Episod 25: Usaha
"Eomma tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi eomma cuma nak minta satu je daripada kamu...
...jauhi Wonwoo."
Aku tergamam.
Eomma tak maksudkan macam tu kan?
"Eomma bukan apa Mina, ayah dia tu merbahaya sangat-sangat. Eomma takut dia akan mengganggu kamu dan adik kamu."
Mustahil. Mesti ada cara lain.
"Mianhae eomma...
...Mina tak mahu."
Eomma melihatku seakan tak percaya. Aku terus bangun.
"Kalau Mina buat macam tu sampai bila-bila tak akan berjalan. Ramai mangsa akan terkorban angkara Encii Ji Sung nanti."
"K-kamu nak buat apa Mina?" Soal eomma berkerut dahinya.
Aku memegang tangan eomma dan tersenyum yakin.
"Mina mesti hentikan Encik Ji Sung daripada terus buat macam tu. Semua orang berhak mendapat kehidupan bahagia eomma." Aku tekankan kata-kata aku.
Eomma terdiam. Dia kemudiannya mengeluh perlahan.
"Kamu...sanggup buat macam ni semata untuk Wonwoo.
Eomma tahu eomma tak boleh larang kamu. Tapi kamu yakin ke Wonwoo akan membalas semula perasaan kamu yang kamu pendam sejak dulu lagi?"
Oh sheet aku hampir terlupa pasal tu.
Macam mana nak jawab...
Erm...
"Memang Mina tak yakin. Mina tahu Wonwoo tak akan pernah sukakan Mina.
Tapi tak salah kan Mina nak bantu dia? Mana ada anak yang bahagia kalau bapa dia seorang psycho.
Mungkin ini macam menjaga tepi kain orang, tapi kalau tak buat mana nak dapat hasilnya nanti..." Panjang lebar aku terangkan.
Eomma hanya mengangguk perlahan. "Baiklah. Buatlah apa yang kamu rasa kamu patut buat. Cuma..jangan paksa diri kamu sangat..boleh?"
Aku tersenyum. "Boleh eomma. Mina masuk bilik dulu."
Dan aku pun terus menutup pintu sesampai sahaja aku di bilik aku.
Aku terduduk sambil bersandar di pintu bilik. Senyuman aku berubah menjadi muram.
Aku tak pernah menyangka pun Wonwoo hidup dengan penuh penipuan. Like..seriously...ayah dia membunuh orang yang tak berdosa.
Takkan tak ada cara lain nak langsaikan hutang tu?
Agaknya...Wonwoo tahu tak yang ayahnya hanya berlindung di sebalik topeng je selama ni?
" Apa patut aku buat.." aku memeluk kaki aku sambil berfikir.
....
Mungkin...tak salah kan kalau aku minta sedikit pertolongan..?
●●●●●●
Yein P.O.V
"DESTINY!!!" Hak hak sedap duh suara aku bila nyanyi ni. Sekali jiran datang sepak muka aku huhu.
Aku bermain fon...kadang-kadang tonton movie sambil kepala kat bawah kaki kat atas. Oh tak lupa juga masak kat dapur dan berakhir dengan dapur meletup. Lepastu...
....aku tak tau nak cerita apa dah.
"Eomma...appa...palli lah balik.." aku pandang Frame yang terdapat gambar aku, eomma dan appa bersama-sama semasa kami bercuti di Jeju-Do.
Kenapa eomma dan appa overseas lama sangat..dekat dua minggu dah aku tunggu..aku merungut dalam hati sambil muka aku dibaringkan di atas meja dapur.
Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku segera angkat.
"Hello eomma?"
"Oh..Yein..ni saya, Mina.."
"Mina? Ada apa telefon saya ni?"
"Sebenarnya..saya ada masalah.."
●●●●●●
Mina P.O.V
Sekolah bermula seperti biasa. Hari ni aku lengkap berpakaian jaket aku dan juga ber-beg sandang bagi menyimpan buku sekolah aku.
Aku tak ada perubahan. Masih dengan kaca mata bulat kesayangan aku yang murah ni.
Selepas bersarapan dan melambai ke arah eomma dan Hoshi, aku terus keluar dari rumah dan berjalan menuju ke pondok bas.
Aku masih ingat lagi yang Wonwoo pesan pada aku yang aku kena bonceng motosikal dia setiap kali ke sekolah. Tapi pelik juga aku, aku tak pernah nampak Wonwoo bermotosikal melalui lorong rumah aku langsung. Dia kata...rumah dia ikut jalan yang sama..
Ahhh kenapa pagi-pagi lagi kau dah pikir pasal Wonwoo Mina? Aku menggeleng dan segera masuk ke dalam bas yang baru sahaja tiba.
Semalam aku dah cerita pada Yein tentang Wonwoo...ok Yein berhak tahu. Dia kan dah pernah tolong aku.
Jadi Yein suruh aku berjumpa dengan dia di Perpustakaan. Nasib, tempat feveret aku tuh. Kata Yein lagi dia ada ajak Yuju sama-sama pergi Perpustakaan tuh.
Sedang aku berjalan menuju ke loker aku, aku terserempak dengan Krystal.
"Hello Mina! Guess what? Kai budak kelas sebelah minta kapel dengan aku! Aww..." Krystal memeluk aku sehingga membuat aku baru tersedar betapa pentingnya oksigen bagi aku pada waktu tu.
Dia lepaskan pelukan dia.
Ahh aku rindu kau oksigen.
Aku memandang Krystal. "Wow...urm...hebat betul kau.....kapel dengan Kai eh...tahniah...?" Aku berkata dalam nada pelik mahupun janggal.
Krystal menjerit kegembiraan. Uhh...sikap gedik masih ada rupanya. Malu der semua toleh ke arah sini.
"Wait...mana Luna dan Victoria?" Soal aku kepada Krystal. Krystal berhenti menjerit. Dia memandang aku.
"Belum sampai lah. Tak sabar aku nak bagitau diorang pasal news ni! Kyaa!" Ya tuhan dia menjerit lagi..binasa telinga aku kalau macam ni.
Pada ketika dia menjerit tu aku curi-curi ambil langkah menuju ke perpustakaan. Kalau dah tersekat dengan Krystal sampai bila-bila tak berganjak nanti.
Atleast aku lega Krystal dah tak buli aku. Moga-moga Kai tu baik orangnya. Bolehlah latih Krystal jadi awek Mithali yang baik. Ok apa aku merepek ni.
Sedang aku berjalan beria-ria ke perpustakaan, tiba-tiba takdir yang sayangkan aku menemukan aku dengan Wonwoo.
Gritis betul ayat.
Wonwoo pandang aku, aku pandang dia.
Tapi kali ni aku betul-betul tak percaya bila melihat Wonwoo. Muka dia...
...macam tak ada perasaan langsung. Apa orang panggil tu...Emo?
Wonwoo tanpa berkata apa-apa terus berjalan melepasi aku. Langsung tak sapa, langsung tak senyum.
Aku pasti Wonwoo dah tahu tentang ayah dia.
Dan aku akan berusaha untuk mendapatkan senyumannya semula.
Aku menoleh semula ke belakang untuk melihat Wonwoo..
.
...sedang bersama dengan perempuan lain.
●●●●●
Get Well Soon Wonwoo :(
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top