Episod 18: Percaya
Malam itu, Mina pulang ke rumah menaiki bas awam menuju ke apartment. Buka sahaja pintu rumahnya itu, dia dikejutkan dengan bauan wangian yang sangat dia kenali. Bukan itu sahaja, malahan terdapat sepasang kasut yang tak pernah dilihatnya sebelum ini berada di rak kasut rumahnya.
"Siapa pulak yang datang bertandang tak bagitau dulu ni.." ucap Mina perlahan sambil menggelengkan kepala. Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya itu.
"Noona dah pulang..."
Tiada jawapan.
Kepalanya dipaling ke kanan dan ke kiri mencari kelibat adiknya Soonyoung yang tidak memberi sebarang sahutan.
"Hoshi! Hoshi kamu ada tak?" Mina memanggil adiknya sejurus selepas dia meletakkan beg sandangnya di atas katil.
Mina berjalan lalu membuka pintu bilik adiknya.
Ah...tidur rupanya. Mina menghela nafas lega dan kemudian tersenyum.
"Ya dia memang terlelap dah pun." Entah dari mana datangnya suara itu membuatkan Mina terkejut dan kemudiannya menoleh.
Dan sekali sahaja wajahnya berpaling ke belakang, tak akan pernah dia sangka bahawa perempuan yang sedang berdiri di hadapannya adalah
"E-eomma...?" Mina mengerutkan dahinya setelah dipandang wajah yang sangat dia kenali itu.
Yeoja yang digelar "eomma" itu tersenyum sinis lalu memeluk Mina dengan eratnya. "Apa khabar Mina? Bogoshipeoyo.."
Mina kaku. Dia tidak tahu sama ada mahu membalas pelukan itu ataupun membiarkan sahaja pelukan itu.
Runsing. Keliru. Pelik.
Pada mulanya Mina menganggap ini cuma mimpi, khayalan yang mengganggu fikirannya atau mungkin dia terlalu penat. Namun tak. Ini betul-betul ibunya, Kwon Sung in, yang terlibat dalam kemalangan langgar lari lapan tahun yang lalu.
"Eomma tahu sayang. Eomma tahu kamu keliru. Kalau ada masa yang sesuai eomma ceritakan nanti. Buat masa ni duduk kat meja makan tu. Eomma masakkan bibimbap untuk kamu."
Puan Sung In menarik perlahan tangan anak perempuannya itu menuju ke meja makan dan kemudiannya menarik kerusi bagi mempersilakan anaknya untuk duduk.
Mina berasa janggal. Kenapa eomma aku baik sangat ni...
"Eomma bukan buat baik nak. Bukan ke dulu eomma selalu buat macam ni pada kamu dan adik kamu?"
Mina menekup mulutnya. Terlupa pula yang dia selalu bercakap terlalu kuat ketika berfikir. Dengan segera Mina mengucapkan terima kasih dan duduk di kerusi tersebut. Puan Sung In tergelak kecil lalu duduk berhadapan dengan Mina.
Mina mengambil chopstick lalu mula menyepit bibimbap tersebut membawa masuk ke dalam mulutnya.
Sedap. Sedap sangat. Mina rindukan masakan eommanya itu .
"Eomma nak makan bibimbap!"
"Sabar sayang..tunggu appa balik.."
Sehingga dia tidak sedar bahawa air matanya mulai mengalir di pipinya.
Puan Sung In dengan segera menyapu air mata Mina itu menggunakan sapu tangan kecil. "Kenapa nangis ni Mina? Tak sedap ke?"
Mina menggeleng. "Rindu..." Mina memandang ibunya.
"Rindu apa sayang?" Soal Puan Sung In pelik melihat anaknya itu yang seperti kelihatannya hendak menangis lagi.
"Mina rindu appa..rindu eomma...
eomma pergi mana...Appa pula pergi mana...
Eomma tahu tak Hoshi rindu sangat pada eomma?
Eomma tahu tak Hoshi langsung tak tahu pasal kemalangan tu?
Eomma tahu tak?" Tidak henti-henti Mina bertanyakan soalan yang telah lama dia pendam dari dulu lagi. Dan kini, dia mahu jawapannya itu dijawab dengan tulus ikhlas daripada mulut ibunya.
Puan Sung In terdiam. Dia faham benar akan keadaan anak sulungnya itu. Terpaksa biayai sendiri pendapatan sejak berumur sepuluh tahun dan perlu menjaga adik lelakinya lagi.
"Eomma minta maaf sangat-sangat Mina..eomma tahu. Eomma faham keadaan anak eomma. Tapi eomma terpaksa..lagipun eomma sahaja yang terselamat dalam kemalangan tu. Appa.."
"..appa cedera parah. Tambahan pula dia ada masalah pernafasan...." air mata mulai terkumpul di tubir mata.
Puan Sung In tidak mampu menahan lagi. Terkenangkan suami yang tercinta pergi tanpa sebarang ucapan selamat tinggal. Penat lelah membina keluarga bahagia begini pula jadinya.
Air mata kian mengalir deras. Puan Sung In menekup mukanya. Tidak mahu menunjukkan bahawa dirinya lemah lebih-lebih lagi apabila berada di hadapan anaknya sendiri.
Mina bingkas bangun menuju ke arah eommanya lalu memeluknya erat. "Mianhae eomma. Mianhae...Mina buat eomma menangis. Please eomma...jangan menangis..malu Hoshi tengok nanti..eomma kan hero dia..?"
Mina mengelap permata jernih ibunya itu menggunakan sapu tangan yang sama semasa ibunya menyapu air matanya sebentar tadi.
"Terima kasih Sayang.."
●●●●●●
Mina sedang membasuh pinggan di dapur. Puan Sung In pula sedang menonton televisyen di ruang tamu. Hoshi masih tertidur.
Selesai membasuh pinggan, Mina terus sahaja menuju ke ruang tamu.
"Mina. Eomma terlupa pula nak tanya. Mana diary kamu yang kamu sayangkan sangat tu?" Soal Puan Sung In.
Mina mengeluh. "Kena curi."
"Bwo? Haish..anak eomma ni cuai betul. Habis segala rahsia orang tu baca nanti."
"Wonwoo tak akan berani bacalah." Sanggah Mina sambil menukar siaran televisyen menggunakan remote control tv. Kemudian baru dia tersedar bahawa dia tersasul lagi. Mukanya berubah merah mengambang.
"Wonwoo? Crush kamu sejak kecil tu? Dia sama sekolah dengan kamu or...?" Soal Puan Sung In lagi ingin mengorek rahsia.
Arghh pabo Mina! Pabo...Mina menjerit geram dalam hati.
Mina terpksa menceritakan segalanya. Semuanya sekali. Tidak terlepas juga tentang perjanjian dia dan Wonwoo selama tiga bulan itu.
Puan Sung In hanya memberi reaksi dengan gelak ketawa dan gelengan.
Habis sahaja bercerita, kedua anak-beranak itu kemudiannya mendiamkan diri.
Mina terbayang semula tentang Wonwoo. Sehari ini dia langsung tidak berjumpa atau memberi sebarang mesej kepada namja itu. Langsung tidak.
Bukannya hendak berlagak sombong namun dia terlalu takut.
Takut yang dia mengganggu Wonwoo atau menyusahkannya. Sembilan tahun tidak berjumpa dengannya akhirnya dipertemukan semula, kemudian begini ni pula jadinya.
"Hah...kalau diam ni mesti gaduh kan?" Soalan Puan Sung In membuatkan Mina sedikit terkejut.
Macam mana pulak mak aku ni boleh tahu?
Puan Sung In tersenyum sinis. "Kamu tahu tak kalau asyik bergaduh lama-lama boleh retak hubungan kamu berdua nanti?"
"Apa eomma merapu ni. Kelakarlah." Mina tergelak palsu. Okay memang tak dapat dinafikan kata-kata eommanya itu betul.
"Mina. Eomma kenal lah anak eomma bila ada masalah. You can't hide everything from me dear."
Mina mengalah. "Okay fine eomma betul. Habis tu apa yang Mina perlu buat? Dia langsung tak .....mesej atau jumpa Mina pun." Sayup-sayup suara Mina bercakap. Gedik sangat ke dia sampaikan Wonwoo tak mahu bercakap dengannya?
"Mina. Dengar sini." Puan Sung In membetulkan kedudukannya menghadap Mina.
"Jumpa dia dan minta maaf."
Mina mengeluh . "Cakap senang tapi nak buat tu susah eomma."
"Kalau tak percaya pada diri macam mana nak buat Mina? Minta maaf secara tulus ikhlas dari hati...jangan berkata gula sahaja tapi hati berkata garam. Faham maksud eomma?
Jangan cakap sahaja lebih tapi hati tak ikhlas. Itu sahaja."
Mina terdiam semula.
Percaya pada diri...
percaya pada diri..
percaya pada diri..
"Kamu yakin kamu boleh buat?" Soal Puan Sung In.
Mina menarik nafas dalam-dalam.
"Ya. Saya boleh buat eomma." Mina kini yakin. Dia yakin dia boleh. Berjumpa dengan Wonwoo dan minta maaf dengan ikhlas. Itu sahaja.
"Macam nilah anak eomma." Puan Sung In tersenyum kegirangan.
●●●●●●
Im sorry late update. Omg 1k+ views. Thanks guyss! Lebih2 lagi yang sudi promote dan vote ff saya yang tak seberapa ni ^^ jutaan terima kasih saya ucapkan. You all are the best! 👍👍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top