Episod 27: Pembohong
"Seriously?" Mina memandang Yein dan Yuju seakan tak percaya. Dua sekawan itu hanya mengangguk laju.
"Saya kena keluar berpakaian macam ni?"
Sekali lagi dua sekawan itu mengangguk serentak. Mina mengeluh.
"Come on Mina. Janganlah asyik nak berselindung di sebalik jaket dan kaca mata awak tu je. Tak salah kan kalau awak ubah penampilan awak sedikit?" Yein membelek-belek majalah pakaian di tangannya manakala Yuju pula hanya termenung melihat pakaian yang dipakai Mina itu.
"Mina awak nampak lain lah! Yeopo!" Puji Yuju sambil menepuk tangannya ala-ala diva gitew.
"Tapi dengan menampakkan betis...perut...tak apa ke?" Soal Mina, tidak selesa dengan cara pemakaiannya itu.
"Itu dinamakan fesyen Mina. Awak perlu biasakan diri berpakaian macam tu. Untuk pengetahuan awak, inilah fesyen yang paling simple bagi yeoja macam awak." Seperti gaya seorang pakar fesyen, Yein menilai pakaian Mina dan berpuas hati dengan pakaian yang dipakainya itu.
Mina mengeluh. Punyalah bagai nak rak datang ke rumah Yein, sekali kena cuba pakaian kepunyaan adik saudaranya pula. And guess what? Adik saudara Yein yang baru berumur 12 tahun itu cukup muat saiz bajunya untuk Mina memakainya.
"Mina, awak ni macam kurus sangat lah. Risau pula saya tengok. Kalau saya lah kan, terpaksa ikat perut demi menyelamatkan perut dari terus memboroi!" Yuju merebahkan badannya ke atas katil empuk milik Yein.
"Ceh cakap je lebih dia pun macam dah terlebih dari kurus." Usik Yein sinis menyebabkan Yuju memuncungkan bibirnya.
"Okay...kalau awak berdua nak...saya tak kisah kalau berpakaian macam ni." Mina mengalah. Tidak mahu sakitkan hati rakan-rakannya yang dah berlelah untuk mengubah penampilannya itu.
"Good! Sekarang, jom kita pergi shopping! " Yuju bersorak lalu kakinya melompat dari katil ke atas lantai. Yein hanya mampu menggeleng melihat telatah Yuju yang excited itu.
Namun Mina seorang sahaja yang berkerut dahi. Shopping? Mampus! Aku mana reti shopping. Setakat beli makanan aku tahu lah. Dia mengeluh banyak dalam hati. Tulah, siapa suruh tak rajin pergi shopping sangat?
"Jangan risau Mina. Kami berdua ada untuk temankan awak pergi sana bersama-sama." Yein cuba memujuk Mina dengan ayat-ayat penyejuk hati. Mina hanya tersenyum lemah.
●●●●●●
Wonwoo P.O.V
Aku masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa ayah aku membunuh orang. Ya, termasuk ayah Mina sekali. Kesal. Aku terlalu kesal!
Namun aku juga pelik, bagaimana eomma tahu bahawa Mina itu merupakan anak mangsa ayah itu?
Lama juga aku memikirkan hal itu sambil berjalan mundar-mandir di dalam rumah.
Beberapa minit kemudian langkah aku terhenti.
Mungkin aku dah jumpa jawapannya....
....Jungkook. Adik Kembar aku.
Dia tersenyum sinis ke arah aku. Lihat pada raup wajahnya cukup membuat aku marah. Aku tahu dia yang memberitahu eomma tentang Mina.
Disebabkan angin aku tidak berapa betul, aku terus menarik kolar baju Jungkook. Aku merapatkan muka aku ke mukanya.
"Jawab soalan hyung, apa yang kamu beritahu pada eomma!?"
Namun air muka Jungkook tetap tenang dan senyuman sinisnya semakin lebar.
"Hyung, chill. Kook hanya beritahu benda sebenar."
Aku makin mengetatkan genggaman tanganku pada kolarnya. "Jawab soalan hyung. Apa. Kamu Beritahu. Pada. Eomma?"
Jungkook terus menepis genggaman aku kuat. "Kook beritahu eomma yang Kwon Mina tu anak kepada mangsa appa. Puas?" Kini senyuman Jungkook berkurang. Barangkali tidak mampu menahan lagi amarahnya kepada aku.
"Kenapa kamu beritahu eomma pasal Mina tu? Kamu tahu kan appa tu merbahaya? Kalau nyawa Mina dalam bahaya macam mana?" Soal aku dengan nada perlahan untuk tidak membingitkan keadaan.
"Tu bukan hal Kook. Tugas Kook berpihak kepada appa dan bukan kepada Hyung." Jawabnya selamba. Dia terus berjalan jauh dari aku.
Aku tergamam. "Jungkook, apa yang kamu dendam sangat pada hyung sebenarnya?" Aku bercakap dengan tidak terlalu kuat namun cukup untuk membuat Jungkook mendengarnya.
Langkah Jungkook terhenti . Kepalanya menoleh sedikit sahaja ke arah aku. Aku dapat lihat matanya yang merenung tajam dengan penuh perasaan benci ke arah aku.
"Hyung pembohong." bisik Jungkook perlahan sebelum berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan.
●●●●●●
Two update guyss ^^
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top