Episod 21: Shock
Sedang Ji Woo begitu asyik menyiram pokok-pokok di taman bunganya yang luas tiba-tiba dia dikejutkan dengan beberapa bunyi ketukan di muka pintu pagar rumahnya.
"Masuk!" Jerit Ji Woo sambil tangannya masih laju melakukan kerja menyiram pokok bunga itu.
Tap..
Tap..
Tap..
"Eomma." Satu suara menyapa Ji Woo perlahan.
Ji Woo menoleh ke arah suara tersebut lalu tersenyum setelah dapat melihat bahawa empunya suara itu merupakan milik suara anak keduanya, Jeon Jungkook.
"Ah..Kookie...jumpa pun kamu akhirnya. Mana abang kamu? Aduh..susah betul eomma nak tengok kamu berdua melekat bersama macam dulu..." ucap Ji Woo dengan nada sedikit sedih.
Jungkook hanya mendiamkan diri. Tangannya digenggam erat.
"Eomma...Kook ada sesuatu nak bagitau eomma..."
" Apa dia sayang?" Soal Ji Woo sambil mendekatkan dirinya ke arah Jungkook selepas selesai menyiram pokok bunganya.
Jungkook menarik nafasnya perlahan. " Hyung...."
●●●●●●
"Jadi Wonwoo....mana....erm...." Yuju teragak-agak. Matanya liar memandang ke kanan dan ke kiri.
"Aku dah agak kau bukannya cari aku tapi adik aku. Pssh." Potong Wonwoo selamba.
"Ehehe...mana dia?" Yuju tersengih seperti kerang busuk.
"Aku pun tak tahu dia hilang ke mana. Tapi kalau kau nak contact dia..." Wonwoo menjeling ke arah Yuju.
"Please bagi contact dia...Onegaii ;-; " rayu Yuju sambil membuat muka sedih kononnya terdesak.
Dan Mina sekali lagi menjadi tunggul bersiri di sebelah.
Tiba-tiba sahaja bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang.
"Anyeong Mina." Yein tersenyum.
"Eh Yein...anyeong...awak dari mana?" Soal Mina sedikit terkejut melihat kelibat Yein di belakangnya. Yuju dan Wonwoo kedua-duanya menoleh serentak.
"Saya dari kelas tuisyen saya. Eh...Yuju dan Wonwoo pun ada?" soal Yein terpegun.
"Korang kenal antara satu sama lain ke?" Mina masih blur dengan keadaan.
Yuju merenung ke arah Yein. " Eh awak ni rakan setuisyen saya kan? Jung Yein...?"
Yein mengangguk. " Awak budak baru kelas tuisyen saya. Choi Yuju. Jadi hubungan awak dan Wonwoo...?" Yein menoleh ke arah Wonwoo kemudian matanya beralih semula ke arah Yuju.
"Ah...kami jiran lama . Saya pindah ke New York dulu dan pindah semula ke Seoul ni." Terang Yuju secara spontan. Yein mengangguk faham.
Tiba-tiba tangan Mina ditarik seseorang. Mina menoleh ke arah Wonwoo. "Apa yang-"
"Memandangkan sesi berkenalan dah tamat aku dan Mina minta diri dulu. " Lalu Wonwoo menarik tangan Mina menuju ke Market yang berada dua meter di hadapan tempat mereka berjumpa tadi.
Yuju menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. "Diorang dating ke?"
Yein menjongket bahu namun mulutnya mengukir senyuman manis. "Mungkin..."
●●●●●
Wonwoo P.o.V
"Sorry sebab hal tadi. Yuju memang kalau berborak mulut dia tak akan habis bercakap. Jadi aku cepat-cepat bawa kau larikan diri supaya kau tak termakan dengan ayat merapu dia tu." Aku melepaskan tanganku.
"Tapi kesian lah dia. Aku tak dapat berborak dengan dia sangat pun..." kata Mina perlahan sambil menoleh unruk mencari kelibat Yuju. Namun bayangan dia dah hilang bersama-sama dengan Yein.
"Aku pelik betul dengan kau ni. Terlalu ambil berat sangat pasal orang lain tapi diri sendiri tak mahu ambil kisah." Kataku selamba. Walhal sebenarnya aku nak sangat dia ambil kisah pasal aku sebab....
..tak pernah ada orang ambil kisah pasal aku pun. Sewaktu aku berpindah ke China dulu...eomma dan appa sekali pun tak pernah telefon aku. Jenguk lagilah tidak. Jadi function aku bawa henpon tu macam tak ada.
Langsung tidak.
Kami tiba di hadapan Market di mana Mina perlu membeli barang keperluan dapurnya. Entah kenapa tiba-tiba aku ada mood nak follow dia. Aku pun tak tahu kenapa.
Lagak Mina betul-betul seperti seorang Isteri Mithali. Mana tidaknya dia begitu teliti bila membeli barang-barang dan makanan dapur di situ.
Dan secara automatik aku jadi troli peribadi dia. Okay makanan yang aku kena angkut tak adalah banyak sangat tapi beratnya.....macam 1 newton.
Kebiasannya bila yeoja tengah beli barang...namja pasti nak balik. Lumrah lah tu lelaki tak suka shopping sangat. Macam aku juga sekarang. Aku hanya mampu bersandar pada dinding sambil melihat Mina masih tidak habis memilih daging yang segar di bahagian makanan beku. Tangan aku pun dah lenguh.
Sampaikan aku terlupa yang aku ni kononnya MAJIKAN dia.
Tiba-tiba entah kenapa ada Pak Cik ni selamba bersandar sebelah aku juga. Entah-entah isteri dia pun tengah busy beli makanan dan lumrah, NAMJA tak suka shopping. Remember that.
"Ohoi anak muda. Baguslah muda-muda lagi dah ada isteri." Kata Pak Cik itu sambil matanya memandang ke arah Mina dan kemudiannya ke arah aku.
"Ahjusshi...saya belum kah-"
"Ciah! Ahjusshi tahu kamu cuba menafikan sangkaan ahjusshi." Potong lelaki tua itu laju. Aku cepat-cepat menutup mulut aku. Kot-kot dia ni psycho ke apa baik aku berdiam diri.
"Baiklah. Ahjusshi percaya kamu ni belum berkahwin. Sebab nak masuk alam perkahwinan ni susah nak....banyak rintangannya." Pak Cik itu mendongak ke atas memandang siling market itu sambil tangannya memegang puntung rokok. Mungkin mengenangkan semula kenangannya sebelum berkahwin.
Dan aku pula terfikirkan pasal eomma dan appa.
Eomma dan appa dah bercerai. Aku tak tahu puncanya apa. Kalau boleh aku nak tahu sangat-sangat.
"Ahjusshi cabar kamu." Tiba-tiba Pak Cik tu bersuara membuatkan aku terkejut sedikit.
"Ca-cabar apa ahjusshi?" Mataku tidak berkelip. Dah lah aku tak kenal pak cik ni tiba-tiba je nak cabar aku.
"Ahjusshi cabar kamu untuk mempertahankan hubungan kamu dengan yeoja tu." Tangannya menuding ke arah Mina yang masih meneliti makanan jauh sedikit dari aku.
"Kalau kamu gagal, ahjusshi labelkan kamu sebagai namja yang lemah. Lembik! Ingat cabaran ni ara!?" Lelaki tua itu menepuk dada depan aku kuat.
"A...ara..." kecut perut aku dengan Pak Cik ni.
"Bagus...bagus...." Pak Cik itu terus berlalu pergi meninggalkan aku. Aku terdengar isterinya menegur dia kerana menjerit terlalu kuat dalam Market.
"Yeobo..kenapa jerit kat budak tu? Sian dia kecut ngan yeobo tahu tak?"
Ya haah memang aku kecut pun. Thanks ahjumma.
Mata aku kemudiannya beralih ke arah Mina yang baru selesai memilih daging segar di tangannya.
"Wonwoo..? Asal kau macam dapat shock je ni?" Soal Mina pelik. Aku hanya menggeleng.
Aku masih keliru.
Tentang hubungan aku,
Dengan Mina.
●●●●●
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top