12
Assalammualaikum...just aku nak share something. Alhamdulillah aku tak sangka rakan stam aku sanggup poskan kitab2 tambahan atau rujukan untuk asasi bhasa arab. Actually aku dah stop stam dan terima tawaran asasi bahasa arab di UIA. Tempoh hari ada aku cerita dengan dia serba sedikit tentang bidang yang aku ambil di UIA. Aku cerita dgnnya kawan2 yang bidang sama dengan aku ramai sudah aku tengok prepare beli buku dan siap beli study desk n macam2. Kalau aku memang tidak mampu. Aku just beli mana yang penting sahaja sebab aku juga ada problem untuk kewangan tapi percaya rezeki Allah itu luas.
Dan ada senior share kitab2 yang boleh dijadikan rujukan nanti. So aku share dengan dia. Banyak juga kitabnya(belum termasuk kamus lagi). Ada dalam 10 Kitab gituw. Mu'jam(kamus) tu bagi aku mahal so maybe aku akan pinjam sahaja kamus dari ustz ustzh. Yalah kalau siapa mampu beli semua belilah.
Tipu kalau aku tak rasa apa2 saat kawan2 lain duk share n snap buku2 dan kamus yang mereka sudah beli di group dan status wassap masing2. Tapi dari dulu lagi aku memang tak banyak pun buku nota dan latihan. Guna apa ada sahaja. Even orang tu ada kekurangan pun boleh berjaya juga. Aku telah buktikan benda tu semasa aku SPM...Alhamdulillah.
Kali ini aku akan buktikan untuk bidang aku di UIA nanti. Akan aku cuba capai result yang terbaik inshaaAllah...ameen summa ameen. Aku juga doakan rakan stam aku tu dapat mumtaz sofi dalam stam...ameen....
Even kitaorang berbeza umur means dia lagi tua dari aku tapi dia sangat baik terhadap aku. Allahu...hanya Allah sahaja mampu membalas segala kebaikannya. Buku tu bukan murah tu...aku pun tak tahu harga berapa. Patutlah dia duk tanya buku apa and kamus apa yang aku perlukan...
Syukran jazilan....
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top