Chapter 10
" So how daddy ada kat oversea selama 3 bulan ? Mesti rindu omma kan ? Hahaha " Jungkook cuba berseloroh .
Hidangan mi di atas meja disedut .
Tuan Jeon tergelak kecil .
" Mestilah rindu , mana boleh tak rindu . Mahunya kena tidur luar malam ni tak ngaku rindu kat omma kamu ni hahahaha " Balas Tuan Jeon sambil mencubit pipi gebu Puan Jeon .
Puan Jeon mendengus kesakitan . Kesakitan manja la katakan .
Jungkook tersenyum melihat kemesraan ayah dan ibunya . Dia berazam untuk mempunyai kebahagiaan seperti ibu bapanya .
Dahulu , Puan Jeon lah yang membantu Tuan Jeon menaikkan nama syarikat mereka . " Jeon's Furniture "
Daripada hidup sebatang kara , kini Tuan Jeon sudah mempunyai syarikat dan anak syarikat di merata tempat , tak lupa di New York dan Amsterdam juga syarikat kecil ditubuhkan .
Tambah pula , waktu itu mereka dikejutkan dengan berita bahawa Puan Jeon mengandung . Tuan Jeon lah orang paling gembira .
Maka terlahirlah Jeon Jungkook di dunia yang penuh melodrama ini .
" Jungkook , esok daddy ingat daddy nak dating dengan omma kamu . Kamu tolong buat reservation kat mana-mana boleh ? " Kata Tuan Jeon sambil tersenyum memandang si isteri .
Imbasan waktu dulu terus terpadam dari fikiran Jungkook . Dia hanya mengangguk kecil dan memberikan senyuman manis .
*****
Kdrama berjudul Encounter lakonan Song Hye Kyo dan Park Bo Gum menarik minatnya untuk ditonton .
Snek-snek dibuka dan dimakan . Hari cuti Eun Byul memang selalu begini , relax dan santai di rumah saja . Malas nak keluar mana-mana .
Ting !
Bunyi mesej dari aplikasi Instagram berbunyi . Eun Byul pantas mencapai telefon yang terselit di sofa .
MrsJeonOfficial sent a message to you
Eun Byul berkerut dahi .
Dah kenapa hantar mesej kat aku ni ?
Eun Byul menekan mesej dan membacanya .
MrsJeonOfficial
Hi Eun Byul , ni aunty . Ibu Jungkook ingat tak ?
Eunbyulicious
Oh haha kenal-kenal , kenapa aunty ?
MrsJeonOfficial
Busy ke ?
Sorrylah kalau menganggu
Aunty ada nak cakap something
Eunbyulicious
Eh takdelah aunty nii haha
Nak cakap apa tu ?
MrsJeonOfficial
Kalau Eun Byul tak keberatan , mehlah datang rumah aunty
Aunty ada buat makan-makan sikit sebab daddy jungkook balik dari oversea
And aunty taktau nak inv sape dah ..
Eunbyulicious
Err bila tu aunty ??
MrJeonOfficial
Err maybe minggu depan kot
Takpe nanti aunty rogerr okayy
Eunbyulicious
Nanti Eun Byul confirmkan takut ada hal lain
MrJeonOfficial
Yelah .. Sorry ganggu ye
Eunbyulicious
Okay takpe aunty 😊
Eun Byul terus menutup telefonnya . Keluhan kecil dilepaskan . Tv yang hidup tidak menarik perhatiannya lagi .
Jungkook ada ke ? Hish malaslahh ..
🍃🍃🍃🍃🍃
" Min Jung , kita kena bincang ! "
" Nak bincang apa lagi ?! Antara kita dah takde pape . Kita dah bercerai !! " Teriak Min Jung sambil berjalan keluar dari rumah bekas mertuanya .
" Kita bercerai sebab awak sibuk dok terkejar jantan tu ! "
" Saya kejar dia ? Ye memang saya kejar dia , saya cintakan dia . Sebab awak hubungan saya dengan dia terputus ! "
" SEMUA SEBAB AWAK !! "
Min Jung menjerit sambil memandang Lee Seokmin . Seokmin terkedu .
Mata Seokmin kian berair dan kemerahan , bibir mampu diketap .
" Jadi .. selama ni .. kita kahwin .. Takkan takde sikit pun .. p-perasaan pada saya ?.. " Balas Seokmin gagap .
Sukar ditafsirkan perasaannya kini . Kecewa kerana selama ini dirinya bertepuk sebelah tangan .
" S-sikit pun takde ?.. " Soal Seokmin . Matanya masih merenung setiap wajah bekas isterinya .
" Awak yang ceraikan saya .. bukan saya " Sinis saja jawapan Min Jung .
" Sebab memang itu yang awak nak sejak hari pertama kita kahwin .. " Kini Seokmin pula membalas dengan sinis .
Masing-masing merenung antara satu sama lain . Rumah agam milik ibu Seokmin sunyi hanya kedengaran tangisan dan jeritan dari mereka .
🍃🍃🍃🍃🍃
Namjoon yang sibuk membasuh kereta di halaman terkejut dengan kehadiran seseorang .
Kereta hyundai merah berhenti di depan pintu pagar rumah milik Namjoon .
Namjoon pelik , pantas dia menutup pili air dan bergerak ke pintu pagar .
Terpacul seorang gadis yang baru sahaja keluar dari bonet kereta .
" Cik cari sape ye ? " Tegur Namjoon dengan berani . Gadis itu tersenyum dan berjalan dekat dengan pintu pagar mereka .
" Ni rumah Saera ke ? " Tanya gadis itu ramah .
" Ooh , haah ye kenapa ehh ? "
" Saya kawan Saera , Go Eun Byul . Kawan kolej dia dulu .. " Terang Eun Byul ringkas .
" Ooh , masuklah , kejap saya panggilkan dia " Balas Namjoon sambil membuka pintu pagar rumahnya .
" Oh ha , saya nak parking kereta kejap " Namjoon sekadar mengangguk dan masuk ke dalam rumah .
*****
" YA TUHAN , Eun Byul ! "
" Saera ! "
Serentak mereka menjerit dan berpelukan . Sedikit air jernih turun meniti di pipi masing-masing .
" Aku tak sangka dapat jumpa kau , macam mana boleh sampai rumah aku ni ? " Soal Saera . Mereka berdua duduk di sofa bersebelahan .
" Aku stalk kau kat fb harituh , ada alamat rumah kau . Then aku trylah cari rumah kau ttbe jumpa pula . Tak sangka akuu " Balas Eun Byul .
" Laa yeke ? Nasiblah jumpa kalau tak jumpa kesian kauu hahahaha " Tawa mereka bergabung .
Namjoon dari arah dapur sekadar menggeleng kepala .
" Bini aku kalau dah jumpa kawan memang macam tu . Macam tak jumpa 10 tahun " Bebel Namjoon sambil mengacau air anggur di dalam jug kaca .
4 cawan kaca diletak di dalam dulang . Perlahan-lahan dia membawa ke ruang tamu agar tidak terjatuh .
Eun Byul yang terperasan Namjoon membawa air menegurnya .
" Eh ya tuhan , susah-susah je . Kau ni .. Aku datang bukan nak minum air , datang nak jumpa kau " Seloroh Eun Byul sambil menepuk paha gebu Saera .
" Ala kau ni , biarlah . Tetamu datang aku kenalah layan lagipun husb aku ni rajin .. Kan sayang ?.. " Balas Saera sambil mengedipkan mata berkali-kali .
Namjoon terus meletakkan dulang air di atas meja dan menuang air di dalam cawan .
" Puji bersebab la ni ?.. " Tegur Namjoon . Matanya mencerlung ke arah Saera yang sedang duduk .
" Mana ada betul awak rajin .. Rajin dari saya pula tu hahahha " Tawa Saera mati apabila Eun Byul menampar perlahan paha Saera sebagai tanda stop bahan suami dia .
" Okaylah saya nak sambung basuh kereta , jemput minum Cik Eun Byul .. " Pelawa Namjoon ramah dan terus beredar .
Saera menghantar pandangan biasa melihat suaminya keluar dari rumah .
" Tak sangka kau dah kahwin kan , dah ada anak .. Bahagia dah kau " Eun Byul mengalihkan anak matanya ke bawah .
Tiba-tiba saja , hatinya dipagut sayu .
Bilalah aku boleh bahagia macam Saera .
" Ish kau ni , semua orang boleh bahagia , kau tu tinggal cari je tauu " Balas Saera berunsurkan pujukan .
" Hahahaha takdelah aku tumpang gembira untuk kau . Aku gurau je "
" Ee kau ni perangai tak ubah dari zaman kolej dulu ! "
Rumah teres bertingkat 2 itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka . Dari zaman jahil hinggalah sekarang dithrowbacknya .
🍃🍃🍃🍃🍃
Terlihat kanak-kanak berumur 8-9 tahun bermain layang-layang . Ada yang berlari-lari , berkejaran dengan ayahnya .
Sesekali terusik hatinya melihat kebahagiaan di mata mereka .
Taman yang pernah menjadi saksi kepada sepasang kekasih dahulu dijejaknya hari ini .
Jungkook menongkat kedua tapak tangannya di atas kerusi dan meliar matanya melihat pemandangan yang dipenuhi orang awam .
Lamunannya terhenti apabila menyedari seseorang duduk di sisinya .
Jungkook menoleh kepalanya . Sedikit sentak apabila terpandangkan wajah orang itu . Namun , pantas dia mengawal riak wajahnya .
" Tak sangka awak ingat lagi tempat ni kan .. " Min Jung mulakan perbualan .
Jungkook diam . Tak membalas kata-kata yang keluar dari mulut Min Jung .
" I ingat lagi kita pernah berjanji kat taman ni .. Matahari tuuu .. " Min Jung menunjuk ke arah matahari dengan jarinya .
" Saksi perjanjian kita .. " Sambung Min Jung .
Jungkook masih diam .
Kenangan dahulu mula menjengah .
" Sayang .. " Tegur Jungkook sambil memegang kedua tangan Min Jung .
Min Jung seakan rela dan membiarkannya .
" I janji .. I takkan tinggalkan you . I akan cuba jadi yang terbaik untuk you . And you kena janji juga untuk selalu ada dengan i no matter what happen .. Tau ?.. "
Seraya itu , tangan Jungkook digenggam erat .
" You .. I pun sama . I harap hubungan kita kekal . I berharap sangat you boleh terima kekurangan diri i . I tak minta duit , harta dari you but i just want you to love and care about me "
" Matahari saksi cinta kita " Sambung Min Jung lagi .
Perlahan-lahan bibirnya mendekati bibir Jungkook .
Bibir Min Jung disentuh lembut oleh bibir Jungkook .
Jungkook pantas menggeleng kepalanya . Hembusan nafas kian laju .
Manakala Min Jung sudah tergelak .
" You ingat our fourth kiss ke ? Hahaha " Tegur Min Jung serta ketawa .
" Awak nak apa sebenarnya ? " Jungkook mula bersuara .
To be continued~
Anyway sorry for mess story . Serabut sikit chapter ni bahahahha .
Semoga enjoy yah !! 💜💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top