Mistake? || 21

So mianhae for the late update
Thanks for waiting💗♥

" Momo kau ok tak?" Baekhyun merawat tangan Momo yang berdarah

" kenapa pensyarah tu marah sangat dekat Momo? Sampai dia tolak Momo ?" Momo

" .... " baekhyun terdiam

" sebenarnya baek tak bermaksud nak tengking dia, Momo per by nah kemalangan masa kecil sebab baek kan? Bila baek tengok darah mengalir dari tangan Momo, baek akan teringat semula kenangan pahit itu" Baekhyun

" baek sebenarnya fobia bila Momo tercedera sebab Baek, lagi² sebab yeseul . Girlfriend baek" Baekhyun berdiri

" maafkan Yeseul ya Momo. Baek nak pergi cari dia sekejap" Baekhyun

Baekhyun melangkahkan kaki untuk keluar namun ditarik oleh Momo sehingga dia duduk bersebelahan dengan Momo.

" baek, sebenarnya Momo dah lama nak cakap" Momo

" apa dia?" Baekhyun

" sebenarnya girlfriend baek tu marah sangat sampai tolak Momo jatuh sebab dia ingatkan kita bercinta. Momo dah terangkan tapi dia tetap buat keras kepala" Momo mula menipu. Mengharap baekhyun mempercayainya

" bo? " Baekhyun

Tiba - tiba Taehyung masuk ke dalam bilik rawatan itu dan memanggil Baekhyun secara senyap.

" baek sini jap, ada benda penting aku nak beritahu ni" Taehyung memanggil Baekhyun. Mukanya kelihatan marah dan bengang apatah lagi apabila memandang Momo

Kenapa?

BAEKHYUN POV

" asal?" Aku bertanya kepada Taehyung ketika dia menarik tanganku

Hyeonsa berdiri di hadapanku dan Taehyung di sebelah ku

" Baek" Hyeonsa

" selepas berkurun lamanya , akhirnya kau bercakap jugak dengan aku"

Muka Hyeonsa kembali serius

" apa yang momo cakap dengan kau tentang miss yeseul?" Hyeonsa bertanya kepadaku

" yeseul tolak momo sampai berdarah tangan momo" aku berkata

" sebab yeseul ingat aku dengan momo bercinta"

Hyeonsa tersenyum

" woah talam dua muka betul si Momo tu" Hyeonsa

Aku sedikit terkejut melihat cara Hyeonsa bercakap seperti akak gangster. Adakah ini her trueself?

" byun baekhyun, kau tahu tak apa yang kau dah buat dengan Miss Yeseul?" Hyeonsa mengeluarkan smartphone miliknya

" bo?" Aku pelik

" aku ada dalam bilik seni, aku tahu kejadian yang berlaku. Aku harap kau takkan menyesal" Hyeonsa

Aku terus merampas phone tersebut dari tangannya dan menekan button di video tersebut

4 minit berlalu

Video menunjukkan situasi sebenar antara Yeseul dan Momo di bilik seni

" kata² Momo tadi adalah bohong?" *terdetik di dalam hatiku

" Kenapa dia buat macam ni? " aku pelik. Tak mungkin..

" Momo suka kau. Tengok? Dia sanggup cederakan diri dia sendiri menggunakan orang yang kau sayang. Heh? Sayang ke kau dengan Miss Yeseul lepas kau tengking di hadapan mukanya?" Hyeonsa

Aku kaku. Apa yang aku dah lakukan ini?

______

YESEUL POV

Aku menelefon Jihyun untuk memberitahu aku akan takkan balik dan terus pulang ke rumah keluargaku.

" saya dah pulang" aku membuka pintu dan alangkah terkejutnya aku apabila abangku iaitu Bae Chanyeol (😂) bersama seorang jejaka yang sangat ku kenali

" yeseul?" Lelaki yang berdiri di hadapan abangku berkata

" s..su..suho?" Aku terkejut akan kehadirannya

" oh my adik kesayangan. Kenapa tiba² balik sini? Omma Appa takde tau" Chanyeol menyampuk dan memandang Suho

" kau kenal adik aku ke?" Chanyeol

" adik kau?" Terkejut beruk muka suho. Beruk pun tak terkejut macam tu

Aku hanya mendiamkan diri. Sumpah takde mood nak bergurau atau bergaduh

" seul nak rehatlah, yeol masakkan untuk seul" aku melangkahkan kakiku lemah ke tangga menuju ke bilikku dan tiba tiba tanganku ditarik

" yeseul" Suho

Aku memusingkan kepalaku

" ada apa² yang berlaku ke?" Suho

Hmm baiknya lelaki ni nak ambil berat tentangku. Siapalah aku dalam diri dia. Siapalah aku dalam diri baekhyun?

Aku menggelengkan kepala

" aniya, gwenchanayo" aku senyum paksa

Suho melepaskan tangannya dan membiarkan aku masuk ke bilikku

_____

CHANYEOL & SUHO POV

" aku nak pergi kedai nak beli barang dapur" Chanyeol

" kau ni isteri dia ke apa" Suho

" eh biarlah, untuk adikku yang tercantik di atas muka bumi ini. Pelik betullah, takde perempuan lain pun yang lebih cantik dari adik aku. Untung betul siapa yang dapat dia" Chanyeol

" betul tu" Suho

" kau suka adik aku ke?" Chanyeol

" eh taklah" Suho

" sah kau ni buta . Dah jom" Chanyeol

______

BAEKHYUN POV

" apa kau dah buat ni baekhyun" Taehyung menggosok belakangku

" dah lewat ni. Jom balik'' Taehyung

" jom singgah starbuck. Aku belanja" Taehyung

Aku mengangguk

____

Tiba di starbucks

" baekhyun, tu momo ke siot? dia datang. Macam mana dia tahu kita ada kat sini? " Taehyung

" aku pergi tandas dulu" Taehyung

Baekhyun memandang Momo yang mendekati meja mereka. Tangannya masih berbalut

" Baekhyun" Momo tersenyum

* ting

Dua jejaka memasuki kedai starbucks iaitu Suho dan Chanyeol

" Aku nak.." Suho belum menghabiskan kata katanya dan ternampak Baekhyun bersama Momo

SUHO POV

" Ohh patutlah Yeseul muram je? Rupa² nya budak tak guna ni curang?" Aku memandang wajah perempuan di sebelah Baekhyun

Comel dan cantik memang ada. Tapi, Yeseul lebih daripada itu aku rasa. Manusia bodoh betullah budak baekhyun ni. Kalau tak nak Yeseul dari awal, baik bagi aku

Aku mengeluarkan phone dan menangkap gambar mereka.

" Chanyeol, jomlah balik. Kesian adik kau, lama tunggu. Mesti lapar" Aku menarik tangan Chanyeol dan terus keluar dari kedai minuman itu

" eh sabo sabo " Chanyeol

______

BAEKHYUN & MOMO POV

" Momo" Baekhyun menjemput Momo duduk di sebelah

" kau tahu kan aku sayang yeseul?" Baekhyun

" momo tahu tapi momo rasa dia bukan yang terbaik untuk baek. Tengok tangan Momo. Dia yang buat" Momo

Baekhyun ketawa kecil

" perempuan memang bahaya" Baekhyun berbisik

" nae?" Momo

Baekhyun berdiri

" Kau suka aku?" Baekhyun

MOMO POV

" kau suka aku?" Baekhyun bertanyakan soalan yang aku tunggu selama ini

Rancangan aku dah berjaya? Baekhyun lebih percaya aku daripada perempuan tak guna itu?

" nae. Momo suka baek. Dari dulu lagi" aku meluahkan perasaan yang aku tanam dalam diri ini

" sampai sanggup lukakan hati baek?" Baekhyun

" eh? Tentulah tak sanggup" aku berkata

" untuk baek , Momo sangat penting sebagai kawan karib ketika kecil. Persahabatan kita tak sepatutnya putus sebab benda kecil macam ini" baekhyun

" apa baek cakap ni?" aku pelik.

" baek tahu perkara sebenar yang berlaku dalam bilik seni. Ada saksi tapi baek tak nak cakap siapa" Baekhyun

Aku terbangun dari tempat dudukku

" dia yang tolak Momo! Momo ada bukti. Kenapa baek susah sangat nak tinggalkan perempuan tak guna tu?" Aku bengang

" Momo" Baekhyun

" tapi perempuan tu masih sukakan baek lagi ke? Setelah apa yang baek dah buat?" Aku cuba kawal diriku

" cukup² lah cakap ' perempuan tu' dia ada nama " Baekhyun

" baek, momo sangat sayangkan baek. Kenapa baek susah sangat nak terima?" Aku berkata

" Baek sayangkan Momo sebagai kawan baik dari kecil. Tak lebih dari itu. Ada lelaki yang lebih baik daripada Baek untuk Momo"

" ... " aku tergamam. Kenapa dia masih sangat baik terhadap aku? Walaupun dah tahu perkara sebenar?

YESEUL POV

" what?" Aku membuka pintu yang diketuk. Berdirinya Prof.Suho

" oh makanan dah siap ke? " aku bertanya dan terus dia memeluk tubuhku

" eh kenapa ni?" Aku melepaskan pelukan itu perlahan

" Nah" Suho menyerahkan phone miliknya. Aku memandang screen dan hatiku bagaikan terhenti.

" bila dan dimana?" aku bertanya

" tadi kat statbucks" Suho

Kakiku lemah. Apa semua ini? Air mataku hampir mengalir. Dahlah tengking aku. Call pun tidak. Then, dia dating dengan perempuan tak guna ni? Fuhh dia ni mencabar kesabaran aku

Aku terduduk. Adakah kata kata baek selama ini hanyalah penipuan?

" Yeseul..?" Suho duduk di hadapanku dan memegang daguku

" saranghae. Aku takkan pernah lukakan kau" Suho merapatkan bibirnya ke bibirku,cuba mengucupku dan aku memalingkan mukaku lemah

Suho memegang daguku semula dan aku bertentang mata dengannya. Matanya bagaikan mempunyai beribu makna. Aku tak tahu apa yang aku patut buat

______

BAEKHYUN POV

" Angkatlahhh " masuk kali ke 9 aku call. Takkan dah tidur?

" Taehyung kau hantarlah Momo. Aku ada hal" aku terus menaiki motorku dan menghidupkan enjin

______

" Yeseul!!" Aku mengetuk pintu rumahnya

" apa bising bising ni?" Jihyun

" yeseul mana?"

" dia balik rumah keluarga dia. Wae?" Jihyun

" eish" aku mendail Yeseul dan telefon akhirnya diangkat

_____

YESEUL & SUHO POV

" tak nak.." Yeseul menghalang Suho dari mencium dirinya dan Suho terus memeluk Yeseul

Hati Yeseul betul² retak. Air matanya tak dapat ditahan. Yeseul membalas pelukan Suho dan air matanya mengalir di bahu Suho

Lemahnya iman seorang lelaki melihat wanita yang dicintai mengalirkan air matanya

" please " Suho

Tiba tiba Suho bangun untuk mengangkat telefon yang berdering berulang kali. Nama tertera adalah 'My Baekhyun"

Suho menjawab panggilan dan meletakannya di telinga Yeseul

" nae..?" Suara Yeseul lemah dan Baekhyun terus menjerit

" Yeseul! Awak kat mna? Jumpa saya sekarang" Baekhyun menjerit melalui telefon bimbitnya

Yeseul terkejut dan terluka apabila Baekhyun secara tiba² menjerit

" baekhyun.." Yeseul

" Yeseul dengar sini.." Dan suho terus mengambil phone yang berada di telinga Yeseul

" maaf . Kami tengah busy sekarang. Call later" Suho

Suho mematikan telefon

BERSAMBUNG

What am i doing 🖌️

Whatwillhappen guys??

Vote + Comment

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top