada sekarang.
●●●●●
Sudah acap kali Mina cuba menelefon dua sahabatnya itu namun tetap tak dapat.
Khusyuk sangat ke shopping? Desis hati Mina sambil tangannya ralit bermain-main dengan skrin telefonnya .
Lama kelamaan baru Mina tersedar yang dia tak punya kredit sebenarnya! Bahkan bateri pada telefonnya itu pun dah menunjukkan bahawa ia perlu dicas.
YA TUHAN kenapa nasib aku macam ni!! Jerit Mina di dalam hati. Frust bukan main lagi.
Mina terus mengambil tempat duduk di atas satu kerusi kosong yang berfungsi sebagai tempat istirehat bagi pengunjung yang penat berjalan setelah bersiar-siar di dalam Mall tersebut.
Entah kenapa tiba-tiba datang seorang lelaki yang boleh berkulit putih dan bermata sepet duduk bersebelahan dengan Mina.
"Hai, cantik lah awak ni."
Senyap.
Nama saya Henry. Nama awak pula?" Sapa lelaki itu sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sebelah Mina. Tangannya pula dihulurkan bagi tujuan untuk bersalaman dengan Mina.
Mina hanya tersenyum ke arahnya dan menggeleng. Dia dapat rasakan aura yang kurang menyenangkan bila dekat dengan si namja bernama Henry tu.
"Hahaha cute. Nak jadi awek saya tak?" Henry mula tersenyum nakal sambil menjilat bibirnya.
Gulp! Bebola mata Mina membesar. Gila! Baru jumpa dah berkenan nak jadikan awek!?
Mina terus bangun untuk bagi tujuan melarikan diri. Tapi apakan daya nasibnya yang malang itu apabila Henry dapat menahan tangannya daripada berjalan jauh darinya.
"Awak tak jawab soalan saya pun..."
"Tak...saya tak mahu...lepaskan saya." Laju sahaja Mina menolak pelawaan namja gatal tak bertempat itu.
"Ala...kenapa tak mahu pula? Saya bukannya nak buat apapun pada awak.." Henry menarik tangan Mina kuat.
Mina hampir menangis. Mana Yein dan Yuju ni...aku dah takut sangat ni!
Tiba-tiba genggaman Henry di tangan Mina dilepaskan.
"Mian tapi dia sedang tunggu aku. Satu lagi, kau ni dah lifeless sangat ke sampai nak bantai awek orang?" Wonwoo merenung tajam ke arah Henry.
Henry mula gerun apabila melihat muka emo plus seram yang diberi oleh Wonwoo itu.
"Sorry. Aku t-tak buat lagi dah. " Henry terketar-ketar dan terus berlari pergi meninggalkan Wonwoo dan Mina di belakang.
Mina terasa sakit di pergelangan tangannya yang digenggam Henry sebentar tadi.
"Aduh..." matanya meliar-liar mencari kedai ubat atau klinik berdekatan.
Klinik dalam mall? Pfft.
"Kau nak pergi mana?" Soal Wonwoo setelah dia menoleh dan mendapati Mina cuba hendak berdiri.
Mina tidak menjawab. Lantas dia terus berjalan perlahan mencari kedai untuk mencari rakan-rakannya.
Wonwoo terus memegang bahu Mina. "Mina. Jawab dulu soalan aku."
"Bukan hal kau aku nak pergi mana...baik kau jauhkan diri dari aku. Nanti yeochin kau nampak kau pulak yang kena marah."
Raut wajah Wonwoo berubah pelik. Aih sejak bila pula aku ada yeochin ni?
"Apa maksud kau yeochin?"
Mina hanya mendiamkan diri dan tidak memandang Wonwoo.
"Mina, kau...
...cemburu?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top