Episod 24: Jauhi
"Apa yang eomma nak bincangkan?"
Puan Sung In sedikit berkerut. Matanya memandang ke lantai manakala tangannya bergentel antara satu sama lain.
"Begini...tentang perasaan kamu pada Wonwoo tu...eomma bukan cuba mahu sakitkan hati kamu...cuma..."
Mina menongkat keningnya sebelah. "Cuma apa eomma?"
"Cuma....
....eomma ada sejarah pahit dengan keluarga dia. Keluarga Jeon."
Mina ternganga seketika. Laju dia bersoalkan kepada ibunya. "E-eomma ada sejarah pahit dengan keluarga Wonwoo? Sejarah apa eomma?"
Melihat Mina yang seperti mendesaknya untuk menjawab soalan tersebut, Puan Sung In terus melepaskan keluhan berat.
"Kalau eomma beritahu ni...kamu kena bertenang ya?"
Mina mengangguk.
Puan Sung In menarik dan menghembuskan nafasnya sekali lagi.
"Ayah Wonwoo, Jeon Ji Sung ....
...yang bunuh appa kamu Mina. Dia yang rancang semua kemalangan tu."
Terus Mina terasa seperti ada kilat menusuk ke dalam lubuk hatinya.
"Tipu." Sahajalah yang Mina mampu kata. Dia yakin itu semuanya palsu. Mustahil keluarga Wonwoo yang popular dan berpengaruh itu sanggup membunuh appanya yang jelas tidak pernah berbuat perkara yang tidak baik.
Puan Sung In hanya memandang Mina dengan riak wajah yang sedih. "Walau banyak mana pun kamu tuduh eomma tipu, tapi hakikatnya eomma ada bukti...yang dia bunuh appa kamu."
Lantas Puan Sung In terus mengeluarkan set rakaman audio dari beg tangannya.
"Kamu...dengar ni.." Puan Sung In memasang pita audio tersebut ke dalam radio.
"Berani betul lelaki tu menolak pelawaan aku. Aku mahu kau orang bunuh dia dengan segera. Aku tak mahu business kita lingkup sebab dia. CEPAT!"
"Ba-Baik Bos!"
TUP! Audio mati dengan sendirinya.
Mina masih tidak mampu menerima kenyataan. "Eomma salah audio ni...tu mungkin bukan ayah Wonwoo...la-lagipun appa dulu tak pernah pun cakap appa berkawan dengan ayah Wonwoo.."
Puan Sung In mengeluh lagi.
"Memang. Memang appa kamu tak pernah berkawan dengan dia. Hubungan mereka lebih kepada hubungan penghutang dan pemberi hutang."
"A..Appa pernah berhutang ?"
Puan Sung In mengangguk perlahan. "Tapi selepas sebulan, appa kamu bayar semula hutang yang dia beri kepada ayah Wonwoo, iaitu Encik Ji Sung. Sebab ayah kamu ditawarkan kerja sebagai seorang pengurus kawasan, jadi dia dapat gaji yang cukup untuk membayar semula semua hutang tu.
Beberapa bulan kemudian, Encik Ji Sung telefon appa semula. Dia cuba pelawa appa untuk bekerja dengannya. Kerja sebagai pembantu peribadinya."
Mina terus mencelah dengan suaranya yang perlahan. "Jadi eomma nak cakap yang...appa tolak pelawaan Encik Ji Sung tu dan..Encik Ji Sung..."
Puan Sung In mengangguk. "Appa kamu tu ada banyak potensi dalam semua bidang. Selepas ramai orang nampak kebolehan dia, ramai lah yang cuba untuk pelawa dia kerja bersama mereka. Tapi appa kamu menolak secara baik-baik.
Eomma tak tahu kenapa appa kamu yang tak pernah buat salah tu pun ada yang sanggup membunuh."
"Macam mana eomma boleh tahu semua ni?" Soal Mina masih tidak mampu percaya semua yang telah terjadi yang tidak pernah diketahuinya.
"Se..setahun selepas kemalangan tu..ketika eomma berada di luar negara, eomma dapat panggilan daripada salah seorang bekas pekerja Encik Ji Sung. Dia suruh eomma balik ke Korea segera sebab dia ada perkara penting nak beritahu eomma. Inilah perkara pentingnya. Bukti Encik Ji Sung yang merancang semua ni."
"Eomma...lari ke luar negara?"
"Mianhae sayang...eomma memang tak guna pergi tinggalkan anak-anak eomma tanpa pengawasan orang dewasa." Puan Sung In menundukkan mukanya kerana dia malu sebagai seorang ibu tak mampu menjaga anaknya sepanjang tempoh sembilan tahun itu.
"Eomma...gwenchana. Mina tahu eomma lari ke sana sebab eomma takut diorang akan tangkap dan bunuh eomma pula kan? Eomma buat tindakan yang betul. Dan sebab itulah, Mina pandai berdikari sejak kecil." Tersenyum Mina memandang muka ibunya itu.
"Jadi bekas pekerja Encik Ji Sung tu di mana sekarang?" Soal Mina curious.
"Dia kini bekerja di Amerika Syarikat. Satu je yang eomma tahu, dia tu nasib seperti kita juga. Abang dia kena pukul sehingga mati. Sebab abang dia berhutang dengan Encik Ji Sung tu. Nak diringkaskan cerita, semua orang yang berhutang ataupun pernah berhutang dengan Encik Ji Sung pasti akan dibunuh kelak."
Mina menekup mulutnya. Sampai begitu sekali?
"Eomma tahu kamu pasti tak percaya. Biar eomma beritahu kamu, Encik Ji Sung ada dua pekerjaan. Satu, dia Ceo Syarikat yang terkenal dan satu lagi, dia manusia yang kejam. Punca dia jadi begitu sebab kes penceraian dia dan isterinya Puan Ji Woo. Yang kedua, sebab Wonwoo berlatih Karate di China tanpa izin dia.
Eomma tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi eomma cuma nak minta satu je daripada kamu...
...jauhi Wonwoo."
Mina tergamam.
●●●●●
Thanks for the 1.76k views ;-; imma crying.
And sorry for the short chapter. :'(
Otak author cam kurang ok hari ni. Jadi kalau terdapat kesalahan atau kepelikan dalam chap ni silalah comment ya? Tapi kalau nak jadi silent readers pun boleh tak ada masalah..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top