Bab 1: Pertemuan yg diharapkan
Aku berjalan memasuki dewan kuliah sambil membawa beg sandang di bahu. Dua orang kawan perumpuan sekuliahku sedang melambai memanggil ku. Di antara Syaya dan Alisya kelihatan suatu kerusi di tengah-tengah mereka. Syasya mengajak ku untuk duduk sekali.
Aku segera menghampiri dan duduk di sampingnya. Aku mengeluarkan beberapa buku nota bersedia memulakan pembelajaran. Syasya mencuit tubuh ku. Aku segera berpaling
"Awak tahu tak ada pelajar baru masuk kelas kita. Handsome gila!" Kata Syasya dengan teruja
"Ya, saya pun terkejut! Ya lah, sekarang ni kan pertengahan semeter. Lagipun ramai yang tak berminat nak ambik jurusan kita ni" Kata Alisya yang tiba-tiba mencelah
Aku masih diam tanpa mempedulikan mereka. Aku tidak berminta mengambil tahu tentang lelaki kerana pintu hati ku sudah tertutup sepenuhnya kerana aku takut disakit lagi.
"Awak tengoklah sumpah handsome tau!" Kata Syasya sambil menarik tubuh ku berpaling ke belakang
"Wei, tengoklah kitorang tak tipu tau!" Kata Alisya pula
Aku memandang sekeliling bilik kuliah ku. Beberapa pelajar perempuan di dalam bilik kuliah ku sedang memuji ketampanan lelaki itu. Ada di antara mereka yang menoleh dan terus menatap wajah lelaki tersebut.
Aku dengan mengalahnya berpaling memandang ke belakang. Mata aku memandang tepat ke arah wajah lelaki itu. Masa lalu kembali melintasi fikiran ku. Aku tak pernah sangka hidup aku berubah. Aku menatap dalam seraut wajah lelaki di hadapan ku. Hati ku mulai tidak tenang . Walaupun dia berada jauh dari diriku.
Seluruh tubuh ku berasa dingin peluh mula mengalir di wajah ku. Aku segera berpaling kembali dengan rasa takut yang semakin mengusai diri. Aku cuba kekal tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun hanya tuhan dan aku sahaja yang tahu
"Handsome kan?" Tanya Syasya kepada ku dan aku hanya diam
"Diam maksudnya betullah tu!" Kata Alisya sambil tersenyum
Aku cuba berpura-pura dan kekal tenang dan tersenyum. Pensyarah masuk ke kelas dan memulakan sesi pembelajaran. Sepanjang sesi pembelajaran aku cuba fokus walaupun jantung aku berdegup dengan kuat.
Beberapa minit sebelum tamat kelas, aku mengemas beberapa barang ku sambil prof memberi kata akhir
"Okey, saya ada tugasan untuk kamu!" Kata Profesor Zakariah
Para pelajar yang bersedia untuk pulang kembali menumpu kepada Prof
"Kamu semua pelu buat tugasan ni dalam kumpulan. Maksimum 5 orang sahaja satu kumpulan" Kata Prof Zakariah sambil menunjukkan slide di screen
Aku memandang Syasya dan Alisya jumlah kami hanya tiga orang jika termasuk aku.
'Siapa lagi 2' Kata aku dalam hati sambil bangun berdiri
Kami bertiga berjalan keluar menuju ke pintu kelas. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghalang laluan kami.
"Boleh tak saya nak masuk group korang. Semua group yang lain dah penuh" Kata lelaki itu sambil tersengih
"Kitorang 3 orang perempuan awak sorang je lelaki tetap tak cukup" Kata Syasya
"Tak apa, dia masuk sekali" Kata lelaki itu sambil menarik seorang lagi lelaki yang sedang berjalan melintasi mereka
Lelaki itu memandang ke arah lelaki yang menariknya
"Kau tak ada group jugak kan?"
"Belum" Kata lelaki itu sepatah
"Kira masuklah! Macam mana?" Tanya lelaki itu kepada kami bertiga
Alisya dan Syasya tergamam melihat wajah lelaki itu. Aku hanya mengalihkan pandangan aku ke arah lain
"Hoi, korang dengar tak?" Tanya lelaki itu apabila soalannya tidak dijawab
"Boleh, boleh!" Kata Syasya sambil mengangguk dengan lajunya
Alisya turut mengangguk tanda setuju.
"Nama aku Haris!" Kata Haris sambil tersenyum
Alisya dan Syasya berpaling pula melihat lelaki kacak disebelah Haris. Mereka ingin mengetahui nama lelaki tersebut
"Nama aku Aniq Haiqal"
"Sedap nama tu" Puji Alisya
Aku melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12.30. Aku baru teringat aku dah janji nak makan sekali dengan Abang Wafi dan Abang Raqib
Mata Haiqal terarah kepada sesorang. Dia memandang dengan lebih lama
"Fiyah?" Kata Haiqal
Mereka semua berpaling memandang aku. Aku gugup dan terasa ingin beredar dari secepat mungkin
"Awak kenal dia ke, Hanna?" Tanya Alisya
"Dia siap tahu nama terakhir awak lagi?" Kata Syasya pula
"Dia senior saya masa sekolah menegah" Kata aku dengan nada yang mendatar. Walaupun jantung aku berdegup dengan kuat. Aku tetap bersikap seperti biasa
"Bye the way, Abang Wafi dah tunggu saya kat luar. Pasal group ni kita cakap nantilah. Saya dah lambat ni I have to go"
Aku segera beredar dari situ tanpa mempedulikan reaksi mereka.
Setelah melangkah keluar dari bangunan kuliah aku mengambil nafas lega dengan tenang sambil terus berjalan. Dari jauh kelihatan sesorang melambai ke arah aku sambil tersenyum. Aku segera melangkah mendekati lelaki tersebut
"Dah lama ke abang tunggu? Susahkan abang je ambik Hanna kat sini" Tanya aku
"Tak ada lah. Dah alang-alang abang ada urusan kat sini tu tolong jemput Hanna sekali. Dah lah nanti lambat sampai sana abang awak membising pulak" Kata Wafi sambil tersenyum lalu membuka pintu untuk Aku dan aku segera melangkah masuk
Sesampainya, kami di kedai makan. Aku memilih ikan goreng masak sambal bersama sayur kuah putih. Aku duduk satu meja dengan abang aku dan Abang Wafi. Kami memesan air teh ais yang sama.
Di pertengahan makan, aku menatap lama nasi di pingan aku sambil aku berhenti menyuap nasi ke mulut
"Abang, hari Jumaat ni kita gi lawat kubur ibu" Kata aku
"Rihanna...Kenapa tiba-tiba?" Belum sempat Raqib menghabiskan ayatnya aku terlebih dahulu memotong
"Sebab ada sesorang buatkan Hanna teringat tentang kematian ibu"
Aku memandang tepat ke arah wajah abang aku sambil menyampaikan maksud sesuatu
"Itu bukan salah adik. Itu semua takdir tuhan" Kata Raqib
"Itu kata abang, kata orang?" Kata aku sambil memandang tajam wajah abang aku
Raqib hanya memandang kasihan akan keadaan adiknya itu. Dia berpaling melihat sahabat baiknya. Wafi hanya menunjukkan wajah agar dia terus bersabar
*********
Aku mengemaskan pakaian di tubuh ku sambil melihat ke arah cermin. Aku memakai sepasang baju kurung berbunga-bunga merah jambu bersama tudung seledang hitam di atas kepala ku. Aku segera mencapai beg tangan dan melangkah keluar dari dalam bilik.
Sesampainya, kami di tanah perkuburan ibu ku. Abang Wafi membentangkan selembar tikar di sisi kubur ibu ku. Aku segera duduk bersama abang aku. Kami bertiga membaca Yasin untuk ibu ku.
Kemudian, aku mencabut beberapa rumput yang tumbuh sambil menuangkan air bunga di atas tanah kubur ibuku. Tanpa di sedari air mata laju mengalir di wajah ku. Aku mengesat sambil menahan suara ku dari di dengari oleh mereka.
Abang menyentuh lembut bahu ku sambil melihat ke arah aku
"Abang tunggu kat kereta" Kata Abang Raqib sambil berjalan bersama Abang Wafi menuju ke kereta meninggalkan aku sendirian
Aku memegang batu nisan ibuku sambil air mata terus mengalir
"Maafkan Fiyah ibu. Fiyah tak patut tinggalkan ibu macam tu. Fiyah...Fiyah, cuma nak...jumpa dia..." Kata aku sambil terus menangis
Aku berdiri sambil mengesat air mata lalu memandang kubur ibu ku.
'Nanti Fiyah datang lagi' Kata ku dalam hati sambil berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu.
Di dalam kereta aku memandang ke luar tingkap. Hujan renyai-renyai turun membasahi jalan. Membuatkan aku terbuai dengan waktu. Memorie itu masih segar di dalam ingatan aku
********
Aku dengan gembiranya di lorong kelas senior tingkat atas sambil membawa sekotak hadiah yang berusi seutas key chain dan diukir cantik nama sesorang di atasnya.
Dari jauh aku melihat ke arah sebuah kelas. Mereka sedang bergotong-royong mengemas dan menghiasi kelas mereka sempena minggu kebersihan dan keceriaan kelas.
Aku menatap penuh teruja ke arah seorang senior lelaki yang aku minati. Aku sudah berada di sekolah ini selama 3 tahun dan tahun ini tahun ketiga aku.
Aniq Haikal pertama kali dalam hidup aku bertemu dengan seorang lelaki begitu. Dia merupakan pelajar baru tingkatan 4. Saat aku memandangnya segalanya sempurna
Aku cuba memanggil senior itu namun tidak kedengaran. Tiba-tiba seseorang menyedari akan kehadiran aku. Aku meminta rakan sekelas senior aku tersebut untuk memanggil Kal. Hari ini hari yang paling berharga dalam hidup aku.
Aku mengumpulkan keberanian selama beberapa hari untuk menyatakan perasaan di hati. Aku terdengar seperti memanggil aku lalu aku berpaling ke belakang
"Fiyah! Fiyah..."
Kelihatan abang aku sedang berlari menghampiri aku dengan wajah penuh kehairanan bertanya
"Kenapa bang ada kat sini?"
"Abang yang patut tanya. Kenapa kamu ada kat sekolah masa hari Sabtu
"Adalah! Sibuk apa hal!" Kata ku
"Tau tak Mama dengan Ayah risau!" Kata Abang Raqib
"Kenapa?" Tanya aku tanpa memahmi situasi
"Diorang ingat adik hilang! Kenapa keluar tak bagi tahu?" Kata Abang Raqib
"Sorry lah..." Kata aku dengan memujuk
"Dah, jom kita balik!" Kata Abang aku sambil menarik lenggang tangan ku
"Kejap adik ada urusan lah kat sini! Abang pergilah balik dulu" Kata ku
"Mana boleh! Mama tengah..." Belum sempat abang aku menghabiskan kata-katanya
Tiba-tiba deringan di handphone nya berbunyi lalu dia segera mengangkat
"Assalamualaikum, ya Yah. Qib, dah jum...
Aku memandang wajah abang aku. Wajahnya serta-merta berubah pucat dan kaku. Aku menyentuh lengan tanganya sambil bertanya
"Kenapa ni, bang?"
"Mama...Mama... accident" Kata abang ku sambil air matanya mengalir keluar
Aku menggeleng kepala sambil kotak hadiah di tangan aku terjatuh tanpa disedari oleh ku.
Aku membuka langkah seribu berlari keluar dari sekolah mencari Mama ku. Aku tidak pedulikan apa-apa yang penting bagi aku Mama ku.
Biarlah aku dapat berjumpa dengan dia seketika. Aku hanya ingin meminta permohonan maaf darinya
Aku melangkah perlahan-lahan memasuki bilik mama ku. Aku melihat jasadnya yang kaku, pucat di Seluruh tubuhnya.
Aku berjalan sambil memegang palang besi katil. Kaki ku serasa bergetar. Diri ku menjadi tidak kuat.
Aku menyentuh tangan ibu ku sambil mengusap wajahnya
"Ma... Fiyah ni... Maafkan Fiyah Ma... Ni semua salah Fiyah. Mama...Tolonglah.. ." Kata aku sambil menangis sambil mengoncang tangan Mama ku.
Aku terduduk di atas lantai sambil menatap lantai yang kosong. Air mata ku tanpa berhenti mengalir. Aku terus menangis
Abang aku memegang bahu ku menyuruh ku bangun berdiri. Aku hanya bangun dan memeluknya.Hati ku berasa hancur.
Aku hanya mampu bersabar kerana in suatu ujian yang aku perlu tempuhi
**********
Aku memejam mata dengan rapat. Seluruh tubuh ku berasa dingin. Angin dari air cond kereta abang aku menambahkan lagi suhu di sekeliling ku.
Aku menahan esak tangisan sambil menutup rapat bibir ku
Aku hanya membuatkan air mata terus mengalir. Lama-lama di buai kesedihan membuatkan aku terlena.
Biarlah luka hari ini memberi aku kekuatan untuk aku terus memperbaiki masa hadapan ku menjadi lebih baik
*********
Pov Aniq Haiqal
Aku melangkah masuk ke dalam bilik ku sambil meletakkan beg sandang ku di sudut bilik.
Aku merebahkan badan ku di atas katil sambil memandang ke arah smiling yang kosong
Aku sangka bila pindah Universiti macam-macan hal akan berlaku.
Bila orang perempuan pandang aku bercakap mengenai aku. Buatkan aku tidak selesa sentiasa diperhati orang.
Dari dulu sampai sekarang. Sampailah suatu masa ketika aku berpindah sekolah ketika form 4.
Rihanna Awfiyah
Aku tak pernah menyangka akan bertemu dengan Seorang perempuan yang santai, cerita dan berani. Dia selalu tersenyum dan tidak pernah nampak dia muram dan sedih
Aku tersenyum sendirian apabila mengingatkan kembali pertemuan kembali aku dengan Fiyah tadi.
Aku mencapai sesuatu dari rak sisi katil lalu melihat seutas gelang yang terukir nama aku sambil tersenyum.
Bagi aku key chain itu nampak cantik. Bila teringat balik macam mana aku dapat gelang ni. Kadang-kadang buat aku hairan.
Masa tu....
Aku melangkah keluar dari kelas aku sambil membersihkan kesan cat di baju ku. Aku berpaling memandang Fiyah kelihatan bersamanya seorang lelaki yang tidak pernah aku nampak di sekolah ku.
Aku melangkah mendekati Fiyah. Nun langkah aku terhenti saat ternampak air matanya mengalir membasahi pipi.
Aku hanya melihat Fiyah lari pergi dengan seorang lelaki bersamanya.
Aku tidak sempat menghalang mereka lalu aku mengutip kotak yang di jatuhkan Fiyah sambil membukanya.
Kelihatan seutas key chain yang terukir nama ku. Aku memandang Fiyah yang sedang berlari itu dengan hairan.
Sejak dari hari itu, Fiyah tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Membuatkan ku semakin tertanya-tanya. Sehinggalah aku dapat tahu dia pindah
Bagi aku, Fiyah seorang aku selesa untuk berkawan sikap dia yang ceria dan peramah sentiasa buatkan aku tertawa.
Aku harap hati-hati seterusnya akan terus berjalan seperti yang aku harapkan
*********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top