Episod 23: Wae?
"Yebuseyo eomma."
"Balik."
Suara eomma seperti sedang marah.
"Eomma? Apa-"
"Eomma kata balik sekarang Jeon Wonwoo! DAN jangan jumpa yeoja yang bernama Mina tu lagi. WALAUPUN SEKALI!
"Eomma- *trutt *
Aku masih dalam keadaan konfius.
Terus aku menoleh ke belakang dan berjalan menuju ke arah Mina yang masih sedang duduk di atas bangku. Perasan akan kehadiran aku, dia terus bangun. "Siapa telefon?"
"Eomma aku. Dia suruh kita balik sekarang."
Mina mengangguk faham.
"By the Way Mina..."
"Herm?" Mina memandang aku sambil membetulkan topi keledarnya.
"Mian...sebab tadi. Aku tak tahu apa yang rasuk minda aku."
Muka Mina kembali merah memikirkan hal tadi. "Ah...Gwenchana. Kajja..."
●●●●●
Author P.O.V
Kreakk..
Pintu dibuka perlahan. Wonwoo memerhati sekeliling.
"Eomma?"
Wonwoo terus berjalan perlahan menuju ke arah ibunya yang sedang merenung ke luar jendela membelakangi dirinya.
"Kamu duduk dulu." Arah Puan Ji Woo masih tidak memandang Wonwoo. Wonwoo hanya menurut dan terus duduk di atas sofa empuk kepunyaan ibunya itu.
Puan Ji Woo mengeluh perlahan dan menoleh memandang anak lelakinya itu. Beliau masih menyilangkan tangannya.
"Eomma tahu, kamu pasti keliru tentang tadi. Bukan?" Soal Puan Ji Woo.
Wonwoo terdiam sebentar lalu perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.
"Eomma....akan ceritakan semuanya pada kamu...." Puan Ji Woo menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
"Appa kamu...."
●●●●●
"Eommaa, saya dah pulang. Hoshi...~" Mina berlari-lari anak menuju ke kamar adiknya. Ketika itu adiknya, Hoshi sedang mengulangkaji pelajaran kerana dia akan menghadapi peperiksaan di sekolahnya.
Susah betul bila adik-beradik sekolah lain-lain...keluh hati Mina perlahan. Dia tersenyum melihat adik dia yang sangat mengambil kisah tentang peperiksaan dan juga kagum melihat adiknya yang bijak mengatur masa antara sukan dan belajar.
Perlahan-lahan pintu bilik adiknya dibuka.
Hoshi yang sedari tadi begitu fokus pada buku latihan di atas mejanya terus memandang kakaknya yang sedang berdiri di hadapan muka pintu sambil menatang dulang yang berisi dua gelas berisi Jus Oren.
"Noona tahu kamu akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi. Tapi kalau terlalu serius sangat belajar boleh buat kamu stress. Jadi noona buatkan kamu air jus oren bagi membolehkan kamu merehatkan minda kamu sekejap."
Hoshi seperti serba salah. Namun bila difikirkan semula, ada betul juga kata noonanya itu. Dia terus tersenyum " Okay. Kamsahamnida noona."
Mina terus membawa dulang tersebut menuju ke arah meja belajar Hoshi. Dia memberikan satu gelas berisi jus oren itu kepada Hoshi sementara dia mengambil bangku untuk duduk.
Hoshi terus minum sehingga habis satu gelas. Mina sedikit terpegun melihat adiknya yang betul-betul kehausan.
"Kamu tak minum ke tadi? Aigoo Hoshi-yah.." tangannya meramas-ramas rambut Hoshi.
Hoshi tergelak. " Mana ada noona. Hampir tujuh gelas dah Hoshi minum tadi sebab Hoshi berlatih Karate kat padang."
Mina mengangguk faham. Bukan dia tidak tahu tentang semangat adiknya tentang sukan Karate. Terus sahaja Mina melihat ke luar tingkap yang berada di bilik adiknya itu.
Dia terkenangkan semula peristiwa Wonwoo yang hampir sahaja mengambil ciuman pertamanya di taman tadi.
"Hoshi...kamu boleh percaya tak?"
Hoshi memandang Mina. "Percaya apa noona?"
"Ingat tak...taman yang noona selalu pergi tu?"
Hoshi berfikir sebentar. "Ah, ingat! Kenapa noona?"
Mina tersenyum lebar. "Noona nak beritahu kamu...
...Yang noona sukakan Wonwoo. Dari dulu lagi."
Hoshi terbuntangkan matanya. "Noona sukakan Wonwoo hyung dari dulu lagi?"
"Mian noona tak beritahu awal-awal. Jinjja mianhae.."
Hoshi mengangguk faham. "Jadi pasal taman noona selalu pergi tu?"
"Wonwoo beritahu noona yang dia selalu ternampak seorang budak perempuan kat taman tu. Dia kata dia dah jatuh hati pada budak perempuan tu.
Tapi noona tertanya-tanya...
...sama ada perempuan tu diri noona ataupun orang lain..."
Mina terdiam sebentar. Kemudian dia tergelak kecil membuatkan Hoshi pelik melihatnya.
"Mustahil dia sukakan noona. Betul tak? Orang femes macam dia tak akan pernah dapat bersama dengan orang macam noona ni." semakin tawar senyuman Mina apabila semakin banyak dia memikirkan tentang Wonwoo.
Hoshi tahu bahawa kakaknya itu sedang keliru tentang perasaan Wonwoo terhadapnya. Dia kemudiannya memeluk kakaknya erat.
Mina sedikit terkejut apabila badannya tiba-tiba didakap oleh adiknya.
"Noona tahu tak yang Hoshi memang nak sangat Wonwoo hyung yang jagakan Noona bila Hoshi dah tak ada nanti..."
Mina tersentak lalu matanya laju memandang Hoshi dengan pandangan risau.
"Apa kamu cakap ni Hoshi? Kenapa cakap macam tu? Kamu buat noona risau tau tak...?"
Hoshi tersenyum tawar. " Seribu kemungkinan boleh berlaku. Mungkin Hoshi yang pergi dulu sebelum noona. Kita tak tahu kan takdir kita ni macam mana?"
"Hish dah lah. Jangan buat hati noona gusar. Noona tak kisah dengan siapa pun Wonwoo tu pilih tapi noona ambil kisah tentang kamu."
...
"Okay sebenarnya noona ada ambil kisah sikit tentang Wonwoo tu...erm.." Mina menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Semakin galak Hoshi tertawa.
"Herm...biar Hoshi tanya...ada tak tanda-tanda yang Wonwoo Hyung ada hati pada noona?"
Mina terdiam sebentar. Tanda-tanda....
"Erm...mungkin...ada?"
"Apa dia?" Soal Hoshi ingin tahu.
"Dia...mungkin...
..cuba...kiss noona kat taman tadi..."
Hoshi menepuk tangan kuat. "Maksudnya dia mungkin memang ada perasaan pada noona!"
"Hish kamu ni macam yakin je. Mana lah tau dia cuba tiup habuk ke kat muka noon-"
"Noona. " Hoshi memotong ayat Mina sambil merenung ke dalam anak mata kakaknya itu.
Mina mengeluh. "Sorry, noona gelabah sangat."
"Orang macam noona ni tak patut dibenci. Noona tahu tak Hoshi selalu nampak noona beri duit kepada orang miskin di tepi jalan sebab tu lah bila pulang je noona kata tak ada duit."
Mina ternganga. Dia tidak tahu bahawa adiknya lebih mengetahui banyak perkara tentang dirinya.
"Mi-mianhae...Noona kesian sangat kat orang miskin tu...walaupun kita sendiri tak ada duit..."
Hoshi kini tersenyum menampakkan baris giginya. "Mungkin sebab kebaikan noona tu, kita dapat berjumpa eomma semula. Tak perlulah minta maaf noona. Apa yang noona buat tu betul."
Dua beradik itu tertawa bersama seperti hubungan keluarga yang sangt erat.
Namun tidak bagi Puan Sung In, mukanya berkerut dan hatinya terlalu risau tentang keselamatan anaknya. Dia terus mengetuk pintu bilik Hoshi di mana dua-beradik itu berada.
"Mina...meh sini kejap sayang...eomma ada sesuatu nak bincang dengan kamu..hanya..kita berdua.."
Mina mengangguk faham dan terus berdiri menuju ke arah eommanya. Dia menoleh sebentar.
"Nanti noona ambil dulang dan gelas tu. Kamu ulangkaji betul-betul tau?"
Hoshi mengangguk laju.
Pintu dihempas perlahan. Mina terus mengikut langkah eommanya menuju ke ruang tamu.
Puan Sung In terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa diikuti dengan Mina.
"Apa yang eomma nak bincangkan?"
Puan Sung In sedikit berkerut. Matanya memandang ke lantai manakala tangannya bergentel antara satu sama lain.
"Begini...tentang perasaan kamu pada Wonwoo tu...eomma bukan cuba mahu sakitkan hati kamu...cuma..."
Mina menongkat keningnya sebelah. "Cuma apa eomma?"
"Cuma...."
●●●●●
Im sorry...
Chapter yang kurang menyeronokkan :(
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top