Episod 2: Si Dia

Aku berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Atau lebih dikenali sebagai HELL.

Sabar Mina...sabar...

PLAP!

What the...

"Amacam? Sedap tak cheese lendir tu mendarat atas kepala kau budak nerd? Ahahahaha!"

Grr...aku senior! Kenapa budak junior ni-.. aku- Ergh!

Reda je la.

Bisikan demi bisikan aku dengar sepanjang menuju ke loker aku.

Gaiss aku tahu korang jeles sebab rambut aku ada aksesori baru~*Flips hair*

....

Cheese lendir ni kotor. Eew.

Aku mengalihkan cheese lendir di rambut aku dan segera membuangnya ke dalam tong sampah. Selepas itu aku membuka loker aku yang penuh dengan nota-nota kebencian dan juga ada tikus mati di dalamnya.

Wait...Tikus mati?

"Aaah!" Aku jatuh terduduk. Kejam! Siapa yang letak tikus dalam loker aku ni!?

"Pfft...guys...korang dah rakam?"

Sekarang aku dah tau siapa.....
....Krystal Jung.

"Of Course dah! Aku akan update di insta secepat yang mungkin!" Victoria menekan laju button di ip nya dan menjerit kegembiraan.

"Haha...ooops. Mianhaeyo Mina. Eh sekejap...buat apa aku nak minta maaf? Aku kan dah buat kau femes sebab masuk insta! Right guys?" Krystal tersenyum jahat. Victoria dan Luna selaku geng (bit#h) mengangguk sebagai tanda bersetuju dengan cadangan ketua nya itu.

Kelakar Krystal. Kelakar sangat.

Aku hanya mengetap bibir aku. Gunakan sepenuh tenaga untuk bangun.

Auch...punggung aku...

Aku melihat sekeliling. Pelajar-pelajar ada yang menekup mulut. Ada yang ketawa melihat aksi aku terduduk tadi dan ada yang memberi muka simpati.

See? Aku memang terer bab jadi femes ni.

Sarcasm sikijap.

Aku membuka semula loker aku. Syukur aku ada simpan surat khabar yang tidak digunakan dalam loker aku ni. Aku mengambil beberapa alas surat khabar dan perlahan-lahan menggulung BANGKAI TIKUS yang dah nazak dalam loker aku ni.

Siapa reti eja JIJIK? Tentunya aku. Tapi siapa yang tengah rasa JIJIK sekarang ni?

Tentunya aku!

"Eeei korang! Tengok minah senget tu! Dah lah simpan tikus dalam loker. Berani dukung bangkai tikus pula tu! Eeew!" Krystal menutup hidungnya diikuti dengan dua orang sahabat dia. Mereka kemudiannya tergelak.

Kalau lah aku boleh bawa pisau sekarang ni-

Uih! Jangan! Tu kes bunuh! Kau tak sanggup masuk ke dalam lokap sebab membunuh orang yang ternama kan?

Kau sapa?

Aku lah imaginasi kau yang tak kurang bezanya bodoh macam kau budak nerd!

Aku tak bodoh.

Hu-uh.

Bisinglah. Kau selaku imaginasi aku patutnya sokong aku bukan hina aku.

Imaginasi tak sokong orang yang pabo k?

Tak guna punya imaginasi. Blah lah jauh-jauh!

Aku nak blah. Tapi malangnya aku imaginasi. Nak lari ke mana?

Urgh...

"Weh Krys...dah lah tengah bungkus bangkai tikus, pastu boleh termenung jauh pulak! Serius weh dia ni mesti psycho yang cuba pakai spek mata ke sekolah!" Bisik Victoria dengan kuat bagi menyedarkan aku yang sedang 'berborak' dengan imaginasi aku sendiri.

Eh aku berangan ke tadi?

Aku dengan rasa yang 'Maaaalu' segera membuang bangkai tersebut ke dalam tong sampah di luar agar baunya tidak berlegar-legar dalam kawasan sekolah. Tak terlepas mendapat renungan pelik yang diberikan oleh pelajar dan juga pak guard sekolah.

Haktuih.

●●●●●●

"Benci, benci!" Aku menendang tong sampah besar di hadapan aku dengan kuat. Dan hasilnya, aku memeluk kaki aku kerana baru tersedar yang tong sampah itu diperbuat daripada besi. Aduh...my poor leg!

Sekali lagi, padan muka aku.

"Urm..."

Aku tak paham, kenapa hidup nerd ni pasti wajib dibuli?

"Er.."

Apa dosa nerd? Apa salah kami?

"Cik.."

Aku bukan nerd!

"Hello!"

Aku tersedar dari lamunan aku. Aku perlahan-lahan menoleh Siapa pula yang sapa aku pagi-pagi buta macam ni...

......

Oh Tidak.

T-tak mungkin.

"Awak tak apa-apa?" Dia, crush sembilan tahun aku menghulurkan tangannya. Aku tak sambut tangannya namun aku hanya ternganga.

Dia...

Crush Chilhood aku.

Jeon Wonwoo.

To be Continue...

○○○○○

Please:

Vote ✔
Comment ✔

Love You Readers 😁

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top