Episod 16: Mustahil

Tok
Tok
Tok

"Masuk."

Kreakk...

"Tuan." Seorang lelaki yang lengkap berpakaian kemeja kemas menunduk 90° darjah ke arah seseorang. Tertera di nametag nya bernama MyungSoo.

"Ada apa?" Kata seorang lelaki sambil membancuh teh di meja nya.

"Ada orang nak jumpa tuan. Madam-"

"Suruh dia masuk." Potong lelaki itu. MyungSoo mengangguk faham lalu berlalu keluar dari bilik majikannya itu.

Pintu dibuka semula perlahan-lahan.

Berdiri seorang wanita dalam lingkungan 30-an menghadap lelaki tersebut. Dia menutup semula pinru itu dengan perlahan.

Lelaki tersebut tersenyum. "Choi Ji Woo. Lama tak jumpa."

"Kau pun sama, Jeon Ji Sung." Balas semula wanita bernama Ji Woo itu dengan penuh berhemah.

"Hrm...marilah minum dahulu. Aku tahu kau pasti ada tujuan datang ke sini bukan?" Ji Sung menuang air teh panas ke dalam dua bekas cawan yang berhias bunga matahari.

Ji Woo tanpa berkata apa-apa terus duduk berhadapan dengan Ji Sung. Dia menyambut gelas panas yang diberi oleh Ji Sung dan terus meminumnya dengan berhati-hati.

Usai menikmati air teh yang suam-suam panas itu terus sahaja Ji Woo berbicara. "Mana anak-anak aku?"

Ji Sung tergelak.

"Bagus betul kau masih ingat kat anak-anak kau. Ada. Anak kau ada dekat Seoul ni. Kau jangan risau." Ji Sung kembali menghirup air teh di tangannya.

"Bukan tu je yang aku risau. Aku cuma nak sampaikan berita ni pada kau..." Ji Woo memandang tepat ke dalam ajak mata Ji Sung.

"...yang aku pasti akan buat kau takut."

Ji Sung mengangkat kening sebelahnya. "Apa maksud kau? Berita apa yang aku tak dengar lagi?"

Ji Woo menarik nafasnya perlahan. "Sung In. Dia..

...dia masih hidup."

Serta merta gelas yang berada di tangan Ji Sung jatuh menghempas lantai sehingga pecah.

"Kau..kau buat lawak ke? Mustahil pompuan tu hidup lagi. Aku ada bukti yang dia dah mati."

"Heh. Aku nak berlawak dengan jantan macam kau? Jangan harap. Lagipun aku yang upah mahal ejen khas aku dan mustahil dia salah. Aku ada bukti kukuh nak bagi kau percayakan aku." Ji Woo mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

"Ini..." Ji Sung memerhati beberapa keping gambar yang diberi oleh Ji Woo.

Kreak... pintu dibuka secara tiba-tiba. Ji Woo cepat-cepat menyimpan gambar-gambar tersebut ke dalam beg tangannya semula.

...

Ji Woo dan Ji Sung memandang remaja lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

"Eomma?" Wonwoo tidak mengedipkan matanya selepas melihat kelibat Ji Woo yang tercengang memandang wajahnya.

Ji Woo dengan segera memeluk tubuh Wonwoo erat.

"Anak eomma. Eomma rindu kamu! Ke mana je kamu pergi sayang?" Ji Woo memberi ciuman sekilas di pipi anaknya itu.

"Besar dah kamu ni. Eomma tak sangka masa berlalu begitu cepat." Ji Woo memeluk semula badan anaknya itu. "Mana adik kamu? Eomma rindukan dia juga."

Wonwoo menjongketkan bahunya. Matanya beralih pula ke arah Ji Sung yang langsung tidak mahu memandangnya dan hanya sambung meminum air teh buatannya.

"Appa..."

"Pergi. Kau bukan anak aku!" Halau Ji Sung dengan nada berang membuatkan Wonwoo semakin bersalah. Ji Woo menepuk-nepuk belakang badan Wonwoo perlahan.

"Jangan peduli apa dia kata. Kamu masih ada eomma kan?" Ji Woo menenangkan anak sulungnya itu dengan lemah lembut.

"Eomma buat apa dengan appa kat bilik appa ni?"

"Nothing sayang. Kajja, eomma nak belanja kamu makan. Biarkan sahaja ayah kamu yang keras hati tu." Desak Ji Woo dengan nada tidak sabar.

"Tapi Eomma-" Wonwoo ditarik oleh Ji Woo keluar dari bilik appanya itu tanpa sempat menghabiskan ayatnya. Pintu bilik dihempas kuat.

"Ji Sung dia...dia masih hidup."

"Mustahil..." Ji Sung memandang ke luar tingkap biliknya dengan muka serius.

●●●●●●

Mina P.O.V

Aku kena berkerja sambilan hari ini. Pasti aku belum cerita  pasal aku kena berkerja setiap kali cuti menjelang bukan? Kerana aku kena cari duit nak bayar duit sewa rumah. Nak tahu berapa tahun lagi aku tak bayar duit sewa rumah?

Tujuh tahun. Selama tujuh tahun tak bayar penuh sewa rumah. Aku kena jaga Hoshi sejak berumur 10 tahun seorang diri. Setiap hari bantu Mak Cik jiran sebelah dan cuma dapat upah sepuluh sen. Cukup ke?

Pengutip sewa rumah dulu baik orangnya. Pemurah. Tapi dia dah tukar kerja yang lebih baik, sekarang ganti dengan orang yang tak sabar. Setiap bulan peras ugut suruh bayar wang sewa.

Aku hanya dapat berkerja sebagai cashier di Seven Eleven je. Bolehlah asalkan dapat juga wang daripada duduk menganggur kat rumah. Heck, sekolah pun tak habis lagi menganggur apanya.

Telefon bimbit aku yang entah zaman bila punya fon berdering. Tertera nama si pengutip sewa yang macam harimau tu. Terus meremang bulu roma aku. Takkan lah nak minta wang sewa rumah tu sekarang? Sabar tu bukan separuh daripada iman ke?

Terpaksa juga aku membalas panggilan tersebut. Terketar-ketar aku memegang fon lalu meletakkannya di telinga kiriku.

"Ye..yebuseyo..."

"Oi oi oi budak!"

"N-ndae..?"

"Apasal kau ni ha?"

"Ke..kenapa? Mian kalau saya tak bayar full lagi sewa rumah tu. Gaji tak masuk lagi dan saya tak cukup-"

"Apa kau merapu ni? Kau dah bayar lebih dari cukup tahu tak?"

Bayar lebih?

Apa maksud dia..?

"Bayar lebih? Maksud cik..?"

"Aku dah cek bill kau. Semua Clean. Kau bayar cukup 7 tahun straight dan terlebih beberapa keping duit won."

"Tapi...siapa yang bayarkan? Ada nama tak kat situ?"

"Ada..jap...hah. Kwon...

.

...Kwon Sung In."

Telefon aku terlepas dari genggaman aku.

"Hello...? *talian terputus*

Kwon Sung In?

Mustahil.  Aku terlebih dos agaknya?


Atau...aku sedang berhadapan dengan realiti?

"Cik? Cik tak apa-apa?" Teguran seorang namja membuatkan aku tersedar semula. Namja tersebut mengambil telefon aku yang berada di atas lantai lalu menghulurkan semula kepada aku.

"Terima..terima kasih.." ucapku perlahan.

"Nae Cheonma....Mina sshi." Namja tersebut memandang nametag di poket baju aku.

"Ah nae..awak nak order apa-apa ke?" Soalku dengan senyuman.

"Ahh saya cuma nak beli hotlink je. Nak dua keping  10 won ya? By the Way, nama saya Jungkook." Lelaki tersebut tersenyum menampakkan gigi arnabnya itu.

Melihat lelaki tersebut mengingatkan aku kepada seseorang...

Wonwoo.

Aku langsung tak berani call dia hari ini.

Aku risau dia marah. Jadi aku tak mahu ganggu dia.

"Cik..awak berangan lagi ni."

"Ah sorry sorry!" Terkebil-kebil aku mengambil dua kad kecil hotlink lalu menyerahkannya kepada Jungkook. Jungkook tergelak kecil manakala muka aku berubah merah dek kerana asyik mudah terberangan je. Malu nya..

"Baiklah saya pergi dulu. Ini nombor fon saya. Saya harap kita dapat berjumpa lagi." Jungkook melambai ke arah aku sebelum berlalu keluar dari kedai Seven Eleven. Aku mengeluh selepas melihat kelibat Jungkook hilang dari pandangan.

Aku penat sangat mungkin hari ni...

●●●●●

Jungkook mendail nombor pada telefonnya.

"Yebuseyo."

"Taehyung."

"Yow Jungkook."

"Yeoja yang kau kata kau ganggu hari itu..."

"Oh haah yang Wonwoo lindung tu. Wae?"

Jungkook tersenyum sinis.

"Kau pasti terkejut bila aku bagitau kau benda ni..."

●●●●●

Im sorry kalau bab ni tak best sebab terpaksa remake semula. Wattpad buat hal ;-;

Siapa....Kwon Sung In agaknya? Apa kena mengena hidupnya dengan sejarah orang lain?

Nantikan..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top